Sunday, April 11, 2010
AKAL MEMIMPIN NAFSU , BUKAN MENUHANKAN NAFSU!
Nasihat buat diriku dan saudara yang ingin keredhaan ALLAH .
Akal menurut takrif didalam kitab agama dikatakan satu nur yang Allah letakkan dihati kita , maka nur itu dipancar ke otak maka dinamakan akal .
Nikmat akal wajib kita syukuri dengan memimpin nasfu kita supaya tidak menyimpang dari agama.
Apabila menuhankan nafsu maka celaka kita.
Setiap yang maksiat semua nak dikerjakan mengikut nafsu amarah yang akan menempah neraka jahanam kelak .
Nafsu sangat2 tidak suka perkara taqwa. Awasilah kita semua yang ingin menjadi hamba ALLAH yang baik dan yang ingin mendapat redha ALLAH, hati2 kita jangan terpedaya dan jangan ditipu nafsu, kawal diri dan peribadi sebagai muslim .
Kejayaan sebenar adalah berjaya di Akhirat , Akhirat matlamat .
NAFSU perlu dipimpin AKAL barulah ok .
Tetapi andai nafsu menguasai akah bahaya kita , jahanam celakalah kita .
Andai nafsu panduan pedoman kita maka kita akan duduk dalam dosa dengan ALLAH kerana kewajiban kita dengan agama tidak dilaksana , begitu juga keluarga akan musnah kelak , kebahagian sementara didunia akan bertukar sedih di Akhirat kelak apabila dalam kekeluargaan kita tidak laksana hukum agama , maka keluarga kita akan sengsara diazab neraka .
Begitu juga andai jadikna nafsu sebagai kiblat dan ikutan panduan dalam masyarakat maka rosak masyarakat yang meninggalkan syariat . Maka masyarakat yang bertuhan nafsu tidak mungkin akan aman dan tak munggkin jadi baik kerana masyarakat tidak faham hukum syarit atau tidak amalkan syariat dalam kehidupan .
Sanggup bersuka riya yang sebentar sahaja kemudian akan diazab dengan perbuatan haram yang didorong nafsu .
Sanggup murtad , sanggup zina , sanggup minum arak dan melakukan dosa2 besar yang lain.
Kewajiban agama tidak dilaksanakan kerana mengikut kata nafsu yang palsu .
Mengikut andain nafsu yang menipu kita dari mendapat keputusan terbaik untuk melaksana syariat ALLAH .Maka kita pimpin nafsu kita dengan akal . Mulia manusia kerana akal yang memimpin nafu !
No comments:
Post a Comment