Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 29, 2012

Tuan Guru Hj Hadi yakin cita-cita Islam dapat dilaksana tanpa gangguan



HADI AWANG
$entry.content.caption.value
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna "tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."

Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.

Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.
Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang  jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya," kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil," katanya lagi

"Teruskan Perjuangan Saya selepas saya tiada "- Sedih dengar kalam ini


Sedih rasa bila saya dengar kalam Tuan Guru "Teruskan perjuangan saya jika saya tiada"
Umur Tn Guru sekarang sudah 81 tahun .
ALLAHUAKBAR .......tak dapat nak digambarkan bertapa sedih hati ini bila saya sentiasa ingat lafaz perkataan Tuan Guru .
Walaupun ramai yang marah beliau kerana pendapat beliau tetapi masih jauh lebih ramai orang yang sayangkan Tuan Guru Nik Aziz
Masa hidup ada yang menentang beliau tetapi apabila dah tiada nanti kawan dan lawan akan rasa kehilangan yang besar dalam negara kita , ketokohan beliau dikagumi kawan dan lawan sehinggakan musuh sentiasa mencari jalan supaya Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan dan tinggalkan medan perjuangan ...
Yakin dan percayalah ummah masih memerlukan Tuan Guru Pimpin Negeri dan negara Malaysia
Bagi saya Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulama haraki yang sukar dicari ganti hatta didalam PAS pun tiada siapa dapat ganti tempat beliaun .
Beliau Istiqamah beliau Zuhud , sederhana dalam kehidupan .
Insyallah 16.11.2012 saya dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah akan bawa 80 orang menziarahi Tuan Guru di Kelantan . 

Sunday, October 28, 2012

SIAPAKAH SEBENARNYA : MUSTAPHA KAMAL ATTATURK !!!

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Friday, October 26, 2012

Hari Wukuf Bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah


Hari Wukuf Arafah di Madrasah Ar Rahmaniah

Hari Sejarah buat Madrasah Ar Rahmaniah , Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa kerana dapat menganjurkan majlis munajat semperna wukuf arafah . Walaupun malam raya masing- masing ada tugasan tersendiri namun hampir 2000 orang hadin , jam 6.30 petang dimulakan dengan tazkirah dari ustaz Ibrahim Pemangku Dewan Ulama PAS Kawasan Sik , apabila azan dikumandangkan seluruh peserta berbuka puasa berjemaah . Makanan disediakan oleh pihak madrasah hasil sumbangan MB Kedah dan YB Parlimen Sik serta sumbangan pelajar Madrasah.

Tuan Guru Hj Salleh Musa memimpin Munajat Khas sempena Hari Wukuf .
Munajat ini khas untuk kesejahteraan dan kemenangan Islam di Malaysia khususnya .
Setelah munajat Tn Guru Hj Salleh pimpin Bacaan Yassin .
Tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Salleh ,
Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana dihari Wukuf ini para muridnya dapat berkumpul dan bermunajat
.Majlis ini pertama kali diadakan di Madrasah Ar Rahmaniah dan Tuan Guru berjanji akan adakan majlis ini sebagai program tahuan Madrasah.
Dalam ucapan tuan guru, beliau menyentuh kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail yang sanggup berjuang demi melahirkan insan bernama Muhammad SAW
Selain itu Tuan Guru menyeru seluruh jemaah supaya menaikan semangat juang demi menghadapi pilihan raya ke 13 .
Tuan Guru meminta supaya munajat terus diadakan sentiasa di seluruh tempat bagi memastikan kejayaan parti Islam menguasa pemerintahan kali ini .
Selain itu Tuan Guru berkata kita perlu menghayati perjuangan para anbia , kita mesti sabar dalam perjuangan seperti  Nabi Allah Ibrahim bermula dari Iraq hijrah ke Palestin kerana tekanan dari Namrud dan ayahnya sendiri seterusnya dari Palestin ke Makkah . Kita pejuang Islam mesti sabar menempuhi ujian dan halangan perjuangan .
Pondok Ar Rahmaniah dengan cara RASMINYA MENOLAK YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA
kerana kita yakin dan percaya Yayasan ini ditubuhkan atas usha UMNO /BN yang dalam keadaannya hampir hilang pengaruh .

Selain Tuan Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim anak kepada Tuan Guru turut memberi tazkirah . Diantara nasihat beliau kita mesti bersabar dan jangan tinggal solat dalam meneruskan perjuangan menuju kemenangan , kerana perintah sabar dan solat ini Allah sebut cara jelas dalam Al Quran Karim ...

Mengambil kesempatan dan barakah hari Wukuf maka kami AJK Madrasah mengambil peluang untuk melancarkan Blog Rasmi Madrasah . Blog Rasmi Madrasah sila layari http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/
Blog Rasmi ini dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa selaku Penaung dan Mudir Madrasah Ar Rahmaniah

MUNAJAT PIMPINAN TN GURU HJ SALLEH MUSA MUDIR MADRASAH AR RAHMANIAH SIK KEDAH



BACAAN YASSIN 



TN GURU HJ SALLEH MUSA BAGI TAZKIRAH
SYEIKH MUSLIM , PENGERUSI MADRASAH BAGI TAZKIRAH

PERASMIAN BLOG RASMI MADRASAH
PERASMIAN PEJABAT PENTADBIRAN AHLI MAJLIS MESYUARAT PENTADBIRAN  MADRASAH AR RAHMANIAH
SALAM MAHABBAH
BUKA PUASA BERJEMAAH

Thursday, October 25, 2012

Hari Wukuf peringkat Kelantan




 Hari ini , pagi tadi MB Kelantan pimpin munajat Sempena Hari Wukuf Arafah .
Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah , majlis munajat sempena Wukuf akan berlansung bermula jam 6 petang hingga 10.30 malam


Wednesday, October 24, 2012

Muhasabah, berdoa, tingkat ibadah pada hari Arafah



Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadah haji. Ketika wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT serta meraih keredaannya.
Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.
Malaikat turun
Ada riwayat menyatakan, kehadiran malaikat dan Allah Taala turun ke langit serendah-rendahnya menyaksikan jemaah yang wukuf di Arafah.
Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji adalah satu jihad. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.”
Doa termakbul
Di Padang Arafah, doa kita. Kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)
Hari wukuf
Amalan yang digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.
Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)
Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”
Mohon keampunan
Bertaubat, meninggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, mengharap keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih)

MB Kedah beri sumbangan majlis munajat sempena Wukuf Pondok Ar Rahmaniah

Setiausaha MB Kedah Sanusi Mad Nor menyerahkan sedikit sumbangan MB Kedah kepada Majlis Munajat sempena Wukuf bersama Tn Guru Hj Salleh yang akan diadakan esok hari .
Saya mewakli Madrasah menerima sumbangan tadi di Wisma Negeri Kedah 

200 demo bantah kebiadaban Soi Lek


KUALA LUMPUR:
 Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.

"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.

"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.

Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini.

"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.

Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.


Tuesday, October 23, 2012

Peringatan , Munajat Sempena Wukuf Arafah bersama Tn Guru Hj Salleh Musa esok dan puasa Sunat Arafah


TN GURU  HJ SALLEH BERPESAN PAGI INI : CARA NIAT PUASA " SAHAJA AKU PUASA HARI ARAFAH PADA ESOK HARI KERANA ALLAH" 


Munajat Sempena Hari Wukuf Arafah bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa 25.10.2012

SEBARKAN !!!
DAN 
DIJEMPUT HADIR BERSAMA 
MAJLIS MUNAJAT SEMPENA WUKUF ARAFAH 
PADA 9 ZULHIJJAH 1433 
BERSAMAAN 25.10.2012
DI MADRASAH AR RAHMANIAH SEBERANG PEKAN SIK KEDAH 
BERMULA JAM 6.30PETANG HINGGA 10.30 MALAM 

DIGALAKAN PUASA SUNAT ARAFAH DAN BERPAKAIAN PUTIH 
TAYANGAN SKRIN LIVE SIARAN TERUS MENERUS WUKUF ARAFAH DAN TUKAR KELAMBU DARI INTERNET 


Wacana Sinar Harian Siri 15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin




Dr. Siddiq Fadzil
Dr. Siddiq Fadzil
SHAH ALAM - Ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa.
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil berkata, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompomi atau bersekongkol.
Menurutnya, ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua.
“Dalam konteks sekarang, politik wang memang kuat. Saya khuatir, sekiranya ia tidak dikawal, pemimpin tidak ditentukan oleh undi tetapi kapitalis (mendanai) yang mengangkat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian ke- 15 bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Siddiq yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata, ulama tradisi Islam tidak merasakan mereka sebagai ulama tetapi diiktiraf berdasarkan ilmu, kewibawaan, intergriti moral dan penampilan dalam masyarakat.
“Di samping mendidik, perilaku mereka juga dicontohi. Ulama juga harus menguasai nas (tidak berubah) dan realiti ( berubah).
“Kita mementingkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam realiti. Ulama mengundur diri kerana maruah tetapi masih diperkudakan,” katanya.
Beliau berkata, dalam politik, pendapat tidak penting kerana pendapatan lebih utama.
“Sekarang, politik wang kuat. Saya khuatir, sekiranya ia tidak dikawal, pemimpin tidak akan ditentukan oleh undi tetapi kapitalis (pemberi dana) yang mengangkat mereka,” katanya.
Beliau berkata, ramai pemimpin lupa erti kepimpinan tetapi ‘sedap’ menjadi orang besar

23 Oktober 2012
Hudud: Mufti perlu tegur pendirian Soi Lek
(Dari kanan) Syahrin, Mohd Asri, Siddiq Fadzil dan Maszlee Malik. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor, Azmi Aryanto, Rosli Talib, Muhammad Zulfadhli Mohd Zaki
SHAH ALAM – Moderator Wacana Sinar Harian ke-15, Dr. Maszlee Malik menggesa para mufti menyatakan pendirian mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai hudud yang kebelakangan ini didakwa semakin lantang memainkan isu itu.

Menurutnya, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ahad lalu, yang tidak mengkritik kenyataan Soi Lek, seolah-olah menunjukkan pandangan Soi Lek adalah benar.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menambah, "para mufti dan ilmuan setiap negeri mesti memberi pendirian dan pendapat sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan Soi Lek atau pun tidak.”

“Sama ada mereka redha atau apakah pendirian dan langkah yang perlu diambil, Perdana Menteri pun tidak menafikan apabila Soi Lek mebuat kenyataan seperti itu, seolah-olah membenarkannya walaupun ketika Perdana Menteri turut hadir dalam perhimpunan MCA baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas Wacana Sinar Harian ke-15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin hari ini, di sini.

Wacana itu dianjurkan oleh Sinar Harian, produk terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Minggu lalu, Soi Lek dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menghina hudud, antara lain berkata jika hukum hudud yang dihasratkan Pas dilaksanakan, ia akan menyebabkan 1.2 juta rakyat hilang pekerjaan.

Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pas terus menggesa Soi Lek bagi memohon maaf keatas keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan yang berbaur penghinaan kepada hukum hudud itu.

Dalam pada itu, hadirin Wacana Sinar hari ini juga mengajukan soalan berhubung  kenyataan Soi Lek, mendakwa ia memperlekehkan pelaksanan hukum Hudud di negara ini tetapi tiada seorang pun ulama Umno “membuka mulut” mempertahankan Islam.

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin bagaimanapun mempertahankan Umno mengatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut melakukan perkara tersebut iaitu mempermainkan soal hudud terhadap Pas.

“Kalau mahu sebut soal mempermainkan hudud, DAP juga buat perkara yang sama juga kan? Jadi tidak ada beza pun dengan MCA lakukan terhadap Umno,” kata beliau yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Selain Syahrin turut menjayakan wacana hari ini ialah Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zaindul Abidin.

Syahrin bagaimanapun tidak menafikan perlunya pelaksanaan hukum hudud di negara ini tetapi perlu memikirkan kaedah atau pendekatan yang harus diguna dalam merealisasikan perkara ini.

“Kami (Umno) tidak pernah menafikan soal hudud ini malah konsisten ke arah pelaksanaan hudud,” tegas Syahrin.

Beliau turut menafikan yang Umno tidak mahu merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Bukan tidak mahu buat, tetapi apa yang penting ialah pendekatan dan kaedah yang perlu kita gunakan dalam merealisasikan perkara (hudud) ini,” katanya.

Sementara itu, Asriberkata, ulama patut bersuara berhubung kenyataan Soi Lek berkenaan isu hudud.

“Ulama sepatutnya bersuara berhubung perkara ini. Kita tengok sehari dua lagi, ulama Umno akan kritik MCA,” katanya.

Pengajian kitab Tauhid (Kitab Bakurah ) - Wajib akal

Muzakarah Kitab Bakurah bahasan hukum akal muka surat 6
Harapan saya dengan muzakarah ini kita dapat berkongsi bersama ilmu tauhid ahli sunnah dan menguasai kitab pengajian thurath . Moga seluruh rakan yang berminat dengan pengajian pondok dapat mengambil menafaat dari rakaman muzakarah ini . Diharapkan para sahabat dapat pendedahan ilmu aqidah aliran ahli sunnah wal jamaah , selain itu saya menasihati rakan-rakan jangan hanyalah memada dengan belajar dengan cara melayari internit sahaja sebaliknya perlu berguru dan menghadari majlis ilmu. Pengajian di internet dijadikan sebagai pendedahan asa sahaja , Insyallah saya dan sahabat ana akan berusaha memasukan rakaman kuliah Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan guru -guru kami dari semasa kesemasa Insyallah . Moga Allah memberi taufiq kepada saya dan rakan-rakan jemaah yang terlibat dalam usha dakwah dan perjuangan ini . Doakan kami agar tergolong dalam golongan orang berjaya seperti golongan terdahulu .
Bersama Mantapkan Ilmu dan Aqidah serta berjuang mempertahankan Islam

Muzakarah kitab Tauhid , kuliah maghrib hari ini 21.10.2012 di Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah

BAHASAN ILMU TAUHID - HUKUM AKAL (kitab BAKURAH)


TANGGA MENGENAL ALLAH , ILMU TAUHID SUNNI


Monday, October 22, 2012

Yayasan Pondok 1 Malaysia , Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah secara rasmi menolak yayasan ini


Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah secara rasmi kami AJK Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Madrasah menolak Yayasan Pondok 1 Malaysia 


AJK Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Madrasah 
dinaungi Tn Guru Hj Salleh Musa , dan dipengerusikan Tn Syeikh Muslim Hj Salleh. 

Dua orang wakil Yayasan Pondok 1 Malaysia datang ke pondok kami , kami mengarahkan supaya nama pondok kami dikeluarkan serta merta dari senarai Yayasan Pondok 1 Malaysia . 
Ini adalah politik UMNO, didalam bajet Negara baru ini tiada langsung bantuan untuk SAR , sedangkan bantaun kepada SAR disekat . Yayasan Pondok 1 Malaysia ini adalah cara UMNO mencari pengaruh mereka supaya menang pilihan raya 13. Mengapa sekarang Yayasan Pondok 1 Malaysia baru ditubuhkan dalam masa hampir pilihanraya ?
Mengapa penubuhan Yayasan Pondok 1 Malaysia ini sangat tergesa-gesa sangat seperti takut tidak sempat dilancar sebelum pilihanraya 13 ? 





Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA


KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.

Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

“Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.

Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.

“Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

“Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.

Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.

Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain”.

“Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w,” katanya lagi

Sunday, October 21, 2012

Tauhid Ahli Sunnah bab Keasaan Allah


Assalamulaikum saya masukkan vedio rakaman kuliah tauhid ini bukan kerana ingin menunjuk dan berbanga-banga tetapi hanya atas permintaan sahabat yang pernah muzakarah dengan saya dari serata universiti , moga dengan perkongsian ini saudara yang pernah ikuti muzakarah dengan saya di Pondok Sik dapat dihubungkan semula pengisian ilmu tauhid .
Insyallah dengan nikmat Allah dengan bantuan sahabat mereka akan berusaha merakamkan muzakarah tauhid dan masukkan didalam youtube helmisunni , facebook  Helmi Assyafie dan blog Cahaya Kehidupan Tauhid ini . Insyallah moga kita sama diberi taufiq atas hidayah pemberian Allah . Bersama kita kongsikan ilmu dan martabatkan ahli sunnah di medan ini

MCA dalam himpunan rasmi hari ini mencabar Islam , Najib berdiam sahaja


DIMANA PERKASA MENGAPA TIDAK BUAT DEMO MCA ANTI ISLAM ?
DIMANA ULAMA UMNO MENGAPA TIDAK FATWA MCA HARBI ?
ISLAM DIHINA MENGAPA UMNO DIAM?


Kuliah Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah - Bab Keasaan Allah


Assalamulaikum saya masukkan vedio rakaman kuliah tauhid ini bukan kerana ingin menunjuk dan berbanga-banga tetapi hanya atas permintaan sahabat yang pernah muzakarah dengan saya dari serata universiti , moga dengan perkongsian ini saudara yang pernah ikuti muzakarah dengan saya di Pondok Sik dapat dihubungkan semula pengisian ilmu tauhid .
Insyallah dengan nikmat Allah dengan bantuan sahabat mereka akan berusaha merakamkan muzakarah tauhid dan masukkan didalam youtube helmisunni , facebook  Helmi Assyafie dan blog Cahaya Kehidupan Tauhid ini . Insyallah moga kita sama diberi taufiq atas hidayah pemberian Allah . Bersama kita kongsikan ilmu dan martabatkan ahli sunnah di medan ini

Friday, October 19, 2012

Qasidah Syair al imam Sheikh Ahmad Al-Badawi RA

MCA Terus Menerus Hina Hudud



(Chua Soi Lek bercakap melalui Video Blog menyerang hudud habis-habisan)

KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others." 

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).

Thursday, October 18, 2012

Munajat Sempena Wukuf di Pondok Tn Guru Hj Salleh 25.10.12 Sebarkan

ASSALAMUALAIKUM 
DIJEMPUT SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT MENYERTAI PROGRAM INI 
PROGRAM MUNAJAT SEMPENA WUKUF BERSAMA
TN GURU HJ SALLEH MUSA SIK KEDAH 
PADA 9 ZULHIJJAH 1433 /25. 10.2012
BERMULA JAM 6.30 PETANG HINGGA 10.30 MALAM
DIGALAKKAN PUASA SUNAT ARAFAH DAN BERPAKAINAN PUTIH 

JAMUAN BERBUKA DISEDIAKAN 
SEBARKAN !!!

Kembara Ilmu Ke Kelantan anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Daftar Segera

PROGRAM ZIARAH ULAMA KELANTAN TAHUN KE 3 
ANJURAN PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH 
PADA 15.11.2012- 17.11.2012
PENYERTAAN TERBUKA 
SILA DAFTAR SEGERA 
PENDAFTARAN HARGA TAMBANG BAS : RM 80 SAHAJA 
NAIK BAS DI PONDOK AR RAHMANIAH PEKAN SIK PADA HARI KHAMIS 15.11.2012
JAM 9 MALAM

INSYALLAH KITA AKAN MENZIARAHI
1. TN GURU NIK AZIZ 
2.TN GURU HJ ABDUL HAMID GUNUNG (ULAMA SUFI)
3.TN GURU HJ HAMID SELIGI (ULAMA TAUHID ) 
4.TN GURU HJ MUSA ( TOK AYAH MUSA ULAMA SUFI)
5. MAULANA HUSSIN (ULAMA HADITH)
6.TOK AYAH MAD LUNDANG PAKU (UMUR 120 TAHUN) 
7 . ZIARAH MAKAM TOK KENALI 
8. ZIARAH MAKAM TOK SELEHOR DAN KUBUR USLUB BELIAU 
9. ZIARAH MAKAM TOK JANGGUT 
10. ZIARAH MAKAM TOK AYAH HASYIM PASIR TUMBUH 
11. KE PUTIK SEMPENA MUKTAMAR PAS PUSAT 
12. MEDAN KULIAH KOTA BAHRU 
13. ZIARAH MAKAM TOK KHURASSAN
14. ZIARAH PONDOK SEKITAR KOTA BAHRU , PASIR PUTIH , PASIR MAS , TUMPAT 
15 . KE KOTA BAHRU DAN TEMPAT MEMBELI BELAH