Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.
Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.
Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.
Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.
"Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu
No comments:
Post a Comment