Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, December 31, 2013

Selamat tahun baru 2014 - Tahniah kepada perjuang rakyat yang turun HIMPUNAN TURUN


SELAMAT TAHUN BARU 
TAHNIAH KEPADA MEREKA 
yang sambut malam tahun baru dengan sifat kesyukuran dan mereka yang membuat perkara yang diredhai Allah .Tahniah kepada mereka yang menyambut tahun baru dengan mendekatkan diri kepada Allah . 
Celakalah mereka yang menyambut malam tahun baru dengan kemasiatan dan penderhakaan kepada Allah .
Tahniah Kerajaan Pulau Pinang yang menganjurkan sambutan tahun baru dengan majlis ilmu bersama ustaz Azhar Idrus , Tahniah perjuang rakyat yang turun Dataran Merdeka malam ini untuk menuntut hak rakyat supaya kerajaan turun kos sara hidup . Malam ini dalam sejarah rakyat turun menuntut hak sehinggakan segala hiburan yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menyambut tahun baru terpaksa dibatalkan . 
Tahniah kepada mereka yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu bersama para alim ulama malam inin sebagai tanda syukur kita kepad Allah masuk kepada tahun baru 2014. 

ANTARA MAJLIS ILMU MALAM AMBANG TAHUN BARU 2014
MALAM INI 


MAJLIS ILMU DI PUALAU PINANG 
BERSAMA UST AZHAR IDRUS DIAMBANG 2014



GAMBAR-GAMBAR HIMPUNAN TURUN DI DATARAN MERDEKA :












Monday, December 30, 2013

KEDAH BERSELAWAT bersama HABIB ALI BIN ABU BAKAR YAMAN - Sebarkan

KEDAH BERSELAWAT 
BERSAMA 
HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SYEIKH ABU BAKAR YAMAN 

ANJURAN : 
MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS )
9.1.2014
MAJLIS KEDAH BERSELAWAT 
DI MASJID PADANG TEMUSU SUNGAI PETANI KEDAH
10.1.2014
MAJLIS ILMU 
"KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN BENTENG AHLI SUNNAH"
DAN
MAJLIS PERASMIAN 
MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS )
10.1.2014 
OLEH :
MUFTI KEDAH , TUAN GURU HJ SALLEH MUSA DAN UST AMINUDDIN ABD RAHIM
DI SURAU PERWAJA , GURUN , KEDAH 


JADUAL DAKWAH 
HABIB ALI BIN ABU BAKAR BIN SHAIKH ABU BAKAR ( YAMAN) 


Tuesday, December 24, 2013

Malaysia Berselawat: Tausiyah dari Al-Habib Jindan bin Novel bin Salim b...

Perkara terpenting dalam kehidupan Agama - Helmi Assyafie

Nasihat untuk peringatan diri , keluarga , anak -anak , sahabat seperjuangan serta seluruh keluarga se-Islam

Nasihat Al Fakir kepada anak-anak muda dan sahabat seperjuangan yang dikasihi . Kita hendak jadi hamba Allah bukan mudah , perlulah kita lengkapkan diri kita dengan agama .Didalam kehidupan harian kita perlu ikut hukum hakam Allah . Kehidupan agama kita ibarat seperti pokok , kita perlu dalami ilmu Aqidah atau ilmu tauhid yang diumpamakan dengan akar pokok . Tanpa akar , pokok tidak akan hidup . Begitu juga kita perlu dalami ilmu syariat atau ilmu fekah, kita perlu dalami hukum hakam berkaitan ibadah , muamalat , munakahat dan jinayat dan amalkanya didalam kehidupan.Ilmu syariat atau fekah ibarat seperti batang atau pohon kayu . Manakala ilmu fardhu kifayah ibaratnya seperti ranting bagi sesuatu pokok .Manakala amalan sunat seperti daun -daun yang subur , tanpa daun pokok tidak akan nampak cantik apabila ada daun yang lebat menghijau maka ia akan nampak lebih cantik, begitu juga agama seseorang jika kita buat amalan sunat agama kita akan lebih cantik .
Adapun ilmu akhlak atau ilmu tasauf ibarat buah-buah yang masak ranum dan sedap bila dimakannya begitu juga ilmu akhlak atau tasauf jika dipelajari dan dihayati serta diamakan maka kita akan sampai kepada tahap hakikat, setelah itu maka agama kita akan sempurna dan kita akan merasai kemanisan hidup beragama .

Ramai orang sekarang tidak mahu belajar ilmu tauhid , tidak mahu mendalami ilmu fekah , mereka suka bertarikat sahaja ini tidak betul , Tarikat adalah benda yang baik ibarat seperti buah yang masak ranum , mana mungkin buah akan terhasil jika akar dan pohon pokok tiada , begitu juga bagaimana agama nak sempurna jika ambil jalan tarikat atau tasauf tanpa dalami ilmu tauhid dan fekah .

Ramai juga yang semangat nak berjuang Islam , ya memang wajib kita berjuang , tetapi bagaimana ranting pokok nak wujud jika tida pohon dan akarnya.Begitu juga jika berjuang sahaja tak dalami ilmu fardhu ain maka tidak akan terhasil pahala .

Ada yang suka amal ibadat sunat tapi tidak mendalami ilmu fardhun ain .Amalan sunat ibarat seperti daun -daun , tidak mungkin daun akan terhasil jika tanpa pohon dan akarnya .
Pendek kata hendak agama kita sempurna belajar lah ilmu fardhu ain dan amalkanya terlebih dahulu , sempurnakan agama kita terlebih dahulu barulah kita langkah untuk yang lain .

Ada yang belajar tetapi tidak mahu berjuang maka sudah tentu tidak sempurna agamanya kerana berjuang adalah kewajipan bagi yang telah selesai fardhu ainya .

Hayatilah kemanisan hidup beragama ,
jangan kita buat perkara dosa terutamanya dosa besar seperti berzina , minum arak , berjudi , bunuh orang termasuk bunuh anak sekalipun anak zina ia tetap kikatakan pembunuh , jangan tinggal solat jika tinggal solat segeralah qada , jangan derhaka ibu bapa . segera bertaubat dari perkara dosa .
Pintu taubat masih terbuka luas , rahmat Allah luas , Allah maha pengampun dan penyayang .





Nasihat akhir saya pada anak muda , sahabat yang dikasihi sakalian , belajar agama, dahului ilmu fardhu ain yang wajib kita pelajari dan amalkan kemudian jadilah orang yang berakhlak , santuni dan dekati ulama muktabar agar ada perhubungan kita dengan mereka . Hubunglah silaturahim dan hubunglah tangan dengan mereka terutamanya ulama yang tua . Cepatlah ziarah dan dekati mereka supaya kita dapat tumpang berhubung tangan antara mereka seperti kita berhubung tangan dengan guru guru mereka yang telah meninggal dunia agar kita dapat berhubungan sanad dengan ulama dulu -dulu yang muktabar . Ikutlah ulama nescaya kita akan selamat tidak akan sesat dari kebenaran .

Ramai yang belajar ilmu agama sekarang tetapi hati tidak hidup , hati kosong , hati lalai dengan ALLAH dan Rasul , ini kerana tiada adab menuntut ilmu dan cara menuntut ilmu tidak mengikut acuan ulama ulama dulu yang telah berjaya .

Jangan kita merasa pandai , jangan kita rasa ilmu ulama dulu rendah sedangkan mereka merupakan orang yang telah berjaya seperti Imam Ghazali , Imam Syafie , Imam Nawawi , mereka terlebih wara terlebih hampir dengan para tabin tabiun serta terlebih dekat zaman mereka dengan zaman sahabat . Jangan kita terpengaruh dengan ulama yang sentiasa pertikai jalanan imam-imam kita , jalanan ulama muktabar kita ahli sunnah wal jamaah .
Al Quran Hadis sumber utama kita tetapi kita perlu juga kepada ijma ulamam dan qias .
Jangan kita terpengaruh dengan puak yang suka mebidaahkan segala perkara yang dibuat ulama dahlu , kerana ulama buat sesuatu ada sandaranya . Tetapi jika perkara itu bidaah haram wajib kita tolak , jika bidaan itu hasanah seperti bukukan quran , buat maulid apa salahnya walaupun bidaah tetapi ia masuk dalam bidaah hasanah .
Berpegang teguh dengan Ahli Sunnah jangan jadi syiah , sekuler , wahabi , muktazilah , jabariah , qadariah , dan lain-lain lagi, berpegang teguh dengan ajaran ahli sunnah tanda cinta kita kepada ALLAH dan RASULULLAH , marilah kita gembirakan Rasulullah dengan mengamalkan kehidupan agama seperti yang dikehedaki Islam - Helmi Assyafie Pondok Sik 25.12.2013 (12.40 malam ) nasihat untuk hati dan boleh diambil menafaat oleh saudara seagama yang inginkan menafaat ini

Monday, December 23, 2013

Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) - Kepentingan Mempertahankan benteng Ahli Sunnah 10.1.2014 , Sebarkan !


Sebarkan !!! Jom turun ramai-ramai sokong perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah .

MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH "KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN BENTENG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH"

BERSAMA :
1- DATO PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN HJ AHMAD (MUFTI KEDAH)
2- TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA (MUDIR MADRASAH ARRAHMANIAH)
3- USTAZ AMINUDDIN BIN ABDUL RAHIM

TARIKH : JUMAAT 10/01/2014
MASA : 7.30 PETANG HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT : SURAU PERWAJA GURUN KEDAH

ANJURAN : MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH (MUAS), SURAU PERWAJA DAN PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH (PPPT - KEDAH)


Sebarang pertnyaan hubungi Helmi Assyafie : 013 4044259 

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
SEBARKAN MAJLIS INI

Sunday, December 22, 2013

Nasihat Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi al-Hasani rahimahullah


Pesanan Tokoh Pemikir Islam

Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi al-Hasani rahimahullah berkata :

"Belia-belia Islam yang bakal memimpin ummat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkiyah ruhiyyah, semangat juang dan sifat zuhud dari dunia.. 

Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman..

Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap..."

ILMU . SULUK . DAKWAH - Syeikh Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi

Syeikh Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rahimahullah berkata: 

“Hasil daripada ILMU ialah wujudnya AMAL. Dan hasil daripada AMAL ialah wujudnya ZIKIR.. 

Apabila ILMU tidak wujudkan AMAL (hanya ilmu sahaja), maka ia merupakan ZULMAT (kegelapan)..

Jika AMAL tidak beserta INGAT Pada Allah (zikrullah), maka ia adalah bisikan sahaja..

ZIKIR tanpa ILMU adalah FITNAH..”

beliau berkata lagi :

"Maksud ILMU yang pertama dan utama agar seseorang itu mengISLAH (memperbaiki) kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya..

Apabila ILMU digunakan untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ILMU itu akan menjadi asbab takabbur dan sombong lalu ILMU itu akan membinasakan pemilik ILMU itu sendiri.."

Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi al-Hasani rahimahullah berkata :

"Belia-belia Islam yang bakal memimpin ummat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ILMU, TAZKIYAH RUHIYYAH, SEMANGAT JUANG (jihad & dakwah) dan sifat zuhud daripada dunia..

Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman.. Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap..."

beliau berkata lagi :

“Salah satu usaha dalam dakwah ini adalah menjadikan dakwah sebagai cara untuk mendatangkan orang awam kepada ulama', dan mewujudkan kerisauan ulama' pada diri orang awam.

Dan orang awam dapat memahami darjat ketinggian ulama', sehingga orang awam sentiasa mengambil manfaat daripada para ulama'. Sesuai dengan aturan dan penegasan atas hal ini, dianjurkan agar sentiasa berkhidmat kepada alim ulama'..”

Syeikh Maulana Saad al-Kandahlawi hafizahullah berkata :

"Dengan memahami bahawa Ta'lim (Tadris/Madrasah), Tabligh (dakwah) dan Tasawwuf (tariqat/suluk) adalah merupakan kerja-kerja Nubbuwwah (kenabian)..

Hanya orang yang bodoh akan mengatakan bahawa antara ketiga-tiganya bercanggah antara satu sama lain..

Pada pendapat saya, saya tidak melihat mana-mana satu yang lebih jahil daripada ini (ianya adalah kemuncak kejahilan) jika ada yang berpandangan bahawa kerja-kerja ini (ilmu,suluk,dakwah) adalah bertentangan antara satu sama lain.."

- ILMU, SULUK & DAKWAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN..

~ CINTA PADA PARA ULAMA' DAN SOLIHIN MERUPAKAN KEBAHAGIAAN BUAT KAMI..

Ya Allah, himpunkan lah kami bersama mereka Para Ulama' dan Solihin di dunia ini, di Akhirat dan di dalam Syurga kelak.. dan juga bersama penghulu Para Ulama' dan Solihin, iaitu Sayyiduna Rasulullah sollAllahu'alaihi wasallam..

Amin Allahumma Amin, bi sirril Fatihah..

Thursday, December 19, 2013

MB Kelantan mengadap Sultan Brunei demi perjuangan menegakkan hukum Hudud . PAS tetap bersungguh sungguh berjuang untuk laksana hukum Allah!


 MB KELANTAN MENGADAP SULTAN BRUNEI
 Sultan Hj Hassanal Bolkiah , Sultan yang mendaulatkan hukum Allah !

 Barisan Perjuang Hudud , MB Kelantan , Mufti Kelantan Exco Kelantan .


 TG DATO HARON DIN walaupun uzur beliau sama sama ke Berunei bagi memberi sokogan kepada perjuangan melaksanakan Hudud , Bukit Ulama  PAS bersungguh sungguh untuk laksana hukum hudud bukan seperti dakwaan Ust Kazim dan pemimpin UMNO yang mengatakan PAS macam main lagu rasa memperjuangan hukum hudud , nah ternyata gambar berbicara ! Lihat perjuang perjuang hukum Allah bersungguh sungguh inging melaksanakan hukum ALLAH di Malaysia .