Thursday, October 13, 2011

Ulama Pondok Kedah akan berhimpun secara besar -besaran dalam satu majlis Insyallah dalam masa tedekat


Insyallah AJK Persatuan Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa Sik akan bergabung dengan AJK Ummah Berselawat dan beberapa individu yang ingin memberi sumbanggan bagi menjayakan program Penyatuan Mahabbah Ulama Pondok Negeri Kedah tidak lama lagi . Usha ini bertujuwan menaikkan kembali ulama Pondok dan Kitab Thurath / kitab lama .
Usha ini hanyala semata-mata ingin menyumbang kearah perkembangan ISLAM melalui menaikkan kembali martabat Ulama Pondok dan kitab-kitab Thurath yang makin dilupakan masyarakat padahal cara pengajian inilah yang membentuk jiwa seseorang kerah Keikhlasan Menjadi Seorang Hamba Allah yang sebenar . 
AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT) akan memainkan peranan dalam berusaha memperjuangkan usha ini Insyallah dengan kerjasama rakan rakan pondok dan Setiausaha Ummah Berselawat Ust Syukur . 
HARAP KEPADA SIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBANTU KAMI DARI SEGI TENAGA DAN SUMBANGAN SANGAT DIALU-ALUKAN ...

Usha ini tidak boleh kita tangguh tangguhkan hingga sekian lama kerana Guru -Guru Tua sekarang sudah kurang , marilah kita menafaatkan usia mereka dengan mempertengahkan mereka agar masyarakat kenali mereka dan mengambil ilmu dari mereka semantara sehari dua mereka masih ada ini ...

AYUH BANGUN!!!
Jangan biar Ulama sudah Meninggal baru kita hendak Menyesal !!! 
Mari kita jayakan Majlis Mahabbah Ulama Pondok Negeri Kedah !

Sebanyak lebih kurang 30 buah lebih ,  Pondok akan kita jemput didalam Majlis ini Insyallah , Dianggarkan lebih kurang 10 lebih ulama tua akan kita utama dan ketenggahkan kepada masyarakat .
Keterangan Lanjut Hubungi AL FAKIR HELMI 
013 4044259
INSYALLAH KITA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI 


Tn Guru Haji Salleh Musa , Sik Kedah .Ulama Tua Kedah yang paling berpengaruh dan luas wilayahnya , sangat terkenal di Malaysia Sekarang kerana Tn Guru Hj Abdullah Lubauk Tapah dan Tn Guru Hj Hasyim telah meninggal maka sekarang seluruh pelajar pondok akan rujuk kepada Tn Guru Hj Salleh Musa , bukan sahaja di Malaysia bahkan di Pattani , Yaman , Makkah , Mesir dan sebagainya orang sudah makruf atau kenal Tn Guru Hj Salleh . Berusia 83 tahun , masih kuat berdakwah .

Tn Guru Hj Ahmad , Kuala Nerang berusia 86 tahun , ulama yang jarang dikenali umum kerana beliau hanya mengajar di Pondok Beliau di Maktab Mahmud Kuala Nerang . Beliau merupakan sahabat Tn Guru Hj Salleh , mereka berdua belajar dengan Syeikh Qadir Mandili , Pak Chu Him Gajah Mati

Tn Guru Hj Wahab Hassan atau lebih dikenali UstazAwang Lanai Baling ...
Beliau merupakan murid yang sangat lama menuntuk dengan Tn Guru Hj Omar Lanai .


Tn Guru Hj Abdullah yang sangat alim ilmu fekah . 
Beliau jarang dikenali orang kerana beliau . 
Pak Su Mid Bukit Tembaga , Kuala Nerang . 
Murid Tn Guru Hj Bakar Palestin 


Tn Guru Hj Izzudin .Anak PAK CHU HIM yang sangat alim ilmu Alat . 
Segala kitab ayah beliau dan abang dan saudara mara beliau yang pernah menjadi Tn Guru pondok didalam simpanan beliau .


Ust Sobri Ulama muda yang wara

Ustaz Adnan Sungai Karangan , Ustaz Yaziz anak Tn Guru Hj Salleh , Ustaz Ibrahim Buluh Kapit , Ustaz Yusuf , al fakir , dan imam pondok sik

Ustaz Adnan Pondok Sungai Karangan 

Ustaz Rafie yang alim tasauf merupakan murid Tn Guru Hj Omar Zuhdi Lanai 


Tn Guru Hj Zahari Pondok Landai Sik , ayang alim tasauf . 

Ustaz Zul Syatiri Kedah 

Ustaz Wahab Hassan bersama Tn Guru Hj Zahari Sik 

Tn Guru Hj Azhari , Tn Guru Hj Rafie , Ustaz Kamil anak saudara Tn Guru Hj Mad Nahu Sik 


Baba Yahya , Ustaz Aminuddin , Maulana Hussin dan Pak Long murid Tn Guru Hj Zakaria Alor Janggus yang kini Pak Long buka Pondok di Perlis 



Barisan Ulama Pondok Negeri Kedah 

Ustaz Zul Yaman , Pak Syed Ummah Selawat , Ustaz Rejab 

Pak Teh Mad Isa 
Tn Guru Hj Jusuf Pendang 

Ustaz Khairul Anuar Gajah Teriyak Jitra bersama Ustaz Usaini Perlis

Ustaz Halim Parit Panjang bersama rakan beliau Ustaz Mutalib Kubang Semang 

RAMAI LAGI ULAMA TIDAK MAMPU SAYA MASUKKAN DIRUANG INI , INSYALLAH ana akan ushakan memasukkan lebih ramai ulama Kedah . Kedah akan Kembali Zaman Kegemilangan seperti Islam berkembang di Serambi Makkah di Aceh , Kelantan dan Kedah satu ketika dahulu yang sangat ramai Ulama dan Pondok ... Insyallah mudahan Allah memberi kemudahan dan pertolongan untuk usha ini , mudahan perjuangan ini disertai pertolongan dan keredhaan Allah SWT ...Harap semua mendoakan kejayaan untuk usha ini .

5 comments:

  1. Satu usaha yang cukup baik. Semoga Allah swt memberkati usaha yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan usaha kalian ini.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...moga Allah mnguatkan lg hati dan keimanan untuk kita berjuang.insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...nak tumpng share di facebook boleh x?...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...nak tumpng share di facebook boleh x?...

    ReplyDelete