Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, May 31, 2013

BIOGRAFI HABIB ABU BAKAR GRESIK




Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf lahir di desa Besuki ( jawa timur ) sekitar tahun 1864 M. Sejak kecil telah menjadi yatim namun bakat kewaliaan dan kecintaan terhadap ilmu sudah nampak sejak umur 3 tahun. Hati beliau telah mendapat cahaya Ladunni dari alloh SWt ini terbukti ketika beliau masih berumur 3 tahun telah mampu mengingat berbagai peristiwa dan kejadian yang telah menimpa dirinya.


Usia 8 tahun tepatnya tahun 1856 M Habib Abubakar dikirim oleh ibunya ke tanah leluhurnya di Sewun tarim Yaman Selatan. Di sana beliau di asuh dan dididik oleh pamannya Habib Syech bin Umar assegaf seorang Tokoh Ulama termasyhur di kota Sewun. Kecerdasan dan kejernihan Hati yang di miliki habib Abubakar Assegaf mampu menguasai beberapa bidang ilmu walaupun usianya masih relatif muda. Pamannya tak segan-segan mengajak keponakannya untuk menghadiri majlis majlis ilmu di kota Sewun dan menanamkan rasa kecintaan terhadap Alloh SWT dengan mengajari prilaku prilaku shalafus Sholeh seperti Sholat Tahajut dan puasa puasa sunnah.
Di sewun habib Abubakar assegaf belajar juga kepada Habib Ali bin Muhammad Al habsyi ( pengarang Simtut Durror) dan menjadi murid kesayangannya. Pertama kali melihat Habib Abubakar assegaf , Habib Ali bin Muhammad al habsyi telah melihat tanda-tanda kewaliaan dan kelak akan menjadi ulama yang memiliki kedudukan dan derajat yang Mulia. Beliau juga belajar kepada al Habib Muhammad bin Ali Assegaf, al Habib Idrus bin Umar al-Habsyi, al Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas, al Habib Abdurrahman al-Masyhur, juga putera beliau al Habib Ali bin Abdurrahman al-Masyhur, dan juga al Habib Syekh bin Idrus al-Idrus dan masih banyak lagi guru beliau yang lainnya.
Tahun 1881 M habib Abubakar Assegaf kembali ke Tanah air dan Mulai melakukan ritual dakwahnya. Walaupun beliau memiliki Ilmu yang cukup mumpuni namun kerendahan hati untuk menghargai para ulama-ulama Sepuh di tanah air beliau tak segan segan untuk belajar dan minta ijazah serta barokah dari para ulama-ulama sepuh seperti Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas, al Habib Abdullah bin Ali al-Haddad, al Habib Ahmad bin Abdullah al-Atthas, al Habib Abubakar bin Umar bin Yahya, al Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi,al Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdlar, dan lain sebagainya.
Selama beberapa tahun berdakwah datanglah kegundahan hatinya , kerinduan terhadap Alloh dan Rosulnya hingga akhirnya beliau mengasingkan diri dari hirup pikuk dunia dan selama itu pula di habiskan waktunya untuk beribadah mutlak kepada Alloh , hampir 15 tahun lamanya habib Abu bakar Assegaf mengasingkan diri dari dunia ( berkhalwat) hingga akhirnya Gurunya habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi menemuinya dan mengajaknya untuk berhenti berkhalwat dan kembali untuk berdakwah. Demi menghargai sang guru akhirnya Habib Abubakar Assegaf kembali melanjutkan dakwahnya . Dengan di rangkul dan di gandeng oleh gurunya habib Muhammad bin Idrus Al Habsyi , habib Abubakar Assegaf di kenalkan kepada para Jama’ah dam murid muridnya “Ini al Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf termasuk mutiara berharga dari simpanan keluarga Ba ‘Alawi, kami membukanya agar bisa menularkan manfaat bagi seluruh manusia”. Habib Abubakar assegaf membuka Majlis Ta’lim di rumahnya. Kedalaman dan kejernihan hati yang dimilikinya telah melahirkan banyak murid murid yang memiliki kedudukan tinggi di masyarakat. Beliau selalu mendoakan murid-muridnya tat kala beliau menunaikan sholat malam . habib Abubakar di samping sebagai ahli ilmi juga sebagai ahli berkah yang dapat memberikan keberkahan kepada siapapun yang datang kepadanya. Beliau menjadi rujukan dan referensi ilmu di tanah air. Tahun 1955 dalam usia 91 tahun habib Abubakar bin Muhammad assegaf wafat dan beliau dimakamkan di Kota Gresik jawa timur.
 HAUL HABIB ABU BAKAR GERSIK

Thursday, May 30, 2013

Persoalan hangat tentang Yakjuj dan Makjuj

1Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?
Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.
2 Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan:Antara sifat mereka ialah
- Kekuatannya yang amat luar biasa.
- Mata mereka sepit.
- Banyak bulu pada badan mereka.
- Jumlah mereka tersangat ramai.
Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:
- Jasad mereka seperti pohon yang besar.
- Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
- Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.
Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.
3 Bilangan Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.
4Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.
5Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.
6Bilakah mereka keluar?
Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.
7Tempat tinggalnya sekarang?
Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.
8Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?
Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam’an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Seleisu Yakjuj dan Makjuj adalah topik yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai.
Sifat Yakjuj dan Makjuj 
DALAM siri ini penulis sengaja membincangkan berkenaan sifat Yakjuj dan Makjuj secara khusus yang telah disebut daripada siri ini dan selepasnya.
Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia. Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.
Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan Yakjuj dan Makjuj ini sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka sering melakukan kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain. Di kalangan mereka ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia Tengah dan berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetapnya para nabi.
Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka masih tetap berada di sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara mereka, sehinggalah muncul di kalangan mereka. “Si malapetaka yang bertulang,” Tamujin yang mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis Khan (bangsa Moggol) yang bererti Raja Alam.
Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar dari bukit yang tinggi, jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menundukkan China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan menawan Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut merupakan kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.
Ketika Gengis Khan mati, pemerintahannya digantikan oleh puteranya Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah menyerang Rusia pada 732 Hijrah dan memusnahkan Polnia serta menghancurkan negeri Majr. Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk. Beliau telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.
Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya digantikan oleh anak saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua saudaranya, Kaylay dan berjaya menguasai negeri China manakala Hulaku meneruskan penguasaannya ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui oleh Musta’sim Billah.
Pemerintahan Baghdad mulai lemah pada pertengahan abad ke-7 Hijrah. Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai. Sungai-sungai di Baghdad dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala buku-buku ilmiah telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti jambatan untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.
Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya menguasai seluruh Asia dan Eropah Timur, mereka membahagi daerah-daerah taklukan mereka dan mendirikan empat kerajaan. Keluarga Kaylay menguasai China dan Monggol. Jafaqay, saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan menguasai negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang. Hulaku merampas negeri Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini diringkaskan oleh penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu Maskawayh dan risalah Ikhwan al-Safa.
Tanda kiamat
Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar. Oleh itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT. Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan.
Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.

Sunday, May 26, 2013

Jamiyah Ulama Fathoni Darussalam - Majlis 25-26 Mei 2013

JAMIYAH ULAMA FATHONI DARUSSALAM 
mengadakan majlis Himpunan Ummah selama dua hari 
25-26 Mei 2013 bagi tujuan menggumpul dana membina 
Kompleks Jamiyyah Ulama Fathoni .

PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID - KEDAH (PPPT)
sebagai penyokong setia Jamiyah Ulama Fathoni ,
ke Majlis ini bersama Tuan Guru Hj Izuddin bin Tuan Guru Hj Wan Ibrahim ,Ustaz Yaziz Bin Tuan Guru Hj Salleh , serta bersama  Muhibbin dari golongan anak muda pondok dan universiti . 
ALHAMDULILLAH 
majlis kenduri  Jamiyyah Ulama Fathoni sempena memungut dana pembinaan Kompleks berjaya dan mendapat sambutan luar biasa dari kalangan ummah Thailand dan Malaysia . 
Majlis diserikan dengan kehadiran ulama Mesir dan Indonesia . 

Dikesempatan itu kami peserta rombongan Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah 
sempat ziarah pondok-pondok , ulama dan makam ulama sepanjang sesi ziarah selama dua hari 

- INSYALLAH 
PPPT - Akan sentiasa menganjurkan program-program yang akan mengeratkan hubungan masyarakat terutama anak muda dengan ulama . 
Kami akan aturkan majlis ulama di Kedah , Fathoni dan Insyallah di Kelantan 
Setipa Program ikuti di Blog 
atau di Facebook


PERHATIAN  ! 
Sesiapa sahaja yang ingin menyalurkan sumbangan , bantuan , infaq dan wakaf kepada 
Kompleks Jamiyah Ulama Fathoni termasuk Masjid , rumah ulama , rumah pelajar Pondok boleh salurkan terus kepada Ketua Jamiyah Ulama Fathoni Darussalam , Tuan Guru Baba Haji Abdul Karim bin Hasbullah 
atau hubungi al fakir - Helmi Assyafie 013 4044259 selaku wakil di Kedah atau Ustaz Yaziz bin Tuan Guru Hj Salleh  0135978106 selaku ketua wakil Jamiyyah Ulama Fathoni di Malaysia 

 ROMBONGAN PPPT Ke JAMIYAH ULAMA FATHONI pada 25-26 Mei 2013

 PENTAS ULAMA JAMIYAH ULAMA FATHONI



 BABA ABDUL AZIZ WAKAF DUA , PADANG PUSU 
 BABA ABDUL RAHMAN , BABA ABDUL AZIZ , BABA IDRIS DAN ANAK MURID TUA BABA DER SEKAM
 SYEIKH FAHMI ZAM ZAM DI MAJLIS JAMIYAH ULAMA FATHONI


 BABA ABDUL AZIZ PADANG PUSU

 BABA MAD BERMIN , BABA IZUDDIN KEDAH , BABA ABDUL KARIM DALA
 BABA IZUDDIN KEDAH , BABA ABDULAH MAMPAT ,AL FAKIR  HELMI ASSYAFIE
 ZIARAH BABA ABDUL RAHMAN KALANAN yang sedang uzur , ulama tua Fathani
 Anak Pak Su Mid Gunung Kelantan sedang menuntut di Pondok Baba Abdul Aziz Wakaf dua Padang Pusu



 BABA ABDUL KARIM dan BABA IZUDDIN KEDAH didalam sesi tazkirah subuh di Pondok Dala

 Makam BABA ABDUL RAHMAN DALA ( Wali Besar , anak murid Syeikh Wan Ismail / Pak Da Eil Makkah )

 Ketua Rombongan PPPT ke Fathoni , Ustaz Yaziz bin Tuan Guru Hj Salleh Sik sampaikan sumbangan PPPT kepada Ketua Jamiyah Ulama Fathoni , Baba Abdul Karim Dala


 Ziarah pusara BABA ABDUL RAHMAN DALA
 Tinjau kawasan pondok Dala

 Peserta Rombongan Pondok Sik merakamkan kenangan di Pondok Dala
 Surau Allahyarham BABA HUSSIN DALA
 BABA HAT DALA MENANTU BABA HUSSIN bersama Penasihat Rombongan PPPT , Tuan Guru Hj Wan Izuddin



 BABA DAHARI / dikenali dengan BABA TA DALA

 MAKAM BABA HUSSIN DALA , ULAMA TASAUF FATHONI

 Ziarah makam BABA HUSSIN DALA, Tuan Guru Hj Izuddin selaku penasihat rombongan sedang membaca doa di Pusara BABA HUSSIN


 Merakamkan kenangan bersama BABA ABDUL KARIM selaku KETUA JAMIYAH ULAMA FATHONI





 Kenduri Jamiyyah Ulama Fathoni

 Ziarah BABA ABDULLAH MAMPAT









 MAKAM TUAN GURU HJ ABDUL QADIR FATHONI ( AYAH DER SEKAM )

 BABA IZUDDIN Selaku Penasihat Rombongan PPPT ke Pattani sedang memberi tazkirah di Pentas Ulama Jamiyah ulama Fathoni


 BABA AHMAD NAWAWI ( BABA MAD MAWI ) Ulama Tua Fathoni bersama Helmi Assyafie

 MASJID KERISIK berusia hampir 300 tahun





ampuni kami