Sunday, July 12, 2009

MANEK URAI




SOLAT HAJAT MENGEKALKAN KEMENANGAN MANEK URAI
DI PONDOK SIK

JAM 8.00 PAGI SEBELUM KULIAH UMUM
DIPIMPIN TUAN GURU HAJI SALLEH SENDIRI
TARIKH: 01.07.09
HARI :JUMAAT

DIJADUALKAN TUAN GURU HJ SALLEH AKAN TURUN PADANG
MEMASTIKAN KEMENANGAN MANEK URAI PADA
ISNIN, SELASA BERSAMAAN 13-14/07/09
KE KELANTAN . KULIAH ISNIN , SELASA , RABU DITANGGUH
MURID-MURID YANG ADA KELAPANGAN DISERU TURUN SEKALI!!!
JIKA INGIN MENEMUI TUAN GURU DI MANEK URAI HUBUNGI SETIAUSAHA DITALIAN :019-5153759
Jom orang kedah turun padang , medan JIHAD kita.
Biar duit habis, badan letih, JANGAN BIAR MARUAH PERJUANGAN ISLAM DIHINA,DIZALIMI !!! SALAM PERJUANGAN !!! TAKBIR!!!

Thursday, July 9, 2009

WAHAI PELAJAR AGAMA, HAYATILAH ILMU DIDADA!!!

MENGAPA PELAJAR AGAMA MAKIN JAUH DARI ALLAH!!!
Saya menasihati diri saya dan saudara hayati dan amalkan ilmu agama yang dipelajari.
Mengapa ramai yang mempelajari agama masih buat yang haram, tidak menjaga akhlak???
jawapannya mudah , belajar bukan nak amal tetapi hanya nak tahu sahaja , supaya orang kata dia pandai , supaya orang hormati, supaya boleh mengajar, berceramah dengan lantang.
IMAM GHAZLI berkata didalam kitab Minhajnya "jika belajar agama kerana hendak habuan kelebihan dunia jangankan hendak masuk syurga , ciuman surga pun tidak dapat dibahu"
DALAM MATAN ZUBAT mengatakan "orang berilmu agama yang tidak mengamalkan ilmunya ,akan dimasukan dalam neraka sebelum penyembah berhala"

MENGAPA BEGINI?
Perlu kepada MENGENALI, MEMPELAJARI ,MENGHAYATI TAUHID!!!
MENGAPA ORANG BELAJAR TAUHID MASIH SAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK MEMPELAJARI TAUHID ???
jawapannya mudah kerana tidak menghayati tauhid.tidak menjiwai tauhid, tidak bawa tauhid dalam kehidupan .

BAGAIMANA HENDAK BAWA TAUHID???
Memang susah nak hayati , perlu pengorbanan dan kemahuan hati nak menghayati dengan ikhlas.
Jika bawa tauhid dalam kehidupan maka agama kita baik , ibadah kita baik , akhlak, keluarga , masyarakat , negara akan jadi baik dan dalam masa yang sama akan dapat barakah .

MAAF RAMAI YANG BELAJAR AGAMA MASIH SYIRIK ???
Betulkah begitu?
YA!!!
Mengapa ???
Ramai yang belajar agama kerana makhluk ,Ini dah jadi syirik kecil!!!
Ramai yang pelajari agama yang meyakini kuasa lain dari ALLAH memberi bekas contoh tanpa air,tanpa nasi mesti tak boleh hidup .makna meyakini nasi ada kuasa , air ada kuasa . INI SYIRIK !!! NAUZUBILLAH!!!
TAUBATLAH!!!
ASAKAN ALLAH !!!
JANGAN BETUHANKAN AIR, NASI, KERAJAAN , SPM , SEMUA ITU TIDAK BOLEH MGUBAH KITA. SEMUA ITU HANYA ASBAB SAUDARA .
ASBAB MANA MUNGGKIN MENGUBAH KITA .
KEMBALI KEPADA TAUHID!!!
IKUT AHLI SUNNAH !!!
JANGAN JABARIAH JANGAN KODARIAH!!!

SAUDARA SEAGAM!!!
BELAJARLAH AGAMA!!!
DAH BELAJAR? AMALKANLAH ,HAYATILAH!!!

JAGA ILMU ALLAH !!!
JANGAN KERANA KITA PELAJAR AGAMA ,ORANG MEMBENCI AGAMA KITA KERANA PERBUATAN KERANA AKHLAK KITA!!!
JAGALAH AGAMA ALLAH!!!
PASTI ALLAH MENJAGA KITA!!!

Tuesday, July 7, 2009

DEMOTRASI ANTI ISRAEL DI PONDOK

TUAN GURU BERSAMA MB, PRESIDEN PAS DAN 100 000 UMAT KEDAH MUNAJAT KEPADA ALLAH SUPAYA SELAMATKAN PALESTIN . MANAKALA HIMPUNAN RIBUAN PELAJAR PONDOK SIK
DALAM DEMOTRASI PERINGKAT PONDOK DIADAKAN . GABUNGAN AJK PONDOK DENGAN PKWR PARLIMEN SIK


YA ALLAH SELAMATKAN PALESTIN !!!!!


BOIKOT BARANG ISRAEL /YAHUDI.




RIBUAN PELAJAR MEMIJAK BENDERA ISRAEL DAN MEMBAKARNYA TANDA PROTES

KETU SAMI BUDDHA MENGADAP TUAN GURU

ISLAM AKAN DITERIMA SEMUA KIRANYA DENGAN CARA HIKMAH !!!
ORANG AKAN PANDANG INDAH KEPADA ISLAM ANDAINYA AKHLAK KEPERIBADIAN YANG HALUS!!!
INDAHNYA ISLAM APABILA DIDEKATI!!!

KAMI BERSAMA PERJUANGAN RAKYAT


PONDOK TIDAK KETINGGALAN DALAM ISU POLITIK PERAK.
KAMI MENGUTUK DAN TIDAK REDHA DIATAS KEZALIMAN UMNO / BN MERMPAS PERAK . UMNO MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT , UMNO MERAMPAS MANDAT RAKYAT .
KAMI BERSAMA MERAYU KEPADA KDYMM SULTAN AZLAN SUPAYA BUBARKAN DUN!!!
KEMBALI MANDAT RAKYAT !!!
PULIHKAN DEMOKRASI!
TAMATKAN PERSENGKETAAN DENGAN BUBAR DUN !!! UMNO MENGAPA TAKUT BUBAR DUN!!! ATAU SUDAH TAHU RAKYAT TIDAK LAGI BERSAMA MU !!!
DATO SERI IR MOHD NIZAR KAMI BERSAMA MU !!!

HIMPUNAN PPSMI


PONDOK TIDAK KETINGGALAN MEMPERJUANG ISU PPSMI . SEMBILAN WAKIL PONDOK MENYERTAI HIMPUNAN 100 000 RAKYAT DI KL

KEMANA PERLU KU TUJU? AKU KECEWA DENGAN DOSA!

YA ALLAH!!!!!!!
HAMBA BANYAK DOSA!!
SAUDARA KU SETIAP KITA ADA DOSA BUKAN? NABI ALLAH ADAM PERNAH BUAT SALAH DENGAN ALLAH, APATAH KITA .
YA ALLAH ! ampuni dosa hamba.
saudra!!! kembali kepada ALLAH , jangan kecewa !!!
ALLAH sayang kepada orang bertaubat . Kita belum terlambat , pintu keampunan ALLAH masih luas .
Menangislah saudara menyesal dengan perbuatan dosa kita!
Mari kita taubat!
Mari kita kembali kepada ALLAH !
Mari kita pohon keampunan ALLAH!
Mari kita menyerah diri kepada ALLAH!
Mari kita sujud kepada ALLAH!
Mari kita TAUHIDKAN SELURUH JIWA, KEHIDUPAN KEPADA ALLAH!!!
Mari kita sama- sama perbaiki diri kita!
Mari kita hayati akhlak RASULALLAH!
Mari kita amalkan sunnah RASULALLAH!
Mari kita kenangkan jasa perjuangan RASULALLAH!
Mari kita kasih, cintai ALLAH dan RASULALLAH !

SAUDARA YANG KU SAYANGI!!!
Kita perlu kepada penghayatan ilmu tauhid!!!
Tanpa ilmu tauhid tidak akan membantu kita menghayati ISLAM YANG INDAH!

SAMA-SAMA KITA HAYATI KEHIDUPAN AGAMA !!!
MANIS APABILA KITA SAMA-SAMA AMAL .
CINTA HAKIKI KITA HANYA PADA ALLAH DAN RASULLALLAH !!!

SELURUH ANGGOTA KITA AKAN FAHAM !!!
ANGGOTA BADAN KITA SEMUANYA AKAN BEKERJA , HATI, MATA ,TELINGA, MULUT , TANGAN, KAKI, PERUT AKAN MEMAHAMI MEREKA PERLU BEKERJA MENURUT PERINTAH ALLAH!!!!!
mereka faham di dunia mereka bekerja , di akhirat mereka aka dapat gaji upahan
iaitu pastinya ALLAH TIDAK MEMUNGKIRI JANJI .
ORANG BERIMAN ,KEHIDUPANNYA AMAN,TENANG, HARMONI KERANA MEREKA DAPAT HAYATI KEINDAHAN ISLAM!!! JOM SAUDARA SAMA-SAMA KITA SEPERTI MEREKA!!!

MUSLIMAH YANG HAYATI TAUHID

WAHAI KAUM HAWA!!!
KALIAN ADALAH HEBAT JIKA KALIAN MENGHAYATI TAUHID, JIKA KALIAN MEMAHAMI AGAMA!!

TERIMA KASIH YB PARLIMEN SIK.


TERIMA KASIH YB CHE UDA CHE NIK, YB PARLIMEN SIK
kerana membuka peluang kepada saya sebagai su madrasah
bersama-sama beliau berkhidmat untuk rakyat sik .
Apabila saya bersama yb maka saya dapat mempelajari apa
itu perjuangan , apa itu amanah rakyat. Amanah sungguh
beliau. inilah pemimpin yang ditarbiah ulama . PENASIHAT
BELIAU ADALAH TUAN GURU HAJI SALLEH, GURU KU .
YB TERIMA KASIH banyak tunjuk ajar kepada saya.
YA ALLAH , ana tidak sanggup ditempatnya , telalu berat
udahlah penat dan letih dicerca oleh musuh lagi ,
terkadang duit dalam kocet pun habis untuk rakyat .
MUDAHAN YB DITAMBAH TAUFIQ DAN DIKUATKAN IMAN DALAM PERJUANGAN ISLAM. AMIN!!!

Monday, July 6, 2009

KAMI MASIH SETIA DENGAN MU




KAMI DOA KEPADA ALLAH S.W.T,SUPAYA DUA TUAN GURU DAPAT MEMIMPIN KAMI LAGI.KAMI MASIH SETI DENGAN KEPIMPINAN TN GURU

UMNO !!! kami PAS berjuang kerana ALLAH dan RASUL
Kami tidak akan lari dari perjuangan ISLAM , BIAR HARTA KAMI HABIS, NYAWA KAMI TERGADAI , KAMI SANGGUP !!!
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AGAMA !!!
KAMI SANGGUP SYAHID MEMASTIKAN SYARIAT ALLAH TERTEGAK!!!
KAMI MEMADA DENGAN ALLAH !!!
Biarlah kamu guna jentera kerajaan untuk zalimi kami kami ada tentera ALLAH , malaikat
akan bersama kami . ALLAH PASTI MENOLONG KAMI . ISLAM PASTI MENANG.
TIDAK ADA KERAJAAN YANG AKAN KEKAL . UMNO PASTI AKAN JATUH .
KAMI SANGGUP SUSAH BRSAMA ULAMA , MENUNTUT REDHA ALLAH!!!

TERIMA KASIH TUAN GURU

TERIMA KASIH TUAN GURU . TINDAKAN YAB MB KELANTAN ADALAH TEPAT MENOLAK CADANGAN PM MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN .

mana boleh pas dan umno bersatu!!! perjuangan umno melayu
manakala pas matlamatnya ISLAM.
kami ucapkan terima kasih kerana walaupun tuan guru dicaci maki ,
tuan guru masih tabah untuk measingkan perjuangan murni PAS untuk daulatkan ISLAM dengan
fahamam sempit , SEKULAR UMNO , umno masih ASSOBIAH , PERKAUMAN , BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT


JIHAD!!!

JIHAD Menegakan AGAMA adalah satu KEWAJIBAN!!!
Mengapa kita perlu takuk !!!
BANGUN!!!!!!!!!!!!!!!!!! TAUHIDKAN ALLAH !!!!!!!!!

BUKAN MASA KITA LALAI LAGI

DIMAN MARUAH UMAAT??? MANA PEMIMPIN UMAT?????
Mana mereka yang dakwa pejuang islam? mana pemimpin yang dakwa bjuang untuk islam ?
BANGUN UMAT , BERSATU DIBAWAH PANJI ISLAM BUKAN SEKULER!!!

PALESTIN SUDAH TEGADAI !
JANGAN GADAIKAN MALAYSIA PULA!
Wahai pemimpin jangan lalai dengan permaidani merah, kuning menyambut mu dimana-mana, jangan kamu berasa bangga dengan pangkat yang digantung dada mu , kamu akan disoal diakhirat adakah kamu melaksanakan HUKUM ALLAH?
SETIAP RAKYAT AKAN MENDAKWA KAMU DI AKHIRAT "wahai pemerintah mengapa kamu zalim kami, kamu tidak pernah mengajar kami agama, kami tidak pernah didedah dengan ISLAM, kami tidak memahami apa itu ISLAM ,kami tidak pernah memahami ISLAM ITU INDAH"
TAUBATLAH WAHAI PM, MB,YB,PEGAWAI DAERAH, JKK dan sapa sahaja pemerintah yang diberi mandat . KEMBALI MENGHAYATI TAUHID . Kena faham dosa pahala , sedarlah kamu hanya kerajaan pinjaman , jangan derhaka kepada ALLAH .

WAHAI REMAJA !!!!!!!!!!!!!!!!
BANGUN!!!!! MAJULAH BERSAMA AGAMA !!!
JANGAN MEREMPIT,MARI KITA BINA TAMADUN UMAT YANG GEMILANG!!!
Mengapa kita tidak berhibur dengan cara-cara yang dihalalkan agama. Mengapa kita rela agama asing menghina kita dari sebab perbuatan kita sendiri ?
Kita akan marah orang menghina agama kita , TETAPI KITA TIDAK SEDAR PERBUATAN KITA ANAK-ANAK MUDA YANG MENGHINA AGAMA KITA SENDIRI!!!!!

BERTAUBATLAH WAHAI SAUDARA YANG KU SAYANGI!!!
MARI KITA DEKATI AGAMA, MARI KITA BANGUNKAN TAMADUN UMAT , MARILAH KITA BERGANDING BAHU KEMBALI KEGEMILANGAN TAMADUN SEPERTI ZAMAN RASULALLAH, SAHABAT , TABIE'N.
WAHAI MUSLIMAT !!!!! terima kasih membantu kami golongan adam bjuang . SEJARAH MEMBUKTIKAN MUSLIMAT ADALAH GOLONGAN PERTAMA MENERIMA DAKWAH ISLAM IAITULAH SAIDATINA KHODIJJAH R.A .
Tetapi sekarang ini hanya sebilangan kecil yang sanggup membantu. Ramai yang gagal membawa agama didalam kehidudan .
MENGAPA MESTI MALU MENUTUP AURAT , mengapa malu memakai tudung , mengapa tidak memakai baju yang tidak melihatkan bentuk badan .
RENUNGLAH!!! islam memandang dan meletakkan martabat wanita cukup tinggi . Menutup aurat kerana menghormati mereka supaya orang lain tidak melihat auratnya melainkan yang halal .
WAHAI MUSLIMAT BANTULAH JIHAD MENEGAKAN AGAMA ALLAH !!!!!
PELIHARA MARUAH PERIBADI MUSLIMAT. BENTUK AKHLAK SUPAYA ORANG KAGUM DENGAN ISLAM.
JIHAD YANG PALING BERAT ADALAH LAWAN NAFSU!!!
KITA AKAN GAGAL APABILA JIHAD TANPA TAUHID!!!
MANA MUNGKIN KITA KEMEDAN PERANG ,JIKA TIDAK MAMPU LAWAN
NAFSU !!!
MANA MUNGKIN KITA SANGGUP MATI DIJALAN ALLAH TANPA TAUHID
KEIMANAN KEPADA ALLAH!!!
TAKBIR!!!
ikhlas dari helmi ,saudara tolong doa pada ana supaya
dikuatkan iman dan ditaufiq dapat berjihad bersama saudara!!!AMIN!!!
SETIAP SUMBANGAN SAMA ADA TENAGA , HARTA , BUAH FIKIRAN UNTUK AGAMA ADALAH JIHAD!!!!! BAWALAH ISLAM DIMANA ANDA BERADA!!! TAKBIR!!!

Friday, July 3, 2009

MB BERSAMA TN GURU

APABILA ULAMA BERSATU DENGAN PEMERINTAH MAKA AGAMA MAJU , RAKYAT DAPAT RAHMAT, NEGERI SEJAHTERA.
INSYALLAH HUKUM ALLAH AKAN TERLAKSANA, AMIN!!!!!!!!

NAK TENANG HATI?


Saudara seagama!
Anda nak hati tenang? Semua akan kata ya kan?
Tidak ada doktor dan bomoh dapat mengubati hati supaya tenang melainkan anda FOKUS HATI KEPADA ALLAH DAN RASUL.
Ramai yag mpelajari agama tetapi tak tenang kerana tidak ada penghayatan .
Saudara mesti mempelajari ilmu agama , beramal , menghayati .
Bukan blajar kerana nak hadapi
peperiksaan , nak hadapi temuduga , atau nak kepujian dan habuan dunia , semua itu tak dianjur agama . Semua itu hanya wasilah sahaja bukan matlamat.
Keikhlasan , penghayatan yang penting .
Apabila saudara menghayati TAUHID KEPADA ALLAH , hati anda akan senang , ibadat dalam kemanisan , akan dapat sausana harmoni dalam keluarga , masyarakat , negara .
SAUDARA YANG KU SAYANGI MARI KITA DEKATI ALLAH , CINTA ALLAH , KEMBALI PADA ALLAH ,DENGAN KITA BETULKAN AQIDAH , DAN HAYATI ILMU TAUHID .
ALLAH akan balas yang terbaik untuk hamba yng beriman bersih kepadanya.
Saudara ku! Ramai orang pergi haji, rajin solat jemaah, bekopiah , memaki jubbah, hijab muka , memang baik jika dipakai . Kalau ikhlas nak amal sunnah dapat pahala tetapi masih syirik dengan ALLAH kerana aqidah masih tak betul.
Contoya dia aqtikad duit yang bagi dia senang, air yang memuaskan dahaga , pisau yang memutus , api menghangus, isetri menjamin bahagia , kerajaan yang bagi rezeki dan lain-lain maka itu adalah contoh syirikan kepada Allah . Ramai yang masih salah akidah kadang-kadang anak atau isteri kita , ibu atau ayah kita terkadang kita.Aqidah yang betul hanya ALLAH yang memberi bekas , kita hanya ikhtiar usaha yang tak akan boleh memberi bekasan . SAUDARA YANG KU SAYANGI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kembali betulkan aqidah kita selari AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMMAH . SELAMATKAN IMAN KITA. SAYANG DIRI KITA. MARILAH DALAMI TAUHID . IKUT ULAMA YANG BERPEGANG DENGAN AL QURAN , HADITH , IJMA', QIAS .
Ikhlas dari saudara mu helmi! ASSALAMUALAIKUM


Memikul amanah rakyat, memastikan ISLAM dilaksana dalam kehidupan keluarga ,masyarakat, dan negara. GOLONGAN AGAMA WAJIB BJUANG MEMASTIKAN HUKUM ISLAM TERLAKSANA

Wednesday, July 1, 2009

Pemuda yang mengharapkan REDHA ALLAH


IMAN memainkan peranan penting dalam kehidupan.Pemuda mesti ditarbiah dengan asas keimanan yakni mengenali Allah dalam membentuk keperibadian unggul. lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh FITNAH sekarang ini.