Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, August 30, 2011

Tuan Guru Hj Hasyim Pasir Tumboh dalam kenangan ...

 

Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
Pendidikan :


  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
    6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.


( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh 
oleh ribuan pelajar

 Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid 
 Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi an memberi penghormatan terakhir buat guru mulia
 DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru
Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru 

 Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM 


RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM 




Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .
Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu ...
ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah ! 
Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal ...
Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi 
AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM

Al Fatihah buat Almarhum Tn Guru Hj Hasyim Pondok Pasir Tumbuh yang kembali ke Rahmatullah hari ini 1 Syawal

Tuan Guru Hj Hasyim telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1 tengahari hari ini 1 Syawal 1432 
Pemergian beliau sangat-sangat dirasai oleh masyarakat terutamanya masyarakat pondok . Beliau merupakan ulama nusantara yang sangat dikenali . Allahyarham berasal dari Kedah kemudain berhijrah ke Kelantan dan menganti Mudir Pondok Pasir Tumbuh hingga beliau kembali ke rahmatullah hari ini . 
Jenazah Tn Guru siap sempurna di solatkan pada jam 5.30 petang tadi 
Moga roh Tuan Guru bersama orang beriman dan dirahmati ameen . AL FATIHAH 

Sunday, August 28, 2011

Perutusan Eidul Fitri 1432H dari Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang




Perutusan Raya oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Majlis Penangguhan Kuliah Ramadhan 1432 , di Pondok Tn Guru Hj Salleh













Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432
Maaf Zahir Batin buat seluruh muslimin muslimat yang mengenali yang khusus buat seluruh pendokong
blog  KEHIDUPAN TAUHID dan rakan-rakan facebook Helmi Assyafie . Maaf zahir batin . Doakan agar kita bersama mendapat keberkatan dan dimantapkan Iman kita . Mudahan Aidil Fitri kali ini dapat mengubah diri kita , keluarga kita kearah Keredhaan Allah SWT ...

Majlis Khatam Quran , Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tn Guru Hj Salleh (Sik)

27 Ramadhan 1432 
Majls Khatam Quran di Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa , Sik Kedah 
Alhamdulillah seramai 250 orang meraikan majlis ini . Majlis ini menjadi acara tahunan di Pondok bagi meakhiri majlis penutup Kulah Ramadhan yang dipimpin oleh Tn Guru Hj Salleh Musa 





Takwa penentu kejayaan dunia, akhirat


CEPATNYA masa berlalu, kini kita berada di akhir Ramadan. Sudahkah kita mendapat takwa sebagaimana tujuan difardukan berpuasa.
Allah s.w.t menolong kita mendapat takwa dengan mengikat syaitan. Allah tolong lagi dengan suruh kita berpuasa supaya nafsu dapat dikalahkan, Allah gandakan amalan kita supaya lagi cepat kita dengan takwa, Allah turunkan pula al-Quran supaya ada dibaca dan dijadikan panduan.
Al-Quran diturunkan pada lailatulqadar supaya bertambah mudah dapat takwa malah yang bagusnya ada juga yang bertanya apa itu takwa?
Betul juga dengan soalan itu. Takwa bukan sekadar melaksanakan perintah dan meninggal kan larangan Allah s.w.t Orang melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan tidak selalu berdasarkan takwa.
mereka taat mungkin kerana ada sebab lain seperti mengingin kan upah, pujian dan inginkan pengaruh. Mereka juga mening galkan yang dilarang kerana ingin menjaga nama baik, takut dihukum, takut dihina dan takut diasingkan.
Begitulah apabila maksud takwa di salah erti dan disempitkan. Takwa berasal dari kata waqa-yaqi-wiqayah yang ertinya memelihara.
Hujahnya, daripada surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara kamu dan keluargamu dari api neraka”.
Dalam al-Quran, Allah menyeru dengan kalimat ittaqu atau yattaqi. Tambahan huruf pada asal kata waqa membawa perubahan makna.
Takwa adalah aset yang amat penting untuk dunia dan akhirat. Kemenangan, kejayaan dan keselamatan di dunia dan akhirat ditentukan oleh takwa.
Jadi, takwa itu sangat mahal, justeru banyaklah perkara yang perlu kita ketahui. Kalau di dunia ini banyak perkara yang hendak cari, takwa adalah pencarian yang diutamakan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat takwa.” (Surah Al Baqarah ayat 197).
Di dalam ayat di atas, sifat takwa sebagai bekalan itu tidak dikhususkan untuk bekalan akhirat tetapi dunia juga.
Tapi ramai muallim dan tok guru menghuraikan sifat takwa itu sebagai bekalan di hari akhirat semata-mata. Walaupun akhirat itu yang terpenting tetapi banyak dalil yang membuktikan bahawa takwa itu juga bekalan untuk dunia.
Di antara dalil sifat takwa itu bekalan untuk akhirat adalah seperti firman Allah s.w.t:
1. “Akan tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang menga lir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah.” (Surah Ali Imran ayat 198).
2. “Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan
melipatgandakan pahala bagi nya.” (Surah at-Thalaq ayat 5).
3. “Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertakwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari kiamat.” (Surah al-Baqarah ayat 212).
4. “Jika penduduk satu kampung beriman dan bertakwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Surah al-A’raf ayat 96).
5. “Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang soleh (bertakwa).” (Surah al-Anbiya ayat 105).
6. “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (Surah at-Thalaq ayat 2-3).
7. “Bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.”
(Surah al-Baqarah ayat 282).
Takwa adalah modal paling besar dan senjata paling ampuh bagi orang mukmin di dunia. Kalau tidak ada takwa, mungkin Allah bantu juga seperti Allah bantu orang-orang kafir.
Ertinya dapat bantuan dan pertolongan atas dasar istidraj iaitu atas dasar kutukan dan kemurkaan Tuhan. Tuhan beri dengan tidak reda. Atas kejayaan itu, mereka menjadi sombong dan angkuh dan akan melakukan maksiat di atas muka bumi.
Orang Mukmin diberi kemena ngan dan kejayaan atas dasar takwa. Ramadan, al-Quran, puasa, Tarawih, qiamullail, sedekah, lapar, ingat mati, taubat, doa adalah pakej takwa.
Ya Allah, senaraikan kami dalam kumpulan muttaqin bagi Ramadan kali ini. InsyaAllah.

Dewan Ulamak PAS Sik , turun padang beri bantuan akhir Ramadhan

DEWAN ULAMAK PAS SIK 
tidak lepaskan peluang turun padang beri bantuan Ramadhan bagi mewakili Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah . 
Syeikh Muslim bin Tn Guru Hj Salleh , Selaku ketua ulamak PAS Sik bersama Ust Ibrahim Ahmad Tim Ketua Ulamak PAS , Helmi Assyafie Setiausaha , Ust Abd Ghani selaku AJK Ulamak PAS Sik turun padang secara serentak beri bantuan kepada masyarakat . 








Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama, Tak Ramai Ulama Berani Menasihat Pemimpin



SHAH ALAM : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu beliau pernah berhasrat untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menasihati perdana menteri keempat itu agar tidak memecat dan mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia "mampu memecahbelahkan Melayu". 

“Banyak perkara saya minta, Dr Mahathir tidak lakukan, (ada juga) yang beliau dengar dan lakukan (mengikut) nasihat saya, tetapi ada tiga perkara beliau tidak melakukannya. Yang pertama bila nak pecat Anwar, saya nasihat agar jangan bertindak demikian (kerana) pengaruh Anwar bukan sikit dan ini mampu memecah belahkan Melayu. 

"Bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri dan menteri kewangan) buat rombakan kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,”ujar Harussani.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Sejak kejadian itu, karier politik Anwar terus dihujani dengan pelbagai fitnah termasuk salahguna kuasa dan serangan moral.

Dalam pada itu, Harussani juga turut mendedahkan, dalam usaha untuk memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau juga pernah mengingatkan kepada Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Perkara tersebut didedahkan oleh Harussani bagi mengulas peri pentingnya peranan para ulama dalam menegur dan memberi pandangan kepada pemimpin dalam urus tadbir sesebuah negara.

Ujarnya, sejak dahulu lagi beliau sering mengambil pendekatan sama iaitu menegur pemimpin utama negara termasuk pada zaman Tun Razak Hussein lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci tentang teguran-teguran yang dibuatnya

Wang Zakat disalah urus oleh BN punca Orang Islam mudah terima bantuan orang asing

Tiga kaedah permudah urusan kerja harian


Prinsip mudah diamalkan Rasulullah bukti ajaran Islam praktikal, disenangi
BIJAK pandai menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maksudnya jika ada tumpuan, kesanggupan dan motivasi tinggi, pasti apa juga kerja dan cita-cita dapat dilunaskan. Melalui hari sebagai pekerja, tidak semua yang kita hadapi itu mudah atau sukar sentiasa.
Roda cabaran bekerja sentiasa berputar dan putaran itulah yang mengindahkan alam pekerjaan, apabila dihayati penuh hikmah, kita pasti akan menemui pelbagai manfaat, pengalaman dan pengajaran sama ada untuk diperbaiki mahupun disyukuri.
Persoalannya, bagaimana untuk kita menghadapi putaran itu dengan tenang dan bijaksana supaya kita benar-benar mendapat manfaatnya walau di mana roda berhenti berputar.
Sudah tentu sebagai pekerja mahupun pelanggan, kita mahukan yang terbaik daripada urusan kita. Tetapi ingatlah bahawa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tiada yang terhasil secara automatik kecuali dengan usaha.
Setiap usaha atau kerja kita juga tidak boleh dibiarkan hasilnya seperti nasib sabut dan batu. Untung yang ringan akan timbul dan berat akan tenggelam. Dengan sebab itulah, maka beberapa prinsip syariah digariskan ulama sebagai panduan pelaksanaannya.
Ia boleh dijadikan panduan atau manual prosedur dalam kerja seharian kita. Antaranya ialah prinsip memilih yang memudahkan dalam berurusan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesusahan.” (Surah al-Hajj, ayat 78).
Malah, Islam itu sifatnya adalah mudah sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya agama itu (Islam) adalah mudah.” (Riyawat Imam Ahmad).
Gambaran kepada prinsip mudah dan kaedah memudahkan itu boleh dilihat melalui beberapa tindakan Rasulullah SAW. Sunnah nabi sebagaimana diriwayatkan Saidatina Aisyah ialah Baginda akan memilih yang paling mudah antara dua perkara selagi mana ia tidak berdosa.
Rasulullah SAW juga pernah menasihati sahabatnya Muaz bin Jabal untuk memudahkan ibadat solat berjemaah dengan cara memendekkan bacaannya ketika mengimamkan solat apabila ada dalam kalangan makmum itu orang yang lemah, orang tua dan mempunyai hajat. (Riwayat Imam al-Bukhari).
Bahkan Nabi sendiri mempercepatkan solat Baginda apabila mendengar tangisan bayi di belakang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan membuatkan orang lain lari (dari agama kamu).” (Riwayat al-Bukhari).
Sabda ini bertitik tolak daripada hukum mandi hadas bagi sahabat yang cedera sehingga menyebabkan kematiannya. Cara ini bertujuan jangka pendeknya, untuk meringankan makmum dan sekali gus menyebabkan amalan berjemaah dapat dilakukan dengan khusyuk dan tenang oleh semua golongan selain menjauhkan daripada kemudaratan.
Bagi tujuan jangka panjangnya pula adalah sebagai dakwah bagi membolehkan ajaran Islam itu disenangi serta mudah diikuti dan diamalkan. Dalam konteks perkhidmatan hari ini, memudahkan sesuatu urusan di tempat kerja menjadi suatu keperluan dan boleh mengurangkan kerenah birokrasi.
Kerenah seperti kelewatan kelulusan, kesukaran mendapatkan perakuan, kerumitan mengisi borang permohonan kerana jumlah halaman yang banyak dan proses menunggu giliran di kaunter sudah banyak diperbaiki dan dipermudahkan.
Contohnya, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau ringkasnya PEMUDAH adalah antara usaha murni ke arah pencapaian matlamat itu. Laporan PEMUDAH 2009 menunjukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengurangkan masa untuk meluluskan persijilan halal daripada 60 hari kepada 30 hari selepas proses pengaturan semula.
Jabatan Imigresen telah mengurangkan masa meluluskan permohonan Pas Pekerjaan daripada 14 kepada tujuh hari bekerja untuk kelulusan perjawatan.
Apabila sesuatu urusan itu dipermudahkan, ia memberi keselesaan kepada pelanggan dan sekali gus membina keyakinan mereka terhadap kemampuan organisasi berkenaan.
Jika tidak, mereka yang berkemampuan akan memilih perkhidmatan lain yang lebih berkualiti dan meninggalkan persepsi negatif di fikiran serta imej kurang baik kepada organisasi.
Semua contoh ini menunjukkan nilai kasih sayang dan toleransi yang terkandung dalam kaedah memudahkan sesuatu urusan.
Justeru, jika prinsip dan kaedah ini diamalkan dalam pekerjaan dan apa juga urusan seharian, semua urusan itu juga menjadi cepat.
Hasilnya, pelanggan berasa selesa dan gembira. Bertepatan sekali dengan tujuan syariat untuk memberikan kebahagiaan, ketenteraman dan kejayaan, Saidina Umar bin al-Khattab menyatakan: “Kami dilarang daripada membebani (berlebih-lebihan) pada diri.” (Riwayat Imam al-Bukhari).
Bagi memudahkan tugas seharian, seseorang perlu memiliki tiga syarat utama iaitu mudahkan terlebih dulu cara kita berfikir dengan maksud membetulkan paradigma yang sering menganggap kerja itu sukar atau rumit untuk dilaksanakan.
Kedua, mudahkan sikap dengan sifat tolak ansur, empati, mementingkan kebajikan dan sensitif terhadap masalah atau kehendak pelanggan.
Ketiga, mudahkan sistem kerja dengan maksud menyediakan sistem bersifat mesra pelanggan iaitu mudah diakses dan tidak rumit.
Sering berdoa mendapatkan petunjuk Allah seperti doa Rasulullah SAW bermaksud: “Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali jika Engkau menjadikannya mudah. Sesungguhnya jika Engkau menghendaki, Engkau berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang susah itu mudah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Wednesday, August 24, 2011

SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH.

BIODATA RINGKAS SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH.
BELIAU ADALAH AL-FADHIL AS-SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH 
AD-DAMSYIQI. 
BELIAU MEMULAKAN PENGAJIANNYA DI MAAHAD AL FATTAH , AS-SHEIKH SOLEH FARFUR RAHIMAHULLAH TAALA DAN KEMUDIANNYA BELIAU MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG AKADEMIK DI UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF, MESIR , PENGKHUSUSAN DALAM BIDANG USULUDDIN DAN TARBIAH DAN BERJAYA MEMPEROLEH SHAHADAH A’LIMIAH. .
SEBELUM ITU, BELIAU TELAH MENUNTUT ILMU DARIPADA KALANGAN SHEIKH-SHEIKH DAN ULAMA’ BESAR DI SYAMDAN DI NEGARA LAINNYA DAN BELIAU MEMPEROLEH BANYAK IJAZAH DALAM BIDANG ILMU SYARIAH, ILMU-ILMU AQLI DANTASAWWUF.
BELIAU JUGA TELAH DIIJAZAHKAN HADIS OLEH:
AL SHEIKH AL ALLAMAH SAYYID MUHAMMAD BIN SAYYID ALAWI AL MALIKI, 
AL SHEIKH AL ALLAMAH MUWAFFAQ AN NUSYUMANI,
AL ALLAMAH SAYYID TAJUDDIN AL GHOSAM.
BELIAU SERING MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS AGAMA DI DIMASYQ DAN DI TEMPAT-TEMPAT LAIN DALAM BIDANG PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AGAMA DI SYAM, SERTA PENGAJIAN DI MASJID-MASJID. SELURUH PENUNTUT ILMU ISLAM MENGAMBIL MANFAAT ATAS PENYAMPAIAN ILMU BELIAU YANG BEGITU LUAS SERTA UCAPAN DAN NASIHAT YANG DISAMPAIKAN BAGI MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH SERTA MEMPERINCIKAN MASALAH-MASALAH AGAMA TERUTAMANYA DALAM BIDANG AQIDAH ISLAMIYYAH DAN PENYUCIAN JIWA.
BELIAU TELAH MENGARANG BEBERAPA BUAH KITAB DAN RISALAH DALAM BIDANG AQIDAH DAN JUGA MENTASHIHKAN BEBERAPA KEFAHAMAN YANG SULIT. BELIAU JUGA BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT DALAM PERHIMPUNAN-PERHIMPUNANMUKTAMAR ISLAM ANTARABANGSA DAN BELIAU AKTIF DALAM TUGAS DAKWAH BAGI TUJUAN KEMASLAHATAN UMMAH DALAM KEHIDUPAN

  SYEIKH ZAIARAH KEDAH 








Syeikh Ziarah PERAK 





Syeikh ziarah Pulau Pinang 


Ziarah makam TUAN HUSSIN KEDAH 



 SYEIKH ZIARAH SELANGOR 






 MAJLIS KHATAM HADITH BUKHARY DI PONDOK TAMPIN





Syeikh Ziarah Negeri Sembilan



SYEIKH BERANGKAT PULANG KE SYIRIA 



TAHNIAH PONDOK TAMPIN KERANA BERJAYA MENJEMPUT DAN MERAIKAN ULAMA AHLI SUNNAH DARI SYIRIA . 
MUDAHAN PONDOK TAMPIN BAKAL MENJADI COTOH TERBAIK BAGI MEREKA YANG SERING MENGATUR MAJLIS ULAMA LUAR . 
Saya lihat Pondok Tampin begitu teratur mengatur jadual ke tempat yang sangat bermanafaat .