Monday, July 30, 2012

Jadual Daurah Kitab Tauhid khas bulan Ramadhan bersama Tn Guru Hj Salleh Musa , Sik Kedah


Jadual pengajian seperti di Bawah 
7.30 - 9.30 pagi : Tn Guru Hj Salleh Musa , kitab Sirajul Huda 
9.45- 11.20 : Ustaz Yaziz Hj Salleh , Kitab Wasail ilmu kalam dan Tadrib 
11.30 - 12.30 tengahari : Fazilul Helmi , kitab Bakurahtul Amani 
2 .00 -3.00 petang : Ustaz Yaziz Hj Salleh , Kitab Wasail ilmu kalam dan Tadrib 
3.30 - 4.30 petang : Syeikh Muslim Hj Salleh , kitab Matan Al Jurumiah 
5.00- 6.30 petang : Tn Guru Hj Salleh Musa , kitab Sarqawi hud hudi
DAURAH BERMULA DARI 1 RAMADHAN HINGGA 27 RAMADHAN 1433H

Belajar Pondok pun makan nasih juga ... Rezeki Allah SWT tetap bersama penuntut ilmu agama dan pejuang agama- USTAZ AZHAR IDRUS

Hari ini 10 Ramadhan 1433 Pondok Ar Rahmaniah menerima ramai pelajar universiti untuk mengikuti daurah khas semperna Ramadhan . Ramai pelajar dari UIA , UM , UUM , UNIMAP , INSANIAH dan lain -lain IPTA . Ini membuktikan masyarakat sekarang terutamanya pelajar Universiti sudah bertukar sausana . Ramai remaja yang ingin dekati agama , hanya di pondok-pondok mereka akan ditarbiah untuk menghayati ajaran agama yang sebenar mengikut aliran ahli sunnah .
Pengajian pondok menekankan barakah ilmu dan adab-adab untuk mendapatkan barakah dari Allah .
Tanpa barakah ilmu maka seseorang tidak munggkin dapat menghayati kehidupan beragama secara keseluruhan .
Sebelum ini telah hampir 4 tahun kebelakangan ini pihak madrasah sudah biasa menerima kehadiran pelajar universiti mengadakan daurah selama seminggu atau dua minggu di pondok . Tetapi hari ini 10 Ramadhan 1433 kehadiran dan permohonan pelajar Universiti sangat meningkat . Sausana ini amat baik , pelajar Universiti dan pelajar pondok berkampung disatu tempat , sausana ini dapat membentuk satu gabungan pemikiran anak muda antara pelajar pondok dan universiti supaya dapat mengeluarkan daie atau bakal pendakwah yang terbaik pada masyarakat dan dapat bersama-sama bergabung untuk meneruskan perjuangan Islam di Negara kita khususnya .




 Gambar dibawah adalah gambar program daurah khas Ramadhan , ramai pelajar dari serata pondok seluruh negeri semenanjung dan termasuk pondok selatan thailand dan pelajar universiti berkampung di Madrasah Ar Rahmaniah untuk mendapat tarbiah dari tokoh ulama Kedah Tn Guru Hj Salleh Musa yang berusia 84 tahun . 

Saturday, July 28, 2012

Ihya Ramadhan 1433 di Madrasah Ar Rahmaniah , Sik Kedah

Madrasah Ar Rahmaniah 
menganjurkan program Daurah kitab Tauhid khusus di bulan Ramadhan . Program ini dianjurkan secara tradisi hampir 20 tahun lebih . 
Program ini disertai oleh pelajar pondok dari Kelantan dan Fathani Thailand . 
Pelajar dari serata negeri termasuk Sabah Sarawak turut menyertai program ini . 
Tn Guru Hj Salleh Musa , tokoh ulama Kedah memberi didikan sepenuh masa kepada peserta yang terlibat . 
Tahun ini hampir 300 orang yang menyertai program ini . 
Penyertaan yang paling ramai adalah dari pondok Dala Fathani dan Pasir Tumbuh Kelantan , selain itu ramai lagi pelajar dari serata pondok dan serata negeri . 
Pengajian bermula dari 1 Ramadhan 1433 hingga 27 Ramadhan 1433

Jadual pengajian seperti di Bawah 
7.30 - 9.30 pagi : Tn Guru Hj Salleh Musa , kitab Sirajul Huda 
9.45- 11.20 : Ustaz Yaziz Hj Salleh , Kitab Wasail ilmu kalam dan Tadrib 
11.30 - 12.30 tengahari : Fazilul Helmi , kitab Bakurahtul Amani 
2 .00 -3.00 petang : Ustaz Yaziz Hj Salleh , Kitab Wasail ilmu kalam dan Tadrib 
3.30 - 4.30 petang : Syeikh Muslim Hj Salleh , kitab Matan Al Jurumiah 
5.00- 6.30 petang : Tn Guru Hj Salleh Musa , kitab Sarqawi hud hudi 
BERBUKA PUASA  DAN SAHUR 
secara jemaah , jamuan disediakan pihak madrasah secara percuma disumbangkan oleh orang ramai . 
Tahlil setiap malam setelah selesai solat Tarawikh . 

Solat Tarawikh di Madrasah Ar Rahmaniah 1433H

 Kuliah Jumaat Tn Guru Hj Salleh Musa di minggu pertama Ramadhan 



 Tahlil setiap hari setelah selesai solat tarawikh 
 Pengajian khas semperna Daurah khas bulan Ramadhan bersama Tn Guru Hj Salleh Musa , Tn Guru baca kitab tauhid sarqawi hud hudi dan kifayahtul awam 



 Berbuka puasa secara jemaah , makanan disediakan secara percuma infaq dari orang ramai 




 KULIAH JUMAAT minggu pertama Ramadhan 








 Aktiviti perniagaan setiap kuliah jumaat 



Friday, July 27, 2012

Jaga adab puasa


HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata: “Orang yang berpuasa mempunyai adab-adab yang puasanya tidak menjadi sempurna, kecuali dengan adanya adab-adab itu. Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga kedua mata dan telinganya daripada mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap berlebihan.”
Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.
Ulama Salaf berkata: “Apabila engkau berpuasa, lihatlah makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat mana engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan berbuka puasa.”
Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.
Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.
Nabi SAW bersabda bermaksud: Banyak orang yang berpuasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga. (riwayat Muslim).
Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.
Nabi SAW bersabda bermaksud: Puasa itu perisai. Maka pada hari kamu berpuasa, janganlah ia berkata-kata dan jangan berbuat kefasikan serta jangan menganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.
Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.
Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka

TG Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki - Jawapan Atlet Sukan harus buka puasa ???

Inilah wajah ulama yang menyatakan harus menangguhkan puasa untuk olimpik!!!
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.





Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yg diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.

"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.

Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.


Syeikh Nuruddin Al Banjari mewakili jawapan ulama ahli sunnah yang ikhlas mempertahankan hukum yak hak !!!



Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki berkata sehari puasa tak boleh nak dibandingkan kelebihan dengan Atlet mengharumkan nama negara , bermaksud ibadah puasa lebih besar dan bermaknan dari segala-galanya . Syeikh Nuruddin berkata siapa yang menukarkan puasa dengan nama negara orang itu dah terbalik hakikat (tidak pandai menilai) 

Umat Islam harus bangkit bela saudara Rohingya



Terkini , lihatlah masjid tempat ibadah umat Islam turut dibakar di Myanmar!!!
Doa kita seluruh ummat Islam diperlukan sekarang untuk membantu saudara kita di Myanmar!!!



KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.

Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa. Mana pemimpin Islam, mana kekuatan Umat Islam?

"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.

Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.

Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.

"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang menindas rakyat.

"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.

Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.

Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain.

“Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.

“Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa,” jelasnya.

Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.

“Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana,” ujar Lahirul.

Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.

Di negeri Terengganu, himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berlangsung di Masjir Pasil Minal dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain.

Himpunan tersebut di ketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Beliau berkata, PAS kesal dengan sikap talam dua muka ‘double standard’ Pertubuhan Bangsa-bagsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (PIC) dan Kerajaan Malaysia yang hanya menutup mata dengan penyembelihan umat Islam Rohingya

Menurut beliau seramai tidak kuran 500 orang uat Islam menyertai bantahan aman tersebut sebaik selesai solat Jumaat dan solat sunat hajat.

Katanya, sebanyak RM2000 derma Berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada pihak Dewan Pemuda Malaysia untuk dihantar ke Arakan.


Iktibar Ramadhan- oleh Tn Guru Hj Hadi Awang


شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

Maksud Hadith : Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi  manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa ; (Al-Baqarah :185)

Petikan ayat ini bukan sahaja menegaskan wajib berpuasa dibulan Ramadan. Bulan yang mulia ini juga dipilih masa yang paling munasabah diturunkan Al Quran kitab petunjuk, keterangan-keterangan dan penjelasan kepada petunjuk, serta menegaskan pemisah yang mebezakan diantara dua perkara yang bertentangan. Ia bagi menentukan benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan daripada Allah Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan bersifat dengan segala sifat kepujian.

Ibadat puasa bukan hanya sekadar ibadat yang terlalu besar pahalanya, tidak saperti ibadat lain yang dinyatakan pahala sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah menyimpan puasa itu disisinya dan berjanji untuk diserahkan pada hari qiamat kelak. Ibadat puasa juga adalah tarbiyah diri dengan sifat ikhlas dan kemuncaknya membuahkan taqwa yang menentukan nilai harga diri manusia disisi Allah. Menjelaskan bahawa martabat manusia bukannya keturunan, bangsa, pangkat, ilmu, harta dan warna kulit.

Apabila berpuasa dengan ikhlas bermakna kesediaan patuh kepada Allah di atas sifat hamba, sehingga  meninggalkan makan minum dan kepuasan hawa nafsu walaupun dihalalkan dimasa yang lain. Walaupun semua perkara yang membatalkan puasa itu adalah rukun hidup manusia secara tabie'nya. Kepatuhan menunaikan perintah itu secara memperhambakan diri kepada Allah, yang berbeza dengan patuh kepada sesama makhluk saperti ibubapa, ketua, raja dan pemimpin. Menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah adalah mutlak. Adapun ketaatan kepada sesama makhluk pula bersyarat selagi tidak berlawanan dengan perintah Allah. Ia menunjukkan bahawa hubungan hamba dengan Allah adalah Maha tinggi, berbeza dengan hubungan rakyat dengan raja dan pemimpin, hubungan pekerja dengan majikan, hubungan anak dengan ibu bapa.

Adalah menjadi hikmat paling besar Allah memilih bulan ramadan, bahawa Al Quran diturunkan seluruhnya ditempat mulia yang ditentukannya. Ada kalangan para ulama yang menamakannya dengan Bait Al Izzah dan ada yang menamakanya dengan Mawaqei’ Al Nujum.  Kemudian Al Quran diturunkan melalui wahyu oleh Malaikat Jibril A.S secara berperingkat mengikut sebab dan keperluan yang diatur supaya mendidik generasi awal yang menerimanya dengan cara paling berkesan. Ini kerana mereka menjadi contoh kepada seluruh manusia.

Al Quran adalah kalam Allah. Sifatnya yang wajib dinyatakan ke dalam bahasa Arab, bahasa pilihan Allah di dunia dan pada hari Qiamat. Al Quran juga adalah petunjuk daripada Allah kepada manusia dalam semua perkara yang berkait dengan kejadian mereka dan peranan mereka di alam dunia dengan cara yang betul. Allah memilih manusia berperanan dibumi kerana sifat kejadian mereka dan menguji kesetiaan mereka kepada Allah dengan kemampuan jasad, roh dan akal. Dengan kemampuan ini manusia mampu beribadat dibumi dan memakmurkan segala yang lain dengan petunjuk Allah dan kemampuan akal dan ilmu yang ada kepada mereka.

Ada kalangan manusia yang menerima perintah Allah itu dengan Islam (menyerah diri) dan Iman (percaya). Namun ramai kalangan manusia yang tidak bersyukur, lalu menjadi kufur dan sombong menolak petunjuk Allah dengan mencipta cara yang merosakkan diri manusia dan alam kelilingnya. Maka berlakulah perlawanan sengit dalam kalangan manusia itu. Rasulullah S.A.W. terpaksa berdepan dengan pertembungan yang membawa kepada perpecahan yang wajib berlaku, bermula daripada perbalahan sehingga terpaksa berperang kerana adanya kalangan manusia yang melampau. Maka menjadi ujian diantara hubungan dengan Allah yang lebih diutamakan atau hubungan dengan manusia yang wajib dijaga dengan semangat kekeluargaan dan persaudaraan.

Bulan ramadhan dipilih berlakunya peristiwa Badar dan Fathu Makkah. Rasulullah S.A.W. dituduh menjadi sebab perpecahan dalam satu bangsa dan satu keluarga kerana tidak bersedia  menerima tawaran menjadi Raja Makkah atau pemimpin bersama harta kekayaan dengan syarat yang ditetapkan supaya meninggalkan Islam, sama ada semua atau sebahagian. Puncanya para pemimpin Makkah tetap mempertahankan sistem jahiliyah dan menolak petunjuk Allah yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. menyampaikannya supaya dilaksanakan kepada seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari qiamat.

Allah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W. mencari tempat hijrah. Akhirnya berjumpa Madinah dan berbagai kaumnya yang bersedia menerima Islam sehingga ditegakkan negaranya. Maka Islam yang adil kepada seluruh manusia masyarakat majmuk dapat ditunjukkan secara nyata dan terbuka. Tiba-tiba para pemimpin Makkah berketuakan Abu Jahal membawa bala tentera menyerang Rasulullah dan para sahabatnya, kerana Islam yang diamalkan itu mendedahkan kejahatan dan kesesatan penentangnya. Kedua-dua belah pihak bertempur di tempat bernama Badar dan berlaku dibulan ramadhan.

Abu Jahal berdoa kepada Allah supaya membinasakan Muhamad yang dituduh membawa ajaran sesat dan memecahbelahkan keluarga dan bangsa. Rasulullah S.A.W. juga berdoa dengan munajat memohon pertolongan supaya Islam dan penganutnya diselamatkan. Kedua-dua belah pihak mengaku benar dan berdoa.

Akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang setia dalam keadaan terlalu kecil jumlahnya dan tidak mencukupi kelengkapan peperangannya. Bala tentera Musyrikin Makkah dikalahkan. Abu Jahal pemimpin utama dan ramai kalangan para pemimpin dibunuh dan ramai yang ditawan dengan hina walaupun jumlahnya berlipat kali ganda dan lengkap bersenjata.

Allah menamakan hari Badar dengan Hari Furqan (pemisahan diantara dua pihak), daripada satu bangsa dan satu keluarga. Menjadi peristiwa yang menguji diantara perasaan beriman dan cintakan Allah bertembung dengan perasaan kasihkan keluarga dan bangsa. Maka Allah menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia. Walaupun kalangan paling hampir hubungan kekeluargaannya. Allah  memberi sanjungan paling tinggi kepada mereka yang berjaya dalam ujian perasaan dan peperangan dalam peristiwa Badar dengan firmannya :

يا أهل بدر اعملوا ما شئتم , قد غفرت لكم .

(wahai Ahli Badar! Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu, kerana aku telah mengampunkan kamu).

Di bulan ramadhan juga berlakunya Fathu Makkah (Makkah di bebaskan). Apabila negaranya yang dipimpin oleh Abu Sufian (bapa mertua Rasulullah S.A.W.) yang dilantik selepas terbunuhnya Abu Jahal dalam peperangan Badar. Apabila pengikut Abu Sufian mencabuli perjanjian damai (Hudaibiyah) dan apabila qabilah yang bernaung di bawah kerajaan Islam diserang oleh kabilah yang berpihak kepada Makkah. Maka Rasulullah S.A.W. menggerakkan bala tentera Islam menyerang Makkah (tanah airnya sendiri) yang dikuasai oleh keluarga dan bangsanya sendiri, bukannya bangsa asing atau makhluk asing. Akhirnya Abu Sufian dan pengikutnya menyerah kepada Islam dan masuk Islam. Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan pengampunan umum yang tidak diduga oleh mereka yang pernah berlaku zalim terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, menyebabkan hati mereka terbuka beramai ramai menerima Islam dengan redha tanpa paksaan.

Semua perkara tersebut adalah hikmat ramadhan yang tinggi nilainya kepada seluruh alam, khususnya kepada umat Islam. Hidayahnya! Bahawa Islam yang menyelamatkan diri, keluarga, bangsa dan tanahair. Maka Islam hendaklah diutamakan dengan melaksanakan rukun puasa sehingga membuahkan taqwa dan menegakkan Islam diutamakan, perintah Allah didahulukan, sehingga mengatasi kepentingan diri.  Begitulah makan minum, hawa nafsu yang dihalalkan diketepikan dahulu, apabila berpuasa kerana Allah dengan ikhlas 

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan di Madrasah Ar Rahmaniah penuh bermakna dengan pertemuan pelajar pondok dari serata Malaysia dan Thailand

Tarbiah Ramadhan di Pondok Ar Rahmaniah 
Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa penuh bermakna 
padat pengajian , dapat jalani ukhwah sesama pelajar dari serata tempat 
lebih kuran 250 pelajar dari serata pondok menyertai daurah pada tahun ini 1433h .

 Jadual kuliah
7.30 - 9.15 pagi : Tn Guru Hj Salleh Musa
kitab Sirajul Huda
9.30 - 10.30 pagi: Ust Yaziz
11.00-12.00 tengahari: Helmi
Lepas Zohor : Ustaz Yaziz
3.30 -4.30 Syeikh Muslim
Lepas Asar : Tn Guru Hj Salleh Musa
Kitab Kifayahtul Awam