Friday, November 30, 2012

Membela Syeikh Nazim Haqqani dari fatwa JAKIM

Assalamulaikum wb saudara pengikut blog Cahaya Kehidupan Tauhid 
Alhamdulillah malam ini diberi kelapangan untuk komen isu Syeikh Nazim , ramai saudara tersalah anggap seolah- olah seperti saya menuduh Syeikh Nazim Sesat , sebenarnya saya dah nyatakan tempoh hari dalam tulisan saya dahulu saya hanya tidak bersetuju dengan anak murid Syeikh Nazim cium kaki guru , itu sahaja saya tegur dari sudut syariat . Telah saya nyatakan saya sangat hormati ulama sufi dan beradab dan bersangka baik ,saya tidak pernah menghukum tariqad Syeikh Nazim sesat seperti yang difatwakan JAKIM . Bukan semua fatwa JAKIM saya terima bulat-bulat dan bukan semua Fatwa JAKIM saya tolak . 
Saya amat hormati Syeikh Ahmad Mamduh dan saya amat yakin dengan keilmuan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Fatwa Mesir , lebih menyakinkan saya apabila beliau ziarah Tuan Guru Hj Salleh Musa di Pondok Sik , Syeikh Ahmad Mamduh amat waraq dan tawaduq dan beramal dengan ilmu seperti yang digariskan oleh ahli sunnah . Alhamdulillah Syeikh Ahmad Mamduh telah memberi pandangan seperti tetera diabawah ini . Kenyataan dari kalam Syeikh Ahmad Mamduh menjadi pencerahan kepada kita ummah di Malaysia

ALHAMDULILLAH 
Berita gembira saya dapat jawapan Syeikh Ahmad
 Mamduh dari facebook sahabat saya 
Ustaz Hasif Lebai Fansuri . Maklumat seperti berikut : 
semasa di dalam majlis bersama Syeikh Ahmad Mamduh Saad al-Azhari ada seorang ikhwan yang bertanyakan tentang Mawlana Syeikh Nazim Haqqani...ikhwan itu bertanya kepada Syeikh Ahmad M
amduh tentang bagaimana pandangan Syeikh terhadap Mawlana Syeikh Nazim kerana menurut ikhwan itu ajaran Syeikh Nazim nih di fatwakan sesat oleh JAKIM...
Subhanallah, hebat akhlak Syeikh Ahmad...beliau berkata "Wallahu a'lam, Aku tidak pernah mendengar melainkan perkara-perkara yang baik sahaja tentang Mawlana Syeikh Nazim, bagiku mungkin pendapat yang mengatakan sesat itu mungkin ada perkara yang di kaji oleh JAKIM tersebut."
Allah....sukar di cari akhlak begini... untuk ikhwan tersebut ketahuilah bahawa Mawlana Syeikh Nazim adalah bekas Mufti Cyprus/Qubrus, ulama' dan alim dalam mazhab Hanafi, malah mendapat pujian yang cukup banyak daripada ulama2 muktabar di seluruh dunia seperti Almarhum Syeikh Ahmad Kiftaro, Almarhum Muhaddith Syeikh Abdullah bin Muhammad Siddiq al-Ghumari, Almarhum Muhaddith Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki, dan ramai lagi.... malah Tok Guru Dr.Haron Din pun mengaku beliau anak murid Syeikh Nazim..
Apa yang menyedihkan al-faqir, org yang suka menyesatkan ini kenapa tak siasat sendiri, mai halaqah zikir, pi zawiyah Mawlana sendiri, kemudian nilai la dengan ilmu tinggi menggunung kamu itu! nih pakai maklumat kat internet mana boleh! dahtu..bila kebenaran datang...tak mau mengaku yang dia tersilap... ni ka sikap orang yg kononnya berilmu...masuk pondok? al-faqir tak tujukan kepada sesiapa secara khusus tapi ini ialah secara umum.. kalau antum sesatkan orang umum di public, BERASNI KA MENGAKU KESILAPAN DI PUBLIK PULA? TARIK BALIK KENYATAAN ITUI...
Fatwa sesat itu telah ditarik balik hasil usaha Almarhum Syeikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Syah serta Mawlana Syeikh Adnan Qobbani...

Wahai orang yang mengaku berilmu, beradab, mewar-warkan sayang ulama dan adab.... bukalah hatimu 

19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. http://sahibulfaqir.blogspot.com/2010/06/fatwa-jakim-2010-tariqah-naqshabandi.html

    banyak sekarang ni aliran2 tariqah yang berselindung atas nama2 tariqah yang besar...moga kita semua terpelihara dan dipandu kehidupan selari dengan syariat serta tasauf yang benar..amin..

    ReplyDelete
  3. allhummasolli "ala saiyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallim.

    ReplyDelete
  4. hanya jauhari mengenal manikam. org yg sebenarnya sesat adalah org yg apabila berhujah bersandarkan akal semata-mata, umpama orang utan masuk bandar, tiada arah tuju melainkan hanya berpandukan akalnya saja..wallahu 'alam. Syeikh Nazim bukan sembarangan ulama. kita yg bertaraf orang awam ini harus sedar siapa kita, hati kita hati yg terhijab, umpama si bodoh melihat tiram, mana mungkin si bodoh mengetahui yg tiram yg bergerutu & hodoh luarannya itu mengandungi mutiara di dalamnya yg sangat mahal nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta manusia kepada manusia yg hebat dan pernah di filemkan ( laila majnun ) WAW..
      apalagi cinta hamba pada penciptaNYA....

      Delete
  5. sila lawat blog ni, penjelasan yang detail berserta fakta penulisan buku syeikh nazim,
    http://tarekathaqqani.wordpress.com/page/2/

    tq

    ReplyDelete
  6. Baru 1st time lawat page ni..saya pun masih musykil dgn status sebenar sheikh nazim ni..
    Tapi ada bbrp perkara yg menyebabkan hati sedikit gundah antaranya: 1) sheikh nazim berucap dikubur yg didakwa kubur seorang wali di sri lanka.. kemudian mendakwa yg berucap adalah wali tersebur bukan sheikh nazim.. dlm ucapan tersebut mempromosi tariqatnya malah mengatakan tariqat lain tak blh mencapaj ke tahapnya..

    2) cara berzikir spt menari
    3) murid cium kaki
    4) majlis kahwin cucunya yg dilihat spt tak sesuai dgn makamnya sbg wali Allah..pengantin perempuan nampak leher dan dada.. kemudian kedua-dua tunduk rukuk kpd sheikh nazim sambil sheikh nazim memegang kepala mereka spt bagi " blessing".
    5) mendakwa melihat Allah dan nabi saw dtg selepas majlis pengebumian gurunya Sheikh Abdullah Dagestani..malah mendakwa Allah swt sendiri dtg mengambil ruh sheikh Abdullah dgn tanganNya.

    ReplyDelete
  7. Mgkn ada baiknya jika Tuan empunya blog membaca buku2 yg ditulis oleh sheikh nazim, contohnya Mercy Oceans. Begitu juga boleh visit blog2 tariqat naqshahbandi sheikh nazim seperti www.sheikhnazim2.com. . Setelah membacanya bolehlah dikongsikan pandangan tuan..

    ReplyDelete
  8. Nak kenal siapa dia Sheikh Nazim, juga merupakan guru kepada Hisyam Kabbani ni... sila rujuk website berikut:
    http://www.cifiaonline.com/nazimalhaqqani.htm

    ReplyDelete
  9. Laaa.........kalu nak ikut jalan sebenar Nabi Mohammed (Islam!)....ikut Tarikat Nabi Mohammed la!.....tapi.. Nabi Mohammed bertarikat ke? Tarikat apa apa ya?
    He,He............pakai otak le !
    Tarikat atau TERIKAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan
      Nabi Muhammad saw. Telah di bersihkan hati nya OLIH malaikat semasa kanak2 lagi.
      Hati kita makin tua makin karat.
      Cara buang kan karat...kertas pasir,ketok besi chipping. Dan terbaru sand blasting.
      Islam penoh dgn tenology rohani. Anda Bagaimana. ??? Ikut Nabi? Anda telah di be dah malaikat . ?Sehingga trus lembut seperti Nabi . ?
      Tahap manusia sekarang kena cara sand blasting . Baru hilang karat!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. Yaqazah?sori der...org yg berilmu/mcari ilmu agama akan bpegang pada Quran n hadith.bkn bpegang pada tarik ikat cium kaki puja kubur israiliyat zodiak zikirbreakdance mandi safar zikirhu dsb bla bla bla...ikut nabi pn susah k?hadith tu la caranya.kn dh sempurna agama islam ni..kenapa nk ditokok tambah lagi?ibadat wajib n sunat yg dberi ganjaran pahala adalah yg bdalil sahaja(hukum asal ibadat adalah haram shingga dtgnya dalil)pernah fikir x camni?

      Delete
  10. Baca sendiri ajaran Sheikh Nazim di http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html.

    Beberapa contoh dari http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html

    "When a person takes Bayyat from Moulana the Spiritual Power of Moulana Sheikh Nazim is always with that person immaterial of how far away in distance he is from the physical presence of Moulana. Moulana will be with him through every moment until
    that person reaches the grave. Until the Day of Judgement Moulana will be with that person. Even until he reaches in front of Allah Almighty will Moulana be with him. When Allah Almighty questions this person, Moulana shall answer all these questions
    instead of him. In this time it is not possible to find this kind of Auliya who are the like of Moulana Sheikh Nazim."

    "Another of the miracles of Moulana Sheikh Nazim is the miracle in the grave. When the Angels appear in the mureeds grave to question him, Moulana Sheikh Nazim will immediately be there and say to the Angels “Don’t question my follower, question me
    instead of him and I will answer on his behalf. “The Angels shall not be able to bear the Light of Moulana Sheikh Nazim and due to this they shall be forced to go away."

    " NO QUESTIONING IN THE GRAVE

    As for anyone who is related to Moulana Sheikh Nazim as a mureed the Angel of Death, Israel (alai) will have nothing to do with him. The soul of this mureed at the time of his death will be taken by Moulana Sheikh Nazim. He shall look at the mureed and immediately the soul of that mureed will leave his body. There is nothing for either the Angel of Death or for the Angels of the Grave to do with the mureeds of Moulana Sheikh Nazim. This is because it has been so ordered and it is by the Divine Power of Allah Almighty which has been given to him that Moulana Sheikh Nazim is so empowered. This is specially for Moulana Sheikh Nazim."


    "The Sultan ul Auliya is the Khaliphatullah of the time and he represents the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) while the other Saints represent one of the other 124,000 prophets. As all the other Prophets are also represented by the Seal of Prophets Seyyidina Muhammad (peace be upon him), the Sultan ul Auliya of the time also has the Tajjalli and the power of all the 124,000 Prophets."

    "As the Khaliphatullah or the representative of Allah Almighty in our time, it is Moulana Sheikh Nazim who is inside the ka’abatullah. The ka’abatullah is also known as the Baithullah or the House of Allah. Allah Almighty is everywhere but especially in the Baithullah as He has Himself called it the House of Allah. For it to be called the House of the Lord, the Lord of the house must be in it. The Lord of the house is represented by His Khalifa who in this time is Moulana Sheikh Nazim."

    "Anybody who takes Bayyat from Moulana Sheikh Nazim, specially those from the Western countries, will not leave this world except as Walis. Regarding this Moulana says “I have been ordered by Allah Almighty and by the Holy Prophet Muhammad
    (peace be upon him) to gather all the Lights that are now coming from Western and European countries and to return them to their origin. Any European or Westerner or anyone else making Bayyat will not leave this Dunya, except as an Auliya and he shall
    reach to the highest stations which Allah Almighty offers to His beloved servants"

    Semacam tetapi lebih hebat dari dakwaan Ustaz Ashaari Al-Arqam. Kalau tahap ini belum lagi sesat tak tahulah apa nak dicakapkan lagi.

    ReplyDelete
  11. Bertasawwuflh dgn tasawwuf syarie...bukan tasawwuf yg sesat menyalahi quran dan sunnah.hindari tareqat yg difatwakn sesat ini.kembali kpd tareqat sufi yg sebenar.

    ReplyDelete
  12. Kebanyapan tulisan kehebatan Sheikh ditulis oleh pengikut yang taasub . Mungkin Sheikh sendiri tak tahu menahu.

    ReplyDelete
  13. Apabila tegokkan videonya... Maka Aku berlindung dengan Allah dari amalan baru ciptaan manusia..
    Hanya syariat & amalan yg dicontohi Rosulullah yg wajib kita anuti & gigitnya dengan gigi gerahamku..

    ReplyDelete
  14. Fitnah internet mempengaruhi seluruh pemikiran manusia dizmn ini. Sila amalkan surah AlKahfi.

    ReplyDelete
  15. Sesiapa yg tidak faham apa itu tasawuf dan apa itu tarekat hanya mengundang fitnah yg tiada penghujungnya. Ramai yg terhijab dari melihat kebenaran. Hati yg gelap zulmah

    ReplyDelete