Monday, March 22, 2010
TARIKAT ?
TARIKAT ada dan dimalkan oleh ulama2 kita , bahkan boleh dikatakan semua ulama aliran sunni bertarikat
Tetapi perlu diindat dan berwaspada kerana ada tarikat yang menyimpang .
Tidaklah sampai kepada tahap wajib bertarikat .
Tarikat adalah jalanan mendampingkan diri kepada Allah .
Maka jangan kita sekali2 menyalahkan tarikat .
Yang wajib adalah kita membersihkan hati dari sifat mazmumah yang keji2 . Adapun tarikat bukan sampai kepada tahap wajib hanya sebaik2 kita bertarikat .
Ramai orang sekarang yang gemar dengan tarikat hingga meninggalkan fardhu ain . Hanya mahu bertarikat tanpa mahu mendalami ilmu fardhu ain tauhid , fekah , dan tasauf ditinggalkan ini salah , buat yang sunat yang wajib tinggal . Perbuatan ini menyalahi ulama sunni , perbuatan ini salah , sesat dan akan mengundang kecelakaan diri ...Masyarakat terpengaruh dengan bawakan tarikat , terpengaruh dengan kehebatan pakaian sesuatu tarikat hingga asyik dengan tarikat hingga abai tanggungjawab maka ini salah .
Tarikat boleh diambil atau diterima dengan syarat tarikat itu muktabar dan guru yang metalqin tarikat kepada kita adalah guru yang diiktiraf masyarakat beraliran sunni .
Mudah sahaja nak pastikan tarikat itu betul atau menyimpang , andainya guru dan pengikut itu mengamalkan tarikat mestilah berkehidupan syariat mengambil kira hal
haram halal , memilahara hukum syara maka betullah bawakan itu , jika pengamal tarikat dalam masa yang sama isteri tidak bertudung , melakukan yang fasiq , tidak dalami ilmu agama, buat perkara kurafat maka jahuilah tarikat itu .
Mudahnya jika nak bertarikat carilah guru2 pondok yang beraliran sunni .
Tuan Guru Hj Salleh berkata jika nak bertarikat cari guru yang mengajar kitab .....
No comments:
Post a Comment