Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, November 30, 2012

Muktamar 58; Ucapan Dasar Presiden PAS

Membela Syeikh Nazim Haqqani dari fatwa JAKIM

Assalamulaikum wb saudara pengikut blog Cahaya Kehidupan Tauhid 
Alhamdulillah malam ini diberi kelapangan untuk komen isu Syeikh Nazim , ramai saudara tersalah anggap seolah- olah seperti saya menuduh Syeikh Nazim Sesat , sebenarnya saya dah nyatakan tempoh hari dalam tulisan saya dahulu saya hanya tidak bersetuju dengan anak murid Syeikh Nazim cium kaki guru , itu sahaja saya tegur dari sudut syariat . Telah saya nyatakan saya sangat hormati ulama sufi dan beradab dan bersangka baik ,saya tidak pernah menghukum tariqad Syeikh Nazim sesat seperti yang difatwakan JAKIM . Bukan semua fatwa JAKIM saya terima bulat-bulat dan bukan semua Fatwa JAKIM saya tolak . 
Saya amat hormati Syeikh Ahmad Mamduh dan saya amat yakin dengan keilmuan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Fatwa Mesir , lebih menyakinkan saya apabila beliau ziarah Tuan Guru Hj Salleh Musa di Pondok Sik , Syeikh Ahmad Mamduh amat waraq dan tawaduq dan beramal dengan ilmu seperti yang digariskan oleh ahli sunnah . Alhamdulillah Syeikh Ahmad Mamduh telah memberi pandangan seperti tetera diabawah ini . Kenyataan dari kalam Syeikh Ahmad Mamduh menjadi pencerahan kepada kita ummah di Malaysia

ALHAMDULILLAH 
Berita gembira saya dapat jawapan Syeikh Ahmad
 Mamduh dari facebook sahabat saya 
Ustaz Hasif Lebai Fansuri . Maklumat seperti berikut : 
semasa di dalam majlis bersama Syeikh Ahmad Mamduh Saad al-Azhari ada seorang ikhwan yang bertanyakan tentang Mawlana Syeikh Nazim Haqqani...ikhwan itu bertanya kepada Syeikh Ahmad M
amduh tentang bagaimana pandangan Syeikh terhadap Mawlana Syeikh Nazim kerana menurut ikhwan itu ajaran Syeikh Nazim nih di fatwakan sesat oleh JAKIM...
Subhanallah, hebat akhlak Syeikh Ahmad...beliau berkata "Wallahu a'lam, Aku tidak pernah mendengar melainkan perkara-perkara yang baik sahaja tentang Mawlana Syeikh Nazim, bagiku mungkin pendapat yang mengatakan sesat itu mungkin ada perkara yang di kaji oleh JAKIM tersebut."
Allah....sukar di cari akhlak begini... untuk ikhwan tersebut ketahuilah bahawa Mawlana Syeikh Nazim adalah bekas Mufti Cyprus/Qubrus, ulama' dan alim dalam mazhab Hanafi, malah mendapat pujian yang cukup banyak daripada ulama2 muktabar di seluruh dunia seperti Almarhum Syeikh Ahmad Kiftaro, Almarhum Muhaddith Syeikh Abdullah bin Muhammad Siddiq al-Ghumari, Almarhum Muhaddith Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki, dan ramai lagi.... malah Tok Guru Dr.Haron Din pun mengaku beliau anak murid Syeikh Nazim..
Apa yang menyedihkan al-faqir, org yang suka menyesatkan ini kenapa tak siasat sendiri, mai halaqah zikir, pi zawiyah Mawlana sendiri, kemudian nilai la dengan ilmu tinggi menggunung kamu itu! nih pakai maklumat kat internet mana boleh! dahtu..bila kebenaran datang...tak mau mengaku yang dia tersilap... ni ka sikap orang yg kononnya berilmu...masuk pondok? al-faqir tak tujukan kepada sesiapa secara khusus tapi ini ialah secara umum.. kalau antum sesatkan orang umum di public, BERASNI KA MENGAKU KESILAPAN DI PUBLIK PULA? TARIK BALIK KENYATAAN ITUI...
Fatwa sesat itu telah ditarik balik hasil usaha Almarhum Syeikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Syah serta Mawlana Syeikh Adnan Qobbani...

Wahai orang yang mengaku berilmu, beradab, mewar-warkan sayang ulama dan adab.... bukalah hatimu 

Thursday, November 29, 2012

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi (tertulis dalam Al-Quran)


Dalam Al-quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Monday, November 26, 2012

SYEIKH AHMAD MAMDUH MESIR ZIARAH SYEIKH SALLEH MUSA , SIK, KEDAH


SYEIKH AHMAD MAMDUH 

Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir Ziarah Tn Guru Hj Salleh Musa pagi ini 27.11.2012 
Jam 9.30 bersama wakil Ustaz Yusaini Perlis iaitu Ustaz Nazirul 
Pertemuan hampir satu jam . Majlis ini Tn Guru Hj Salleh dan Syeikh Muslim sempat membahas isu aqidah bersama Syeikh Ahmad Mamduh . Diantara isu yang dibincang adalah isu wahabi , syiah , dan tauhid Rububiyah uluhiyyah asma wa sifat yang mana tauhid ini ditolah terus oleh Syeikh Azhar Mesir , di Mesir Hanya diterima pakai tauhid Sunni Asyaari 

Sunday, November 25, 2012

Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik hidupkan 10 Muharam


10 Muharam 1434 

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa sekali bersama masyarakat mengadakan hari khusus untuk majlis penghayatan 10 Muharam 
10 Muharam kali ini lebih bermakna buat warga Pondok Ar Rahmaniah kerana pengisian ibadah sepanjang hari , bermula dari pagi dengan majlis membuat bubur asyura , seterusnya majlis Membongkar Kesesatan Syiah , disebelah petang kuliah khas untuk perjuangan . Majlis berbuka puasa secara jemaah .Disebelah malam pula majlis Munajat Khas untuk Palestin dan Kemenangan Pilihanraya buat Parti Islam  Semalaysia PAS . 
Turut berucap dalam majlis semalam YB Che Uda , Ustaz Bakilani Tim YDP PAS Kawasan , Syeikh Muslim selaku Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah .
Alhamdulillah masyarakat diberi suntikan supaya menghayati 10 Muharam dengan  berpuasa dan 
mendapat pendedahan tentang sejarah Muharam dan 10 Muharam . 

Majlis ini Insyallah akan diteruskan sebagai acara tahunan Madtrasah Ar Rahmaniah . 
Tuan Guru Hj Salleh pagi tadi menyeru supaya 2 Majlis Penting yang pertama Majlis Hari Wukuf dan Hari Asyura dijadikan acara tahunan Madrasah selain perayaan lain seperti Maulidur Rasul SAW , Israq Mikraj , Nisfu Syaaban dan sebagainya mesti diteruskan supaya masyarakat terikat dengan agama dan sentiasa menghayati kehidupan beragama 

Membongkar Kesesatan Syiah di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah , 10 Muharam 2012













Munajat khas sempena 10 Muharam 2012 di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah




















Friday, November 23, 2012

Hadir ramai-ramai hari ini Munajat Khas untuk Palestin dan Pilihanraya bersama Tn Guru Hj Salleh Sik di Pondok Sik


Hebahkan Majlis Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa hari sabtu ini 24.11.2012
MUNAJAT SEMPERNA 10 MUHARRAM BERSAMA TUAN GURU HAJI SALLEH B. MUSA
09.00 PAGI: MEMBONGKAR KESESATAN SYIAH
OLEH: USTAZ ABDULLAH BIN DIN (TIMB YDP ABIM KEDAH)

06.30 PE
TANG HINGGA 10.30 MALAM: MAJLIS ILMU DAN MUNAJAT
TARIKH: 24/11/2012 (10 MUHARRAM 1434H)
HARI: SABTU
TEMPAT: MADRASAH AR RAHMANIAH
DI GALAKKAN PUASA SUNAT 10 MUHARRAM DAN BERPAKAIAN PUTIH
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Isu Utusan Fithnah Tn Guru Nik Aziz dgn tuduh UMNO Murtad

Tuesday, November 20, 2012

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah beri sumbangan kepada Lebuhraya Rakyat mendapat liputan Harakah Daily

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14705-pondok-tg-haji-salleh-sumbang-lebuhraya-rakyat

Pondok TG Haji Salleh sumbang Lebuhraya Rakyat

Muhammad Faeez Azahar,21 Nov 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sumbangan daripada Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik, Kedah untuk tabung pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT),  Ustaz Helmi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka selepas Menteri Besar Kelantan itu selesai menyampaikan kuliah subuh baru-baru ini.

Helmi ketika ditemui berkata, sumbangan kira-kira RM5,100 itu dikumpulkan oleh pelajar serta pendokong pondok tersebut yang simpati dengan nasib rakyat Kelantan yang dizalimi oleh BN.



Katanya, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh mengumpul sumbangan dengan pelbagai usaha yang dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

“Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik.

“Kami ingin bersama-sama membantu Tok Guru agar projek lebuhraya ini dapat disiapkan,” ujarnya.

Pondok Tuan Guru Haji Saleh mengadakan program Kembara Ilmu mendekati Ulama melibatkan 120 pelajar pondok tersebut.

Dikesempatan itu, rombongan singgah menunaikan solat subuh di Masjid Tok Guru dan menyerahkan sumbagan tersebut terus kepada Tok Guru Nik Aziz.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu.

Video sedih-Kezaliman Yahudi membunuh tak kenal usia




ASSALAMUALAIKUM SELURUH SAUDARA  KU 

Lihat vedio dibawah ini , jika kita memiliki iman dihati pasti kita akan sedih melihat saudara kita dizalimi . 
Sebagai umat Islam wajib kita simpati kepada mereka . Diantara sumbangan kita selain bantuan wang ringgit kita mesti berdoa , munajat kepada Allah agar saudara kita di Palestin selamat dari kezaliman Yahudi ...
Marilah kita munajat secara peseorangan dan cara jemaah . Bagi AJK Masjid atau Surau anjurkanlah solat hajat ditempat masing-masing begitu juga pimpinan seluruh peringkat anjurkanlah munajat secara jemaah doa khusus untuk saudara kita terutamanya di Palestin dan di Syria sekang ini dalam keadaan dizalimi oleh pihak musuh .
Diantara lain masukanlah vedio dan gambar kezaliman Yahudi menyerang Gaza yang terkini dalam blog atau facebook ana untuk membangkitkan kesedaran kepda ummah agar kita turut simpati dengan nasib saudara kita disana . Moga keikhlasan anda melakukan kerja-kerja amal dikira sebagai pahala berjuang dijalan Allah.