Gambar: Ustaz Azizan menyampaikan tauliah kepada salah seorang imam sambil diirngi Taulan dan Khairudin
Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak berkata, tanggung jawab imam sangat besar kerana dikehendaki memantau dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Multaqa Bersama Imam-Imam seluruh Negeri Kedah di Hotel Regency Kelab Golf Darul Aman, Jitra baru-baru ini.
Dalam ucapannya Ustaz Azizan menyeru para imam supaya mengamalkan sifat kemanusiaan dan ukhwah dengan masyarakat.
Ini katanya, boleh dicapai dengan menunjukkan Islam sebagai agama toleransi sekaligus menarik perhatian orang bukan Islam untuk mendekati dan memahami Islam.
"Kita kena berusaha, berjaya atau tidak berserah kepada Allah
"Inilah hasrat saya, seronok jika dapat tengok masyarakat jadi masyarakat yang beriman," katanya.
Selain itu, tambah Azizan, kerajaan negeri akan membuka Pusat Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pada masa terdekat bagi melahirkan para ulama dan imam yang dapat membantu negeri khususnya masyarakat setempat
Gambar: Antara para imam dari seluruh Kedah yang hadir di majlis tersebut
Dalam majlis yang sama, kerajaan negeri memperuntukkan hadiah bagi dua kategori masjid iaitu Masjid Bandar dan Luar Bandar. Hadiah disampaikan oleh Ustaz Azizan kepada para pemenang iaitu RM3500 bagi tempat pertama, RM2500 bagi tempat kedua, RM1500 bagi tempat ketiga dan 18 masjid yang terpilih mendapat saguhati RM1000.
Kerajaan negeri juga memberikan tauliah kepada imam-imam di setiap daerah.
Turut hadir Exco Agama Islam, Mohamad Taulan Rasul dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Khairudin Zain....Tulisan asal dalam Harakah cetak.
No comments:
Post a Comment