Sunday, December 26, 2010

Mukadimah daurah KITAB BAKURAH secara bersiri "sehari sehelai kitab" bermula 27 Dis 2010

Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha penyayang
Alhamdulillah , selawat serta salam buat Rasulullah , ahli keluarga Rasulullah dan seluruh sahabat baginda .
Dewasa ini umat dahagakan ilmu agama , lebih-lebih lagi ilmu tauhid .
Rakan -rakan dari jauh selalu hubungi saya , ada dari Kuala Lumpur , Perak , Selangor dan ada dari Al Azhar meminta saya buat ringkasan ilmu tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah . Ilmu yang terbatas pada saya, maka saya tidak layak menulis ringkasan ilmu tauhid , dari kerana itu saya tangguhkan dan pertimbangkan sekian lama permintaan ini .
Kebelakangan ini ramai sahabat hubungi saya dari Kuala Lumpur , Selangor , Perak , Pulau Pinang meminta saya mengajar di tempat mereka , saya bukan menolak tetapi tangguh sementara, kerana saya perlu fokus pada ilmu dan khidmat di Pondok bersama Tn Guru kita Al Alim Al Alamah Tn Guru Hj Salleh . Kebanyakan sahabat yang hubungi saya adalah mereka yang pernah ikuti daurah Ramadan di Pondok Ar Rahmaniah Sik .
Maka dengan taufiq Allah saya cuba sedaya mampu membincangkan KITAB BAKURAH karangan Al Alim Al Alamah Syeikh Ismail Abdul Qadir Al Fathani (guru kepada Tn Guru Hj Salleh , guru saya )
Walaupun saya sebok dengan urusan belajar dan mengajar di pondok tetapi saya meluangkan masa demi kepentingan dakwah dan demi mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ...

Saya memilih kitab BAKURAH kali ini kerana saya menerima amanah dari Tn Guru saya , supaya menyebarkan ilmu yang diajar beliau supaya berpanjangan kebajikan sanad pengajian yang saya ikuti

Mudahan Allah merahmati guru saya dan guru-guru kepada guru saya . Mudahan kita semua bersama dengan mereka dan Anbia pada hari Akhirat nanti amin ...

Daurah kali ini berlainan kerana saya menggunakan blog ini supaya dapat diambil menafaat umum oleh seluruh umat melaya dalam mendalami ilmu tauhid . Bagi sahabat yang di pondok Alhamdulillah sekarang masih dalam daurah KITAB TASHIL

Sebelum meneruskan perbincangan saya menyeru kepada seluruh sahabat supaya betulkan niat kerana Allah kita bincang bukan ada tujuan dan kepentingan lain .
ILMU TAUHID tidak seperti ilmu lain , andai kita hendak keberkatan ilmu dalam erti kata kita dapat kesan yang kita belajar atau kta hendak hati kita betul hayati kemanisan iman maka niat yang utama dan merupakan adab paling tinggi untuk mendalami ilmu tauhid ini . Andai niat terpesong jangan hairan IBLIS yang alim sebagai ualama pun jatuh kufur kerana IBLIS ALIM tanpa dapat rasai KEMANISAN IMAN
Kitab BAKURAH yang saya guna ini adalah cetakan lama yang dicetak di Fatani Darul Salam .
Saya bahas secara bersiri nantikan hingga khatam sebuah kita INSYALLAH .
Tolong doa pada saya agar dapat taufiq kekutan dan diteguhkan iman dan mati dalam iman .
Ikuti siri pertama daurah selepas Zohor nanti INSYALLAH ...

1 comment:

  1. salam ustaz,

    Insyaallah saya akan baca dalam blog ustaz.

    Jazakallah khairon kathiro

    ReplyDelete