Monday, May 31, 2010

TAUHID 3 ? APA PANDANGAN AHLI SUNNAH

Adalah menjadi kewajiban ana mendedahkan semua ini , walaupun berat ketapi perlu terangkan kerana ini berkait dengan aqidah ...
Ana sebenarnya terlalu sebok dengan urusan pendidikan dan pentadbiran , tetapi ada saudara bertanya maka saya terpaksa bongkarkan semua ini .

TAUHID 3 SERANGKA...RUBUBIYYAH , ULUHIYYAH DAN ASMA WA SIFAT
ini adalah pendapat ibnu Taimiyah  . Ini adalah bidah , RASULULLAH SAW tak pernah bahagikan tauhid  kepada 3 ini . Tauhid ahli sunnah adalah apa yang diajar IMAM ASYAIRAH .
TAUHID 3 YANG DIBAWA IBNU TAIMIYAH TIDAK LENGKAP BAHKAN TERPESONG .

AHLI SUNNAH MENOLAK TAUHID 3 INI !!!
Tauhid RASULULLAH SAW seperti yang dinaskan dalam AL QURAN DAN HADITH ...
Maka kesimpulan TAUHID AHLI SUNNAH adalah berkaitan KETUHANAN , KERASULAN , DAN PERKARA YANG DISAMPAI RASULULLAH DENGAN APA YANG PERLU KITA BERIMAN IAITU SAM'IYYAT ...

BERKAIT DENGAN KETUHANAN
Sifat kemulian yang wajib kita tahu dan I'tiqad SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH , KEMULIAN ALLAH BERSANGATAN BANYAK ! INI WAJIB IJMALI ...
Yang wajib kita pelajari , yang wajib kita i'tiqad 13 sifat Allah yang dinas soreh dalam QURAN ini pendapat muktamad IMAM ABU HASSAN ASYAIRAH , dan 20 atas pendapat IMAM ABU MANSUR MATURIDHI , Tauhid sifat 20 atas qaul mashur .Maka pendapat AHLI SUNNAH yang MUKTAMAD belajar 13 sifat , yang mashur adalah 20 maka kedua2 betul ...Dan ada banyak pendapat lagi ada kitab tauhid ulama kita tambah lagi lebih dari 20 ini ...WAJIB FARDHU AIN DAN WAJIB BELAJAR CARA TAFSIL ATAU DITIL SUPAYA KEJAP ATAU MANTAP  IMAN KITA .....(dalil wajib belajar dan i'tiqad :SURAH MUHAMMAD ayat 19)ini AHLI SUNNAH SEBENAR

TAUHID TIGA mereka ambil dari QURAN JUGA TAPI mereka salah faham dan hurai
TAUHID RUBUBIYAH mereka berdalil (ayat 3 surah AL ZUMAR dan ayat 61 surah AL ANKABUT)
Kita Ahli Sunnah tolak kerana mana munggkin orang kafir dinamakan orang yang mentauhidkan Allah sedangkan mereka mensyirikan Allah !!!
(kita berdalil surah AL ZUMAR ayat 3  hingga akhir ayatnya untuk tolak tauhid RUBUBIYAH ) LIHAT TAFSIR QURTUBI .KITA TOLAK SEKERAS-KERASNYA BAHAWA ORAG KAFIR TAUHIDKAN ALLAH!...dan dalil kita tolak tauhid  RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH adalah dalil QURAN AL GHASIYAH ayat 17 dan 18 , YASSIN ayat 78 , AL JATHIYYAH ayat 24 dan AL QASAS ayat 38, LAGI AYAT AL NAZI'YAAT  AYAT 24

TAUHID ASMA WA SIFAT sebenarnya mereka nak mengekalkan SIFAT ALLAH SEPERTI AYAT YANG KESAMARAN SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK seperti mereka i'tiqad Allah bermata , bemuka , berkaki dengan tidak mahu ditawil...
KITA TOLAK KERAS KERANA BERDALIL  AYAT 11 SURAH AL SYUURA

Maka kita usha untuk dalami TAUHID AHLI SUNNAH bersumberkan AL QURAN  , HADITH , IJMA DAN QIAS ...iaitu kita dalami secara ditil sifat WUJUD ALLAH , QIDAM , BAQA, MUKHALAFAH, QIYAMUHU ,WAHDA'NIAT, QUDERQT , IRADAT,HAYAT , SAMA',BASAR, KALAM , dan ini Qaul muktamad dari ulama kita.  TAUHID KITA wajib kita belajar perkara berkaita ALLAH , RASUL DAN SAM'IYAT ...
Maka andai kita dah belajar TAUHID 3 kita perlu belajar lain TAUHID AHLI SUNNAH supaya kejap iman kita .

LIHAT KITAB AL ALLAMAH ABU ABDULLAH ALAWI AL YAMANI dalam kitabnya yang bermaksud AGAMAMU DALAM BAHAYA  yang telah diterjemah oleh SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMARUDIN AL MALIKI ra , bahasanya lebih ditil dalam menolak TAUHID 3 ini .

Orang bertanya saya bagaimana sukatan sekolah di Malaysia semua belajar tauhid 3 ?
Saya jawab ikut pendapat Tn Guru saya AL ALIM AL ALAMMAH TN GURU HJ SALLEH (SIK) kita belajar tauhid 3 tidak memada kerana ia umum tidak ditil , tidak akan munggkin mantap aqidah kita , kita perlu kaji secara ditil tiap2 sifat wajib yang ada pada Allah seperti yang ada dalam nas QURAN tiap2 satu dari sifat wajib Allah . Jika kita belajar tauhid 3 ini andai mengikut aliran ibnu Taimiyah kita jangan redha , hanya belajar nak tau dan jawab soalan periksa sahaja , wajib kita belajar lain tauhid WUJUD , QIDAM , BAQA , MUKHALAFAH hingga akhir .

PERHATIAN !!!
Jika ada yang bertanya mengapa dalam kitab karangan SYEIKH QADIR MANDILI ada tulis TAUHID 3 diantaranya KITAB ANAK KUNCI SYURGA ?
Ana utarakan soalan ini pada guru ana , TN GURU HJ SALLEH , beliau menjawab 'SYEIKH QADIR GURU SAYA , SAYA TAHU , BELIAU TULIS TAUHID 3 KERANA POLITIK BELIAU UNTUK KABURI WAHABI YANG MEMERINTAH , BELIAU TULIS TAJUK TAUHID 3 SAHAJA TETAPI BELIAU HURAI TAUHID AHLI SUNNAH ASYAIRAH , ANDAI BELIAU TAK TULIS TAUHID 3 BELIAU TAK DAPAT MENGAJAR DALAM MASJIDIL HARAM PERINTAHAN WAHABI PADA MASA SAYA BELAJAR "

8 comments:

  1. KES 1 - KESESATAN HUJJAH WAHHABIY !!!

    -----------------------------------------------

    Soalan 1 :

    “Di manakah sumber LARANGAN dari mentakwil sifat-sifat Allah ???”

    …..

    ‎-----------------------------------------------

    Jawapan kamu ;

    1. Kamu berfahaman bahawa ;

    “Segala ayat Al-Quran yang berkaitan Sifat Allah adalah HARAM di Takwil.”

    …..

    2. Ini perkataan kamu sendiri ;

    “berkenaan takwil qu'ran, saya katakan tidak boleh mentakwil sifat yang ada pada Allah, apa yang Allah nyatakan dalam qur'an, maka, kita wajib beriman..”

    .....

    3. Ini sumber kenyataan kefahaman kamu ;

    “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
    surah ali imran ayat 7.”

    …..

    4. Inilah Tafsir ayat Al-Quran tersebut ;

    “Hasan Bin Sufyan Asy-Syaibani mengkhabarkan kepada kami, dia berkata: Asim Bin An-Nadhr Al Ahwal menceritakan kepada kami, dia berkata: Al Mu'tamir bin Sulaiman menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku pernah mendengar Ayyub menceritakan ( hadith ) dari Ibnu Abi Mulaikah dari Aisyah bahawa dia berkata: Nabi SAW pernah membaca ayat ini, " Dialah yang menurunkan Al Kitab ( Al Quran ) kepada kamu.

    Di antara (isi) nya ada ayat-ayat muhkamat itulah pokok-pokok isi Al Quran dan lain ( ayat-ayat ) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat - sampai akhir ayat - orang-orang yang berakal ". ( Ali Imran: Ayat 7 ).

    (Rujuk Sahih Ibn Hibban jilid 1 Hadith No 76.)

    ....

    Tamat hujah Nas Al-Quran dan Al-Hadis berdasarkan kefahaman JAHIL (B*DOH) kamu ;

    ----------------------------------------------------

    Persoalan dari saya. Sila tanyakan GURU SESAT WAHHABIY kamu ;

    1. Yang diterangkan di dalam Surah Al-Imran, ayat 7 hanyalah “Melarang mentakwil ayat-ayat Mutasyabihat” di dalam Al-Quran.

    2. Tidak ada kenyataan langsung yang “Melarang mentakwil Sifat-sifat Allah” di dalam Surah Al-Imran ayat 7 di atas.

    3. Jadi, di manakah dalil Al-Quran dan Al-Hadis yang “MELARANG kita dari mentakwil Sifat-sifat Allah Ta^ala ???”

    4. Mohon diberikan dalilnya !!!

    5. Jika tidak ada dalil Al-Quran dan Al-Hadis yang MELARANG menakwil Sifat-sifat Allah.

    6. Maka, kenyataan yang mengatakan “tidak boleh mentakwil sifat yang ada pada Allah” adalah TERTOLAK atau TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI kerana tidak bersumberkan Nas Al-Quran dan Al-Hadis !!!”

    7. Itu hanya pendapat peribadi Kaum Ahli Bid^ah, iaitu Pendapat Fahaman Ibnu Taimiyyah Al-Mujassimah yang tiada nas sama sekali.

    8. Bukankah kamu WAHHABIY sering berkata ;

    “Kembalilah berpegang kepada Nas Al-Quran dan Al-Hadis. Tinggalkan segala perkara yang tidak bersumberkan nas Al-Quran dan Al-Hadis.”

    …..

    ‎-----------------------------------------------

    TAMAT KES 1

    ‎-----------------------------------------------

    ReplyDelete
  2. KES 2 - KESESATAN HUJJAH WAHHABIY !!

    -----------------------------------------------

    Soalan 2 :

    “Siapakah Ahli Bid^ah ???”

    …..

    ‎-----------------------------------------------

    Jawapan kamu ;

    1. Kamu berfahaman bahawa ;

    “Segala ayat Al-Quran yang berkaitan Sifat Allah adalah HARAM di Takwil.”

    …..

    2. Ini perkataan kamu sendiri ;

    “berkenaan takwil qu'ran, saya katakan tidak boleh mentakwil sifat yang ada pada Allah, apa yang Allah nyatakan dalam qur'an, maka, kita wajib beriman..”

    .....

    3. Ini sumber kenyataan kefahaman kamu ;

    “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
    surah ali imran ayat 7.”

    …..

    4. Inilah Tafsir ayat Al-Quran tersebut menurut kefahaman kamu ;

    Hasan Bin Sufyan Asy-Syaibani mengkhabarkan kepada kami, dia berkata: Asim Bin An-Nadhr Al Ahwal menceritakan kepada kami, dia berkata: Al Mu'tamir bin Sulaiman menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku pernah mendengar Ayyub menceritakan ( hadith ) dari Ibnu Abi Mulaikah dari Aisyah bahawa dia berkata: Nabi SAW pernah membaca ayat ini, " Dialah yang menurunkan Al Kitab ( Al Quran ) kepada kamu.

    Di antara (isi) nya ada ayat-ayat muhkamat itulah pokok-pokok isi Al Quran dan lain ( ayat-ayat ) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat - sampai akhir ayat - orang-orang yang berakal ". ( Ali Imran: Ayat 7).

    (Rujuk Sahih Ibn Hibban jilid 1 Hadith No 76.)

    ....

    5. Menurut kefahaman kamu, sesiapa yang menakwilkan Sifat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah AHLI BID^AH, SESAT, dan bukan AHLUS SUNAH.

    6. Ahlus Sunnah tidak mentakwil Sifat-Sifat Allah.

    7. Jika di dalam Al-Quran mengatakan Allah di atas Arasy, wajib beriman dan mengatakan Allah di atas Arasy.

    ReplyDelete
  3. 8. Inilah Nas serta Dalil Al-Quran ;

    a. ”Ar-Rahman di atas ‘Arsy Ia istiwaa (bersemayam)”. (Thaha : 5)

    b. ”Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy”.(Al-A’raf :54).

    c. "Artinya : Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya" [Surat Faathir:10]

    d. "Artinya : Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" [Al Baqarah:255]

    e. "Artinya : Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu berguncang?, Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku" [Surat Al Mulk:16-17]

    f. “Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. (Surah Al-Hadid, ayat 4)

    9. Inilah Nas serta Dalil Hadis ;

    a. Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu’awiyah :
    Artinya :

    ”Beliau bertanya kepadanya : ”Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : ”Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : ”Siapakah Aku ..?. Jawab budak itu : ”Engkau adalah Rasulullah”. Beliau bersabda : ”Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.

    Hadits shahih. Dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits, diantaranya :

    1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
    2. Imam Muslim (2/70-71)
    3. Imam Abu Dawud (No. 930-931)
    4. Imam Nasa’i (3/13-14)
    5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)

    .....

    b. Dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri, ia mengatakan: Rasulullah bersabda:

    أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا أَمِينُ مَنْ فِي السَّمَاءِ يَأْتِينِي خَبَرُ السَّمَاءِ صَبَاحًا وَمَسَاءً

    “Tidakkah kalian percaya kepadaku, sementara aku adalah kepercayaan Yang di atas langit? Datang kepadaku berita langit pagi dan petang hari.”

    .....

    10. Kata kamu lagi ;

    “BERIMANLAH KAMU PADA AYAT ALLAH!”

    …..

    11. Hanya Allah Ta^ala sahaja yang mengetahui TAKWIL Al-Quran dan Al-Hadis, TIDAK ADA yang lainnya.

    12. Maka, sesiapa yang menakwilkan Sifat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah AHLI BID^AH, SESAT, dan bukan AHLUS SUNAH.

    13. Contoh Kesesatan Kaum AHLI BID^AH (Bukan Ahlus Sunnah) ;

    Allah di atas Arasy (ZAT ALLAH) ------- [Ditakwil / dipindahkan maknanya] ---------->>>> Allah Menguasai Arasy (SIFAT ALLAH)

    ……

    14. Kalau Allah menguasai Arasy, ini bermakna sebelum dijadikan Arasy, Allah tak berkuasalah ke atas Arasy.

    15. Ringkas kata, AHLUS SUNNAH tidak mentakwil Sifat-Sifat Allah.

    Tamat hujah Nas Al-Quran dan Al-Hadis berdasarkan kefahaman JAHIL (B*DOH) kamu ;

    ----------------------------------------------------

    ReplyDelete
  4. Persoalan dari saya. Sila tanyakan GURU SESAT WAHHABIY kamu ;

    1.Di dalam masa yang sama, terdapat ayat yang mengatakan bahawa ALLAH di bawah langit, atau di bawah Arasy.

    a. Surah Al-Hadid, ayat 4 ; "Dan Ia (Allah) tetap BERSAMA-SAMA kamu di mana sahaja ...kamu BERADA."

    (Ayat ini menerangkan bahawa ALLAH BERADA DI MANA-MANA sahaja dan bukan di atas ARASY)

    b. Surah Taha, ayat 46 ; “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku (Allah) ADA BERSAMA-SAMA kamu.”

    (Ayat ini menerangkan bahawa ALLAH TA^ALA BERSAMA NABI HARUN AS dan NABI MUSA AS di bumi.)

    c. Surah Hud, ayat 56 ; “....Sesungguhnya, Tuhanku DI ATAS suatu jalan yang lurus.”

    (Ayat ini menerangkan bahawa ALLAH BERADA di atas SUATU JALAN YANG LURUS dan bukan di atas ARASY)

    d. Surah Al-Baqarah, ayat 153 dan 249 ; Surah Al-Anfaal, ayat 46 dan ayat 66;

    “....Sesungguhnya ALLAH BERSAMA orang-orang yang sabar.”

    (Ayat ini menerangkan bahawa ALLAH BERADA BERSAMA orang-orang yang sabar)

    ..............................

    2. Lalu, terdapat ULAMA yang mentakwilkan ayat-ayat tersebut.

    Allah di mana-mana (ZAT ALLAH)------- [Ditakwil / dipindahkan maknanya] ------->>>> Ilmu Allah di mana-mana (SIFAT ALLAH)

    ……

    3. Mereka mentakwil ALLAH DI MANA-MANA TANPA DITAKWIL DENGAN TAKWIL HADIS... Adakah mereka AHLI BID^AH, SESAT, dan bukan AHLUS SUNAH.???

    4. Inilah penjelasan mereka TANPA nas serta Dalil Hadis ;

    a. Al Bukhari sendiri memahami ayat itu seperti yang disebut oleh Sufyan At Thauri:

    Sufyan At-Thauri manafsirkan melalui hadis riwayat Imam Bukhari:

    “Sesunguhnya diayat tersebut ialah yang bersama kita IlmuNya sebagaimana diriwayatkan dari Bukhari”.

    Rujukan:
    (1) Bukhari,
    (2) Lihat As-Syari’ah hlm 298, Al-Ajiri kitabnya jld 1 hlm 194

    ....

    b. Imam Ibn Kathir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:

    وَلِهَذَا حَكَى غَيْرُ وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ عَلَى اَنَّ الْمُرَادَ بِهَذِهِ اْلاَيَةِ مَعِيَّةُ عِلْمهُ تَعَالَى.

    "Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya"

    Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322.

    “Allah bersama dengan mereka kudrat, pendengaran, pentadbiran, kerajaan atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di Atas ‘Arasy dan di atas segala makhluk-makhlukNya.

    Rujukan:
    Lihat: Al-Musla Fi Sifatullah wa AsmaulHusna Halaman 58 Uthaimin

    .....

    c. Berkata Az-Zahabi

    “Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma’dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufyan At-Thauri tentang firman Allah (dia dimana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya”.

    Rujukan:
    Lihat: Bisifat Rabbul’alamin halaman 81, Ridza bin Nu’san Mu’ti

    ......

    ReplyDelete
  5. d. Ibn Jarir menafsirkan:

    “Dia melihat kamu wahai manusia di mana saja kamu berada, Dia mengetahui tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu, Dia di atas ArasyNya dan ArasyNya di atas langit ke tujuh”.

    Rujukan:
    Lihat: Tafsir Tabri jilid 27 halaman 125

    .....

    e. Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan Al-Qurtubi:

    “Dia bersama kamu, yang bersama IlmuNya dan KudrahNya”.

    Rujukan:
    (1) Lihat: Al-Bahr al-Muhit jld 9 halaman 217,
    (2)Tafsir Qurtubi jld 18 halaman 137

    .....

    f. Berkata Al-Alusi: “Semua ayat (yang memperkatakan di mana Allah) pembuktian Ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari Ilmu Allah walaupun di mana mereka berada.

    Rujukan:
    Lihat: Bisifat Rabbul’alamin halaman 82 Ridza bin Nu’san Mu’ti.

    .....

    5. Adakah mereka TIDAK mengikuti kata-kata kamu ;

    “BERIMANLAH KAMU PADA AYAT ALLAH!”

    …..

    6. Adakah mereka TIDAK PERNAH MENDENGAR kenyataan ini ???

    “Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
    surah ali imran ayat 7.”
    …..

    7. Inilah Tafsir ayat Al-Quran tersebut menurut kefahaman kamu ;

    Hasan Bin Sufyan Asy-Syaibani mengkhabarkan kepada kami, dia berkata: Asim Bin An-Nadhr Al Ahwal menceritakan kepada kami, dia berkata: Al Mu'tamir bin Sulaiman menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku pernah mendengar Ayyub menceritakan ( hadith ) dari Ibnu Abi Mulaikah dari Aisyah bahawa dia berkata: Nabi SAW pernah membaca ayat ini, " Dialah yang menurunkan Al Kitab ( Al Quran ) kepada kamu.

    Di antara (isi) nya ada ayat-ayat muhkamat itulah pokok-pokok isi Al Quran dan lain ( ayat-ayat ) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat - sampai akhir ayat - orang-orang yang berakal ". ( Ali Imran: Ayat 7 ).

    (Rujuk Sahih Ibn Hibban jilid 1 Hadith No 76.)

    ....

    8. Hanya Allah Ta^ala sahaja yang mengetahui TAKWIL Al-Quran dan Al-Hadis, TIDAK ADA yang lainnya.

    9. Maka, adakah mereka ini AHLI BID^AH, SESAT, dan bukan AHLUS SUNAH.

    10. Jika mereka ini Ahli BID^AH, bagaimana pula dengan kenyataan ini ;

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

    خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.

    "Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku, kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut at-tabi'in)" ( Riwayat Muslim)

    .....

    -----------------------------------------------

    TAMAT KES 2

    ‎-----------------------------------------------

    ReplyDelete
  6. KESIMPULANNYA, "FAHAMAN ASWA' WAS SIFAT" yang diajarkan oleh IBLIS IBNU TAIMIYYAH adalah FAHAMAN BID^AH, MARDUD, BATIL DAN SESAT. BANYAK DI DALAM FAHAMAN INI MENYALAHI AL-QURAN DAN AL-HADIS, SERTA IJMAK ULAMA.

    AHLUS SUNNAH adalah AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA^IRAH WAL MATURIDIYYAH.

    - ALLAH WUJUD TAK BERTEMPAT !!!

    ReplyDelete
  7. ‎(بسم الله الرحمن الرحيم )

    BAB MUKHALAFATUHU LIL HAWADIS

    – Bersalahan Allah Ta^ala dengan sesuatu yang Baharu (Ada Permulaan).

    – ALLAH SUBHANAHU TA^ALA TIDAK MENYERUPAI SESUATU APA PUN !!!

    ………………………

    Apakah yang dianggap dengan menyerupai ???

    Maka fakir kemukakan Kitab Tijanud Darari Fi Syarhi Risalatil Baajuriyy, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu ^Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 4, baris 10 dari atas.

    Beliau merupakan Ulama Besar di Tanah Hijaz (Arab) yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya^irah Wal Maturidiyyah! Seluruh Kitabnya adalah berbahasa ^Arab, dan kebanyakan berbentuk Kitab Turas @ Kitab Kuning @ Kitab Muktabar.

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Tijanud%20Darariy/IMG_0003.jpg [/IMG]

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Tijanud%20Darariy/IMG_0001.jpg [/IMG]

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/Tijanud%20Darariy/IMG_0002.jpg [/IMG]

    (Ini berdasarkan Firman Allah Ta^ala, Surah Asy-Syura, ayat 11. – Pent.)

    Lebih kurang Melayunya ;

    Bab Mukhalafatuhu Lil Hawadis – Bersalahan Allah Ta^ala dengan sesuatu yang Baharu (Ada Permualaan).

    Bermula, gambaran-gambaran yang menyerupakan Allah Ta^ala dengan makhluq ada sepuluh perkara ;

    1. Allah Ta^ala itu merupakan ‘Jirim’, sama ada dua ‘Jirim’ yang tersusun yang digelar ‘Jisim.’ Atau ‘Jirim’ yang tunggal yang digelar ‘Jauhar Farad.’

    (‘Jisim’ dan ‘Jirim’ adalah terhasil daripada cantuman dua atau lebih ‘Jauhar Farad’. ‘Jauhar Farad’ membawa makna ‘Permata Tunggal yang tidak boleh dipecahkan lagi.’ Oleh itu, Zat Allah Ta^ala bukan terdiri dari ‘Jisim’ dan ‘Jirim’ yang mengambil ruang dan tempat. Ringkas kata, Zat Allah Ta^ala bukan ‘Jisim’ dan ‘Jirim’ yang boleh dibelah bahagi. – Penterjemah @ Pent.)

    .....

    ReplyDelete
  8. 2. Allah Ta^ala merupakan ^Aradh.

    (^Aradh bererti ‘sifat-sifat kemakhluqkan’ seperti bulat, segiempat, panjang, pendek, panas, sejuk, warna merah, hijau, wangi, busuk dan sebagainya. Maka, Allah Ta^ala bukan ^Aradh. – Pent.)

    .....

    3. Allah Ta^ala merupakan salah satu ‘arah’ dari ‘Jirim.’ Maka, Allah Ta^ala tidak berada di atas ^Arasy, tidak juga dibawahnya, tidak di kanannya, dan tidak dibahagian lain arah yang dikenal.

    (Contohnya, Allah Ta^ala tidak berada di atas ^Arasy, di bawah ^Arasy, di tepi ^Arasy atau di mana-mana arah bagi ^Arasy. Maka, Allah Ta^ala tidak menduduki ‘arah’ bagi ‘jirim’. – Pent.)

    .....

    4. Allah Ta^ala ada ‘arah’ tersendiri. Kerana itulah, Allah Ta^ala tidak mempunyai bahagian atas dari Zat-Nya, tidak bahagian bawah, tidak bahagian kanan, tidak bahagian kiri dan tidak bahagian yang lainnya.

    (Jika makhluq seperti saya, saya mempunyai arah tersendiri. Contoh ; Saya berada di hadapan komputer, saya di atas kerusi, saya di bawah bumbung dan saya di dalam rumah. Sedangkan, Allah Ta^ala tidak ada ‘arah’ tersendiri. – Pent.)

    .....

    5. Allah Ta^ala menduduki pada tempat.

    (Allah Ta^ala tidak duduk pada sesuatu tempat. – Pent.)

    .....

    6. Allah Ta^ala dikaitkan dengan masa. Yang mana, keadaan galaksi-galaksi dan planet-planet dipengaruhi oleh waktu dan masa.

    (Allah Ta^ala tidak dipengaruhi oleh waktu dan masa. – Pent.)

    .....

    7. Atau, Allah Ta^ala berganti-ganti ke atas-Nya masa, iaitu siang dan malam.

    (Allah Ta^ala tidak dipengaruhi oleh siang dan malam. – Pent.)

    .....

    8. Atau, bersifat Zat Allah SWT yang Maha Haqiqi dengan Sifat Kemakhluqan, seperti ada Kuasa yang baru, ada Kehendak yang baru, ada bergerak dan diam, ada putih dan hitam, dan lain sebagainya.

    (Zat Allah Ta^ala tidak bersifat dengan Sifat Kemakhluqan. – Pent.)

    .....

    9. Atau, bersifat Zat Allah Ta^ala dengan kecil atau besar, atau dengan makna banyak anggota.

    (Allah tidak ada sifat Kemakhluqan, iaitu seperti ada banyak anggota. – Pent.)

    .....

    10. Atau, Allah Ta^ala bersifat dengan sikap mempunyai tujuan-tujuan tertentu di dalam Perbuatan-Nya atau Ketetapan-Nya, kerana itu tidak ada di dalam Perbuatan-Nya, seperti menjadikan Zaid kerana ada suatu tujuan tertentu.

    (Tidak terjadi kepada Allah Ta^ala, Allah Ta^ala menjadikan sesuatu kerana ada tujuan atau kebaikan tertentu bagi Allah. – Pent. )

    Iaitu, kerana ada kemashalatan yang membangkitkan semangat untuk melakukan Perbuatan-Nya itu.

    (Tidak terjadi kepada Allah, Allah menjadikan sesuatu di atas desakan seseorang. Bahkan, memang Allah yang mahu menjadikan begitu dan begini. – Pent. )

    Kerana itu, tidak lepas bahawa Perbuatan Allah Ta^ala tersebut kerana ada suatu hikmah. Jika tidak, maka Perbuatan-Nya tu adalah perbuatan yang sia-sia. Dan, sia-sia itu adalah mustahil pada Haq Allah Ta'la.

    (Setiap perkara yang Allah jadikan itu mempunyai hikmah tersendiri. – Pent. )

    Dan kerana itu, tidaklah dalam ketetapan hukum-Nya, seperti diwajibkannya solat atas kita kerana ada satu tujuan tertentu.

    Yakni, kerana ada maslahat (masalah) yang menggerakkannya untuk melakukan penetapan hukum tersebut sebagaimana penjelasan yang lalu.

    Maka, gambaran-gambaran yang menyerupakan Allah Ta^ala ini adalah mustahil pada haq Allah Ta^ala.

    ………………………..

    KESIMPULANNYA ;

    "ALLAH TA^ALA ITU WUJUD TIDAK BERTEMPAT" – Lawan Wahhabiy !

    Dan,

    “ALLAH TA^ALA ITU TIDAK PERNAH MEMBERIKAN SEBARANG KUASA KEPADA MAKHLUQ” – Lawan Muktazilah !

    Nota boleh diminta di email greens_lavender4@yahoo.com

    Facebook firdaus6873@ymail.com

    ReplyDelete