Saturday, October 3, 2009

PERINGATAN UNTUK DIRI



ASSALAMUALAIKUM pengikut setia blog, didoakan kita semua dikekalkan dalam iman dan islam amin .
YA ALLAH ,kuatkan hati kami mudahan ditambah taufiq dalam mengamalkan agama, dan dikekalkan iman hingga penghujun hayat dan mudahan boleh berlafaz LAILLAH HAILALLAH .

WARKAH INI SEBAGAI PERINGATAN PADA DIRI DAN KEPADA SEMUA KHASNYA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN

Sebagai hamba yang mengaku islam dan beriman tidak mencukupi sekadar pengakuan lisan . Pengakuan ini mesti diterjemah dengan penghayatan dalam kehidupan . segala gerak geri baik untuk diri , keluarga , masyarakat, kerajan yang memerintah negara kesemuanya mesti kembali menghayati agama dalam erti kata mengikut hukum hakam agama yang diperintah allah melalui nabi agung kata s.a.w.

SAUDARA...ISLAM itu melengkapi segalanya . jadi mengapa kita tak nak ambil islam dalam kehidupan . andai kita dapat mengambil dan menghayati islam dalam kehidupan maka kita akan merasai kemanisan hidup, ketenangan hidup dalam diri , kebahagian keluarga , keharmonian masyarakat, kenikmatan kesejahteran dapat dirasai oleh rakyat .
SEGALA-GALA BERMULA DARI KITA . KITA YANG BERUSAHA UNTUK DIRI KITA UNTUK BAIK, KEMUDIAN KITA BERUSAAHA UNTUK KELUARGA KITA KEMUDIAN MASYARAKAT KITA DAN NEGARA KITA . segalanya bermula dari diri setiap kita yang mukmin .
RAMAI YANG GAGAL JADI BAIK , IBLIS SEBAGAI CONTOH ASALNYA DIA BAIK , ALIM , GURU KEPADA MALAIKAT TETAPI AKHIRNYA GAGAL . MENGAPA ??? PERLU KITA KAJI . walaupun iblis ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu , tak hayati ilmu yang ada pada dia . jadi kepada pelajar agama , pendakwah jaga- jaga kita, jangan kita rasa hebat , jangan kita rasa kita dah baik dan sempurna kerana tugas orang yang ada ilmu berat. kita dikira bedosa andainya berada dalam kejahilan agama kerana tak belajar agama dan sama juga jika kita belajar agama andainya kita tak amal, kita tak menegur orang yang melakukan dosa maka kita bedosa juga. kerana kaedah REDHA DENGAN MAKSIAT KITA YANG TAHU PUN DIKIRA MAKSIAT, REDHA DENGAN BENDA FASIK MAKA KITA YANG TAHU DIKIRA FASIK JUGA , REDHA DENGAN KUFUR MAKA KITA YANG TAHU DIKIRA KUFUR . SEBABNYA WAJIB BAGI YANG TAHU MENYAMPAIKAN , ANDAI TIDAK MAKA ALLAH , MALAIKAT , IKAN DI LAUTAN , BURUNG DI UDARA AKAN MELAKNAT KITA , INI BEDASARKAN HADIS RASULALLAH S.A.W
ISLAM BUKAN SAHAJA DI MASJID , DI ATAS SEJADAH . TETAPI ISLAM MERANGKUMI KEHIDUPAN DIRI, KELUARGA , MASYARAKAT , NEGARA DAN DUNIA . INI SEMUA KEWAJIBAN KITA BARULAH SAMPAI MATLAMAT KEBAHAGAIN HIDUP AKHIRAT .

BAGAIMANI NI???
BAGAIMANA NAK IKOT SEMUA NI???
MUDAH SAHAJA ................... KERANA ISLAM TIDAH MEMAKSA .
FIRMAN ALLAH BERMAKSUD " TAQWA OLEH MU SEKADAR KEMAMPUAN KAMU"
SEBAGAI AHLI SUNNAH ,KITA TEGUH DENGAN AL QURAN , HADITS , IJMA ULAMA, QIAS
maka kena berusaha sedaya kemampuan metaai ALLAH .
BAGAIMANA???
KITA TERPAKSA BELAJAR AGAMA . KITA KENA BELAJAR TAUHID, FEKAH , TASAUF . INI ASAS . KETIGA-TIGA ILMU INI ADA KAITAN ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM KEHIDUPAN KITA

TAUHID sangat penting kerana kita hendak mengenali ALLAH , TUHAN KITA . Apabila kita kenal dan yakin ALLAH yang mencipta kita, yang memberi kita hidup, makan , minum, pakaian dan juga kita memijak diatas buminya , kita mengguna segala nikmat ciptaannya maka akan datang perasaan takut dan taat kepada hukum Allah . PERINGKAT DIRI KITA ,kita akan takut kepada allah , tak berani tingal kewajiban agama , tak berani buat maksiat atau mungkar yang mengundang murka allah . kita akan AMALKAN ILMU FEKAH yang kita pelajari KERANA TAKUT AZAB ALLAH DAN SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH S.W.T BERI KEPADA KITA
BERMULA DARI KITA METAATI HUKUM ALLAH , KEMUDIAN KITA BAWA DALAM KELUARGA YANG KITA BENTUK , suami menjalankan hak suami , begitu guga jika kita sebagai isteri mejalani hak isteri pada suami . hak ibu bapa pada anak , hak anak pada ibu bapa maka satu keluarga memainkan peranan metaati allah maka allah akan mencampak keberkata dalam rumahtangga. suami memberi nafakah zahir batin pada isteri, isteri taati suami . ibu bapa mendidik anak dengan agama maka anak-anak jadi soleh/solehah , anak akan hormat ibu bapa , menjaga ibu bapa pada masa tua , doa kepada orang tua ketika didalam kubur . MASYALLAH KALAU IKUT HUKUM ALLAH ,KELUARGA HARMONI. Dan akan keluar setiap wakil dalam masyarakat MAKA MASYARAKAT PUN BAIK MUHIBBAH , NEGARA PUN SEJAHTERA KERANA MENGIKUTI HUKUM ALLAH KERANA MENGENALI ALLAH DENGAN SEBENAR
MEGAPA KITA TAK DAPAT SEMUA INI ???
KERANA TAK BELAJAR HUKUM HAKAM AGAMA.
ANDAI BELAJAR PUN TAK DIAMAL DAN TAK DIHAYATI .
KITA GAGAL MENTARBIAH DIRI kalau belajar agama tak amal . Jangan jadi iblis , yahudi , bal'am ulama yang sangat alim dan sangat jahat pada zaman nabi musa a.s

APABILA GAGAL TARBIAH DIRI maka GAGAL TARBIAH KELUARGA , hak-hak sudah tak dijaga maka rumah tangga huru hara , anak tak ada adab MAKA MASYARAKAT PUN HURU HARA TAK AMAN banyak kes curi , samun , bunuh , rogol dan banyak lagi .APABILA RAKYAT TAK FAHAM AGAMA MAKA TELANTIKNYA KERAJAAN FASIK , DAYUS YANG TAK MELAKSANA UNDANG -UNDANG HUDUD DAN TAK MEMBENTUK RAKYAT UNTUK JADI BAIK ..............PARAH2..................JIKA TAK MAU AMBIL AGAMA DALAM KEHIDUPAN ..... TAK HAIRAN ZAMAN SEKARANG MAKIN HARI MAKIN TEROK MAKIN TAK AMAN KERANA KEBERKATAN ALLAH TIDAK TURUN HASIL DOSA KITA DISEMUA PERINGKAT .

ULAMA , USTAZ , AHLI IBADAH PUN BEDOSA JIKALAU MEREDHAI KEADAAN SEBEGINI RUPA TERUKNYA ......TUGAS YANG TAHU MENEGUR KESALAHAN , BENTUK UMAT, JANGAN JADI SYAITAN BISU. TUGAS MENDIDIK DAN MENEGUR , ADAPUN NAK IKOT TAK IKOT TEPULANG LAH PADA MEREKA KERANA HIDAYAH BUKAN HAK KITA.
KATA TN GURU HJ SALLEH "AGAMA BUKAN HANYA SEMBAHYANG , DUDUK ATAS TIKAR SEMBAHYANG SAHAJA , INI BUKAN AJARAN ISLAM INI AJARAN RAHIB , PADRI DAN SAMI. KITA WAJIB BERJUANG BAGI ISLAM TERLAKSANA HUKUM ALLAH TERTEGAK , APA NAK JADI ZURIAT KEHADAPAN KALAU KITA TAK BERJUANG NAK BAGI ISLAM NAIK ???"
NAK ATAU TAK NAK BERUBAH ATAS DIRI MASING- MASING .
INI KEWAJIBAN SETIAP ORANG
HIDAYAH HAK ALLAH , POHON KEPADA ALLAH MUDAHAN KITA DAPAT
HIDAYAH DAN TAUFIQ DAN KETEGUHAN HATI DALAM ISLAM DAN IMAN

No comments:

Post a Comment