Wednesday, November 2, 2011

RASULULLAH صلى الله عليه وسلم‎ ADALAH RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM



Allah Taala berfirman:
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

Allah Taala berfirman:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)


Berikut adalah contoh betapa rahmatnya baginda kepada alam ini.

1. Rahmatnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  bagi orang kafir:

Dalam sirah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , diriwayatkan bahawa Baginda ada seorang jiran yang merupakan seorang wanita Yahudi yang selalu berniat untuk menyakiti diri Baginda. Pada setiap pagi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  akan melalui satu jalan untuk ke masjid menunaikan solat Subuh. Hampir setiap hari wanita tersebut akan meletakkan apa sahaja barang di jalan tersebut yang boleh menyakiti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Pada setiap kali itu juga Rasulullah صلى الله عليه وآلهوسلم  akan mengenepikan apa saja barang yang ada di jalan itu agar tidak menyakiti orang lain.

Di suatu pagi, ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  lalu jalan tersebut Baginda dapati tiada barang yang diletakkan di situ. Baginda berasa hairan. Setelah kembali dari solat Subuh, Baginda bertanya kepada dirinya apakah yang berlaku kepada wanita tersebut. Dengan hati yang ikhlas, Baginda pergi menziarahi wanita itu yang sedang terlantar sakit.

2. Rahmatnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  kepada anak-anak kecil:
Pernah suatu ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucunya duduk di atas bahunya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  tidak memarahinya malah menunggu sehingga cucunya itu turun dari bahunya, barulah Baginda teruskan solatnya.

3. Rahmatnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  kepada anak-anak yatim:

Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Idulfitri. Sebagaiamana yang diketahui, betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  , amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Idulfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Idulfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.
Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآلهوسلم , mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; ”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah صلى اللهعليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.

Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :
“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis. Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”

Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullahعليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلىالله عليه وآله وسلم.

4. Rahmatnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan haiwan:

Alam satu kisah “Tiba-tiba seorang lelaki mendatangi kami,” kata Amir Ar-Raam. Lelaki itu dengan kain di atas kepadanya dan di tangannya terdapat sesuatu yang ia genggam.

Lelaki itu berkata, “Ya Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم , saya segera mendatangimu saat melihatmu. Ketika berjalan di bawah pepohonan yang rimbun, saya mendengar kicauan anak burung, saya ...segera mengambilnya dan meletakkannya di dalam pakaianku. Tiba-tiba induknya datang dan segera terbang berputar di atas kepalaku. Saya lalu menyingkap kain yang menutupi anak-anak burung itu, induknya segera mendatangi anak-anaknya di dalam pakaianku, sehingga mereka sekarang ada bersamaku.”
Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم. berkata kepada lekaki itu, “Letakkan mereka.”
Kemudian anak-anak burung itu diletakan. Namun, induknya enggan meninggalkan anak-anaknya dan tetap menemani mereka.
“Apakah kalian heran menyaksikan kasih sayang induk burung itu terhadap anak-anaknya?” tanya Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم. kepada para sahabat yang ada waktu itu.
“Benar, ya Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم,” jawab para sahabat.
“Ketahuilah,” kata Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم “Demi Dzat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya Allah lebih penyayang terhadap hamba-hamba-Nya melebihi induk burung itu kepada anak-anaknya.”
“Kembalikanlah burung-burung itu ke tempat di mana engkau menemukannya, bersama dengan induknya,” perintah Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وسلم. Lelaki yang menemukan burung itupun segera mengembalikan burung-burung itu ke tempat semula.
Begitulah Akhlak terhadap haiwan yang diajarkan Rasulullah saw

No comments:

Post a Comment