Monday, March 28, 2011

Kerajaan Kedah Perkukuhkan Sistem Pondok dan Sek Agama Rakyat .

Alhamdulillah
Jam 3 , 28 Mac 2011 Kerajaan Kedah Sekali lagi memberi sumbangan bagi Sek Agama Rakyat dan Pondok Seluruh Kedah .
MB Ustaz Azizan menyampaikan ucapan di hadapan Tuan-taun Guru petang tadi
beliau berkata " Saya akan jadikan Kedah pusat ilmu agama seperti Fattani dan Kelantan"
Selain itu beliau berkata " Kerajaan beliau wsangat titik beratkan pendidikan agama kerana untuk membentuk rakyat bertaqwa pada Allah "
Beliau berjanji akan siapkan INSANIAH di Kuala Ketil selewat-lewatnya 2012 dan 2013 Insyallah dapat dimenafaatkan .
Selain itu MB akan menubuhkan Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba Langkawi .
Terdapat 23 buah Pondok di negeri Kedah dan 35 buah Sekolah Agama yang Alhamdulillah masih hidup aktif . Keseluruhan Tn Guru Setiap Pondok Kedah turun pada majlis kali ini .
Ini merupakan sumbangan kali kedua kerajaan Negeri pada Pondok dan Sek Agama Rakyat .





















Thursday, March 24, 2011

Bagaimana suburkan ibadat pada hari Jumaat

MENURUT al Imam Hujjatul Islam, al-Ghazali, dalam Bidayatul Hidayah bahawa Jumaat adalah hari raya bagi orang Islam. Iaitu hari mulia yang sudah dikhususkan Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Malah, pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa.

Apabila anda berada pada Jumaat, hendaklah mandi kerana mandi Jumaat itu hukumnya sunat Muakkad terhadap setiap orang yang diwajibkan padanya solat Jumaat. Bersungguh-sungguhlah kamu menyucikan badanmu dengan mencukur bulu ari-ari dan mengandam misai, memotong kuku, bersugi dan lain-lain. Kemudian pakailah pakaian putih kerana ia lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi terbaik yang dimiliki.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid dan berjalanlah perlahan-lahan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud: “Siapa yang pergi (ke masjid pada Jumaat) pada jam yang pertama, maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam kedua, maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam ketiga, maka seakan-akan ia berkorban seekor kibas. Dan siapa yang pergi pada jam keempat, seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam kelima, seakan-akan ia berkorban sebiji telur. Dan apabila Imam sudah keluar (naik ke atas mimbar), maka dilipatlah buku catatan dan diangkat segala pena dan malaikat (yang bertugas sebagai pencatat) pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah.”

Ada riwayat lain mengatakan bahawa kadar hampir seorang hamba ketika melihat Allah (pada hari Kiamat kelak) adalah berdasarkan kepada kadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

Apabila anda masuk ke dalam masjid, maka carilah saf yang pertama, tetapi sekiranya orang sudah ramai dan memenuhi saf berkenaan, maka janganlah anda melangkahi bahu mereka dan janganlah anda lalu di hadapan orang yang sedang menunaikan solat. Pilihlah tempat duduk berdekatan dengan dinding atau tiang sehingga orang tidak melintasi depanmu. Janganlah duduk (dalam masjid) kecuali anda sudah menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Janganlah anda meninggalkan solat sunat tahiyyatul masjid walaupun imam sedang membaca khutbah. Begitulah antara adab yang diterangkan oleh Imam Ghazali dalam kitab beliau, iaitu Bidayatul Hidayah. Wallahua’lam.

Alhamdulillah jam 12 pm tadi sudah tamat muzakarah dengan pelajar Maktab Peguruan Perlis .

Mudahan mereka dapat amalkan apa yang dipelajari dan dapat berjuang mempertahankan Islam ameen .
Harap mereka dapat sebarkan dan pertahankan aliran ahli sunnah .
#SAHABAT#

Tn Guru Hj Salleh Musa -Sik , ke Makkah besok

25.Mac 2011
Insyalla besok pagi jam 8.00pagi Tn Guru dan jemaah akan bertolak dari Pondok Sik ke KL .
Dijadualkan Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyambut Tn Guru di Kuala Lumpur besok .
Semua murid dan saudara marilah kita berdoa agar Tn Guru Kita selamat sejahtera musafir ke Makkah , Madinah , Jordan dan Syria .
Suasana sejuk disana mudahan Tn Guru sihat sejahtera .
Tn Guru dijadualkan pulang ke tanah air INSYALLAH 12 April ini .

Doa semua diperlukan !

SUNAT akad nikah dalam masjid

Haram mencemari masjid dengan perkara sumbang sepeti tidak menjaga adab masjid contohnya tidak tutup aurat , begurau senda yang melebihi batasan dan lain-lain lagi. Ini adalah ditegah

Andai dapat menjaga adab maka tidak ditegah untuk melangsungkan majlis akad di masjid

Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.

1.Pandangan Mazhab Syafie

Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.
Pertama : Fathul Ma’in karangan Imam Zainuddin al-Malibari;

Kedua : I’anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan

Ketiga : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.

Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang direkodkan oleh al-Tabarani dan Tirmizi. Ia diriwayatkan oleh Syaidatina Aisyah r.a.

Hadis tersebut berbunyi :

أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف

Terjemahan : “Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya di masjid serta pukullah kompang”

Pengarang I’anah al-Tolibin mencatatkan :
ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبر

Terjemahan : “Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] al-Tabarani”.

Ringkasnya, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT menurut mazhab Syafie.

2.Pandangan mazhab 4

Menurut Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jumhur (majoriti) ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221).

Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)

Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6)

Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :
قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز

Terjemahan : “Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis “umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang”. Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus”.

Ulama-ulama lain yang turut mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).
Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)
Dalil Jumhur Ulama

Jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil berikut :

Pertama : Hadis Tabarani di atas;

Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid

Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.
Keempat : Nikah adalah ibadat. Justeru, sunat dilakukan akad dalam masjid.

Penilaian terhadap hadis

Para ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis Tabarani di atas seperti berikut :

Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis hassan.

Ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-’Ajluni dalam Kasyful Khafa’, jilid 1, ms.145 dan lain-lain.

Kedua : Hadis ini dhaif.
Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi (Tahir al-Hindi dalam Tazkirah al-Maudhu’at, jilid 1, ms.55), al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, jilid 7, ms.50 dan lain-lain.

3.Pandangan Imam Syawkani
Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.

Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat
Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.
Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) :
فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه

Terjemahan : “Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)”.
Imam Syawkani tidak menerima hadis Tabarani di atas yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).

4.Kesimpulan

Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.
Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, ”melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie”.
Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.
Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.
Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid’ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)

3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid kerana mengambil pandangan di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.

4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan ‘menyerupai orang Krisitan’, sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.

5. Jagalah adab Masjid semasa berlangsungnya majlis nikah sekali pun
Perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.
Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).
Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.

Wallahu a’lam.
Nota : Semua rujukan yang dinyatakan adalah berpandukan Maktabah Syamilah

Amalan Dato Haron Din utuk bermimpi RASULULLAH SAW ...

Tn Guru Dato Haron Din memberi petua hendak bermimpi RASULULLAH dengan banyakan Selawat dengan ikhlas .
Sesiapa yang berkesempatan ziarah makan Rasulullah makan berdoa kepada ALLAH SWT  disitu dengan penuh adab dihadapan Rasulullah

Muzakarah Kitab Bakurah m/s 6,7 (siri 12)

Assalamualaikum . Maaf sudah lewat malam ini . Jam 11 malam tadi baru selesai muzakarah . Apa pun saya telah janji semalam Insyallah malam ini walau sedikit saya bahas harap Allah memberkati .

Sifat yang berkait dengan Allah yang wajib kita dalami bagi jalanan mazhab Imam Maturidiah adalah 20 yang WAJIB bagi ALLAH SWT . Dan wajib belajar 20 yang Mustahil yang tidak boleh ada pada Allah sekali-kali dan satu yang harus pada Hak Allah . Saya dah bahas diawal dulu
Tauhid Ahli sunnah adalah perkara yang berkait pada Allah , Rasul dan Samiyat .
Bukan 20 sahaja sifat wajib bagi Allah tetapi sangat banyak sifat kemulian yang wajib bagi Allah .
Wajib belajar 13 sifat wajib bagi ALLAH S WT atas pendapat Imam Abu Hassan , manakala Imam Abu Mansur berpendapat 20 yang wajib kita pelajari . Bukan berakna sifat wajib yang lain lain kita tolak dan bukan bermakna yang lebih dari sifat yang 2 tokoh ini tekankan tidak boleh pelajari . Boleh pelajari tapi kita tekankan yang 13 atau 20 ini dulu kerana ia merupakan sifat sangat penting perpenting .

Beza Wajib Akal dan wajib Syara .
Wajib akal ialah perkatara yang mesti ada atau mesti sungguh .
Seperti adanya Allah mesti sungguh ALLAH SWT ada dan tidak terima akal jikalau Allah tiada .
Adapun wajib syara itu andai kita mengerjakannya dapat pahala dan andai kita tinggal maka dihukum berdosa.Contohnya andai kita tidak solat fardhu 5 waktu hukumnya adalah doasa/fasiq.

Wajib akal ialah perkara yang mesti ada iaitu perkara yang mesti sungguh . Maksudnya tidak terima akal benda wajib itu tiada pada Allah .

Mustahil akal pula ialah perkara yang mesti tiada dan mesti tidak boleh sungguh .

Harus akal pula ialah perkara yang boleh terima ada /ada sungguh atau tidak /tiadak sungguh .

#Perhatian ***
Hukum akal yang sebenar bukan wajib , mustahil dan jaiz . Akan tetapi hukum akal adalah WUJUB , ISTIHALAH , dan JAWAS .

Wujub ertinya Mesti ada dan mesti sungguh sifat yang wajib bagi Allah dan Rasul .

Istihalah adalah perkara yang mesti tidak boleh ada dan mesti tidak boleh sungguh segala sifat mustahil pada ALLAH dan RASUL .

Tuesday, March 22, 2011

Pengumuman Pernikahan

Assalamualaikum Wb .
Saya mohon maaf kepada semua saudara yang mengikuti blog ini kerana lebih kurang 5 hari saya tidak aktifkan blog . Rasa tidak kena kalau saya tidak umum kerana mesej bertalu-talu ucap tahniah dan doa kepada saya .
Alhamdulillah Jumaat 18.03.2011 sesudah solat Asar di dewan solat utama Masjid Al Bukhary Alor Setar berlangsungnya majlis akad nikah antara putri kedua Hj Hussin Shukri , Nur Faizah bt Hussin Shukri .
Alhamdulillah sausana akad berjalan lancar dengan izin Allah berkat doa Tn Guru Hj Salleh Musa dan semua saudara . Terima kasih semua yang memberi sokongan dan doa .
Sausana lebih meriah dengan kehadiran rakan pelajar Pondok Sik , rakan pelajar Darul Quran- DQ dan rakan pelajar KUIN INSANIAH . Terima kasih semua yang hadir .
Sausana hujan rahmat semasa majlis akad lebih menceriakan sausana Alhamdulillah .
Sedikit gambar kenangan yang dikirim dari sahabat saya di blog PPPT . Shukran akhi Ahmad Rafie
http://persatuanpondok.blogspot.com/2011/03/majlis-akad-nikah-ketua-pppt-jumaat.html  



Saya mengharapkan saudara semua doakan Saya dan zaujah saya Nur Faizah bahagia hingga ke Syurga .

Saya yang fakir memerlukan doa saudara-saudara agar saya dapat kekuatan dan Taufik untuk memimpin zaujah saya kearah keredaan Allah dan terus berjuang di jalan Allah .
Sengaja saya datangkan gambar Masid Quba diatas agar masjid Quba menjadi tema penikahan saya yang mana Masjid ini adalah masjid pertama yang RASULULLAH SAW bina dengan tangan mulia baginda .
MASJID QUBA DIBINA DIATAS DASAR TAQWA
mudahan Masjid yang kami bina ini pun dapat dibina atas dasar Taqwa ...
Saya perlukan doa semua ...


Majlis Akad di ruang utama solat Masjid Al Bukhary

Ayah pengantin perempuan akadkan (Hj Hussin Shukri)

Ayah , mak , mak mertua dan nenek

Sahabat Pondok Sik dan ditemani adik zaujah

Keluarga zaujah

Sahabat zaujah .Saya ditemani ibu mertua saya Umi Saudah

Saya mohon maaf kepada sahabat yang rapat dan yang mengenali saya kerana saya tidak umum terlebih awal disebabkan majlis akad diadakan secara kecilan sahaja . Insyallah bulan 6 ini majlis walimah akan diadakan Di Taman Hidayah Hutan Kampung atau Pondok Tn Guru Hj Salleh akan saya umum semula INSYALLAH .

Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun Satu peringatan Allah !!!



Kira-kira lebih 10 000 nyawa tekorban setakat ini

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera

"Saya tiada ragu bahawa angka kematian akan mencecah lebih

10,000 di daerah ini," stesen NHK memetik ketua polis Takeuchi Naoto sebagai berkata.Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita
Kyodo News
Satu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.

Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.
PM Jepun sahkan loji bocor, paras sangat tinggi

Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedahDalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami.
"Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak,"
Krisis nuklear itu adalah paling teruk pernah dialami Jepun sejak kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia II.

Kan memberi amaran bahawa lebih banyak kebocoran mungkin berlaku dan meminta orang ramai supaya berada kira-kira 30 kilometer dari Kompleks Fukushima Dai-ichi bagi mengelak daripada terkena radiasi.
Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak.
"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang.
"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Dalam pada itu, Setiausaha Ketua Kabinet, Yukio Edano berkata, reaktor keempat di kompleks berkenaan terbakar dan banyak radiasi dilepaskan

Fatwa Qaradawi tentang konsprasi terhadap Anwar Ibrahim .


Semalam 14.03.2011 Utusan dengan bongkak menyiarkan demotrasi penyokong BN mendesak Anwar Ibrahim memberi DNA .
Kes ini rakyat sudah muak . Anwar dizalimi kerana UMNO /BN gerun pada Anwar .
Mereka tergugat dengan ketokohan dan pengaruh Anwar .

Bagi memelihara ISLAM saya terpaksa menyebut perkara ini supaya kita semua jangan terpedaya dengan Dosa bersama orang yang buat fithnah .
Teringat kata Syeikh Abdullah ketua Ulama PAS Kedah kepada saya " Kalau nak jaga Islam kita perlu peka dengan isu semasa , kita perlu pertahan Islam (hukum Allah) jangan berdiam diri , jangan jadi syaitan bisu  "

Isu ini sengaja saya bangkitkan kembali kerana pihak UMNO menyerang peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini .
Saya ingin merujuk kemabali fatwa yang jelas dari ulama terkenal Syeikh Qaradawi tentang hukum fithnah liwat terhadap Anwar Ibrahim  .

Syeikh mengatakan SESIAPA YANG MEREKA CERITA FITHNAH TERHADAP TUDUHAN LIWAT KEPADA ANWAR DIHUKUM MUNAFIQ DAN SESIAPA YANG MENYOKONG DAN MENYEBARKAN FITHNAH INI HUKUMNYA FASIQ ...

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.

Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.

Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.
“PKR akan menggerakkan kempen besar-besaran di bawah tema DNA iaitu Datuk Najib Altantuya’.

"Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya


Anwar difithnah , ini kali kedua Anwar dizalimi .
Zaman Mahathir , Anwar kena Fithnah . Mahathir telah mengaku
Lihat pengakuan Mahathir ini
DAN LIHAT LAGI



Sungguh Zalim Mahathir dan UMNO/BN terhadap Anwar .
Ini kali kedua Anwar kena .

Saiful Muncul kali ini mendakwa Anwar Liwat . Sungguh mustahil beliau dakwa beliau dipaksa liwat .
Dakwa diliwat beliau pergi mengadu di Pejabat Perdana Menteri , mengapa tidak jumpa polis dulu ?
ALLAH membuka satu-satu pembohongan mereka untuk menjatuhkan Anwar bagi memastikan UMNO /BN terus berkuasa . Inilah perangai pimpinan UMNO /BN yang rakus kuasa tanpa memikirkan doasa pahala dan akhirat .
Wahai saudara ku jangan kita terpengaruh dengan fithnah ini dan jangan kita berdiam diri tanpa membela maruah saudara kita . Islam mewajibkan kita memelihara maruah kita dan maruah orang mukmin yang tidak berdosa!
DALIL ANWAR BENAR
Terus kita Istiqamah dalam perjuangan .
Orang beriman mesti di uji .Lagi kuat ujian kita INSYALLAH mudahan makin hampir kita dengan kasih sayag ALLAH .
Berjuanglah kita untuk menegakkan keadilan dimuka bumi Allah , kerana Allah ...
http://www.youtube.com/watch?v=hoWEsygXuO0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=QLw3mstzjFA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=lM-J2_WSQuc&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=72xqYYANyog&feature=player_embedded#at=458
UMNO/BN gementar dengan Anwar hinggakan hingga hari ini 15.03.2011 masih membuat konspirasi utuk jatuhakan Anwar
laporan harakah hari ini seperti dibawah ini :

Kerajaan Malaysialah sebenarnya pihak yang kalah dalam suatu perbicaraan yang bersifat parodi.

Bahkan setiap seseorang rakyat Malaysia yang sudah lali dengan selok-belok skandal seks luar tabii, Mohamed Saiful Bukhairy Azlan mungkin telah memberikan makna baru kepada ungkapan “go f**k yourself.”

Saiful, 25, tahun bekas pembantu kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim, adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan marathon sodomi Anwar. Dr Seah Lay Hong, seorang ahli kimia dan saksi pendakwaan, telah dipaksa oleh peguambela semasa berada di kandang saksi pada penghujung Februari lalu untuk mengakui bahawa DNA yang ditemui di bahagian dubur Saiful boleh berasal dari 10 orang yang berbeza - termasuk dirinya sendiri.

Saiful telah melaksanakan satu tugas yang cukup bagus untuk kerajaannya, negaranya dan juga Anwar. Hal ini kerana kes ini telah menjadi sesuatu yang mengaibkan, membawa kembali kenangan kes liwat Anwar yang pertama tahun 1998, yang mendapat perhatian umum dicap sebagai parodi oleh pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia. Kesilapan yang dibuat terhadap bukti DNA yang sepatutnya konklusif dalam perbicaraan yang telah lama berjalan ini telah menimbulkan pertanyaan apakah bukti-bukti tersebut boleh bertahan di sebuah mahkamah undang-undang yang rasional. Testimoni yang lain pula menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, antara lain, mungkin telah memainkan peranan peribadi dalam membawa kes ini ke mahkamah.
Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Mohamid Diah telah memberikan Anwar satu kemenangan besar dengan membuang bukti DNA yang dipercayai dapat membuktikan bahawa beliau ada melakukan hubungan intim dengan Saiful. Beliau telah memutuskan bahawa bukti tersebut tidak boleh diterima kerana telah diambil tanpa kebenaran Anwar dari item dalam penjara ketika beliau ditangkap pada kali pertamanya ekoran aduan Saiful pada bulan Julai 2008.
Dengan kelimpahan pelbagai kesilapan, kerajaan kini menghadapi dilema. Sekiranya menyerah kalah dalam pendakwaan, Anwar akan menerima satu kemenangan besar dan memberikan peluru yang cukup untuk kepada pembangkang untuk menuduh bahawa kerajaan dan khususnya Najib sengaja mewujudkan bukti dalam satu percubaan untuk mengusir Anwar daripada politik. Oleh hal yang demikian, daripada menyerah kalah sekarang walaupun pertalian fizikal terakhir antara Anwar dan Saiful nampaknya telah berjaya disangsikan, pendakwaan masih enggan membuang kes tersebut.

Jumaat lalu, pendakwaraya telah cuba menggunakan mahkamah untuk memaksa Anwar untuk memberikan sampel DNA tambahan bagi menggantikan bukti yang telah dilemparkan keluar oleh Hakim Zabidin. Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden telah meminta Hakim Zabidin untuk menimbang kembali keputusan tersebut di samping memaksa Anwar untuk menyerahkan satu sampel.

Situasi ini juga menimbulkan satu situasi bahaya bagi Anwar jika pihak pendakwaan merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah peringkat ini telah menunjukkan kecenderungannya dalam sistem politik, dengan memberikan keputusan yang tidak berpihak pada pembangkang dalam kes-kes penting, termasuk satu kes yang menyebabkan penyerahan kuasa di Perak kepada parti pemerintah selepas pembangkang memenanginya ketika Pilihan Raya Umum 2008.

Saiful, dahulunya seorang pembantu Anwar sebelum membuat dakwaan terhadapnya, telah mengakui di mahkamah bahawa dia pernah bertemu dengan Najib dan isterinya, Rosmah, pada tarikh 24 Jun 2008, di rumah Najib dua hari sebelum kejadian sodomi. Dia juga mengakui bahawa dia telah bertemu dengan orang kepercayaan Rosmah iaitu Mumtaz Jaafar.
Dia juga mengakui adanya pertemuan rahsia dengan Senior Assistant Commissioner (SAC II) Rodwan Mohd Yusof, dua kali sebelum kejadian liwat terjadi. Rodwan menjadi terkenal pada pembicaraan Anwar tahun 1998 ketika dia secara tidak sah mengambil sampel DNA Anwar dan meletakkannya di atas tilam yang didakwa pernah digunakan oleh Anwar untuk melakukan hubungan homoseksual. Untuk melindungi integriti kes pendakwaan, hakim ketika itu, Augustine Paul, telah membuang keseluruhan bukti DNA tersebut pada perbicaraan waktu itu.

Menurut undang-undang Malaysia, polis sebelum ini dilarang mengambil sampel DNA daripada defendan tanpa izin mereka. Ketika Anwar menolak untuk memberikan sampel DNA, dengan mengatakan bahawa sampel sebelumnya yang pernah digunakan dalam kes 1998 terhadapnya telah disalahgunakan, Barisan Nasional telah meluluskan satu rang undang-undang melalui parlimen untuk membolehkan polis mengumpul sampel dalam kes-kes jenayah tanpa kelulusan daripada suspek .

Namun, kerana kes pendakwaan berlaku sebelum undang-undang tersebut diluluskan, mungkin Anwar akan dikecualikan dalam memberikan bukti DNA.

Dalam hal apapun, cara pihak pendakwaan mengendalikan bukti yang dikumpulkan daripada tubuh dan pakaian Saiful adalah amat tidak cekap. Bahkan jika mereka dibenarkan mengambil sampel lain daripada Anwar, juga amat susah untuk dibandingkan dengan bukti yang diambil dari Saiful.

Menurut testimoni di mahkamah, tidak ada bukti yang diambil dari tubuh Saiful sehingga 56 jam selepas berlakunya kejadian liwat yang didakwa. Ketika kesan DNA daripada air mani dipercayai ditemui di mulutnya, dia mengatakan bahawa dia tidak mandi, menggosok gigi ataupun pergi ke bilik mandi antara waktu kesalahan dan tempoh masa dia diuji. Walaupun sampel DNA masih boleh diambil secara berkesan dalam masa 72 jam, namun dalam hal ini pengendalian bukti tampaknya boleh dikatakan dilakukan secara bersahaja pada tahap terbaik.
Walaupun Seah menemui bukti DNA daripada laki-laki tidak dikenali di dubur Saiful, dia mengatakan dia tidak menguji untuk mengetahui identiti lelaki yang lain. Ditanyakan oleh seorang peguam pembela apakah bukti DNA boleh menghasilkan 10 kombinasi berbeza atau individu, Seah setuju.

Jumaat lalu, pegawai penyiasatan, Jude Pereira mengatakan bahawa selepas mengumpul bukti daripada Saiful, dia telah meletakkan sampel bukti tersebut di dalam peti arkib logam di markas polis Brickfield selama 43 jam, mengabaikan arahan oleh Siew Sheue Feng, ahli patologi forensik, untuk menempatkan mereka dalam freezer (peti sejuk). Mengikut peraturan penyelidikan Biro Persekutuan Amerika Syarikat, "faktor persekitaran, seperti panas dan kelembapan, juga dapat mempercepat degradasi DNA."
Pereira mengakui bahawa degradasi sampel boleh terjadi kerana dia mengabaikan nasihat pakar patologi dan juga perintah Ketua Polis Malaysia.
Sebelum diserat ke dalam kancah pendakwaan ini, Anwar telah memimpin pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) mencipta sejarah merampas lima negeri di Malaysia dan memenangi 82 kerusi parlimen pada pilihanraya tahun 2008 serta menghalang penguasaan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di parlimen.

Namun begitu, pembangkang Malaysia - gabungan DAP, PAS dan parti Anwar, Parti Keadilan Rakyat telah diperlahankan kerana Anwar yang disibukkan oleh kes mahkamahnya, tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada politik. Anwar juga telah terhambat oleh penggantungan enam bulan oleh parlimen atas tuduhan bahawa beliau telah mengelirukan parlimen.
Kes ini telah berlangsung selama 13 bulan. Seiring dengan penggantungan dan pelbagai tindakan lain, pembangkang semakin dineutralkan. Ujian besar seterusnya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu dilakukan sebelum akhir tahun 2011