Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, September 26, 2013

Al fatihah - Tan Sri Ustaz Azizan Razak dalam kenangan

doauntukazizan
Innalillahi wa Inna ilaihi Raajiun atas pemergian Tan Sri Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Sepanjang hayatnya, umat menyaksikan komitmen beliau yang tinggi dalam perjuangan Islam. Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat.
Pemergian beliau sebagai sahabat, guru dan pemimpin adalah satu kehilangan besar buat kita. Sama-sama kita mengambil ruh semangat YB Dato Seri Azizan yang mendedikasikan hayatnya untuk perjuangan Islam. Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT.
Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14 anak. sumber tranungkite
sultan kedah
T
urut dihadiri Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah – (Sultan Kedah merangkap Yang di-Pertuan Agong)

Yang di-Pertuan Agong ziarahi jenazah Ustaz Azizan


POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.

Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.

Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar.



CIUMAN TUAN GURU HJ SALLEH UNTUK USTAZ AZIZAN , KASIH SAYANG SEJATI SEORANG SAHABAT YANG CINTAKAN PERJUANGAN ISLAM



 TUAN GURU DATO HARON PIMPIN SOLAT JENAZAH UST AZIZAN KALI KE 3
DATO MUFTI KEDAH BERI PENGHORMATAN TERAKHIR

IMAM MASJIDIL AQSA CIUM UST AIZAN

tuan guru hj salleh sik
 Turut dihadiri Tuan Guru Haji Salleh Musa(Mudir Pondok Sik)
dato harun din
Turun dihadiri Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din
solat jenazah ustaz
Ucapan/Pesanan dari Almarhum sebelum kembali ke Rahmatullah :
“..Dalam perjuangan Islam ini tidak ada persaraan. Perjuangan akan tetap diteruskan sehingga satu masa yang Allah kehendaki untuk kita berhenti. Tetapi kita sebagai amilin yang berjuang, hendaklah berazam untuk teruskan perjuangan..”
-Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak rahimahullah-
Uploading video suasana di tempat persemadian Ustaz Azizan…
Beberapa video suasana sebelum Almarhum disemadi di Muassasah Darul Ulum..

Suasana di Kompleks PAS Pokok Sena

SAUSANA HARI PERJALANAN TERAKHIR BUAT USTAZ AZIZAN RAZAK .
HARI PEMERGIAN USTAZ AZIZAN , PEMIMPIN KESAYANGAN RAKYAT KEDAH . 


 TUN MAHATHIR TURUT HADIR





TUAN GURU DATO HARON DIN 




IRING VAN JENAZAH DARI LANGGAR KE POKOK SENA

TUN MAHATHIR SIRAM AIR MAWAR DI PUSARA UST AZIZAN







 TANDA KASIH SAYANG TUAN GURU HJ SALLEH MUSA KEPADA USTAZ AZIZAN
 BUKAN SAHAJA MASA UST HIDUP TETAPI HINGGA AKHIR HAYAT ,
KHIDMAT TERAKHIR TN GURU HJ SALLEH MERATAKAN TANAH DI PUSARA UST AZIZAN

 KHIDMAT TERAKHIR TN GURU DATO HARON DIN KEPADA SAHABAT SEPENGAJIAN DENGAN BELIAU DI MESIR SATU KETIKA DULU

SOLAT JENAZAH DIPIMPIN OLEH ANAK BELIAU YANG MASIH USIA REMAJA , DOA DIBACA OLEH TN GURU HJ SALLEH MUSA DAN DATO MUFTI KEDAH


DATO MUFTI KEDAH
ZIARAH SAHABAT YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Biodata Almarhum Ustaz Azizan Razak :

Wednesday, September 25, 2013

AL FATIHAH telah kembali Kerahmatullah Bekas MB Kedah Ustaz Azizan Razak pagi ini

AL FATIHAH telah kembali Kerahmatullah Bekas MB Kedah Ustaz Azizan Razak pagi ini , Khamis 26.9.2013 di Hospital Sultanah Bahiyah .
Moga Allah ampunkan dosa Allahyarham dan ditempatkan bersama orang beriman ameen .
Sekarang jenazah masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star , kita sedang menunggu Perhubungan PAS Kedah umumkan waktu dan tempat solat jenazah dan pengkebumian sebaentar lagi .

Berita terkini :
Jenazah Ustaz Azizan Abdul Razak akan disolatkan selepas Asar di Masjid Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena dan akan terus dibawa ke Muassasah Darul Ulum untuk pengebumian. Sebarkan....

Enakmen Syariah @ Enakmen Anti Syiah di Kedah ??? - YB Ustaz Ahmad Yahaya

Tuesday, September 24, 2013

Himpunan Ulama Terbesar di Kedah 2013

GAMBAR KENANGAN PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK PERHIMPUNAN KALI KE 2 TAHUN 2013 - INSA ALLAH akan berhimpun pada bulan Oktober 2013 ini , Para Muhibbin Nantikan dan ikuti Perkembangan 


Dari masa ke semasa kami akan diumumkan di Blog Cahaya Kehidupan Tauhid , Blog Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah , di Facebook Page Rasmi Persatuan Pondok Tauhid  , facebook ana Helmi Assyafie , Facebook Setiausaha PPPT Mazlan Jamalludin , Ahmad Rafae dan lain-lain. Insa ALLAH setiausaha PPPT akan tubuhkan Page Rasmi Program ini , nantikan!

Laporan Terkini : Hari ini 24.9.2013
Helmi Assyafie mengadap Dato Mufti Kedah , Dato Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad , memohon perkenan dan restu bagi mengadakan Himpunan Ulama Thurath 2013
peringkat negeri Kedah .Himpunan Khas menghimpunkan seramai munggkin ulama muktabar bagi menyatakan pendirian dalam isu ancaman Syiah di Kedah khususnya dan Amnya di Malaysia .  Ahli Sunnah sedang diganggu gugat maka himpunan ini bagi mengambarkan kebangkitan ummah menyatak pendirian terhadap Syiah . Syiah Kedah membuat laporan Polis terhadap Dato Mufti Kedah , ummah perlu bangkit
menyatakan pendirian kita , ini bukan hanya mempertahankan maruah Dato Mufti Ulama kesayangan ummah tetapi isu ini isu Maruah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bangkitlah Ummah!!! .

Ayuh bangun saudara saudara ku !
Insa Allah majlis terdekat akan diadakan , doakan agar berjaya
Kemungkinan sejarah Kedah tahun 2013 Perhimpunan Ulama secara besaran berlaku 3 kali
Pertama : Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand pada bulan February 2013 lalu di Pondok Pak Ya                    Telok Bukit Pinang
Ke 2   : INSA ALLAH bulan Oktober ini (tunggu masa iklan dikeluarkan )-bakal dilaksanakan
ke  3   : INSA ALLAH hujung tahun di Surau Perwaja Gurun -dalam perancangan


Para Muhibbin sekalian doa bersungguh -sungguh , doa lagi dan lagi agar kita sentiasa berkumpul bersama majlis ulama .
Ulama yang berusia emas makin berkurangan di Malayisa , sekarang di Kedah masih ada  lebih kurang 10 orang lebih lagi ulama usia emas , maka kita akan menafaatkan usia mereka dengan mengadakan majlis himpunan seperti ini, semoga ulama muda dan ulama tua bergabung dalam menyebarkan dakwah dan membina kesatuan Ahli Sunnah supaya kuat dan tidak diganggu gugat .

Majlis ini milik ummah bukan milik peribadi , bukan milik persatuan. Hanya Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah menguruskan sahaja . Maka doa , sokongan dan bantuan para Muhibbin dialu- alukan untuk khidmat kita pada perjuangan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Doa dan terus doakan agar ia akan berjaya dan mendapat barakah dari Allah.

Ayuh anak muda ,
Gelanggang jihad telah dibuka ,mulai saad ini bersiap sedia untuk turun padang bagi sama-sama jayakan majlis ini .Setiap kali kami anjurkan majlis ulama maka ingatlah majlis ini bukan majlis peribadi bukan majlis Perstuan kami tetapi majlis ini hak ummah , maka teruskan doa kejayaan dan sama -sama beri sokongan dan khidmat mengikut kebolehan masing -masing . Akhir kalam dari al fakir , marilah kita bersatu dalam menjayakan sebarang program berkaitan ulama moga Rasulullah gembira dengan khidmat kita menjayakan majlis pewaris -pewarisya - (Helmi Assyafie)

KENANGAN MAJLIS MAJLIS LALU :
ALLAHUAKBAR teringat kenangan ini ,
Kenangan Himpunan Ulama pada bulan February 2013 , kenangan abadi hingga Akhirat , moga diberkati ameen .....

Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand 1434/2013

Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand Muqadimah Kembalikan Kekuatan Ahli Sunnah


ULAMA PONDOK MALAYSIA FATHANI 
SEDANG BERSELAWAT 
KETIBAAN ULAMA FATHANI 
SOLAT HAJAT , BARISAN ULAMA DI SAF HADAPAN BERMUNAJAT AGAR SISTEM PONDOK DAN AHLI SUNNAH TERUS MAJU DAN TETAP DIPERTAHANKAN

( Tuan Guru Hj Abdul Karim selaku amir Jamiyyah Ulama Fathani bersama Ust Ahmad Tarmizi selaku pengarah program dan Helmi Assyafie Pondok Sik Kedah sebagai Tim Pengarah Program) 

KESIMPULAN
YANG DAPAT DINYATAKAN DARI 
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 
DAN
 HIMPUNAN ULAMA THURATH MALAYSIA THAILAND 
7-9 FEB 2013 
ADALAH 
KITA KEMBALIKAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 
BERSAMA 
ULAMA PONDOK ASIA 
DENGAN CARA INI SAHAJA KITA DAPAT KUATKAN AHLI SUNNAH DI ASIA DAN SELURUH DUNIA. 
-Pandangan Helmi Assyafie ( Tim Pengarah Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand )

Hasilan menafaat dari asbab majlis ini : 
1. Dapat hayati Mahabbah Rasulillah dengan cara yang sebenar mengikut 
penghayatan yang dianjurkan Ulama  Ahli Sunnah 
2. Dapat rapatkan silaturahim antara ulama Thailand dan Malaysia 
3. Dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan ulama 
4. Ramai anak muda yang istiqamah mengikuti kuliah dari hari pertama hingga hari ke 3 program
menunjukkan masa hadapan pelapis anak muda makin cerah untuk 
Ahli Sunnah dan Pondok menguasai masyarakat 
5 . Membina kekuatan Ahli Sunnah 
6 . Membina kembali kekuatan Pondok yang pernah berada dalam era kegemilangan pada suatu ketika dahulu 

Untuk kuatkan Ahli Sunnah Wal Jammah tidak ada jalan lain kecuali 
Tuan -Tuan Guru Perlu bersatu sesama mereka , Pondok bersatu sesama mereka 
Insyallah Ahli Sunnah akan kembali berkembang seperti dizaman kegemilangan \kepimpinan Rasulullah 
dan daulah kerajaan Othmaniah .

PONDOK KEDAH DAN JAMIYYAH ULAMA FATHANI 
AKAN BERSATU DEMI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .

{Dalam perbincangan antara wakil ulama Fathani dan Malaysia saya bagi mewakili  PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID PPPT-KEDAH , akan bertanggungjawab bekerja keras untuk pastian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Pondok- Pondok terbela dan terus subur sebagai sistem yang bernafaat mentarbiah jiwa ummah yang terbaik - Helmi Assyafie Pondok Sik}

KENANGAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HIMPUNAN ULAMA THURATH MALAYSIA THAILAND 

Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand sempena Maulidur Rasul 1434 PPPT bersama Kufiah Al Barakah kerjasama jayakan majlis himpunan ulama Pondok Ahli Sunnah


Himpunan Ulama Malaysia Thailand Hari Pertama












Himpunan Ulama Malaysia Thailand hari ke 2









































Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand (Kenangan Hari ke 3)





































































ampuni kami