Tuesday, January 7, 2014

Kelebihan Maulid - Prof Syed Muhammad Alawi Al Malikki r.a

Kelebihan Maulid yang diperkatakan oleh
Ulama Besar keturunan Rasulullah S.A.W
Prof Syeikh Syed Muhammad Alawi Al Maliki r.a 

Berkata Abuya Syed Muhammad Alawi Al Maliki : 
Maulid adalah hari kelahiran Rasulullah, hari Isnin merupakan hari keputeraan Nabi , maka Allah memuliakan hari Isnin dan disunatkan berpuasa pada hari Isnin , begitu juga kita mulia disebabkan nabi . Tanpa nabi tiada kemuliaan pada hari Isnin dan tiada kemuliaan bagi sesorang .
Hadis sunat berpuasa pada hari isnin :

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)

 Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.
Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Walaupun Rasulullah tidak pernah menyuruh kita untuk merayakan hari kelahiran baginda tetpi Rasulullah telah membuka ruang untuk kita meraikan hari kelahirannya dengan berpuasa sunat .Maknanya tiada larangan untuk meraikan . 

Oleh itu bagi ulama yang Rabbani janganlah menghukum bidaah kepada mereka yang ingin meraikannya , tetapi ulama sekarang harus berbahas bagaimana cara untuk meraikannya agar ia menjadi kebajikan dan pahala bagi yang meraikannya seperti menganjurkan majlis bacaan quran , majlis zikir , majlis selawat dan sebagainya . Ummat perlukan pembahasan ini . 

Abu Lahab yang kufur itupun diberi syafaat iaitu dikurangkan siksa setiap malam isnin kerana memerdekakan hambanya bernama suhaibah kerana gembira dengan kelahiran anak saudaranya pada malam isnin. Saidina Abbas r.a  bermimpi nahawa saudaranya abu Lahab setiap malam isnin dikurangkan azab neraka dan dapat minum susu dari ibu jarinya , walaupun mimpi tidak boleh buat hujjah tetapi dapat mendatangkan kegembiraan bagi kita yang meraikan maulid Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment