Wednesday, April 22, 2020
Khutbah Rasulullah akhir Syaaban menyambut Ramadhan
KHUTBAH RASULULLAH ﷺ PADA HARI TERAKHIR BULAN SYA'BAN
Mari sama-sama kita hayati hadith yang diriwayatkan daripada Salman al Farisi RA berkenaan Khutbah Rasulullah ﷺ pada hari terakhir bulan Sya'ban ini yang mengandungi nasihat dan pedoman terbaik untuk umat Islam sebagai persediaan sebelum bertemu Ramadhan tidak lama lagi.
Saturday, April 18, 2020
Daging ulama beracun
Pesan Guru kami yang mulia, Tuan Guru Baba Hj. Ismail Sepanjang Al-Fathoni حفظه الله تعالى di dalam Tausiyahnya
dengan sedikit alih bahasa & sedikit olahan:
Di akhir zaman ini, adanya dua jenis Ulama’ yakni Ulama’ Yang Baik & Ulamak Yang Jahat.. Ulamak Yang Jahat ini adalah Ulamak yang menyimpang Aqidahnya & Iktiqadnya daripada Aqidah & Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah kerana mereka bukan sahaja merosakkan diri mereka sendiri tetapi mereka juga akan merosakkan ummah itu sendiri.. Dan siapakah Ulama’ Yang Baik ini? Mereka ini adalah ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ...
Sepertimana di dalam hadis daripada Saidina Abu Darda' رضي الله عنه, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ
“Ulama adalah pewaris para Nabi.”
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )
Jika terjemah kalimah ﺍﻟْﻌُﻠُﻤَﺎﺀُ ﻭَﺭَﺛَﺔُ ﺍْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ dalam Bahasa Melayu, maka maknanya ialah, "Segala Orang Yang Meng-Pusakai (Menerima Harta Pusaka) Ilmu-Ilmu Para Nabi.." Pusaka ini sangat berat, sebab tak semua orang mampu tanggung & tak semua orang layak menerima pusaka… Para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka, tetapi para Nabi meninggalkan harta yang lebih berharga daripada segala isi di langit & di bumi yakni PUSAKA ILMU…
Kekasih kita yakni Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم meninggalkan kita semua hampir 1000 tahun lebih... Jarak masa antara kewafatan Nabi dengan zaman kita ini sudah mencecah 1439 tahun dalam calendar Hijrah… Jika kita tilik jarak masa yang begitu lama itu, bagaimana kita mampu nak kenal ugama? Bagaimana ilmu para Nabi itu nak sampai kepada kita semua? Bagaimana kita nak kenal akhirat sedangkan kita tak pernah berjumpa dengan akhirat pun? Dan bagaimana kita nak kenal Sayyiduna Rasulullah SAW صلى الله عليه وسلم sedangkan kita langsung tak pernah jumpa Baginda, tak pernah dengar suara Baginda bahkan tak pernah mimpi pun berjumpa dengan Baginda? Tak dapat tidak kena juga melalui jalanan para ‘Alim Ulama’ kerana Ulama’ adalah Wasilah (perantara) antara kita semua dengan khazanah ilmu daripada para Nabi…
Tapi alhamdulillah, ilmu para Nabi itu tak terputus mata rantainya yakni sanadnya sampai ke akhir zaman kerana masih adanya para ‘Alim Ulama’, bermula daripada mata rantai yang pertama iaitulah para Sahabat (orang yang pernah berjumpa dengan Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم & beriman dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda), kemudian sambung dengan para Tabi’in (orang yang tak sempat berjumpa dengan Baginda Nabi tapi sempat berjumpa, beriman & belajar ilmu ugama dengan para Sahabat), kemudian sambung pula ke zaman para Tabi’ Tabi’in (orang yang tak sempat berjumpa dengan para Sahabat tapi sempat berjumpa, beriman & belajar ilmu ugama daripada para Ulama’ Tabi’in) & kemudiannya bersambung mata rantai tersebut dengan para ‘Alim Ulama’ (Imam Abu Hanifah رحمه الله, Imam As-Syafi’e رحمه الله, Imam Hambali رحمه الله, Imam Maliki رحمه الله) sampailah kepada para Ulama’ zaman kita sekarang ini… Segala ilmu itu bersambung melalui lisan, perbuatan & tulisan yang kemudiannya dibukukan di dalam kitab-kitab syarahan yang dikarang oleh para ‘Alim Ulama’ terdahulu…
Namun begitu, bila sampai zaman kita yakni di akhir zaman ini, timbul pula golongan-golongan yang berani & biadap kerana mencela para ‘Alim Ulama’… Semoga-moga, golongan ini dapat hidayah & kefahaman ilmu dan semoga-moga penyakit taksub (contoh penyakit taksub, “Kamu salah, aku betul… Aku betul, kamu salah”) mereka ini dapat disembuhkan dengan segera… Kerana, jika golongan ini faham ilmu & sembuh daripada penyakit taksub yang merebak di dalam jiwa mereka, insyaAllah mereka ini tidak akan berani mencela lagi kepada para ‘Alim Ulama’… Orang yang mencela Ulama’ ini sangat buruk adabnya...
Contoh, walaupun ibu bapa kita pukul atau denda kita sekalipun, wajib kita kena hormat mereka kerana dengan asbab daripada mereka berdua itu, maka lahirlah kita di dunia ini... Apatah lagi jika dengan para ‘Alim Ulama’, lagi wajib untuk kita hormat kepada mereka kerana selain daripada para Nabi, para Ulama’ juga boleh memberi syafa’at di hari akhirat bahkan kedudukan Ulama’ disisi Allah سبحانه وتعالى lebih tinggi & lagi mulia berbanding dengan ibu bapa kita… Maka orang yang suka mencela para ‘Alim Ulama’ ini, orang kampung panggil, SUKA CARI PENYAKIT…
Orang yang berani mencela para ‘Alim Ulama’ secara terang-terangan ini, mereka ini LUPA DIRI kerana jika tidak kerana para Ulama’, dari manakah dia nak dapatkan ilmu ugama? Adakah ilmu itu boleh dapat dengan sendiri tanpa melalui susur jalur daripada para Ulama’? Tak boleh sama sekali… Maka beringatlah bahawa di akhir zaman, apabila lahirnya orang yang berani mencela & melaknat kepada para ‘Alim Ulama’ yang terdahulu, maka seolah-olah secara tidak langsung, dia telah menghina & melaknat Sunnah Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم… Dan apabila seseorang itu menghina & melaknat Sunnah daripada Sayyiduna Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم, maka orang itu sebenar-benarnya telah menghina & mengundang kemurkaan Allah سبحانه وتعالى serta azab seksa di akhirat sudah siap sedia menunggu untuk dibalas ke atas dirinya…
Sepatutnya, kita kena berterima kasih kepada para ‘Alim Ulama’ terdahulu supaya ilmu itu berkat & asbab daripada ilmu mereka serta kitab-kitab peninggalan mereka, kita masih dapat mengaji ilmu-ilmu ugama… Jika kita bersikap mencela mereka, nescaya segala ilmu yang kita ada itu tidak ada manfaat tapi akan mendatangkan MUDHARAT… Sebab itulah Sayyiduna Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita akan doa sepertimana di dalam hadis:
Sayyiduna Nabi ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ berdoa setiap pagi, dengan doa:
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﻋِﻠْﻤﺎً ﻧَﺎﻓِﻌﺎً، ﻭَﺭِﺯْﻗﺎً ﻃَﻴِّﺒﺎً، ﻭَﻋَﻤَﻼً ﻣُﺘَﻘَﺒَّﻼً
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima“.
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu As-Sunni)
Dan juga Sayyiduna Nabi ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ berdoa, dengan doa:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﻔَﻌْﻨِﻲ ﺑِﻤَﺎ ﻋَﻠَّﻤْﺘَﻨِﻲ , ﻭَﻋَﻠِّﻤْﻨِﻲْ ﻣَﺎﻳَﻨْﻔَﻌُﻨِﻲْ , ﻭَ ﺯِﺩْﻧِﻲْ ﻋِﻠْﻤًﺎ
“Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa-apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa-apa yang bermanfaat bagiku, Dan tambahkanlah ilmu kepadaku.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Dan juga doa ini:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲْ ﺃَﻋُﻮْﺫُﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﻋِﻠْﻢٍ ﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻊُ , ﻭَﻣِﻦْ ﻗَﻠْﺐٍ ﻟَﺎ ﻳَﺨْﺸَﻊُ، ﻭَﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺲٍ ﻟَﺎ ﺗَﺸْﺒَﻊُ، ﻭَ ﻣِﻦْ ﺩَﻋْﻮَﺓٍ ﻟَﺎ ﻳُﺴْﺘَﺠَﺎﺏُ ﻟَﻬَﺎ
“Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyu’, jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dikabulkan.”
(Hadis Riwayat Muslim & An-Nasa’i)
Jika seseorang itu ada ilmu & pandai bercakap tapi berani menghina Ulama’ terdahulu, maka ilmunya itu tidak bermanfaat, suatu hari nanti ilmu yang dia ada itu akan mendatangkan MUDHARAT balik kepada dirinya asbab kerana dia berani menghina Ulama’ terdahulu… Sebab itulah saya nasihatkan, jika kita sebagai orang awam, apabila di dalam sesebuah majlis kita dengar sekelompok manusia itu sedang mencela Ulama’ maka seeloknya kita tinggalkanlah majlis tersebut kerana majlis itu tidak ada manfaat & rahmat bahkan hanya dapat dosa & kemurkaan Allah SWT sahaja...
Sepertimana kata Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى, “Ketahuilah bahawasanya daging-daging Ulama’ itu diibaratkan daging yang mempunyai racun…”
Jika daging itu mempunyai racun, adakah kita sanggup memakannya? Contoh, air yang kita minum ini telah diketahui oleh kita bahawa ada orang letakkan racun, siapakah yang berani nak minum?? Kalau tak tahu, nescaya kita akan minum… Tapi kalau kita dah tahu & kita nampak ada orang letakkan racun, nescaya kita takkan berani nak minum air tersebut sebab kita tahu bahawa di dalam air itu adanya racun… Begitulah perumpamaannya dengan Ulama’ kerana daging Ulama’ ini mempunyai RACUN… Daging yang mempunyai racun, mudharatnya lebih merbahaya lagi daripada daging yang tidak ada racun… Jadi apa maksud daging Ulama’ itu mempunyai racun?
Maksudnya adalah orang yang mengumpat & mencela itu umpama pemakan daging sepertimana telah disebutkan di dalam Al-Quran… Adakah kita sanggup nak makan daging saudara kita telah mati? Sudahlah orang itu saudara kita bahkan dah mati pula, maka tergamakkah kita nak makan daging saudara kita yang dah mati? Sebab itulah orang yang mengumpat itu di ibaratkan orang yang makan daging… Jadi, jika kita mencela & mengumpat para Ulama’, maka daging Ulama’ itu lebih berbisa & lebih beracun daripada daging orang awam… Oleh itu jangan sesekali kita ini melibatkan diri kita di dalam perbuatan mencela & mengumpat para ‘Alim Ulama’… Semoga-moga kita semua dapat dijauhi daripada fitnah akhir zaman ini…
Dan semoga-moga kita semua dapat ilmu yang bermanfaat kerana ilmu itu ibarat NUR yakni CAHAYA… Nur ini takkan melekat pada hati orang yang suka mencela & sombong terhadap para Ulama’… Ilmu tinggi & pandai bercakap tapi ilmu itu mendatangkan mudharat bagi dirinya… Na’uzubillahi min dzalik… Akan tetapi, NUR ini akan melekat kepada hati yang mempunyai KEBERKATAN ILMU yang diperolehi hasil daripada kita ikhlas dalam menuntut ilmu, bertalaqqi dengan Guru yang Mursyid, beradab dengan para ‘Alim Ulama’ & akhir sekali, berkat doa daripada para Guru kita yang mendoakan kita… InsyaAllah ilmu yang kita pelajari itu akan berkat & bercahaya di dalam diri kita
Thursday, April 16, 2020
Sayyidi Abdullah bin Muhammad bin Al Siddiq Al Ghumari
Sempena Haul al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA pada tahun ini, pihak Kolej Islam as Sofa (KIS) melalui Akademi Ghumari mengeluarkan wirid Asas Tarekat Siddiqiah Darqawiah Syazuliah. Tarekat ini telah diasaskan oleh ayahanda beliau, al Imam al 'Arif Billah Sayyid Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA.
Wirid ini telah diriwayatkan oleh cucunda beliau al Muhaddith Dr. Sayyid Abdul Mun’im ibn Abdul Aziz ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari yang menjadi Syeikh Umum Tarekat Siddiqiah Darqawiah Syazuliah sekarang ni. Beliau telah meriwayatkannya daripada ayahanda beliau Sayyid Abdul Aziz ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA dan ayahanda saudara beliau Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA. Kedua-duanya telah meriwayatkannya daripada ayahanda mereka berdua, Sayyid Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA.
Wednesday, April 8, 2020
Sejarah lantai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
#sejarahlantaimasjidilharam
*SEJARAH MELETAKKAN LANTAI MASJIDIL HARAM DAN MASJID ANNABAWI*
NAMA LANTAI : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE
ARKITEK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASANGNYA:
Dia adalah
**Almarhum Muhammad kamal ismail**
Al marhum Muhammad kamal ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan dimasjidilharam dan masjid nabawi,,
Yang dinamakan dengan nama
رخام ثاسوس ابيض
(Rukham thassus abyad)
Iaitu batu marble thasus putih
Jom kita baca kisahnya,,,
Kisah menarik
Pengalaman yang diceritakan oleh al marhum muhammad kamal ismail berkaitan lantai berwarna putih di masjidilharam dan masjid nabawi,,
beliau sengaja memilih untuk
meletakkan batu granit berwarna putih disekitar masjidil haram yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf disekeliling kaabah dan dikawasan lain didalam masjidilharam,,
,,,
Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya,,,
Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali,,
Untuk pengetahuan semua,,
Batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara yunani atau nama lainnya adalah greece,,
Al marhum muhammad kamal ismail telah pergi melihat sendiri dikawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini ,,
Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan masjidilharam,,
Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu
Maka setelah perjanjian ditanda tangani,,
Beliau pulang ke kota mekah dengan membawa batu granit putih ini,,
Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai masjidil haram dengan sempurna,
Kemudian
Setelah berlalu 15 tahun lamanya,,
Kerajaan arab saudi
Meminta agar
Almarhum muhammad kamal ismail
Meletakkan lantai batu granit putih yang sama digunakan di masjidil haram,,,
Ditelakkan di seluruh lantai masjid nabawi di madinatul munawwarah,,,
Maka
Muhammad kamal ismail bercerita lagi,,
Pada saat saya mendapat panggilan dari office pemerintah arab saudi,,,
Saya menjadi takut sangat sangat,,
Kerana 15 tahun yang lepas,,
Saya telah mengambil sebahagian batu granit putih diletakkan di masjidil haram,,
Itu pun dikira bilangan yang sedikit,,
Sebahagian lagi masih berbaki di greece,,
Takut takut ada orang lain yang membelinya,,
Maka almarhum muhammad kamal ismail
Terbang pergi ke greece untuk membeli sebahagian yang lain jika ada,,,
Maka beliau pun datang
Kesyarikat yang dahulunya beliau mengambil batu granit ini,,
Dan berjumpa dengan pemiliknya
Dan menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian batu granit atas tujuan pemasangan lantai masjid nabawi,,
Pemilik syarikat itu memberikan jawapan,,
Sesungguhnya
Selepas tuan membeli sebahagian batu granit thassos pada 15 tahun yang lepas,,
Ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya,,,
Mendengar itu,,
Saya menjadi sedih,, menangis,,, hiba sebak,,
Dalam hidup saya,,,
Saya tidak pernah merasakan sedih
Seperti apa yang saya rasakan saat ini
,ini kerana
Saya tidak mendapat apa yang saya mahukan,,
Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan,,
Air kopi saya pun.. Saya tak sentuh,,
Kemudian saya keluar dari office syarikat marble itu,,
Untuk saya bergegas bookkan tiket pulang ke arab saudi hari berikutnya
Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari,,
Siapakah yang membeli baki batu granit itu????
Beliau menjawab,, kami tidak pasti,,
Sebab ini sudah terlalu lama,, 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya,,,
Saya berkata padanya,,
Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya
Ini alamat hotel saya dan nombor talifonnya,,
Hubungi saya jika dapat,,,
Saya masih ada satu hari lagi di sini,,,
Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan saya menangis terlalu sedih,,
Saya tertanya,,
Kenapa saya mesti nak tau siapa yang beli batu itu?????
Saya terfikir,,
Boleh jadi ada perkara yang allah nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu,,
Maka esoknya
Beberapa jam sebelum saya ke airport untuk pulang kesaudi
Dapat satu panggilan dari syarikat batu ini,
Sekretari ini menalifon
Tuan,, datanglah ke office,, kami sudah temukan maklumat pembeli yang tuan mahukan,,
Mendengarkan itu saya bergegas ke office syarikat itu,,
Dalam masa yang sama,,
Saya tertanya tanya,,
Apa saya akan buat dengan alamat maklumat pembeli itu???
Apa benda yang saya boleh lakukan benda dah 15 tahun punya cerita???
Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini???
Sampai saya di office,,
Saya mendapatkan alamat pembeli itu,,
Berderau darah saya melihat maklumat pembeli itu,,
Rupanya pembeli itu dari salah sebuah syarikat yang beralamat diarab saudi,,
Apa lagi..
Saya terbang kearab saudi..
Turun airport terus ke alamat yang diberikan,,,
Sampai sahaja di office syarikat itu,,
Saya bertemu dengan pemilik syarikat itu
Dan bertanya,,
Apa yang ia lakukan dengan batu granit yang mereka beli pada tahun tahun yang lepas di greece????
Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata..
Saya tak berapa ingat hal itu
Lalu beliau menalifon gudang dan memastikan,,
Lalu ia berkata.... Batu granit itu masih ada di gudang,, tidak tersentuh sikit pun..
Kemudian
Almarhum muhammad kamal ismail ini bercerita lagi
Saat itu saya nangis teresak esak seperti kanak kanak
Sungguh sungguh saya menangis,,,
Pemilik syarikat ini bertanya,,
Kenapa saya menangis???
Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan masjidilharam,,
Sampailah permintaan kali kedua untuk masjid. Nabawi,,
Saya ceritakan keseluruhannya
Kemudian saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat ini,,
Saya katakan padanya
Tuan tulislah berapa yang tuan mahu saya bayar,,,, saya akan membayarnya,,
Asalkan saya dapat kembali batu granit ini,,
Kemudian ia bersumpah dan berkata
Demi allah yang tiada tuhan melainkan dia,,
Setelah pemilik syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan batu granit itu atas tujuan untuk pembinaan lantai masjid nabawi..
Ia berkata
Saya tidak mengambil satu dirham pun dari kamu,,,
Batu batu granit ini
Saya hadiahkan saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan allah,,
Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu,,
Dan allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting...
Demi manfaat bersama,,,
Akhirnya batu ini diberikan kepada
Al marhum Muhammad kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di seluruh lantai masjid nabawi...
ALLAAAAAHU AKBAR!!!!!
Semoga allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini....
Amin...
Sekian..
Perkongsian dari pak Arab..
هذا العبقري له قصه رائعه مع رخام الحرم حيث أنه أراد وضع رخام في أرضية الحرم للطائفين ورخام مخصوص يمتص الحراره تماما.. كان هذا الرخام موجود في جبل صغير باليونان ، ذهب لليونان وتعاقد علي شراء الكميه الكافيه للحرم وكانت نصف الكميه الموجوده تماما.. تعاقد وعاد وجاء الرخام الأبيض وتم فعلا وضع الرخام في كل أرضية الحرم المكي.. تمر السنوات وبعد خمسة عشر عاما تطلب الحكومه السعوديه منه وضع نفس نوع الرخام في الحرم النبوي بالمدينه.. يقول المهندس محمد كمال عندما طلب مني مكتب الملك تغطية الحرم النبوي خفت جدا فلا يوجد علي الأرض برحابتها من هذا النوع من الرخام إلا في منطقه صغيره باليونان وأنا إشتريت نصف الكميه وهي كميه بسيطه جدا.. قال ذهبت لنفس الشركه باليونان وطلبت مقابلة رئيس مجلس إدارتها وسألته عن الكميه المتبقيه.. فقال لي لقد تم بيعها بعدك مباشرة.. يقول حزنت كما لم أحزن في حياتي حتي أني لم أشرب قهوتي وغادرت المكتب وحجزت علي طيارة اليوم التالي للعوده ، عندما خرجت من مكتب رئيس الشركه وجدت السكرتيره فسألتها ولا أعلم لماذا.. من إشتري الكميه المتبقيه ؟ قالت لي هذا أمر مر عليه سنوات طويله ويصعب الرجوع للمشتري.. قلت لها مازال أمامي يوم في اليونان أرجوكي إبحثي وهذا رقم تليفون فندقي.. تركت الرقم وذهبت وأنا حزين.. يقول بعدما خرجت سألت نفسي.. لماذا تريد معرفة من إشتري ؟ يقول المهندس العبقري قلت لنفسي لعل الله يحدث أمرا.. في اليوم التالي وقبل ساعات قليله من ذهابي للمطار وجدت السكرتيره تتصل بي وتقول تعال إلي الشركه فعندنا عنوان المشتري.. ذهبت متباطئا متسائلا ماذا أفعل بعنوان من إشتري.. كان عندي بعض الساعات المتبقيه علي السفر فذهبت مره أخري للشركه وقابلت السكرتيره فأعطتني عنوان الشركه التي إشترت الرخام.. يقول الدكتور المهندس خفق قلبي بشده عندما وجدت المشتري شركه سعوديه.. طرت مباشرة إلي السعوديه ثم من المطار إلي الشركه التي إشترت الرخام ودخلت علي رئيس مجلس إدارتها وسألته ماذا فعل بالرخام الذي إشتراه منذ سنوات من اليونان.. قال لا أذكر.. إتصل بالمخازن وسألهم عن الرخام الأبيض اليوناني فقالوا له... كل الكميه موجوده كما هي.. يقول المهندس محمد كمال بكيت كالطفل وسألني صاحب الشركه لماذا تبكي.. حكيت له القصه كامله وقلت له هنا شيك علي بياض إكتب المبلغ الذي تريده.. قال والله الذي لا إله إلا هو صاحب الشركه عندما علم أن الرخام للحرم النبوي قال لا أخذ درهما واحدا الرخام كله في سبيل الله وإنما أنساني الله الرخام وجعلني أشتريه ليكون هنا لهذه المهمه
من حق الجميع أن يتعرفوا علي هذا النابغه المعماري
Tuesday, April 7, 2020
Haul Raja Idris Al Mahdi Al Sanusi
FATIM ANJUR MAJLIS MEMPERINGATI SAYYID MUHAMMAD IDRIS
KUALA LUMPUR, 7 April - Sempena memperingati tokoh ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah dunia, Pertubuhan Tarekat Muhammadiah (FATIM) menganjurkan majlis Haul al Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi pada malam tadi.
Majlis yang diadakan secara "Live Streaming" itu disampaikan oleh Pengerusi FATIM, Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin dan mendapat hampir 2,000 tontonan orang ramai yang mengikuti secara langsung di Facebook rasmi FATIM.
Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran diikuti dengan bacaan qasidah daripada kalam pujian Syeikh Soleh al Ja'fari terhadap Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najib Bin Zakaria sebelum diteruskan dengan syarahan berkenaan Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi oleh Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin.
Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi merupakan seorang raja bertaraf ulama' di negara Libya yang dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Rejab 1307 Hijrah (12 Mac 1890).
Ketokohan dan kehebatan Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi terhadap agama mula terserlah sejak usia kecil iaitu baginda telah menghafal 30 juzuk al Quran pada umur 10 tahun di bawah pentarbiahan kedua-dua ayahanda dan bondanya.
Selama 18 tahun memerintah Libya, Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi telah banyak menggadaikan nyawa dan harta demi kemuliaan dan maruah Islam tanpa mengira bumi mana yang dipijak.
Baginda juga merupakan contoh paling hampir kepada seluruh umat Islam dalam mempamerkan pengertian jihad daripada sudut menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Sehingga, baginda sanggup mewakafkan Istana al Manar yang diperuntukkan negara kepadanya untuk dijadikan sebagai kampus utama Universiti Libya pada tahun 1954.
Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi wafat pada 13 Syaaban 1403 Hijrah (25 Mei 1983) di Kaherah ketika berusia 93 tahun.
Jangan ketinggalan mengikuti sambungan Majlis Haul al Arif Billah Sayyid Muhammad Idris Ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi dengan kupasan Ijazah Raja Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi oleh Dato' Hj Muhammad Fuad Bin Kamaludin yang akan disiarkan secara langsung di Facebook FATIM pada malam ini. - StraCOMM FATIM
HUBUNGAN ULAMA’ DUNIA ISLAM DENGAN RAJA IDRIS RA
Raja Muhammad Idris ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi RA bukan sahaja terkenal sebagai seorang raja yang adil tetapi juga seorang ulama’ yang menjadi kiblat ulama’ dunia Islam pada zamannya terutamanya untuk mendapatkan ijazahnya yang tinggi.
Antara tokoh ulama’ dunia yang pernah mengambil ijazah daripada beliau terutamanya selepas beliau keluar dari Libya ialah:
1. Al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari
2. Al Arif billah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar.
3. Al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn `Alawi al Maliki
4. Al Musnid Sayyid Abdur Rahman ibn Abdul al Hayy al Kattani dan ramai lagi.
Di sini, dipaparkan ijazah yang diterima oleh al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari RA daripada beliau.
Beliau menceritakan mengenai ijazah yang beliau terima daripada Raja Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi RA dalam kitab biografi yang beliau tulis sendiri bertajuk: Sabil al Taufiq fi Tarjamah Abdillah ibn al Siddiq, Fasal: Fi Zikr Syuyukhi (semoga Allah merahmati mereka, mengganjarkan kepada mereka keredhaanNya dan membalas mereka semua dengan kebaikan), dalam tajuk pertama: Syuyukhi min al Maghrib (Syeikh-syeikh saya dari Maghrib) halaman 251-252, no.18:
RAJA IDRIS IBN MUHAMMAD AL MAHDI IBN AL ‘ALLAMAH MUHAMMAD IBN ALI AL SANUSI AL SYARIF AL HASANI RA
“Saya pernah berkunjung ke rumah baginda di Kaherah (Mesir) selepas baginda keluar dari Libya. Baginda menyambut kedatangan saya dengan mesra sekali.
Dalam kunjungan tersebut, saya telah meminta ijazah daripada baginda lalu baginda berkenan untuk mengijazahkan saya.
Baginda mempunyai syeikh yang ramai namun saya amat teruja dengan riwayat baginda daripada nenda baginda (Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA) kerana riwayat itu tinggi. Maka Baginda pun meriwayatkannya (kepada saya) daripada ayahandanya (Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi RA, daripada nendanya (Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA).
Nenda baginda merupakan seorang `Allamah dan mempunyai beberapa buah thabat (kitab sanad) yang sebahagiannya telah dicetak.
Nenda baginda wafat pada 1276 Hijrah di Jaghbub iaitu sebuah oasis di selatan padang pasir Libya.
Manakala Raja Idris RA wafat pada 1404 Hijrah (tarikh yang tepat ialah pada tahun 1403 Hijrah) di Kaherah pada usia hampir 100 tahun.
Baginda disemadikan di (Perkuburan Baqi’) Madinah al Munawwarah sebagaimana wasiat baginda.”
Kenangan
Al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari dengan Raja Idris
Terima kasih yang tidak terhingga buat Dato Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin atas usaha memperkenalkan aulia kepada kami masyarakat Malaysia ,yang sepatutnya kita rakyat Malaysia perlu mengutamakan amalan haul untuk perkebalkan ulama, aulia agar kita anak cucu kenal tokoh ahli sunnah wal jamaah .
Al Fakir :Helmi Assyafie

Sunday, April 5, 2020
Syaaban - Abuya Syed Muhammad Alawi
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Sedikit usaha Al Faqir mengumpulkan link terjemahan Kitab ماذا في شعبان yang diterjemahkan oleh Alumni Abuya Al Maliki. Semoga bermanfaat.
Link Terjemahan Kitab :
ماذا في شعبان
Karangan :
السيد محمد بن علوي بن عباس المالكي المكي الحسيني
1- Mukadimah Kitab :
http://www.shofwatuna.org/2014/02/madza-fi-syaban-pengantar/
2- Apa Yang Ada Di Bulan Syaaban
http://www.shofwatuna.org/2014/03/kenapa-ada-apa-di-bulan-syaban/
3- Laporan Amal
http://www.shofwatuna.org/2014/04/454/
4- Penetapan Umur dan Kelebihan Puasa Didalamnya
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-penentuan-umur-dan-puasa-di-dalamnya/
5- Syaaban bulan berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-syaban-bulan-shalawat/
6- Kelebihan Selawat
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-keutamaan-shalawat/
7- Sya'ban Bulan Al Quran
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-syaban-bulan-al-quran/
8- Zikir Lailahaillah
http://www.shofwatuna.org/2014/05/laa-ilaaha-illallah/
9- Istighfar
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-istighfar/
10- Perbahasan Malam Nisfu Sya'ban
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-malam-nishfu-syaban/
11- Nama-nama Nisfu Sya'ban
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-nama-nama-malam-nishfu-syaban/
12- Beramal dengan Hadis Dhaif
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-mengamalkan-hadits-dhaif-dalam-keutamaan-amal/
13- Perhatian Ulama Salaf pada Malam Nisfu Sya'ban
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-malam-nishfu-syaban-dalam-perhatian-salaf/
14- Doa-doa Malam Nisfu Sya'ban
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-doa-di-bulan-syaban/
15- Hadis-hadis Bathil yang tertolak
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-hadits-hadits-palsu-dan-ditolak/
16- Dalil-dalil dan Nas
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-dalil-dalil-dan-nash-nash/
17- Dosa-dosa yang menghalang pengampunan
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-dosa-dosa-penghalang-ampunan/
18- Adakah ajal telah ditetapkan pada malam ini
http://www.shofwatuna.org/2014/05/madza-fi-syaban-apakah-pada-malam-ini-ajal-ditulis-tamat/
Terjemahan dalam bahasa Indonesia..

Thursday, April 2, 2020
Tuan Guru Haji Hadi dilantik duta PM ke Timur Tengah.
2 April 2020
Tuan Guru Haji Hadi Awang dilantik duta PM ke Timur Tengah
DUTA KHAS YAB PERDANA MENTERI KE TIMUR TENGAH
Sekalung Tahniah kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di atas Perlantikan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan kemudahan dan ketabahan di dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.
BIODATA DATUK SERI TUAN GURU :
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mendapat pendidikan sehingga ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah (1969-1973) dan menerima Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1974 hingga 1976 ).
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
1) Anugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39
2) Anugerah ‘Tokoh Alim Rabbani’ oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut.
PENGALAMAN MEMIMPIN DI DALAM MASYARAKAT & POLITIK
1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah.
2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.
3) Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
4) Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978.
5) Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu pada 1982.
7) Setiausaha Ranting (sekarang dikenali sebagai Cawangan) PAS kampung Rusila, Marang.
8) Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.
9) Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.
10) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (mulai1977).
11) Ahli Parlimen Marang (2004-kini).
12) ADUN Rhu Rendang (1982).
13) Menteri Besar Terengganu (1999-2004).
14) Timbalan Presiden PAS mulai tahun 1989.
15) Memangku seketika jawatan Presiden PAS pada Jun 2002.
16) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
17) Ahli al-Majma’ al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) berpusat di Tehran, Iran.
18) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia, berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.
19) Presiden PAS (2003-kini)
20) Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (2014).
PENGLIBATAN BELIAU DI ARENA ANTARABANGSA
Tuan Guru mempunyai pengalaman yang sarat dalam Gerakan Islam dan penglibatan di peringkat antarabangsa.
Semasa beliau belajar di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan
Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar’iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.
Diantara penglibatan beliau di arena antarabangsa ialah :
1) Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS).
2) Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
3) Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang.
4) Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5) Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.
6) Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan.
7) Sering diundang menghadiri Ijtima’ Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami) dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti partai Keadilan Sejahtera dan Partai bulan Bintang.
8) Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.
9) Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.
10) Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kebangkitan Islam:Kebijaksanaan Menanganinya’ di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
11) Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannoushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin
Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).
KARYA PENULISAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI :
1) Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
2) Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Jundi Resources, 2012
4) Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 5) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[39]
6) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
7) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [40]
8) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
9) Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
10) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
11) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008 Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
12) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
13) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
14) Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
24) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
25) At Tibyan Dalam . Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
26) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
27) Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
28) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
29) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam 4, 2002
30) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
31) Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000
32) Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
33) Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
34) Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
35) Muqaddimah Aqidah Muslimin :Gedung Gua, 1985
36) Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
37) Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
terus memimpin Parti Islam Semalaysia ( PAS )
#istiqamah
#berdiri_teguh_bersama_ulamak