Saturday, August 6, 2011

Meneladani puasa Rasulullah s.a.w

DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.”

Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.
Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang telah diambil oleh baginda antaranya ialah:
Memantapkan niat – Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
Imsak Rasulullah – Rasululalh SAW. bersabda : “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
* Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).
Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda.
Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
Memperbanyakkan sedekah - Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.
Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak.
Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka.”

1 comment:

  1. RASULULLAH SAW ADALAH BUDAK KAMPUNG
    http://www.4shared.com/video/L​KrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampu​ng.html?

    MAULID NABI UNTUK TANDINGI SAMBUTAN HARI KRISMAS
    http://www.4shared.com/video/-​X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krisma​s.html?

    SIFAT 20 TIDAK WAJIB
    http://www.4shared.com/video/x​xv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__​Nik_Aziz.html?

    ASMA WA SIFAT SEBAGAI DALIL ALLAH MILIK SEMUA AGAMA
    http://www.4shared.com/video/q​Ki5din7/Asma_Wa_Sifat__Hadi_Aw​ang_.html?

    WAHABBI ADALAH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
    http://www.4shared.com/video/g​7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__H​adi_Awan.html?
    http://www.4shared.com/video/p​BkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__H​adi_Awan.html?

    TOK AYAH ZID KEDAI LALAT
    http://www.docstoc.com/docs/56​809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lala​t

    KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA
    http://www.docstoc.com/docs/56​808727/Kuasa-Tiang-Kepada-Cita​-cita

    40 MUTIARA HIKMAT SERAMBI MEKAH
    http://www.docstoc.com/docs/56​808286/40-Mutiara-Hikmat-Seram​bi-Mekah

    MASA DEPAN ASWJ DI DALAM PAS
    http://www.4shared.com/documen​t/daDq9Sng/Masa_Depan_ASWJ_Di_​Dalam_PAS.html?

    AHLUL BAIT BAKA PENGKHIANAT
    http://www.box.net/shared/i98c​l1svgi

    BAPA KAUM MUDA KELANTAN
    http://www.box.net/shared/px1f​0idux8

    MELAYU JAHILIYAH
    http://www.box.net/shared/zzph​cptlde

    NIK AZIZ VS GURU PONDOK
    http://www.box.net/shared/z79f​qf9j45

    GURU PONDOK YANG DIFITNAH
    http://www.box.net/shared/si34​4vemq9

    RISALAH HINA GURU PONDOK
    http://www.box.net/shared/hv5t​gpvrja

    WAHABIYYAH DARUL NAIM
    http://www.box.net/shared/nd1i​if2tz4

    FITNAH PAS TERHADAP HABIB UMAR
    http://www.box.net/shared/03rq​3s0ock

    GERAKAN WAHABBI PAS MELAKA
    http://www.box.net/shared/65my​cqlf8x

    TAJDID WAHABBIYAH
    http://www.box.net/shared/j2yr​zlfmcr

    BAHAYA ALLAH 4 ALL
    http://www.box.net/shared/l2xl​7umn6v

    ReplyDelete