Friday, August 3, 2012

IJTIMA' PONDOK NUSANTARA


TENTATIF IJTIMA' PONDOK NUSANTARA 16 RAMADHAN 1433M/5 OGOS 2012M
Tempat : Qaryah Ramadhan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu,Kelantan
✦ 9.00-9.20 am - Dhif kehormat dan tetamu jemputan mengambil tempat

✦ 9.30 am - Halaqah Ilmu 1 :“ Peranan Ulama’ Dalam Amar Makruf Nahi Mungkar ”
❖ Moderator : Ustaz Hj Tuan Syarifudin bin Tuan Ismail (Kolej Islam KIAS,Nilam Puri)
❖ Pembentang : Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman (Pondok Sg. Durian,K. Krai)
❖ Pengulas : Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli (Mudir Darul Hadis,Kedah)

✦ 10.45 am : Halaqah Ilmu 2 : “ Peranan Pusat Pengajian Pondok Dalam Melahirkan Kepimpinan Ummah ”
❖ Moderator : Ustaz Hj Mokhtar bin Senik (Pahang)
❖ Pembentang : al-Fadhil Tuan Guru Hj Salleh bin Musa (Pondok Sik,Kedah)
❖ Pengulas : Ustaz Hj Zulkifli bin Ismail (Pondok Baitul Qurro,Sg. Udang,Melaka)

✦12.00 pm - Ketibaan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
✦ 12.10 pm - Majlis Perasmian Ijtima’ Pondok Nusantara 1433H


800 ulama nusantara berhimpun di Qaryah Ramadan



KOTA BHARU: Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bukan sekadar tempat ihya Ramadan dengan ibadat tarawih dan qiamulai, sebaliknya bakal menghimpunkan ulama-ulama nusantara pada satu ijtimak Ahad ini.

Program itu dikenali sebagai Ijtimak Pondok Nusantara akan menghimpunkan kira-kira 800 ulama dan pelajar aliran agama dari Thailand, Indonesia dan tuan rumah.

Program dua hari itu bermula esok dengan solat Asar berjemaah diikuti halaqat al Quran dan iftar jamaie.  Dan selepas solat sunat tarawih diadakan ceramah oleh wakil Persatuan Ulama Fathoni.

Ijtimak berkenaan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan akan diulas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli dari Kedah.

Kertas kerja kedua dibentang Tuan Guru Salleh Musa dari Kedah dan diulas Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka).

Perasmian ijtimak yang julung kali diadakan di bulan Ramadan akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah tengahari Ahad.

Jurucakap program Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pada sebelah petang akan diadakan liqa ulama nusantara dan merumuskan resolusi.

“Pada sebelah petang akan diadakan program bacaan qasidah dan Majlis Zikir Ratib Hadaad, manakala selepas solat tarawih akan diadakan ceramah khas oleh ulama dari Indonesia,” katanya.

Program tersebut juga terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah pondok.

No comments:

Post a Comment