Saturday, October 5, 2013

Ziarah Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Malikki sebagai ziarah hormat menjemput ke HIMPUNAN KEBANGKITAN ULAMA DAN RAKYAT di Stadium Suka Menanti Kedah 19.10.2013


 

4.10.2013 JUMAAT
Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah merangkap Pengarah Himpunan Kebangkitan Ulama , Ustaz Helmi Assyafie ,bersama Setiausaha PPPT Kedah merangkap Tim Pengarah Himpunan ke Kuala Lumpur semalam bagi menziarahi Dato Syeikh Muhammad Fuad Pengerusi Yayasan Sofa atas tujuan menjemput secara rasmi Syeikh Fuad ke Majlis Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat pada 19.10.2013 di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah .

Laporan :
Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Malikki sudi menerima jemputan kerana ingin membela maruah ahli sunnah dan maruah Mufti Kedah Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad yang merupakan guru beliau semasa di Kedah satu ketika dulu . Mufti Kedah sedang dipermainkan oleh Syiah , maka kita perlu bangkit pertahankan Ahli Sunnah .

Dato Syeikh Fuad dari KL sanggup turun bela Mufti Kedah , Orang Semenanjung dari Johor, Perak , Selangor dan lain-lain telefon penganjur bertalu-talu hendak hadir Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat maka orang Muda dan orang Kedah jangan buat malu , turunlah beramai-ramai untuk menyatakan kesatuan Ahli Sunnah bersama Alim Ulama Muktabar Pertahankan Islam .

INSYA ALLAH kita akan himpunakan seluruh ulama Pondok Kedah , Ulama Muktabar dan Tokoh tokoh ulama di majlis Himpunan 19.10.2013 teruskan berdoa , dan memberi sokogan dan bantuan kepada majlis ini .

JOM 19.10.2013
Kita Cipta Sejarah Ahli Sunnah
Kebangkitan Ulama dan rakyat
Kebangkitan Ahli Sunnah
Kita penuhi Stadium Suka Menanti Alor Setar biar hingga melimpah Stadiu INSYA ALLAH .





No comments:

Post a Comment