Saturday, April 10, 2010
TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA (SIK)- PERJUANGAN DAN KERISAUAN BELIAU ?
Sebagai ulama akhirat yang berjiwa dakwah dan semangat juang tuan guru sentiasa risau dengan keadaan sekarang . Tn Guru yang kita kasihi berjuana tanpa mengira penat letih untuk menyampaikan dakwah . Walaupun beliau sudah menjangkau 84 tahun tetapi ALHAMDULILLAH, ALLAH masih memberi taufiq kepada beliau aktif berdakwah dan berjuang . Kalau diikutkan umur Tn Guru ,sudah tidak sesuai meredah negeri kesana kesini , padat jadualnay tetapi oleh kerana merasai kepentingan kewajiban menyampaikan dakwah dan memimpin masyarakat dalam soal agama maka Tn Guru terpaksa melaksanakan .
Beliau merupakan ulama yang berpandangan jauh dan memiliki semangat juang yang kental dan istiqamah . Tn Guru berjuang semata2 ingin mengembangkan agama Allah .
Tn Guru measaskan pondok berasaskan tauhidkan Allah dan Taqwa. Bermula dengan modal yang hanya ada 50 riyal Arad Saudi . Bermula dengan susah payah hanya kerana untuk kepentingan umat . ALHAMDULILLAH kini pondok sudah maju berbanding dulu .
Tn Guru tidak senag dengan keadaan negara kita sekarang ini . Pemimpin peringkat pusat , negeri , rakyat , masyarakat peringkat kawasan , cawangan , kampung semuanya sekarang sudah tidak mengambil peduli soal agama . Apa yang akan terjadi zuriat kita nanti? . Sekarang perkembangan agama masyarakat sangat2 rosak .
SOAL AQIDAH ramai yang tidak dalami ilmu AQIDAH , ramai yang terpengaruh dengan ajaran sesat . Pengaruh wahabi sangat2 bahaya bagi kita . Tn Guru sangat gigih menyampaikan dakwah keseluruh pelusuk disetiap daerah dinegeri kedah .
Masyarakat sangat jauh dengan agama , perkara agama sudah tidak diambil kira kerana terpengaruh dengan tipudaya dunia . Golongan agama tidak memainkan peranan dalam mengembankan agama . Pemimpin yang tidak faham agama dibawah UMNO/BN punca kerosakan segala2 , WAJIB KITA TOLAK UMNO , SOKONG PAS DAPAT PAHALA tegasnya.
assalamualaikum tuan,
ReplyDeletesaya ingin belajar selok belok tentang agama..
adakah di tempat anda menerima kaum wanita...
saya mahu dekatkan diri saya pada allah..
adakah anda mahu membantu saya...