Wednesday, August 26, 2015

Habib Abu Bakar Al Mashor di Kedah 30 Ogos 2015 - sebarkan

MAJLIS MAHABBAH 
BERSAMA HABIB ABU BAKAR MASHOR
MAJLIS PENTING BUAT MUHIBBIN 
SEBARKAN 
TURUN BERAMAI RAMAI 
SEBARKAN MAHABBAH SELUASNYA.

Kenangan Ziarah Melaka - Ogos 2015




Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir, ibunya bernama Sayyidah Fatimah keturunan dari ‘Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang ‘wali Allah’ yang sangat masyhur di seluruh dunia. Makamnya berada di Baghdad Iraq.
Beliau juga dikenali sebagai ‘Wali Lanang’ di Kepulauan Melayu.
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a meninggalkan dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun, jasadnya dikebumikan di Pulau Besar, Melaka. Makam ini menjadi tumpuan utama oleh semua agama Hindu dan Islam yang percaya kepada kuasa mistik. Wahabi menganggap menziarahi makam para ‘wali’ satu perbuatan ‘syirik’ dan ‘bidaah’.
Menurut riwayat, sewaktu ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar, Melaka bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M bersamaan 900H, antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim r.a. Ajaran Islam yang dibawa berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan Kelantan.
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadis Nabi Muhammad s.a.w. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.
Merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a. Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri). Jika di Indonesia ada 9 wali yang tersohor (Wali Songo), di Malaysia juga terdapat Tok Kenali di Kelantan, Tok Ku Paluh di Terengganu, Tuan Haji Said Linggi di Seremban, Habib Noh Al-Habsyi di Singapura dan Habib Muhamad bin Salim Alattas.
Inilah sejarah Islam, bagaimana Islam berkembang. Dengan tersebarnya Ahlibait Rasulullah dan golongan Sufi di Tanah Melayu. Maka Islam mekar subur umpama bunga tumbuh melata.
Wallahualam.