Wednesday, September 7, 2011

9 Makam wali dan ulama sempat diziarahi dalam Program Ziarah Mahabbah Ulama Pondok - Syawal 1432H

ZIARAH MAKAM TN HUSSIN KEDAH (WALI ALAM MELAYU YANG SANGAT DIKENALI)

ZIARAH MAKAM MUFTI KEDAH






Ziarah Makam PAK CHU HIM GAJAH MATI PENDANG




Ziarah makam Ayah mertua PAK CHU HIM iaitu
Tok Ayah Dol @ Doi atau Tuan Guru Haji Ismail Che Dol bin Musthafa Al Fathani

 Ziarah makam Syeikh Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah




Ziarah Makam Mursyid Diraja Tn Guru Dato Hj Tajuddin Pondok Melele
Beliau merupakan ulama yang sangat rapat dengan SYEIKH YASSIN FADANI


 ZIARAH MAKAM SYEIKH AL JARUMI
 Wali alam melayu yang dikenali berasal dari Fathani Thailand


Makam anak Allahyarham Pak Chu Him iaitu Tn Guru Hj Mustafa ( Pak Ngah Pa Gajah Mati)

ZIARAH MAKAM SYEIKH NIK MAT DERANG 



8 comments:

  1. Assalamu'alaikum,
    Ustaz Helmi, ayah mertua kepada Pak Chu Him yang makamnya sebelah Pak Chu Him tu bukankah Tok Ayah Dol @ Doi atau Tuan Guru Haji Ismail Che Dol bin Musthafa al-Fathani, yakni ayah kepada Tuan Guru Haji Hussin Che Dol @ Doi, Guaq Cempedak. Mohon pencerahan kerna ustaz sebut di sana Tuan Guru Haji Mad Robat. - dari abu zahrah -

    ReplyDelete
  2. Seperkara lagi, mengenai Dato Maharaja Kadhi, 9Mufti Kerajaan Negeri Kedah) Syeikh 'Abdul Jalil. Sapengetahuan al-fagir beliau berketurunan Melayu dan beliau adalah ayahanda kepada ulama besar Syeikh 'Abdus Shamad al-Falimbani. Beliau sememangnya pernah belajar di India. Mengenai beliau pernah di sentuh oleh TG Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan 'Abdullah (yang kuburnya berhampiran Pak Chu him dan Tok Ayah Doi) di dalam tulisan beliau dan pernah dibentangkan di satu seminar mengenai Syeikh 'Abdus Shamad di Masjid al-Bukhary aloq Malai satu ketika dulu. Mohon maaf kalau penjelasan al-Fagir bercanggah dengan maklumat Ust Helmi.

    ReplyDelete
  3. YA yg makam tu memang ana tersilap . pak njang dah bg tau kemarin ana lupa
    SHUKRAN UST ...bnyak riwayat tentang dato maharaja aa pn pening
    SHUKRAN UST

    ReplyDelete
  4. Kita saling berkongsi ilmu. Nanti mohon ustaz bawa al-fagir dan ustaz muhadir untuk menziarahi ulama dan makam2 ulama di kedah. kami dok tgh susun untuk ke sana terutamanya untuk bertemu dengan babo sholeh.

    ReplyDelete
  5. tapi ust saya dapat riwayat makam mufti tu dia dari nidia ustaz .yg mana sohih ni ? masjid tu pun kan india muslim tadbir ?
    ana dapat tau 2 murid dari india ditepi makam syeik tu btul ka ? ka macam mana

    ReplyDelete
  6. menurut riwayat dari TG Hj Wan Shogir, Syeikh Abdul Jalil berasal keturunannya dari Yaman. Beliau pernah menuntut ilmu dan menetap di India dan satu hari dgn satu peristiwa beliau terasa hati nak balik ke Nusantara. Ikut bersamanya 2 murid beliau. Kerena itulah masy India Muslim dakwa ianya dari keturunan mereka. Bahkan sewaktu saya kecik2 dulu dalam tahun 70an, ramai masy India Muslim yang mai bayar nazar di sana dan merekalah yg membina dan menjaga makam beliau. Hal yang sama terjadi kepada Syeikh Ismail di Pulau Besar Melaka dimana kat masy India muslim bahwa ianya dari India sedangkan beliau adalah dari Hijaz keturunan Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani. Dan masy India Muslim lah yang membina dan menjaga makam tersebut. bahkan setiap tahun mereka ada acara di sana dan di Tg Pauh tu ..... india muslim sgt kuat pegang dgn hak-hak karamah dan keberkatan ini .....
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..almarhum Hj Tajuddin Pondok Melele guru ana dulu..tringatkan beliau..ingat dulu kata2 almarhum,'islam yang dipolitikkan akan hancur dimamah bumi'.smoga islam skarang menjadi tulus dan tidak tercemar dek ideologi pembagunan zalim manusia..

    ReplyDelete