Assalamualaikum.......
Bersyukur saya kepada allah ta’ala , dengan taufiq dan hidayah dapat saya memperkenalkan sedikit sebanyak latar belakang guru kami iaitu Sohibul Fadhilah Al-Alamah Al-Mursyid Syeikhuna Tuan Guru Haji Salleh didalam blog ini …
Maka untuk mengenang jasa –jasa beliau, dan untuk lebih memperkenalkan ketokohan dan dasar-dasar pemikiran tuan guru maka saya dan rakan-rakan terasa terpanggil untuk menyusun sejarah mengenai beliau. Selain itu di atas desakan rakan rakan seperjuangan yang sering mendesak supaya di ceritakan sejarah ringkas mengenai tuan guru untuk di jadikan tatapan sejarah. Disamping itu juga mereka mahu mengenali lebih terperinci mengenai ketokohan ayahanda Tuan Guru Haji Salleh serta memartabatkan ulama dan system pengajian pondok yang kini semakin di lupakan
Sohibul Fadhilah Al-Alamah Al-Mursyid Syeikhuna Tuan Guru Haji Salleh bin Haji Musa merupakan seorang ulama Tauhid dan Ulama Haraki.
Dikalangan ilmuan kedah beliau digelar ‘ Bapa Tauhid”. Tuan guru bukan sahaja terkenal di negeri kedah bahkan di kelantan dan juga di selatan
Dengan ke aliman dan kewarakan beliau dalam berilmu dan beramal, berserta sikap tegas dan berfikiran terbuka dalam pergaulan, telah menimbulkan rasa kagum ramai kawan dan lawannya dengan ketokohannya. Ketokohan ,kedalaman ilmu dan keikhlasan beliau mencurahkan ilmunya kepada seluruh lapisan masyarakat telah menghasilkan keberkatan dari ilahi ,hinggakan majlis ilmu beliau pada pagi Jumaat di perkarangan Madrasah ar-Arrahmaniah di Sik Kedah di kunjungi dan di hadiri ribuan penuntut ilmu dari lapisan masyarakat dari serata pelusuk negeri kedah, termasuk juga sedikit sebanyak dari negeri yang berhampiran dengan kedah seperti perak ,pulau pinang dan lain-lain.
Kepulangan beliau dari Mekah ibarat seperti cahaya matahari yang menyinari bumi. Dengan usaha dan perjuangan yang ikhlas dan bersungguh –sungguh, sekarang ini bumi sik tiada lagi amalan-amalan “Khurafa Jahiliah” yang mana menjadi amalan sebati masyarakat kita pada masa dahulu. Dengan dorongan Tuan Guru juga bumi sik mampu melahirkan ramai generasi ulama yang berjuang semata –mata kerana Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta akhirat.
Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w.
Ertinya :
“Yang akan memberi syafaat pada hari akhirat itu tiga golongan ,pertama anbiya, kedua para ulama dan ketiga para syuhada”.
Walaupun kami bukan ahli pengkaji sejarah dan bukan ahli menyusun dan membukukan risalah, namun kami berusaha juga menghimpunkan sejarah tokoh ulama yang menggambarkan kecintaan kami kepada ambia’ ulama ,dan syuhada , mudah- mudahan kita semua termasuk di dalam golongan sepertimana yang di kehendaki dalam hadith ini ,Amin !!!
Sebenarnya masih banyak maklumat yang perlu di ketengahkan lagi. Saya memohon taufiq dan dari allah agar di beri kekuatan dan keupayaan mengumpul maklumat mengenai Tuan Guru yang di kasihi. Mudah-mudahan sumbangan yang tidak seberapa ini, dapat di jadikan bahan motivasi kepada pelajar yang ingin berjaya dan mudah-mudahan juga ia bermanfaat bagi kita semua. Amin !!!!
( MUSLIMIN DAN MUSLIMAT JUGA BOLEH MELAYARI BLOG INI <<<<…http//:mygpu.blogspot.com >>>> KERANA BLOG INI SAHABAT RAPAT BAGI BLOG KAMI )