Tuesday, November 1, 2011

Tarbiah Pemuda Kebangsaan , melahirkan Pemuda yang mantap Aqidah





1. Dakwah adalah sebahagian dari jalur perjuangan PAS selainsiasah [politik] dan tarbiah[pengkaderan] untuk meninggikan Islam mengatasi kebathilan. Ia juga sebahagian daripada makenisme perjuangan Islam bagi memastikan risalahnya dapat disampaikan kepada seluruh ummat manusia.

2. Asas dakwah ialah hikmah[kebijaksanaan], nasihat yang baik dan dialog untuk mencari kebaikan. Berpaksi kepada kebenaran yang diperjuangkan, gerakkerja dakwah tidak terhenti di atas satu kaedah pendekatan atau satu cara penampilan. Malah kebijaksanaan dalam gerekkerja dakwah juga tidak statik.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melangkah ke pelbagai sudut ruang dakwah sepanjang tempoh perjuangannya dan senantiasa sedia untuk menerokai pelbagai pendekatan baru pula jika ia memberi kebaikan dan memulangkan keberkesanan dalam gerakkerja dakwah Islam. Justeru itu, kita positif menerima pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan kualiti dakwah pemuda PAS ke arah membawa masyarakat khasnya anak - anak muda agar memahami Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

4. Saya dan rakan - rakan  exco malah seluruh warga Dewan Pemuda PAS senantiasa lapang dada dan bersikap terbuka untuk berbincang dan berdialog dengan semua pihak. Saya mengalu - alukan semua pihak termasuk tokoh akademi yang kini kebanyakkan mereka sedang memantau dan memberi perhatian mereka kepada kehadiran dan penampilan Dewan Pemuda PAS Malaysia di pentas politik dan dakwah Islamiyah negara ini, termasuklah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang baru - baru ni melalui twitternya telah mengkritik Dewan Pemuda PAS  yang disifatkan oleh beliau sebagai diresapi unsur toliban yang kuat apabila pemuda PAS tidak bersetuju dengan Konsert Elthon John.

5. Sungguhpun kritikan itu agak keterlaluan dan saya percaya bagi mereka yang mengikuti  perjuangan PAS dari dekat,  khasnya setelah melalui apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS menganjak masa dan sejarah perjuangannya sejak awal penubuhan sehingga kini, mereka tidak mungkin menerima tohmahan yang mengatakan pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Jika tohmahan sedemikian bermaksud untuk mengaitkan Pemuda PAS sebagai eksterim, maka ia semakin jauh tersasar dan tohmahan itu semakin keterlaluan.

6. Hanya kerana tidak sependapat dengan kaedah dan pendekatan dakwah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS, tidak bermakna pemuda PAS boleh ditohmah begitu sahaja dan sesedap rasa untuk menanggapi kononnya pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Telah banyak perkara baru dan bidang dakwah yang telah diterokai oleh Dewan Pemuda PAS malah ia berkembang mengikut keperluan semasa disamping mengekalkan apa jua bentuk pendekatan tradisi yang masih bermanafaat.

7. Kini kita  tidak lagi hanya bergantung kepada ceramah umum untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kita. Malah Pemuda PAS telah turun ke tengah masyarakat dengan pelbagai aktiviti dan gerakkerja untuk mendekati mereka khasnya anak muda, agar mereka dekat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan lalu memahami dan menerimanya. Saya juga yakin dan optimis, bagi mereka yang positif dan tidak "sceptical" terhadap Dewan Pemuda PAS, mereka akan nampak dengan jelas apa yang telah dilakukan oleh pemuda PAS di arena dakwah dan juga pentas politik tanahair.

8. Biarpun masih banyak kelemahan yang perlu ditegur dan dikritik, malah kita juga tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian sendiri justeru masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun, untuk menganggap pemuda PAS telah diresapi unsur Taliban adalah suatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan.

9. Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia sedia berdialog dengan siapa sahaja termasuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, samaada secara terbuka atau secara tertutup untuk menilai dan mencari pendekatan dakwah yang terbaik ke arah menyelamatkan ummah yang kini sedang tenggelam timbul dalam arus jahiliyah moden dan alpa dengan budaya hedonismenya. Saya harap benar tawaran ini bersahut.

10. Dialog ini penting untuk masa depan perjuangan Islam justeru dakwah dan Islam ini bukan ekslusif milik satu -satu pihak tetapi ia adalah milik semua dan semua berhak untuk memberi pandangan serta cadangan. Namun sikap saling sinis menyinis tidak membawa sebarang kebaikan. Sebaliknya saya menyeru semua pihak agar turut sama menyampaikan mesej dakwah kepada "penganjur mungkar" agar sang penganjur juga sedar implikasi penganjuran aktiviti mungkar, jangan hanya sekadar menempelak golongan yang mahu membasmi kemungkaran tersebut semata - mata langkah yang diambil tidak serupa dengan kehendak kita.

11. Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh membiarkan kemungkaran atau aktiviti yang meruntuhkan moral berlaku begitu sahaja di atas tanahair kita dengan membuat tanggapan bahawa kemungkaran itu hanya untuk non muslim terutama yang dianjur secara terbuka. Bahkan saya percaya bahawa non muslim juga tidak suka aktiviti yang meruntuhkan moral anak bangsa mereka.

No comments:

Post a Comment