Sunday, December 30, 2012

'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'


Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno.Sebaliknya dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," .Sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Ust Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno,"
Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafi.Budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir,"

No comments:

Post a Comment