24 Ramadhan 1437
Bulan Ramadhan Mubarak masih berbaki , dikesempatan ini seluruh murid dan pecinta Tok Guru Hj Salleh Musa diharapkan kita semua dapat sama sama doakan kesihatan Tok Guru Hj Salleh Musa Murabbi Ummah. Terkini kesihatan Tok Guru sedikit merosot tetapi Alhamdulillah setabil , cuma Dokter menasihatkan Tok Guru banyak rehat dan dikurangkan tamu melawak bagi memastikan Tok Guru cukup rehat.
Tuesday, June 28, 2016
Tabarruk Athar Rasulullah lambang kecintaan - Helmi Assyafie sokong kenyataan mufti Kedah .
Tabarruk Athar Rasulullah - jawapan mufti Kedah
Ini adalah pandangan yang muktadil bagi semua pihak dan kami bersama dengan S.S Dato' Paduka syeikh Muhamad Baderudin..
خير الأمور أوسطها
Maksudnya : Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahannya (tidak terlalu ifrot dan tafrit)
Pada saya mudah ... Tabarruk tidak salah ... Cuma cara kita bertabarruk itu biar sederhana . Tidak kurang sedikit pun cinta kita pada Rasulullah SAW jika kita bertabarruk dengan sederhana .
Kesimpulan :
1.Bagi ahlussunnah wal jamaah tabarruk tidak salah .
2. Mesti pastikan barang peninggalan itu sahih dari fakta yang boleh dipercayai
3. Tidak berlebihan.
Wallahua'lam.
Lanjutan penerangan dari pandangan al fakir Helmi Assyafie
1.Tentang majlis baru baru ini amat baik sebab rakyat Kedah dapat tabarruk.
2. Disoal adakah berlebihan atau tidak majlis baru baru ini? Maka bagi saya ia satu yang sederhana tatapi dengan ribuaan orang yang hadir ramai yang terkadang takjub dengan benda tak pernah lihat hingga ada satu dua orang sahaja yang nampak lebih sikit tapi tak bawa kepada perbuatan merosakan aqidah. Ini diluar kawalan penganjur sebab yang hadir ribuan. Itu pun pihak penganjur berjaya mengawal dengan baik.
3. Disoal adakah sahih atau tidak peninggalan itu ?
Bagi saya ini soal pokok. Bab tabarruk tawasul semua sepakat dan jelas dari pandangan ahlussunnah diharuskan. Bagi saya hal sahih atau tak itu kembali kepada dakwaan si pembawa itu. Pembawa barang itu dari India yang ditugas khas menjaga baranag ini dan ada sanad penjagaan dari sultan india dulu hingga ditangan beliau sekarang. Jadi beliau dakwa kita husnul zon kata betul. Jika dia tipu hak dia jika betul untung ini rezeki kita.
Betul atau tak itu wallahualam. Bagi kita orang yang diberi Allah mahabbah maka apabila beliau dakwa ini athar Rasulullah maka kita mahu ambil tabarruk . Semasa kita cium hati kita hanya niat mahabbah Rasul . Jika betul barang itu Alhamdulillah rezeki kita. Jika tak betul pasti Allah menilai hati kita yang sanggat cintai Rasul.
5. Bagi saya majlis baru ini di MBAS sangat baik untuk tanam mahabbah dikalangan masyarakat.
Majlis ini juga satu lambang kekuatan Ahli sunnah wal jamaah Kedah.
6. Saya menyokong kenyataan Dato Mufti cara umum sebab sebagai mufti beliau perlu jaga kebaikan agama rakyat agar apa yang kita buat selepas ini ada had tanpa berlebihan . Apa yang kita buat mesti mengituti ilmu dan rujukan ulama serta adab adab yang tidak menyimpang dari displin agama. Bagi saya mufti hanya bagi peringatan agar dimasa hadapan dapat berhati hati, lebih lebih lagi hendak memastikan kesahihah barang athar Rasul mesti rujuk pada ulama dan mesti kita lihat dengan jelas sumber yang kita boleh percaya.
7.
-Pesan saya soal ini jangan kita layan sangat orang yang sengaja cari benda yang mereka tak puas hati untuk serang pengikut sunni.
-Bagi mereka yang tak faham jangan masuk urusan dalam semua hal nak komen.
-Bagi yang nak pencerahan sila tambah ilmu ambik kefahaman dari majlis ilmu bukan dari fb.
Wallahualam.
ALHAMDULILLAH Berita baik buat para muhibbin . Barang yang dibawa Yayasan Restu Ke MBAS ada dalam senarai ulama muktabar ahlus sunnah wal jamaah.
Insha Allah husnu zon kita qabul disisi Allah
Assalamu'alaikum,
*Ada yang mengatakan Rambut & Bekas Tapak Kaki Rasullullah SAW ke sini adalah palsu?*
Apa kata, kita senaraikan lokasi2 Pusat Penyimpanan Khazanah Rasulullah SAW di seluruh dunia ?
Khazanah2 tersebut adalah Surat Diplomasi Rasulullah SAW kepada Raja Muqauqis, Mesir, kepada Hercules, Rom, Jubah & Baju Gamis, Tongkat, Pedang2 Rasulullah SAW, Pedang2 Sahabat, Rambut Nabi SAW, Cincin, Gigi, Panji Perang Rasulullah SAW , Celak Mata Nabi SAW , Kesan tapak kaki Nabi SAW di atas batu dan Capal Rasulullah SAW....
Dan lokasi2 adalah seperti berikut :
1) Muzium Islam Istanbul, Turki
2) Masjid Jamek Korosbek, Bursa, Turki
3) Masjid Sayyidina Hussain RA, Kaherah, Mesir
4) Ribat Saadah Naqshabandiah, Kaherah , Mesir,
5) Masjid Menara Putih @ Masjid Umawi, Damascus, Syria @ Syam
6) Zawiyah As-Sa'adiyyah, Damascus, Syria @ Syam
7) Masjid Al-Balad Al-Jamek , Masjid Terbesar di Halab, Syria @ Syam
8) Masjidil Aqsa, Baitul Muqaddis, Palestin
9) Masjid Ahmad Basya Al-Jazzar, عكا، Palestin
10) Masjid Jamek Kabir, Haifa, Palestin
11) Masjid Ghar Yaakub, صفد، Palestin
12) Masjid Al-Umari,
طبريه ،Palestin
13) Masjid Ali Basya , An-Nasiroh, Palestin
14) Masjid Thugrid Basya, Trablus, Libya
15) Masjid Rasyid Basya, lebih dikenali dengan Masjid Uthman Bani Ghazi, Libya
16) Darul Asy_yakh, Tunisia
17) Masjid Al-Azim, Bahobal , India *(Lokasi Asal Yang Menyimpan Rambut Nabi SAW & bekas tapak kaki Nabi SAW pada batu yang dibawa baru2 ini di Malaysia oleh Yayasan Restu ke Melaka, Selangor, Penang dan MBAS, Kedah)*
18) Makkah Al-Mukaramah (Beberapa Helaian Rambut Nabi SAW yg disimpan oleh Keluarga Syeikh Abu Hamid Al-Murshidi)
19) Madinah Al-Munawwarah ( Beberapa Helaian Rambut Nabi SAW yg disimpan oleh Keluarga Abu Hamid Al-Mursyidi
20) Masjid Al-'Adas, Thoif.
21) Masjid Atsar Nabi SAW, Kaherah, Mesir
22) Masjid Sultan Qaitbey, Kaherah, Mesir
23) Masjid Sidi Ahmad Badawi, Tonto, Mesir
24) Masjid Uwais Al-Qarni, Qoryah Baranbal, Mesir
25 ) Darul Asyraf At-Tohirin, Bandar Fez, Morocco @ Maghribi
Dikutip dari Kitab
*بحرالدلائل و الأسرار* في التبرك بآثار المصطفى المختار صلى الله عليه و سلم
، yg dihimpun oleh Syeikh Jameel Halim Al-Hasani, dicetak oleh Darul Masyareq... dari muka surat 427 sehingga 438) .
Dan Syeikh Jameel telah mengutip senarai ini dari Kitab *آثار رسول الله صلى الله عليه و سلم* oleh Penhimpunnya iaitu, Dr. Khalid Al-Mustafa ( dari muka surat 43 hingga 51)
Dikutip dari Kitab
*بحرالدلائل و الأسرار* في التبرك بآثار المصطفى المختار صلى الله عليه و سلم
، yg dihimpun oleh Syeikh Jameel Halim Al-Hasani, dicetak oleh Darul Masyareq... dari muka surat 427 sehingga 438) .
Dan Syeikh Jameel telah mengutip senarai ini dari Kitab *آثار رسول الله صلى الله عليه و سلم* oleh Penhimpunnya iaitu, *Dr. Khalid Al-Mustafa* ( dari muka surat 43 hingga 51)
Majoriti Khazanah Atsar Rasulullah dimulakan pencarian & himpunannya oleh *Sultan Salim 1, Khalifah Uthmaniyyah*, yang Baginda telah menggambilnya dari *Raja Syarif Mekah, Syarif Barakat*, yang disimpan oleh zuriat2 keturunan Rasulullah SAW , Syarif2 Mekah, dan baki Khazanah2 Rasulullah SAW yang lain, disempurnakan Pencarian & Penghimpunannya oleh Khalifah2 Uthmaniyyah yang lain selepas itu sehingga ke *Khalifah Terrakhir Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid 2 *(sumber : Kitab الآثار النبوية yang dikarang oleh Ahmad Timur Basya dan Kitab التبرك الصحابة بآثار الرسول صلى الله عليه و سلم)*
Wednesday, June 22, 2016
Iftar perdana bersama ulama Fatani 16 Ramadhan 1437 / 2016
Iftar perdana bersama Ulama Fatani
BABA AHMAD MAWI FATANI
Penasihat Jamiyyah ulama Fatani
BABA ABDL KARIM FATANI
Ketua jamiyyah ulama Fatani
Tabarruk warisan Rasulullah dan salafussoleh
Aqidah ahli sunnah wal jamaah yang diajar Rasul kepada Sahabat segala sesuatu dibawah takluk Qudrat Allah, kita berpegang dengan aqidah ini. Tidak boleh memberi kesan sesuatu melainkan Allah .
Tabarruk ini lambang mahabbah kita pada Rasul maka semua berkaitan dengan Rasul dan orang soleh kita ingin bersama kita agar keberkatan mereka Allah beri juga kepada kita bersama seperti mereka. Moga mengalir keberkatan dunia akhirat bersama Rasulullah dan salafussoleh.
- 12 Ramadhan 1437 / 17 jun 2016
Moga di Akhirat akan bersama Rasulullah SAW.- Helmi Assyafie