Tuesday, September 13, 2011

Tunku Abdul Rahman akhirnya kencam UMNO kerana salah guna kuasa dan menghina perjuangan beliau ...UMNO yang hina perjuang Kemerdekaan bukan PAS


UMNO yang menghina Perjuangan Kemerdekaan bukan PAS ,isu Mad Sabu dipebesarkan , PAS hanya minta perayaan Kemerdekaan haruslah mengingati tokoh-tokoh perjuangan lain , bukanyanya hanya letak gambar Pemimpin UMNO sahaja semasa sambut Merdeka , Mad Sabu hanya minta supaya bariskan sekali perjuang yang lain termasuk Mad Kilau , Dato Bahaman termasuk perjuang yang berhaluan kiri , kita bukan sokong komunis kita hanya minta UMNO ikhtiraf perjuangan mereka yang menuntut Kemerdekaan .Merdeka bukan hanya hak UMNO tetapi Merdeka untuk semua yang menentang penjajah British
Dengar baik-baik apa yang Mad Sabu maksudkan.....UMNO sengaja main isu untuk tutup isu kezaliman mereka .

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.
Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman teknologi... kita dapat kesan dan kita juga dapat  tahu mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya.



No comments:

Post a Comment