Saturday, March 6, 2010

APA HUKUM MAULIDUL RASUL???

12 Rabi`ul Awwal, hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Seluruh dunia Islam menyambut ketibaan hari ini dengan berbagai acara dan sambutan. Perkara ini telah berjalan zaman berzaman sehingga ke hari ini berterusan, alhamdulillah. Dalam keghairahan puak Wahhabi mengharamkan dan membid`ahkan umat dari menyambut hari keputeraan Junjungan s.a.w., mereka lupa bahawa panutan mereka yang digelar sebagai Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah al-Harrani, walaupun menghukum sambutan Mawlidin Nabi sebagai bid`ah yang diada-adakan umat Islam dengan meniru-niru puak Nashrani, tetapi dia tetap menyatakan bahawa orang yang mengadakan sambutan tersebut diberi pahala atas niat baik mereka menyambut mawlid tersebut demi membesarkan Junjungan Nabi s.a.w. Rupa-rupanya, Ibnu Taimiyyah tidaklah seekstrim puak Wahhabi yang ada pada masa kita, yang dengan mudah dan sembrono memvoniskan "masuk neraka" bagi sesiapa yang merayakan atau menyambut hari keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke-23, halaman 134, yang menyatakan, antara lain:-

فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم


Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw.
Allahu ... Allah, lihat saja Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menyambut hari keputeraan Junjungan dengan niat yang baik serta membesarkan Junjungan s.a.w., maka baginyalah ganjaran pahala yang besar. Ini pernyataan Ibnu Taimiyyah, ikutan dan panutan mereka yang mengaku salafi zaman kita ini. Maka bersederhanalah hendaknya wahai salafi moden dalam menghukum kami yang menyambut dan membesarkan keputeraan Junjungan Nabi s.a.w. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Nabi s.a.w.

style="display:block; margin:0px auto 10px; text-align:center;cursor:pointer; cursor:hand;width: 320px; height: 240px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLL6gAgpI5_VWQQpCAm6xUTUYuefC7010eUx2VBxDuuX7Wk7v1-rDNPIS4oAE1_0NZHjAOTPsC4ZjinZXeeTq2t_X2iJzfKUrg_tAyCmdIZJkXcQGBGbv5AUV_7uE78Vm69aDCDMrvcC4w/s320/maulid.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5448520979471262834" />
TN GURU HJ HASYIM PASIR TUMBUH - Walau usur tetapi tetap semangat dalam
perarakan MAULID . INI PETANDA ULAMA SANGAT MENGHORMATI HARI MAULID.


HUKUAM MENGADAKAN MAULIDUL RASUL ADALAH BIDAAH HASANNAH , BIDAAH BAIK TERMASAK DALAM BADAAH SUNNAT...

APA ITU BIDAAH?
BIDAAH ADALAH PERKARA AGAMA YANG TIADA PADA ZAMAN RASULULLAH.

APA ITU BIDAAH HASANAH?
BIDAAH YANG SANGAT BAIK / BAIK

ADA KA BIDAAH BAIK , BUKANKAH BIDAAH SEMUA SESAT DAN MASUK NERAKA ?
BIDAAH ADA YANG BAIK . BAHKAN BIDAAH WAJIB PUN ADA CONTOHNYA MEMBUKUKAN AL QURAN ATAU MENCETAKAN QURAN ADALAH BIDAAH . TETAPI WAJAB KERANA MENJAGA DARIPADA TERHAPUS
MAKA SAIDINA UTSMAN YANG MULA2 MENGHIMPUNKAN ,
JIKA WAHABI KATA TIAP2 BIDAAH SESAT MASUK NERAKA, ADAKAH SAHABAT NABI YANG MULIA MASUK NERAKA? TENTU TIDAK .....

MAKA PERAYAAN MAULID ADALAH TERMASUK DALAM BIDAAH HASANAH YANG SUNAT...

MENGAPA JADI SUNNAT?
KERANA MEMPERINGATI KEPUTERAAN NABI AGUNG KITA S.A.W, DAN MELAHIRKAN PERASAAN SYUKUR ATAS KEPUTERAAN BAGINDA YANG MEMBAWA RISALAH AGAMA. SELAIN MELAHIRKAN PERASAAN CINTA HAKIKI KITA PADA RASULULLAH

SIAPA YANG MULA BUAT MAULID?
ORANG PERTAMA YANG MENYAMBUT PERAYAAN MAULID ADALAH RAJA BERNAMA MALIK MUZAFAR ABU SAID

BAGAIMANA NAK BUAT MAJLIS MAULID?
SAMA ADA KENDURI , BERSELAWAT ASALKAN NIAT MEMBESARKAN RASULULLAH DAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH DAN CINTA PADA RASULULLAH

BERSALAHAN MENYAMBUT MAULID TAPI TIDAK IKUT RASULULLAH MAKA INI TIDK ADA FAEDAH,BAHKAN MUNAFIQ , TIPU ATAU BERPURA2 SAHAJA .

PASTIKAN SELAWAT , PERARAKAN TIDAK BERCAMPUR ADUK ANTARA MUSLIMAT DAN MUSLIMIN BAGI MENGAJA ADAB MAJLIS.
SEKIRANYA CAMPUR ADAUK DAN MUSLIMAT MENINGGIKAN SUARA, HUKUMNYA HARAM DAN SAMBUTAN MAULID TIDAK DIKIRA KERANA ADA UNSUR MAKSIAT

No comments:

Post a Comment