Cintai Nabi dengan ikuti sunnahnya

MENCINTAI Nabi SAW tidak cukup sekadar dengan pengakuan semata-mata, sebaliknya hendaklah ia direalisasikan seperti apa disabdakan oleh Baginda, “Tidaklah salah seorang kalian beriman sehingga aku lebih dia cintai daripada anaknya, ibu bapanya, dan seluruh manusia.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Untuk kita membela agama yang dibawa oleh Nabi, kita hendaklah mencintai Baginda lebih daripada diri sendiri dan kecintaan itu hendaklah diterjemahkan dengan tindakan. Cinta seperti inilah yang  mengisi hati sahabat Baginda SAW.
Cinta sejati
Abu Bakar Al-Siddiq RA berkata, “Wahai Rasulullah, demi ALLAH sesungguhnya aku lebih mencintaimu daripada keluargaku. Sesungguhnya aku lebih mencintaimu daripada anakku. Ketika aku berada di rumah, aku teringat dirimu, aku tidak mampu sehingga aku datang bertemu denganmu lalu aku melihatmu.
Namun ketika aku teringat kematianku dan kematianmu, aku mengetahui bila engkau masuk syurga engkau berada di kedudukan golongan Nabi, dan bila aku masuk syurga, aku tidak dapat melihatmu.” (Riwayat Hasan, Al-Thabarani)
Nabi tidak menjawab sehingga turun ayat, “Barang siapa mentaati ALLAH dan Rasul, maka mereka bersama orang yang telah diberi nikmat oleh ALLAH daripada kalangan para Nabi, siddiqin, syuhada,  dan solehin.” (Surah al-Nisa: 69)
Umar bin Al-Khatthab RA berkata, “Dahulu aku mempunyai seorang jiran Ansar daripada Bani Umayyah bin Zaid, sebuah kabilah yang bermukim di dataran tinggi kota Madinah. Kami berdua bergilir-gilir mengunjungi Rasulullah SAW. Jika hari ini dia turun maka esoknya aku yang turun.
Selesai menemui Rasulullah SAW, aku khabarkan kepadanya apa yang disampaikan Rasulullah pada hari itu, baik berupa wahyu atau lainnya. Demikian juga halnya kalau dia yang turun, dia melakukan hal sama.
Sebagai lelaki Quraisy, kami orang yang memiliki penguasaan terhadap isteri-isteri kami. Tetapi setiba kami di Madinah, kami dapati orang Ansar adalah orang yang kalah oleh isteri-isteri mereka. Akibatnya isteri-isteri kami mula terpengaruh dengan tabiat wanita Ansar.
Pernah satu ketika aku membentak isteriku, tapi dia membantah. Aku jadi berang bila dia berani membantahku. Isteriku berkata, “Mengapa kamu marah atas sikapku, padahal isteri-isteri Nabi SAW juga membantah Baginda SAW? Bahkan ada antara mereka yang meninggalkan Baginda SAW seharian hingga malam.”
Aku menyinsing pakaianku dan menuju rumah Hafsah. Setiba aku di rumahnya, aku berkata: “Wahai Hafsah, benarkah ada di antara kalian yang membuat Rasulullah SAW kesal seharian hingga malam?” “Benar” jawabnya. “Alangkah ruginya kamu. Apa kamu berasa aman daripada murka ALLAH setelah kamu membuat kesal RasulNya, hingga boleh jadi kamu celaka kerananya? Jangan meminta kepada Nabi SAW dan jangan sekali-kali membantah atau meninggalkannya. Mintalah kepadaku apa yang kamu inginkan dan jangan kamu terpengaruh madumu kerana dia lebih cantik dan lebih dicintai Rasulullah SAW”.
Pada ketika itu warga Madinah sedang membicarakan Raja Ghassan sedang menyiapkan pasukan berkuda untuk menyerang Madinah. Ketika itu, tiba giliran jiranku orang Ansar itu untuk turun menemui Rasulullah SAW. Petangnya, dia mendatangiku dengan tergesa-gesa dan mengetuk pintu rumahku dengan kuat. Dia berkata, “Ada perkara besar yang baru terjadi!”
Aku bertanya, “Adakah pasukan Ghassan telah tiba?” Jawabnya, “Jauh lebih besar dan lebih ngeri dari itu. Nabi SAW telah menceraikan isteri-isterinya!” Aku bergumam, “Alangkah rugi si Hafsah kalau begitu.” (Riwayat Al-Bukhari)
Terlalu banyak lagi jika hendak diceritakan, tapi lihatlah bagaimana sikap golongan sahabat yang lebih mementingkan Rasulullah atas diri dan keluarga, sehingga bagi mereka, serangan pasukan Raja Ghassan lebih kecil jika dibanding apa yang terjadi dengan rumah tangga Nabi.
Abu Sufyan ra berkata, “Aku tidak melihat seorang pun manusia yang mencintai manusia seperti kecintaan sahabat Muhammad kepada Muhammad.” (Sirah Ibn Hisyam)
Cinta yang sejati lagi ikhlas terhadap Nabi akan terzahir dalam akhlak, amalan, tingkah laku dalam kehidupan, bahkan akan mendorong seseorang itu menolong agama yang dibawa oleh kekasihnya.
Bagaimana kita menolong agama yang dibawa oleh Nabi? Antaranya adalah dengan mengikuti, menyebarkan dan mempertahankan Sunnah Baginda.
Sesungguhnya syarat agar ALLAH mencintai seseorang hamba adalah dengan dia mengikuti Sunnah Nabi dan menjauhi bidaah. Ini sebagaimana firman ALLAH: “Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu mencintai ALLAH maka ikutilah aku nescaya ALLAH akan mencintai kamu.” (Surah Ali Imran: 31)

Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Habib Taufiq bin Abd Qodir

 Lantunan mahabbah Rasulillah bersama Habib Taufiq di Insaniah Alor Setar 27.1.2014
Anjuran Darul Hadis Paksi





Saturday, January 25, 2014

Maulid Akbar Pulau Pinang 2014- malam ini


MAULID AKBAR 2014 PULAU PINANG .
Malam ini di Masjid Kapitan Keling
Jom turun ! Semarak kecintaan buat Rasullah .
Mula jam 5 petang hingga 10 malam










Friday, January 24, 2014

Tuan Guru Dato Hj Harun Taib meninggal dunia malam ini - Al Fatihah

   
AL FATIHAH 
TN GURU DATO HARUN TAIB 
KETUA ULAMA PAS PUSAT 
Telah kembali kerahmatullah malam ini jam 12.10 malam tadi 
25.1.2014 
Doakan agar Almarhum diampunkan segala dosa beliau dan Allah menempatkan roh beliau bersama para ambia ,syuhada , sidiqin dan solihin.

TG DATO HARUN TAIB DALAM KENANGAN 






Al-Habib Abu Bakar Bin Muhd Bin Alwi Bensyahab meninggal dunia hari ini 22.1.2014 Al Fatihah


AL FATIHAH 
Hari ini 22.1.2014 
Telah Kembali Ke Rahmat Allah, Al-Habib Abu Bakar Bin Muhd Bin Alwi Bensyahab, Adik Kepada Al-Habib Abdullah Bensyahab. Insyallah Jenazah Akan DiKebumikan Selepas Asar Hari Rabu Di Tarim

انتقل الى رحمة الله .الحبيب ابوبكر بن محمد بن علوي بن عبدالله بن شهاب الدين 
انا لله وانا اليه راجعون. 
والعزاء في بيته بالنويدره 
والصلاة في جبانة تريم العصر

Habib hasan bin abdulkadir Assaqqaf , abang habib Syech Solo meninggal dunia - AL FATIHAH

 Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un
Telah berpulang ke rahmat Allah, almaghfurlah al Habib hasan bin abdulkadir Assaqqaf sewun Hadramaut - meninggal di Yaman 
Beliau merupakan abang dari Guru kita Alhabib Syech bin abdulkadir Assaqqaf - Solo, Indonesia. 
Semoga almarhum diampuni dosa dosanya, diterima amal ibadahnya, dan di tempatkan di tempat yang mulia di sisi Allh SWT...
-AlFaatehah

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَم وَأحْسَنَ عَزَائَكَم وغَفَرَ ِلمَيِّتِكمَ




رحم الله الحبيب المنور/ حسن بن عبدالقادر السقاف..
سليل بيت إخبات وتقى وعبادة.. "ذرية بعضها من بعض"
و والده الحبيب عبدالقادر، توفي وهو ساجد في مسجد الرياض للإمام الحبشي.. عليهم رحمة الله واخلفه في أولاده وبلده والمسلمين.. آمين