Ulama Dunia Ikthiraf PAS

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .

Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .
Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketigaialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , majlis pembukaan turut diberi penghormatan kepada ulama' - ulama' berikut untuk berucap :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami 
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam 
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

Tentunya ramai lagi pembentang kertas kerja yang tidak sempat saya catat , sementara ada juga beberapa kertas kerja yang saya tidak sempat menghadhirinya kerana mempunyai program lain di Tehran . Namun keseluruhan perbincangan dan perbahasan para ulama' dipersidangan ini [ antara yang BOLEH ] saya simpulkan seperti berikut :

Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]
Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .
Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .







Kitab BAKURAH muka ke-2 (SIRI 1)

Tuan kitab AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL BIN ABD QADIR memulakan syarahan kitab bakurah dengan NAMA ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang ...

Pembahasan Bismillah sangat luas jika kita bahaskan : luas pembahasannya . Tepai kita bahaskan secara ringkas . Tuan Kitab Bakurah terjemahkan AR RAHMAN dengan ALLAH bersifat boros iaitu Allah tidak kedekut kerana Allah bersifat dengan terkaya .
AR RAHIM,tuan kitab BAKURAH terjemah dengan ALLAH bersifat dengan kesihan belas , kasih sayang pada hamba yang mukmin .

Mengikut Syeikh Abd Qadir Mandili -(merupakan guru kepada guru saya )juga menterjemahkan AR RAHMAN dengan ALLAH yang memberi nikmat yang besar2 yang nampak dengan penglihatan seperti rumah , pakaian , kereta , duit ringgit dll . AR RAHIM pula beliau terjemahkan dengan ALLAH yang beri nikmat yang seni2 iaitu tidak boleh lihat dengan penglihatan kita seperti ilmu , iman , ihsan , hikmah dan lain lagi .

Sedikit petua :
Baca 786 kali Bismillah pada air dan minum 7 hari berturut2 sebelum sarapan pagi masa matahari tengah naik , Insyallah mujarab untuk penerang hati, hati keras jadi lembut , hati kotor jadi bersih dengan izin ALLAH  . Ini saya terima ijazah dari guru mulia saya Tn Guru Hj Salleh yang beliau terima secara bersanad dari guru-guru beliau ...
Ini secara ringkas sahaja pembahasan disini ...
Insyallah saya tengah menunggu atau mencari khidmat tenaga mereka yang arif dalam rakaman dan masukan maklumat dalam youtube supaya umat mudah menguasai ilmu tauhid ini .

Andai orang bertanya kita : Mengapa kitab syara dimulakan dengan Bisamillah ?
Maka kita jawab : Kerana ikut tertib kitab Al Quran , dan kedua mengamalkan Sunnah Rasulullah ...

......................................
Tn Kitab memulakan kitabnya lagi dengan ALHAMDULILLAH
maksudnya segala puji bagi ALLAH
Puji ada 4 jenis
1: ALLAH PUJI DIRI ALLAH SENDIRI
2: ALLAH PUJI MAKHLUK
3: MAKHLUK PUJI MAKHLUK
4: MAKHLUK PUJI ALLAH

Tn kitab memuji Allah tuhan yang menerangkan hati kekasih Allah dengan NUR IMAN dan Allah juga menetapkan IMAN dalam hati kita dengan IMAN YANG JELAS dan dapat kita memahami pembeljaran ilmu tauhid , selain itu tn kitab memuji Allah kerana ALLAH meneguhkan IMAN dengan memahami pelajaran ilmu tauhid dan dapat kemukakan dalil (Quran dan Akal)dengan hujjah yang mantap, dan juga Allah memberi taufiq untuk kita dalami ilmu tauhid hingga dapat kuasai dan dapat kita beriman dengan Allah , rasul dan rukun2 iman dengan mantap , jelas dan penuh keyakinan didalam diri kita . Kita iman dengan iman yang teguh tidak seperti iman orang taklid , iman hanya ikut-ikutan sahaja tidak ada asas seperti lalang yang ditiup-tiup angin , iman orang taklid tidak mantap dan hukumnya khilaf ulama ada ulama kata berdosa besar dan ada kata iman tidak sah .
..........................................
Maka saya faham dari cakapan tn kitab
Tuhan itu adalah tempat tumpuan dan matlamat kita kerana TUHAN mesti terkaya , mesti ada sifat kemuliaan ( istiqna dan iftiqar) . Tuhan mestilah satu dan memiliki sifat kemulian ,dan tentu tidak ada sama sekali sifat mustahil atau kekurangan pada ALLAH .
Oleh kerana itu tn kitab kita memuji Allah yang mana memberi nikmat iman kepada kita . Iman itu pula iman yang jelas kerana iman ada yang salah dan ada yang betul . IMAN yang betul  adalah iman AHLI SUNNAH .
ALLAH sahaja yang memberi taufiq kita dapat dalami ilmu tauhid . Ilmu tauhid merupakan ILMU FARDHU AIN diatas setiap individu muslim . Wajib kita dalami dengan sungguh-sungguh , andai tidak belajar ilmu tauhid hukumnya dosa seperti dosa kita tinggalkan sembahyang .
Apabila kita belajar maka kebiasaan kita akan mendapat  kefahaman , apabila faham ilmu tauhid,iman kita teguh !
Iman satu nur yang Allah tempatkan dalam hati sunubari kita .
IMAN ITU NUR maka hati kita mesti dibersihkan dahulu dari sifat keji barulah dapat HAYATI ILMU TAUID dan KEMANISAN IMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
 kita perlu pelajari ilmu tauhid dengan cara mengkai sifat Allah yang kita ambil  dari Quran dan Hadith
dan kita peru ada dalil akal untuk meneguhkan dalil Al Quran . Ini perintah Allah bedasarkan dalil ahli sunnah . Selepas itu wajib kita jazam , yakin teguh dengan apa yang kita pelajari , inilah iman yang sahih disisi kita ahli sunnah .

Ikuti ahli sunnah yang bersumberkan 4 hujjah
1: QURAN
2:HADITH
3:IJMA ULAMA
4:QIAS
 Jangan jadi wahabi jangan jadi syiah , qadariah , mutazillah , mujassimah , zindik, jabariah dan banyak lagi aliran sufi yang tidak ada tauhid dan syariat .Ini semua sesat !
Andai hendak selamat dunia akhirat ikut jalanan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah , perbetulkan iman , kukuhkan iman , dalami ilmu !!!
Ikuti sambungan khutbah kitab BAKURAH malam ini INSYALLAH andai saya tidak ada kerja .
Sambungan siri ke -2 akan masuk cerita tentang sejarah kitab BAKURAH yang tn kitab kita ceritakan dalam halaman ke-2 kitab bakurah ...
Saudara semua tolong doa agar saya diteguhkan iaman dan dapat taufiq teruskan perjuangan ...

Pogram 27 - 29 /12/10 bersama PPPT

Assalamualaikum Wb
Maaf kerana 3 hari saya tidak tambah maklumat didalam blog , kerana ada beberapa halangan dan beberapa pogram yang tidak dapat dielakkan . Saya berjanji  3 hari lepas akan buat khulasoh( ringkasan/rumusan) kitab BAKURAH ... INSYALLAH hari ini saya akan tunaikan secara beperingkat

Ziarah Ketua Ulama PAS Kedah dihari kematian isteri
Syeikh Abdullah

Ziarah makam PAK CHU HIM
adik kepada PAK DA ISMAIL (Tuan pengarang Kitab BAKURAH bersama AJK PPPT)
Ziarah Tn Guru Hj Izuddin (anak saudara PAK DA ISMAIL )
Ziarah Pondok PAK CHU HIM Gajah Mati
Tempat TN GURU HJ SALLEH menuntut ilmu satu ketika dulu
Iring Tn Guru Hj Salleh merasmikan SEK MEN AGAMA IHSANIAH di Belantik Sik

Mesyuarat PPPT -Kedah
Insyallah kita akan sambung semula perbincangan kitab Bakurah

Sunday, December 26, 2010

Mukadimah daurah KITAB BAKURAH secara bersiri "sehari sehelai kitab" bermula 27 Dis 2010

Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha penyayang
Alhamdulillah , selawat serta salam buat Rasulullah , ahli keluarga Rasulullah dan seluruh sahabat baginda .
Dewasa ini umat dahagakan ilmu agama , lebih-lebih lagi ilmu tauhid .
Rakan -rakan dari jauh selalu hubungi saya , ada dari Kuala Lumpur , Perak , Selangor dan ada dari Al Azhar meminta saya buat ringkasan ilmu tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah . Ilmu yang terbatas pada saya, maka saya tidak layak menulis ringkasan ilmu tauhid , dari kerana itu saya tangguhkan dan pertimbangkan sekian lama permintaan ini .
Kebelakangan ini ramai sahabat hubungi saya dari Kuala Lumpur , Selangor , Perak , Pulau Pinang meminta saya mengajar di tempat mereka , saya bukan menolak tetapi tangguh sementara, kerana saya perlu fokus pada ilmu dan khidmat di Pondok bersama Tn Guru kita Al Alim Al Alamah Tn Guru Hj Salleh . Kebanyakan sahabat yang hubungi saya adalah mereka yang pernah ikuti daurah Ramadan di Pondok Ar Rahmaniah Sik .
Maka dengan taufiq Allah saya cuba sedaya mampu membincangkan KITAB BAKURAH karangan Al Alim Al Alamah Syeikh Ismail Abdul Qadir Al Fathani (guru kepada Tn Guru Hj Salleh , guru saya )
Walaupun saya sebok dengan urusan belajar dan mengajar di pondok tetapi saya meluangkan masa demi kepentingan dakwah dan demi mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ...

Saya memilih kitab BAKURAH kali ini kerana saya menerima amanah dari Tn Guru saya , supaya menyebarkan ilmu yang diajar beliau supaya berpanjangan kebajikan sanad pengajian yang saya ikuti

Mudahan Allah merahmati guru saya dan guru-guru kepada guru saya . Mudahan kita semua bersama dengan mereka dan Anbia pada hari Akhirat nanti amin ...

Daurah kali ini berlainan kerana saya menggunakan blog ini supaya dapat diambil menafaat umum oleh seluruh umat melaya dalam mendalami ilmu tauhid . Bagi sahabat yang di pondok Alhamdulillah sekarang masih dalam daurah KITAB TASHIL

Sebelum meneruskan perbincangan saya menyeru kepada seluruh sahabat supaya betulkan niat kerana Allah kita bincang bukan ada tujuan dan kepentingan lain .
ILMU TAUHID tidak seperti ilmu lain , andai kita hendak keberkatan ilmu dalam erti kata kita dapat kesan yang kita belajar atau kta hendak hati kita betul hayati kemanisan iman maka niat yang utama dan merupakan adab paling tinggi untuk mendalami ilmu tauhid ini . Andai niat terpesong jangan hairan IBLIS yang alim sebagai ualama pun jatuh kufur kerana IBLIS ALIM tanpa dapat rasai KEMANISAN IMAN
Kitab BAKURAH yang saya guna ini adalah cetakan lama yang dicetak di Fatani Darul Salam .
Saya bahas secara bersiri nantikan hingga khatam sebuah kita INSYALLAH .
Tolong doa pada saya agar dapat taufiq kekutan dan diteguhkan iman dan mati dalam iman .
Ikuti siri pertama daurah selepas Zohor nanti INSYALLAH ...

Musibah, dugaan hidup ukur tahap keimanan orang mukmin

ORANG beriman tidak bersangka buruk kepada Allah dan merasa putus asa untuk mendapatkan rahmat serta pertolongan-Nya. Sehebat mana pun ujian diturunkan Allah, mereka tetap sabar, tabah dan mematuhi segala perintah wajib dikerjakan sebagai seorang Muslim.


Orang beriman dijanjikan sesuatu yang istimewa di dunia dan akhirat seperti firman Allah bermaksud: “Dan orang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 7).
Kita semua impikan kesenangan, kebahagiaan serta kesejahteraan hidup. Setiap detik kita juga ingin kesihatan yang baik supaya dapat hidup ceria, selesa dan membuat amal ibadat dengan sempurna. Akan tetapi ujian Allah akan datang juga.
Kita tidak mungkin hidup sepanjang hayat tanpa diuji kerana ujian Allah untuk mengukur sekuat mana sabarnya kita menghadapinya. Kesabaran terutama ketika menghadapi ujian akan menentukan seteguh mana iman kepada Allah.

Justeru, mereka yang bersangka baik atau reda dengan ujian demi ujian yang datang, akan beroleh balasan besar di dunia dan akhirat.
Mereka ingat pesan Allah seperti difirmankan bermaksud: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87).

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memuji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah itu, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ingat, mereka yang berharap kepada rahmat Allah tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh-Nya, mengucapkan perkataan buruk, bersangka tidak baik atau melalaikan sesuatu yang diperintahkan.

Pengharapan kepada rahmat Allah dan syurga sangat memberi kesan kepada seluruh kehidupan seseorang, sikap terhadap kehidupan, keikhlasan dalam ibadat serta keazaman mereka.

“Orang yang beriman berlumba-lumba sesama mereka untuk berbuat kebaikan, bekerja ke arah mencapai akhlak terbaik dan cuba untuk menjadi hamba yang dekat kepada Allah disebabkan oleh keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah, di samping pengharapan bahawa mereka akan memperoleh rahmat dan syurga-Nya. Semakin tinggi harapan itu, semakin kuat usaha mereka.”
Oleh demikian, jadikan diri kita antara hamba Allah yang beriman dengan sentiasa bersangka baik walaupun kita diuji dari semasa ke semasa kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Firman-Nya bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras.” (Surah Asy-Syura: 26).
INSYALLAH besok Isnin saya akan mulakan tulisan khulasoh KITAB BAKURAH . ikuti perbincangan di blog ini . Wasalam

25 Dis 2010 Kelantan anjur KHAWIN PERDANA 100 Pasangan Nikah

YAB Tn Guru beri khutbah nikah
YAB Tn Guru akad nikah


 Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar..."






                                             Menghulurkan bunga untuk isteri tersayang