Friday, December 30, 2011
Laporan Semasa Majlis MAHABBAH bersama ULAMA THURATH 1.1.2012 di Dataran Surau Perwaja Gurun
ALHAMDULILLAH hari ini Sabtu 31.12.2012 , esok Majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath yang mengumpulkan ramai ulama tua dan muda akan berlangsung .
Seawal pagi pihak AJK mendapat banyak panggilan dari saudara -saudara dari Kula Lumpur , Selangor , Johor , Kelantan , Perak sudahpun begerak kemari . Masyallah , moga dengan semangat saudara-saudara memperolehi ganjaran disisi Allah .
Terdapat ramai juga pelajar-pelajar dan pensyarah Universiti menghubungi pihak AJK menyatakan hasrat mereka akan hadir dengan Bas . Moga majlis ini diberkati ameen- ameen .
Selamat memandu dengan cermat , moga anda semua selamat kepada saudara-saudara yang tinggal jauh dari Kedah . Selamat datang ke Negeri Kedah Sejahtera , moga anda semua memperolehi keberkatan dan ketengan ...
Perutusan Ke Majlis MAHABBAH BERSMA ULAMA THURATH
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Alhamdulillah , Selawat dan salam buat junjungan termulia Rasulullah SAW
Syukur dengan taufiq dan Hidayah Allah kepada kita , dan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat IMAN dan ISLAM kepada kita .
INSYALLAH esok akan berlangsung majlis MAHABBAH BERSAMA ULAMA THURATH
lebih kurang 17 ulama tua akan bersama kita
diantaranya :
1 . Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 84 tahun merupakan ulama pondok Kedah yang paling berpengaruh di masa ini
2 . Tn Guru Hj Ahmad Kuala Nerang berusia 86 tahun
3 . Tn Guru Hj Muhammad bin Abdul Rahman Kupang Baling berusia 83
4 . Tn Guru Hj Abdullah Bukit Lada berusia 73
5. Tn Guru Hj Wahhab Hassan ( Ustaz Awang Lanai) berusia 72 Tahun
6. Tn Guru Hj Rahim Pendang berusia 68 tahun
7 Tn Guru Hj Yusuf Pengang berusia 73 tahun
8 . Tn Guru Hj Izuddin berusia 68 tahun
9. Tn Guru Hj Abdul Karim berusia 64 tahun
10. Tn Guru Hj Nawawi 73 tahun
11. Syeikh Toyib Baling 96 tahun
12 . Syeikh Hassan Bangkok 136 tahun
13 Baba Yahya Burma
14 . Dan Ramai lagi tetamu dari kalangan ulama yang menjadi tetamu VVIP manakla ulama muda pondok lebih kurang 30 orang menjadi tetamu VIP dan juja kita ada tetamu luar negeri , Singapura dan Thailand
Majlis ini akan dirasmikan oleh Dato Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad.
Matlamat Program
Bertujuan untuk mengumpul ualam Thurath , diakhir- akhir ini peranan ulama Thurath makin dilupakan oleh masyarakat , mudahan dengan program ini dapat menjadi asbab untuk menarik minat masyarakat khusus golongan muda supaya kembali mendekati ilmu dan ulama . Moga setelah majlis ini diadakan ramai masyarakat terutama golongan muda dapat mendekati ilmu dan ulama .
Ulama Thurath merupakan ulama yang membaca kitab-kitab muktabar , mereka mengajar secara detail atau halusi , mereka sangat beradab dengan ilmu , berakhlak luhur , kehebatan mereka terselah dengan khidmat mereka menyampaikan dakwah dan berjuang tanpa mendapat upah atau gaji . Mereka ikhlas , dan meamalkan apa yang mereka perkatakan .
Ulama tua masih ramai , tetapi mereka tidak mendapat tempat, kerana majlis seperti ini jaran-jarang dilaksanakan , sausana hari ini lebih banyak majlis untuk politik dan majlis untuk ulama muda sedangkan ulama tua masih ramai diketepikan . Maka kami PERSATUAN PONDOK TAUHID (PPPT-Keadah) dan SURAU PERWAJA beperanan mengumpulkan semula ulama tua supaya peranan ULAMA THURATH terus diperkasakan demi untuk mempertahankan ilmu yang sahih buat masyarakat kerana ulama thurath sentiasa mempertahankan kitab muktabar dari ulama dulu
Insyallah marilah kita beramai-ramai hadir ke majlis MAHABBAH bersama ULAMA THURATH .
Moga malam esok kita berada di Majlis yang diberkati oleh Allah , moga kita didunia ini bersama ulama disatu majlis dan mudahan di Akhirat kita akan bersama ulama dan golongan orang yang mendapat kejayaan iaitulah golongan orang mukmin yang benar benar beriman dan ikhlas dengan Allah .
Turunlah ke Majlis ini dengan NIAT KERANA ALLAH , moga kita bersama memperolehi keberkatan Insyallah . '
Jangan lepaskan peluang yang sangat berharga ini .
Takbir! ALLAHUAKBAR !
Dari Al Fakir Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
Tim Pengarah Program Mahabbah
Tinggal sehari lagi majlis Mahabbah , AJK perlukan sedikit sumbangan kecemasan untuk pengurusan
Assalamulaikum Wb
Saudara sekelian AJK Majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath memerlukan sedikit bantuan saudara yang ingin menghulur sumbangan . Ajk Surau Perwaja membelanjakan lebih kurang RM 20 ribu , manakala kami Persatruan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT- Kedah) telah mengurus sumbangan dari Ustaz Nordin Singapura sebanyak RM 15 Ribu .RM 15 ini telahpun kami guna untuk pengurusan majlis termasuk sumbangan untuk ulama , jemputan ulama , cenderahati untuk ulama , persembahan dan makanan .
Mesyuarat memutuskan bahawa jamuan akan disediakan , 2 ekor lembu akan ditumbangkan Insyallah untuk tujuan jamuan tetamu . Ramai tetamu luar dari Kedah merangkumi seluruh negeri semenanjung Malaysia
Bagi makluman saudara semua , pihak Persatuan Pelajar Pondok Tauhid memerlukan lebih kurang RM 1500
(Seribu lima ratus ringgit sahaja ) lagi bagi membuat pengurusan .
Hampir 2 bulan gerak kerja kami menjemput Ulama dari serata tempat dan membuat benner dan poster promosi . Tinggal sehari lagi majlis akan berlangsung , saudara tolong doa agar kerja kerja kami dipermudahkan .
Sebarang sumbangan untuk Majlis , saudara boleh hubungi Setiausaha Persatuan Pondok Tauhid (PPPT- Kedah ) merangkap Tim Setiausaha Majlis Mahabbah bersama ulama Thurath di talian 013 4035286 atau
salurkan sumbangan melalui akaun 0799529000052267.
Moga dengan sumbangan ini dapat membantu meringgankan beban pihak AJK . Moga sumbangan ikhlas saudara dapat menjadi saham pertaruhan di akhirat sana Insyallah .
Moga dengan sumbangan ini dapat menjadi saksi dihadapan Allah bagi menyatakan kita telah berbakti kepada Majlis Ulama , moga masuk kita didalam golonga orang yang Rasulullah cintai . Hadith Rasulullah " Kita bersama orang yang kita cintai di Akhirat " Moga dengan sumbangan ini dapat menjadi bukti kecintaan kita pada Rasulullah dan pada ulama pewaris Anbia Insyallah .
Tolong doa untuk kejayaan majlis

Thursday, December 29, 2011
Majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath 1.1.2012 di Surau Perwaja Gurun Kedah
ALHAMDULILLAH dengan Taufiq ALLAH gerak kerja Mjlis Mahabbah bersama Ulama Thurath sudah di peringkat akhir . Tinggal 2 hari lagi majlis akan berlangsung .
ALHAMDULILLAH pihak AJK sudah selesai menjemput hampir seluruh ulama tua di Kedah .
Kini AJK akan mengatur kerja akhir .
Insyallah esok kita akan SOLAT HAJAT DI SURAU PERWAJA SELEPAS SOLAT JUMAAT .
Doa saudara semua diperlukan , doakan supaya majlis ini berjaya dan dapat berkat dari ALLAH .
MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH.
ESOK!
30.12.2011
1. APA ITU MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH ?
1.1 Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.
1.2 Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat rasulullah.s.a.w.
1.3 Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk rasulullah s.a.w.
1.4 Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Nuruddin al banjari
2. BILA DAN DIMANA MAJLIS INI ?
2.1 Tarikh : 30 DAN 31 DISEMBER 2011,
2.2 hari JUMAAT DAN SABTU
2.3 tempat STADIUM SULTAN ABD HALIM SUKA MENANTI ALOR SETAR,
2.4 majlis bermula jam 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM.
3. SIAPA PENGANJUR MAJLIS INI ?
3.1 Majlis ini dianjurkan oleh PARA PENCINTA RASULULLAH S.A.W .
YAYASAN PAKSI bertindak sebagai pengelolanya.
3.2 Ianya mendapat kerjasama dari Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Sekolah Agama rakyat (HESA) , Majlis Ketua Kampong (MKK) Masjid-masjid seluruh Kedah, Galeri Ilmu Sdn Bhd. ( majallah Q & A ), NGO Islam ( pertubuhan bukan kerajaan ) – Ikatan Mujahid Ummah ( IMAM), ABIM, JIM, WADAH, TERAS , Sekretariat Ummah Berselawat ,Pusat Pengajian Islam , Pondok, Tahfiz dan lain-lain
4. SIAPA YANG AKAN BERSAMA DALAM MAJLIS INDAH INI ?
Ulamak tersohor dan pemikir islam serta pencinta rasulullah antaranya
4.1 Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah
4.2 Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor
4.3 Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia
4.4 Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis
4.5 Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor
4.6 Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
4.7 Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
4.8 Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A
4.9 Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM
4.10 YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3
4.11 Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi
5. APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI
5.1 Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)
5.2 TG dato dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu rasulillah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu rasulullah s.a.w ( moga kita memperolehinya)
5.3 SS Dato Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti (moga kita antaranya)
5.4 Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIS MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. ( moga allah memilih kita dalam ribuan yang hadir)
5.5 Anak-anak 3 Ulamak iaitu Ust. Fauwaz , Ustaz Nik Abduh dan ust Mohd. Khalil akan membawa kita memahami ciri-ciri danPERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)
5.6 Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN KASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah rasulullah)
5.7 Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN QASIDAH SENTUHAN QALBU. Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.
5.8 Ust Zul Ramli dan Prof madya Dr Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH.
5.9 PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu
5.10 MAJLIS TAHLIL dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mahd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)
5.11 Semestinya kita akan dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan. (moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )
6. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI DAN MENGHADIRI MAJLIS INI ?
6.1 MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN...
6.2 anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...
7. BAGAIMANA UNTUK ANDA MENYERTAINYA ?
7.1 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah
7.2 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.
7.3 Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.
( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)
8. ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?
PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu
8.1 LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.
8.2 HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.
8.3 Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842
8.4 SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.
8.5 Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.
8.6 HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;
CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842
Wednesday, December 28, 2011
Pelancaran Vedio Majlis Mahabbah Bersama Ulama Thurath 2012 - Terima Kasih UMMAH BERSELAWAT
Shukran , Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Syukur Selaku Setiausaha UMMAH BERSELAWAT
yang bertungkus lumus berusaha membantu Program Mahabbah Bersama Ulama Thurath , sehingga malam ini kita dapat lancarkan Video Pelancaran Kempen untuk Majlis Mahabbah Bersama Ulama Thurath pada 1.1.2012 ini . Lebih kurang 3 hari lagi kita akan bersama Insyallah dimajlis mulia ini , moga Allah beri keberkatan pada kita .
Saya mewakili AJK Program sangat teharu dengan kerjasama sahabat terutamanya UMMAH BERSELAWAT , tidak ketinggalan juga kepada Cikgu Sukarno YAYASAN PAKSI yang banyak memberi nasihat dan kerjasama pada kami .
Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk jayakan majlis ini
Niat dan matlamat kita adalah satu , kita hanya ingin keredaan Allah , moga kita dapat keberkatan majlis 1.1.2012 ini di SURAU PERWAJA GURUN
Lagi 3 HARI majlis akan berlangsung , tolong sebarkan bahan ini , moga dapat kebajikan , doa supaya Allah taufiqkan kita bersama hadir bersama 17 ulama tua malam itu , tidak ketinggalan ratusan ulama muda Insyallah .
Tuesday, December 27, 2011
Monday, December 26, 2011
Saturday, December 24, 2011
Persiapan terakhir program Mahabbah bersama Ulama Thurath 1.1.2012
Ustaz Rifaie , anak murid Tn Guru Hj Omar Lanai , Ahli Tasauf yang diiktiraf ulama tua akan hadir 1.1.2012 Insyallah
Tn Guru Hj Zakaria Jeneri menyatakan kesudian beliau untuk hadir 1.1.2012
Tn Guru Hj Wahab Hassan ( Hj Awang Lanai ) menyatakan kesudian untuk hadir ke majlis ini .
Alhamdulillah Al Fakir bersama rakan AJK sudah selesai menjemput seluruh Tuan Guru tua didalam Kedah dan Fathani . Ini merupakan taufiq dan berkat doa semua , Insyallah kita akan bertemu di Majlis 1.1.2012 bersama Ulama .
Niat yang Ikhlas kerana Allah dan kecintaan kita pada Ulama Pewaris Nabi
moga kita termasuk golongan seperti Hadith Rasulullah
" Jika kamu duduk bersama Ulama ( Majlis ulama ) seperti duduk bersama ku "
Moga kita semua tergolong bersama orang yang ikhlas .
Matlamat kita adalah satu , hanya mahu keredhaan dan keberkatan dari Allah.
Moga niat yang luhur akan menghasilkan kebajikan buat kita bersama ameen .
Surat Terbuka Kepada Melayu : Islam Didahului, Melayu Bersamanya
Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.
Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:
قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158
158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."
Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.
Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.
Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد
38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)
Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.
Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
.
(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).
Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.
Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.
Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.
Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.
Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.
Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.
Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.
Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.
Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.
Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.
Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .
Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.
Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.
Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.
PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.
Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.
PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA ( Bahagian Satu)
Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.
Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim
Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.
Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS
YAKINILAH KEMENANGAN YANG DIJANJIKAN ALLAH
Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut.
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya. Namun, parti terus berkembang hingga kini.
Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:
"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.
"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”
Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumarah dan sunnatullah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.
Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya di awal pagi.
Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sangat sedih. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.
Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.
Suatu hari, bilamana seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w: "Siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya?"
Lalu baginda menjawab : "Yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya (tabieen)."

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.
Sunday, December 18, 2011
Syeikh Muhammad Husni Ginting , ziarah 3 Ulama Tua Kedah ...
3 ulama tua Kedah terima ziarah Syeikh Husni Ginting
Syeikh Salleh Sik , Syeikh Toyib Baling , Syeikh Hassan Bangkok
Solat Jumaat bersama Syeikh Toyyib Baling .
TEGUHKAN JAMAAH TERUSKAN JIHAD
Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti amal Islami ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini. Manakala siasah PAS adalah siasah Islamiyyah yang mesti dikayakan dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah RasuliLlah S.A.W. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan, maka pelanggaran terhadap prinsip-prinsip tersebut dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.
Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiah (peribadi) dan ruhiyyah (spiritual) masyarakat. Justeru itu, kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti amal Islami yang lain seperti pemantapan aqidah dan fikrah.
Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah, sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar ia berdepan murka dan kutukan Allah Taala. Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba menyalakan lagi isu yang sedia membara di dalam sidang media dan sebagainya.
Saban waktu dan ketika, fikiran aktivis-aktivis gerakan hanya disibukkan merancang"Bagaimana nak jatuhkan si fulan dan si fulan (saingan politiknya)", kerana ia tidak sama pendapat. Atau ada juga yang memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi, "Demi kebaikan jamaah...", "Demi masa depan jamaah..." sebagai melindungi perkataan sebenar, "Demi kebaikan aku..." atau "Demi masa depan politik aku...". Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak.
Hitungan seharian dalam dunia politik hari ini ialah bagaimana mahu menang! Bagaimana mahu dapat undi Melayu dan non-Malay! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana hendak mempertahankan Islam dan memenangkan Islam. Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap deras tentang Islam, kerana nanti kita kurang popular dan non-Muslim menjauhi kita.
Sebagai anggota gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani seluruh umat tanpa mengira bangsa, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua orang tokoh pemimpin kita, tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan kewibawaan 2 orang tokoh tok guru ini, sementara kita sendiri sering culas dan "nakal".
Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka! Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuanglah, jangan tidak berjuang.
Perkasakan amal tarbawi agar ia menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten, ia nanti bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemahnya perlaksanaan amal tarbawi. Fahamilah kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu, jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia