Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, March 31, 2012

Raja Ashman Shah Selamat Dimakamkan- Al Fatihah











Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54, mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kirakira jam 1.30 pagi semalam. Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di ruang khas tingkat dua bangunan Istana Iskandariah.
Kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman dijalankan selepas Asar. Bacaan talkin disempurnakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.Lebih 1,000 kerabat diraja dan orang kenamaan serta rakyat mula menziarahi jenazah Almarhum sejak jam 11 pagi.
Sultan Azlan Shah mendahului keluarga diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam anakandanya itu diikuti Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. Ini diikuti Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan kerabat diraja lain.
Balu baginda Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17, turut menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di makam baginda. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menziarahi kira-kira jam 3.40 petang.
Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat, diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.
Baginda anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia. Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.
Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia. Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah. – BH

Thursday, March 29, 2012

Hikmah berdakwah secara lemah-lembut



ADA seorang pemuda yang datang menghadap Rasulullah SAW untuk bertaubat dan bersedia untuk meninggalkan segala bentuk perbuatan dosa kecuali berzina. Pengakuan pemuda itu mendapat maklum balas penuh sinis dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW tetap mengajak pemuda tadi untuk berdialog dengan penuh santun dan senyuman seorang pembawa khabar gembira untuk umatnya.
Rasulullah SAW bertanya: Adakah kamu suka kalau hal ini berlaku kepada ibu kamu? Jawab pemuda: Tidak, demi Allah! Aku sebagai jaminanmu. “Demikianlah pula halnya setiap manusia pasti tidak menyukai hal itu terjadi kepada ibu mereka,” jelas Rasulullah SAW kepada pemuda itu. Kemudian, Rasulullah SAW bertanyakan lagi: “Adakah kamu suka jika hal ini terjadi kepada anak perempuan kamu?” Dia menjawab: Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu.
Firman Allah SWT maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik.” (surah al-Nahl, ayat 125). Rasulullah SAW menjelaskan: “Demikianlah juga manusia lain pun tidak menyukai hal ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka”. Ujar Rasulullah SAW lagi: “Adakah kamu suka jika hal ini berlaku kepada saudara perempuanmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Begitu juga manusia lain pun tidak menyukai hal ini berlaku kepada saudara perempuan mereka.”
Rasulullah SAW bertanya lagi kepada pemuda: “Adakah kamu suka jika hal ini berlaku kepada ibu saudaramu?” Pemuda itu kembali menjawab: “Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu. Lantas Rasulullah SAW pun berkata: “Demikianlah juga manusia lain pun tidak menyukai perkara ini terjadi kepada ibu saudara mereka.”
Akhirnya Rasulullah SAW meletakkan tangan Baginda kepada pemuda itu seraya berdoa: “Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharakanlah kemaluannya.” Selepas itu, barulah pemuda itu menyatakan taubatnya kepada Allah dengan taubat nasuha.
Jelas daripada kisah ini, betapa Rasulullah SAW sebagai pembawa misi dakwah dan rahmat kepada sekalian alam, dari awal lagi Baginda menyampaikan dakwah dengan penuh kesantunan melalui budaya dialog, bukannya dengan kekerasan dan kekasaran. Jika kita menelaah dalam sirah Rasulullah SAW dan betul-betul menghayatinya, didapati bahawa Rasulullah SAW tetap bersifat santun pada setiap masa dan ketika, terutama sewaktu menyampaikan dakwah kepada kaum Quraisy, dan natijahnya amat luar biasa dan mengagumkan. Orang yang dahulunya amat membenci dan memusuhi Rasulullah SAW, akhirnya menjadi pendukung dan pembela dakwah Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik.” (surah al-Nahl, ayat 125).
Budaya berdakwah secara santun dan berdialog dengan penuh hikmah adalah budaya semua utusan Allah yang kemudiannya diwariskan kepada umat manusia pada hari ini. Jika ditelusuri dalam al-Quran, kita akan menemui kisah dialog antara Nabi Ibrahim AS dengan Raja Namrud, dialog Nabi Musa AS dengan Firaun, dialog Nabi Yusuf as dengan penguasa Mesir dan lain-lain lagi.
Pengajaran yang penting daripada kisah dialog ini ialah kebenaran wajib disampaikan dan dibela, tetapi bukannya dengan kekasaran, kekerasan dan kebencian. Sebaliknya kebenaran hendaklah disampaikan dengan santun dan lemah lembut melalui pendekatan dialog yang penuh hikmah. Bukankah Allah SWT telah berpesan kepada Nabi Musa AS dan juga Nabi Harun AS supaya berdialog dengan Firaun dengan menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut. Firman Allah SWT yang bermaksud: Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. (Surah Taha, ayat 43-44)
Di samping itu juga, Islam melarang umatnya mencerca dan memaki apa-apa yang disembah oleh umat agama lain. Hal ini ditegaskan Allah SWT lewat firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An’am, ayat 108)
Pengertian ayat ini menyingkap etika berdakwah yang baik, iaitu bersifat santun dan tidak kasar atau kesat sewaktu berdakwah. Ini kerana dengan bersifat kasar dan kesat, akan menyebabkan bukan Muslim bukan hanya tidak tertarik dengan Islam, bahkan mereka juga akan membenci dan mencerca Islam, malah akan menghina Allah SWT.
Jika mencerca dan menghina sembahan orang bukan Islam dilarang Islam, apalagi mencerca dan memaki sesama Muslim yang hanya berlainan mazhab, fikrah atau politik. Oleh sebab itu, berdakwah ke arah kebaikan dengan tidak bersifat santun dan hikmah hanya akan menyebabkan kekeliruan, perpecahan, pertikaian dan permusuhan di kalangan umat Islam.
Dalam setiap kesempatan mengetuai peperangan, Rasulullah SAW tidak pernah lupa untuk sentiasa memperingatkan kepada sahabatnya, iaitu tentera Islam dilarang merobohkan rumah, merosakkan sebarang pokok dan pohon serta mencemarkan alam sekitar. Justeru, tidak hairanlah jika Rasulullah SAW amat dihormati dan disegani dalam kalangan bukan Muslim kerana sifat santunnya yang luhur, meskipun berada di medan peperangan

Ulama perlu ikuti isu semasa seperti Allahyarham Syeikh Zaki Ibrahim



Cuba lihat gambar ini terlebih dahulu, apa yang anda faham ? Gambar di atas adalh Gambar Arif Billah Syeikh Zaki Ibrahim al-Misri..


Dalam foto di atas menceritakan secebis daripada rutin kehidupan beliau. Jika diperhatikan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9. 20 pagi, dalam musim dingin yang sejuknya menggigit kulit. Kerana itu beliau memakai pakaian tebal bagi musim sejuk. Ia adalah suatu rutin biasa waktu bagi beliau membaca surat khabar, namun disebabkan matanya sudah kabur dan usianya yang lanjut beliau terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi memudahkannya membaca. Penglihatan beliau terjejas tentunya disebabkan antara lain oleh kerja-kerja menulis dan menelaah yang banyak dilakukan oleh beliau sejak dari usia muda lagi. Bersebelahan katilnya terletak rak kitab-kitab bagi memudahkan beliau mencapai mana-mana kitab yang ingin ditelaahnya, atau membelek dokumen-dokumen penting. Rak tersebut juga dibuat tinggi sebagai memelihara adab terhadap kitab serta memuliakannya. Dipenjuru katil pula tersangkut di atas kaki katil seutas tasbih yang digunakan oleh beliau untuk berzikir kepada Allah SWT, kerana menjadi rutin kebiasaan beliau berzikir selepas dari solat subuh sehinggalah ke waktu syuruk.
Itu kehidupan ulama.



Sumber dari ; Ibnu Fathani

 http://www.facebook.com/ibnufathani

Wednesday, March 28, 2012

WALI ALLAH DI TANAH MELAYU-Syeikh Muhammad Said Al Linggi

Karamah dan Wali-Wali Allah-Nuruddin Al-Banjari

Ma'had As Syatirie Yan Kedah bersama Pak Su Mid Kelantan

Siapa yang berkesempatan di Sekiar Utara hadirlah majlis mulia bersama Ulama Kelantan yang terkenal dengan alim ilmu tasawuf ahli kitab Hikam ...

Al-Wastiyyah, Hukum Hudud & PEMANDU - Tn Guru Hj Hadi

Sultan Kelantan Terima DK Kedah


KOTA BAHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini menerima Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu, Sultan Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.- Bernama



Agama Rakyat Ikut Agama Raja dan Agama Raja Ikut Agama Ulama'

Tuesday, March 20, 2012

Tuan Guru Hj Hadi sebagai guru dalam Parlimen Malaysia mendidik para pimpinan Malaysia




Tn Guru Hj Salleh Musa MENTAHNIQ (membuka mulut baby)

 Assalamualaikum wb maaf hampir seminggu ana tidak masukan maklumat dan isu dalam blog kerana terlalu padat jadual bagi menyambut zuriat pertama .Doakan anak ana supaya menjadi hamba bertaqwa , anak solehah dan bakal menjadi penyambung perjuangan Islam dimasa hadapan.

Tn Guru Hj Salleh Musa sedang mentahniq atau membuka mulut anak pertama al fakir yang berusia 3 hari.
Tn Guru membuka mulut Nur Fatihan Al Huda di Masjid Bukhari Alor Setar malam semalam selepas solat Isyaq. 
Doakan agar Tn Guru sebagai permata Kedah berusia 84 tahun supaya sihat dan sihat bagi meneruskan dakwah dan perjuangan beliau


Sunday, March 4, 2012

Kuliah Perdana sempena Tahun Melawat Kelantan








Majlis Maulid pertemukan ulama Melayu dan Mesir perlu dicontohi. Tahniah Masjid Padang Temusu SP, Kedah

Tahniah imam dan AJK Masjid Padang Temusu Sungai Petani Kedah 
kerana berjaya menganjurkan Majlis Maulidul Rasul SAW 
dan menemukan ulama melayu (Tn Guru Hj Salleh b Musa , Sik Kedah) 
dan ulama Mesir ( Prof Madya Sheikh Abdul Munim Abdul Rahman ) 
Ulama keturunan Rasulullah yang kini sebagai Tim Dekan Kuliah Usuluddin KUIN Kedah 
bersal dari Fayyuom Mesir berusia 50 tahun 3 bulan . 


TN GURU HJ SALLEH BIN MUSA , SIK KEDAH MENYERU MASYARAKAT MENIRU SELURUH PENGANJUR MAJLIS MAHABBAH RASUL SUPAYA MENGADAKAN MAJLIS MAULIDUL RASUL SAW seperti Masjid Padang Temusu anjurkan majlis mempertemukan ulama Melayu dan ulama Mesir 



TAHNIAH MASJID PADANG TEMUSU KERANA BERJAYA KUMPULKAN 
MASYARAKAT BERSAMA ULAMA . 
Seluruh lapisan Masyarakat terlibat, tua muda semua bersatu dibawah payung ulama