Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, September 14, 2013

Kenangan MULTAQA ULAMA SE-MALAYSIA 14.9.2013

ULAMAK HARAKI 
BENTENG IZZAH ISLAM

ALLAH tidak tanya kita menang atau tidak tetapi ALLAH akan bertanya bekerja atau tidak , maka bekerjalah, carilah redha ALLAH - ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Multaqa Ulama Se -Malaysia 

Kesimpulan dari Multaqa Ulama Se Malaysia 
sila rujuk :

 ALOR SETAR: Ulama dilihat hebat secara zahir, tetapi tidak mempedulikan hal ehwal masyarakat Islam menjadi alat kepada musuh Islam, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Beliau menjelaskan, ulama yang bagus dan mengambil berat kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar. 

Memetik kata-kata Imam Ghazali, katanya orang memusuhi lelaki memakai emas, tetapi tidak memusuhi pemerintah yang melanggar hukum Allah adalah ulama jahat.

Justeru, beliau menjelaskan lagi bahawa ciri ulama yang bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w ialah yang bersikap keras ke atas kekufuran orang kafir dengan mempertahankan dasar Islam dan tidak menukar agama dengan dunia.

Mereka, ujarnya berkasih sayang sesama dengan orang beriman dan tidak suka berbalah sesama sendiri termasuk ketika ketiadaan musuh kerana mereka mahukan keredhaan Allah. 

“Mereka yakin dengan janji Allah bahawa Islam akan menang, walaupun yang mereka cuba laksanakan dimusuhi oleh orang musyrik, kafir dan munafik,” jelasnya ketika berucap pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Jelas beliau lagi, golongan yang memusuhi Islam ialah orang yang jahil dan tidak kenal Islam, ulama yang jahat (ussu') yang menjual agama untuk kepentingan dunia, kerajaan yang mewarisi dasar-dasar kufur penjajah, orang-orang kafir, Yahudi dan Nasara. 

Katanya, mereka tidak perlu masuk Yahudi dan Kristian, tetapi dasar Yahudi dan Nasrani diamalkan di dalam semua urusan kehidupan.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi facebooknya mengucapkan selamat berultaqa buat semua para alim ulama, para asatizah dan ilmuan Islam yang menggabungkan diri mereka dengan PAS.

“Semoga multaqa ini benar-benar mampu memberi izzah dan meningkatkan prestasi ulama agar lahir ulamak yang haraki yang gigih berjuang, memimpin dan membimbing ummah ke arah mendaulatkan Islam di atas tanah air tercinta,” ujarnya.
Perwakilan Ulama PAS Negeri Kedah







Tuan Guru Haji Wan Izuddin bin Wan Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada

 Sidang Media Khas Multaqa Ulama Se Malaysia


Helmi Assyafie bersama Tuan Guru Haji Wan Izuddin dan Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada di Multaqa malam ini sempena Ceramah Perdana Kemuncak Multaqa Ulama 

Helmi Assyafie bersama Ustaz Hafizan , ulama muda buka pondok di Kulim , moga beliau akan menjadi ulama terbilang menggantikan guru pondok di Kedah satu hari nanti .....

No comments:

Post a Comment

ampuni kami