Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Sya'aban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda ﷺ bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan: 4
‘Ikrimah dan sebahagian ulama' tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam Nisfu Sya'aban.
Di sini dinyatakan kelebihan malam Nisfu Sya'aban sebagaimana sabda Nabi ﷺ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah ﷺ telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Sya'aban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah ﷺ:
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya'aban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb. (Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah ﷺ
telah bersabda:
أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.
Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'aban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan lriba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi ﷺ pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ لَيَالٍ لاَ تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ: أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَحْرِ. ابن عساكر عن أبي أمامة رضي الله عنه.
Yang bermaksud, Sabda Nabi ﷺ: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Sya'aban malam Jumaat, malam hari raya Fitri dan malam hari raya Qurban[1].
Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Sya'aban.
Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
"Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmatanNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Sya'aban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha".
Apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah ﷺ berdoa dengan doa ini,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Justeru, pada Nisfu Sya'aban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.
Salafuna Assoleh dulu menghidupkan bulan Sya'ban dengan mengambil perhatian yg amat sangat dengan AlQur'an, sehingga di katakan bahwa termasuk nama bulan Sya'ban bulan alQur'an, selain dari itu mereka juga dlm bulan Sya'ban lebih giat menolong para orang miskin dan yg memerlukan bantuan, berupa makanan duit dan sebagainya, untuk persiapan memasuki bulan Ramadhan, tujuannya memasukkan kegembiraan kepada mereka, sepertimana sudah lazimnya orang semua akan bergembira menyambut bulan Ramadhan. Dan yg lebih penting lagi perbuatan seperti ini amat di sukai oleh Allah subhanahu wata'ala.
Sebelum Malaikat mempersembahkan amalan2 alfaqir kepadanya subhanahu wata'ala, alfakir memohon maaf sekiranya selama ini ada ucapan yg tidak menyenangkan baik tertulis maupun terucap kepada sahabat2 semua dan juga keluarga. Moga2 kita termasuk golongan orang2 yg dipandang olehNya subhanahu wata'ala pada malam nisfu Sya'ban.
Mawlana Al-imam Nuruddin Waddunya Syeikh Ali Jum'ah tadi siang setelah dars Jum'at mengajak kita untuk membaca ( ياقهار ) sebanyak 306 kali setiap hari selama bulan sya'ban...
Bagi menolak segala bala dan kesusahan yang menimpa umat Islam...
Sebarkan.
Moga kita dapat taufiq untuk amalkan.