Monday, February 27, 2012

Kuliah Habib Umar As Shateri di Kuala Lumpur . 24.2.2012 .

Al Habib Umar As Shateri dalam kuliah beliau setiap jumaat malam sabtu akan membacakan kitab IHYA IMAM GHAZALI , dan kitab Hadits . Alhamdulillah ramai hadiri yang hadir dari pelbagai latar belakang dan keturunan Syed dan Habib ada juga yang begelar Prof , ada juga pakar undang-undang , doktor dan lain-lain , Alhamdulillah barakah rasa penghayatan didalam kuliah habib. 
Pada malam 24.2.2012 Habib membaca bab ke 6 cara guru menyampaikan ilmu pada murid . Habib membaca petikan imam Ghazali : " Guru jangan sampaikan apa yang murid tidak mampu faham , ilmu yang inging disampaikan biar bersesuaian dengan keadaan pelajar , jangan terlalu dalam bahasan kepada orang awam , ini akan mengelirukan ummat sekiranya perkara yang mereka dapat terlalu dalam "
Habib juga sangat menekankan majlis taklim . Beliau sedih dengan keadaan sekarang dengan golongan masyarakat yang meringan-ringankan majlis ilmu . 
Beliau juga memesan supaya kita semua carai guru yang alim yang mengikut jalanan ulama dahulu . 
Sekarang masyarakat kita suka lihat pada pakaian seseorang sedangkan ulama dahulu menilai dari sudut keilmuaan ulama , ulama perlu tegas dan ikhlas - sedikit pesanan dari Al Habib yang mampu ana kongsi diruang yang terbatas ini 



Alhamdulillah dapat hadir kuliah Habib Umar As Shateri di Kuala Lumpur pada 24.2.2012 . Terima Kasih Ustaz Nordin Singapura yang banyak berbudi kepada al fakir dan Ahmad , hanya Allah yang membalas jasa baik Ustaz dan Abang Sufian kerana membantu kami dan mengeluarkan belanja untuk kami ke majlis ilmu yang sangat barakah dan terima kasih kerana memperkenalkan kami dengan ulama di Kuala Lumpur . Ana hanya mapu beterima kasih kerana wajib seorang hamba bersyukur pada hamba atas segala kebaikan , ini adalah tanda Syukur kepada Allah ...Ana hanya mampu merakamkan jutaan terima kasih , moga Allah membalas segala jasa baik Ust Nordin dan diterima sebagai pahala kebajikan di akhirat kelak ameen .

No comments:

Post a Comment