Tuesday, March 9, 2010
JAKIM , MUFTI-MUFTI , MAJLIS AGAMA NEGERI-NEGERI, KHADI, IMAM-IMAM,DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN AGAMA DINASIHATI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN AMANAH
GOLONGAN YANG DIAMANAH DALAM HAL AGAMA PERLU MELAKSANA TANGGUNGJAWAB ...
ANDAI TIDAK MELAKSANA MAKA MEREKA TIDAK AMANAH DENGAN ALLAH, DAN DERHAKA YDP AGUNG DAN RAJA-RAJA KERANA MEREKA DILANTIK OLEH PIHAK ISTANA MENGURUSKAN SOAL AGAMA ...
Apa peranan golongan ini terhadap agama?
Mereka wajib menjaga agama . Adakah telah melaksana tanggungjawab agama ? Andai tidak mereka paling berdosa kerana yang pertama amanah allah , yang kedua mereka telah diberi gaji oleh kerajaan .
Ramai golongan ini tidak turun padang memastikan agama terpelihara .
Bahkan hanya berbangga dengan bintang2 kebesaran , pingat2 dari sultan hingga lupa tanggungjawab .
Ramai golongan ini apabila diberi tauliah atau dilantik pihak istana mereka merasa hebat hingga tidak mendengar teguran , nasihat pandangan ulama dan rakyat.
Ramai yang anggap kerja mereka hanya dalam pejabat sahaja . Pada hal tanggungjawab mereka orang yang ada ilmu agama lebih dari itu .
Kadang tugasan pejabat pun tidak laksana dan tangguhkan .
Yang dapat atau masuk duit diutama yana tidak mereka lenggah-lenggahkan .
ISLAM TIDAK AKAN MAJU KEHADAPAN DALAM NEGARA ANDAI GOLONGAN YANG DIAMANAH DALAM URUSAN AGAMA TIDAK LAKSANA TANGGUNGJAWAB...
Khadi2 pula hanya duduk dalam pejabat tanpa menghirau hal agama rakyat . Jika ada khursus perkahwinan mereka merebut2 peluang giliran untuk mendapat alaun . Tanggungjawab asal diabaikan .
Ramai imam2 yang hadir masjid pada hari jumaat sahaja .Alaun bulanan imam ambil hanyalah untuk kepentingan sahaja .Pada hal imam perlu memastikan anak kariah menunaikan fardhu ain , perlu memberi pengisian fardhu ain . Mereka hanya merebut2 nak nikahkan orang kerana nak saguhati,pada hal mereka tidak sedar pasangan pengantin akan dakwa mereka andainya pasangan pengantin jahil hukum agama.....
MAAF DIPERNYATAKAN DISINI, ANDAINYA AHLI AGAMA TIDAK IKHLAS MELAKSANA TANGGUNGJAWAB MAKA ISLAM AKAN MUNDUR KERANA GOLONGAN INI MAKA GOLONGAN INI PALING BERDOSA DI AKHIRAT.....!!!
No comments:
Post a Comment