TN GURU DALAM KULIAH JUMAAT TADI-(16/03/2010)MENASIHATI
para pelajar perlu berhati2 ,jangan mudah terpengaruh dengan keadaan lebih2 lagi zaman yang penuh fithnah ini .
Pelbagai fahaman sesat , pelbagai maksiat yang berlaku . Jadi kita kena kuatkan iman kita . Belajar daan pegang betul2 apa yang dipelajari . Kena ada asas pendirian sendiri jangan sekali2 mudah terpengaruh dengan sesuatu pembawakan yang tidak sahih .
Kita perlu memikirkan 3 benda yang amat penting :
1)KITA KENA FIKIR DALIL KEUJUDAN ALLAH, KEKUASAAN , KEAGUNGAN ALLAH
(KEIMANAAN KITA PADA ALLAH)
2)KITA KENA FIKIR SESUATU YANG KITA HENDAK LAKSANAA ADAKAH MENDATANGKAN
KEBAIKAN ATAU KEMUDARATAN SEBELUM MELAKSANAKANNYA
3)MEMIKIRKAN HARI AKHIRAT ADAKAH KITA AKAN SELAMAT DISANA ANDAINYA TIDAK
TAAT PADA ALLAH
Jadinya kita kena ada asas, jangan jadi lalang yang mengikut angin .Kita sebagai ORANG YANG AQIDAH SAHIH IAITU ISLAM PERLU ADA PENDIRIAN DAN PRINSIP HIDUP BERTERASAKAN ILMU AGAMA YANG DIDALAMI
No comments:
Post a Comment