Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, July 30, 2011

Selamat menyambut Ramadan



Persatuan Pelajar Pondok Tauhid- Kedah (PPPT) sambut ulang tahun pertama

PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH -PPPT 
adalah persatuan yang ditubuhkan oleh Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh b Musa , Sik Kedah 
bagi membantu /berkhidmat kepada Agama Allah secara sukarela . 
Hasil dari tarbiah Tuan Guru dan berkat doa semua maka PPPT sudah berusia genap satu tahun Alhamdulillah 
PPPT akan memperbanyakkan program dakwah kepada masyarakat secara sukarela . 
Saudara saudari tolong doa supaya PPPT terus berkembang maju dan doa agar AJK PPPT diberi kekuatan taufiq dalam meneruskan perjuangan dengan ikhlas demi Agama Allah 
Layari blog PPPT di 







Tahlil Perdana dan Pameran Ulama dirasmi Tuan Guru Hj Salleh Musa , Sik Kedah semalam

Tuan Guru Hj Salleh Musa , S.D.K , B.K.M 
Mudir Madrasah Ar Rahmaniah merangkap penaung Persatuan Pondok Tauhid 
membaca doa merasmikan pelancaran tahlil Perdana Kali Ke 2 

Tuan Guru Hj Salleh pimpin bacaan tahlil perdana 
Tn Guru Rasmi pameran ulama 


Orang ramai , ribuan yang hadir kuliah hari jumaat semalam sedang baca tahlil untuk ulama 
Rasmi Pameran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah 
( Madrasah A r Rahmaniah ) 
Doa Tok Guru 

Pelajar lawat pameran 


Tuan Guru menceritakan sejarah guru-guru beliau 

Tingkat ibadat sunat persiapan hadapi Ramadan

Ummah kena bersedia laksana perintah wajib elak menyesal
BERDEPAN suasana yang berlaku dalam negara memungkinkan kita terlupa kehadiran Ramadan beberapa hari lagi. Saat itu memang dinanti kerana Ramadan bulan anugerah Allah yang luar biasa keberkatan dan rahmatnya.
Mereka yang diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sewajarnya memanjat kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan pada bulan mulia yang penuh rahmat.
Sesungguhnya Ramadan benar-benar menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang puasa Ramadan kerana iman dan ikhlas maka Allah akan mengampuni dosanya yang sudah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada dua perkara perlu diberi perhatian sebelum Ramadan. Pertama, persiapan menyambut dan mengimarahkannya. Jangan ambil mudah soal ini selepas hampir setahun kita meninggalkannya.
Apabila tidak bersedia dibimbangi kita meremehkan perintah wajib. Akibatnya sangat besar iaitu kelemahan menjalankan kewajipan hingga tersekat keredaan Allah atas kelalaian sendiri.
Keduanya, apakah kita akan berjaya memenuhi piawaian Ramadan yang dituntut mengisinya dengan mengerjakan amal ibadat. Yakinlah ganjaran berganda yang diperuntukkan. Bagaimanapun, dugaan tetap menanti.
Sebagai persiapan menyambut kehadiran Ramadan, sebaiknya membuat persiapan awal supaya tidak ada cacat celanya yang membawa kepada penyesalan selepas berlalunya sambutan itu.
Melakukan puasa sunat sebelum Ramadan adalah salah satu cara melatih dan membiasakan diri menghadapi Ramadan. Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang sebaik-baiknya kepada ummah apabila Baginda memperbanyakkan puasa sunat pada Syaaban.
Kita juga hendaklah sentiasa memperbaharui taubat kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Ramadan juga menguji ketaatan sekali gus membiasakan diri dengan amal ibadah sehingga jiwa terdidik untuk melaksanakan segala perintah Allah. Sehubungan itu, mukmin digalakkan memperbanyakkan iktikaf di masjid untuk beribadah kepada Allah.
Segala virus penyakit mazmumah yang membiak dalam hati seperti angkuh, sombong, riak, pemarah, pendendam dan sebagainya dapat dihapuskan melalui amalan iktikaf. Gantikan dengan usaha mempererat silaturahim kerana ia tanda seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musa bin Imran pernah berkata: Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandangan-Mu? Allah menjawab: Barang siapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Banyak kelebihan bagi orang yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan hidup di dunia malah akan mendapat kelebihan di akhirat. Apa yang lebih penting, sikap memberi maaf dan memohon maaf ini menjadi rimbunan menyejukkan jiwa untuk melaksanakan solat dan puasa.
Atta bin Abdullah Khurasani meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berjabat tanganlah antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (Hadis riwayat Muwatta Imam Malik)
Untuk menambah kerinduan dan semangat kita membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan, hendaklah kita mengingat dan merenung kembali pesanan Rasulullah SAW yang pernah Baginda sampaikan pada akhir bulan Syaaban.
Salman al-Farisi menyatakan Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada akhir Syaaban: “Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkat, bulan yang dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajipan dan solat malamnya sebagai sunnah. Siapa saja yang bertaqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajipan pada bulan yang lain. Siapa saja yang melaksanakan satu kewajipan di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajipan pada bulan lainnya. Ramadan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah syurga. Ia juga bulan penglipur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. Siapa saja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. Ia akan mendapatkan pahala orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun. Sahabat berkata: Kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa puasa? Rasulullah SAW menjawab: Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka berpuasa meskipun dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu. Ramadan adalah bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman)

Iringi ucapan istighfar dengan taubat bersungguh-sungguh

BANYAK ayat dalam al-Quran menegaskan perintah Allah kepada hamba-Nya supaya sentiasa bertaubat kepada-Nya. Demikian juga pesanan disampaikan Nabi SAW bahawa Allah mengajar kita bagaimana untuk bertaubat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, kami menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, pasti kami akan termasuk orang yang rugi.” (Surah al-A’raf, ayat 23)
Sesetengah daripada kita beranggapan taubat itu cukup sekadar melafazkan ucapan lisan seperti beristighfar sedangkan ucapan itu mestilah seiringan dengan isi hati dan juga segala gerak laku anggota badan yang lain.
Ingatlah bahawa ucapan istighfar pada lafaz di mulut saja tanpa disertai dengan usaha serta tindakan meninggalkan perbuatan yang bertentangan dengan syarak adalah perbuatan orang yang berdusta.
Fudhoil bin ‘Iyadh berkata: “Istighfar yang tidak terhenti daripada melakukan dosa adalah suatu taubat dari seorang pembohong.”
Hebatnya kekuatan istighfar itu sehingga syaitan pun takut serta binasa dengan sebabnya. Justeru, digalakkan kita sentiasa beristighfar sebagai pendekatan secara lisan untuk memohon keampunan daripada Allah, kemudian diikuti dengan amalan soleh.
Ibnu Jauzi mengatakan: “Iblis pernah berkata: Aku binasakan manusia dengan dosa, tetapi mereka membinasakanku dengan istighfar dan lafaz ‘tiada Tuhan melainkan Allah.”
Dalam satu pesanan yang panjang, Robi’ bin Khutsaim mengatakan, “Bermohonlah dengan penuh kerendahan diri dan berdoalah kepada Tuhan dalam keadaan lapang, sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Barang siapa berdoa kepada-Ku di waktu lapang, nescaya Aku mengabulkan permohonannya di waktu dia kesusahan.
Barang siapa meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya. Barang siapa yang merendahkan hatinya untuk-Ku, nescaya Aku mengangkat darjatnya. Barang siapa yang tetap mengabdikan dirinya kepada-Ku, nescaya Aku merahmatinya. Dan barang siapa yang beristighfar kepada-Ku, nescaya Aku mengampuninya.”
Sebenarnya ramai ilmuwan Islam dan ulama terdahulu yang meninggalkan pesanan mengenai kepentingan bertaubat antaranya Qatadah berkata, al-Quran menunjukkan kepada kamu penyakit dan ubat bagi kamu. Adapun penyakit kamu itu adalah dosa dan ubatnya ialah istighfar.
Memang benar, kerana dalam kehidupan seharian kita sentiasa dilingkungi pelbagai dosa yang mungkin kita sendiri tidak menyedarinya. Justeru, melakukan taubat melalui pengucapan lisan beristighfar adalah mekanisme paling mudah dilaksanakan.
Saidina Ali Abi Talib berkata: “Sungguh aneh bagi orang yang dibinasakan, sedangkan dia mempunyai jalan keselamatan. Lalu beliau ditanya, apakah jalan keselamatan itu? Kata Ali: Istighfar. Kemudian dia menyambung penerangannya: Allah tidak mengilhamkan istighfar kepada seorang hamba jika Dia ingin menurunkan azab kepadanya.”
Jika kita ikuti perjalanan hidup Luqman al-Hakim, persoalan istighfar juga sangat difokuskan olehnya tatkala menasihati anaknya. Kata Luqman: “Wahai anakku, ada masa tertentu bagi Allah di mana Dia tidak menolak permintaan bagi sesiapa yang meminta, maka perbanyakkanlah istighfar.”
Begitulah Luqman al-Hakim yang sentiasa membimbing anaknya meniti jalan suci menuju kehidupan dunia dan akhirat yang diredai Allah. Isteri Nabi SAW, Aishah juga pernah mengatakan berbahagialah sesiapa yang mendapati banyak istighfar pada buku lembaran amalannya.
Sementara Abu Minhad pula memberitahu: “Tiada jiran yang lebih dicintai oleh seorang hamba ketika berada di alam kubur, selain daripada istighfar.”
Memperbanyak beristighfar adalah komoditi berharga yang akan menjadi teman akrab kepada seseorang di alam barzakh nanti. Inilah penyinar kegelapan kubur dan mampu menjadi benteng diri dari azab Allah.
Salah satu manfaat istighfar ialah Allah menjadikannya wadah untuk mencegah daripada terkena azab dan seksa. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, walaupun kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedangkan mereka meminta keampunan.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)
Menyentuh hal itu, Abu Musa al-Asha’ari berkata: “Ada dua perkara yang melindungi kita daripada turunnya azab, salah satunya adalah adanya Rasulullah SAW antara kita, dan satu lagi ialah istighfar yang mengikuti kita. Jika sudah tidak ada lagi istighfar, nescaya kita semua akan binasa.”
Bertaubat dengan memperbanyak ucapan lisan beristighfar juga akan menjadi bekalan untuk Allah mengangkat darjat hamba-Nya di syurga. Malah istighfar seorang anak yang soleh memberi manfaat besar kepada kedua-dua ibu bapanya

Thursday, July 28, 2011

Pengajian Khusus Kitab Tauhid / kitab turath di bulan Ramadan .


Assalamualaikum wb
Pengajian khusus kitab Tauhid dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa (Sik Kedah)
Program ini telah dilaksanakan lebih kurang 15 tahun lebih .
Bulan Ramadan Tuan Guru Hj Salleh ada sepenuh masa di Pondok kerana kuliah beliau diluar cuti , oleh sebab itu ramai pelajar dari Pondok Fathani , Kelantan , Melaka , dan lain-lain negeri datang ke Madrasah Ar Rahmaniah, Sik Kedah .

Tahun ini Tn Guru akan baca kitab Sirajul Huda dan kitab Kifayahtul Awam
manakala Syeikh Muslim akan baca kitab Sulam Mantik pada jam 3.30 petang
Ustaz Yazid pula akan baca kitab Tashil Duafaq ( Tauhid )
Helmi akan pimpin muzakarah kitab Bakurahtul Amani , jam 11.30 pagi .
Ustaz Din Pasir Tumbuh dan Ustaz Faisal Fattani belum putuskan kitab mereka .
Pengajian ini diutamakan bagi mereka yang belajar aliran pondok

Setiap tahun pihak Pondok menyediakan jamua berbuka dan bersahur secara percuma bagi pelajar-pelajar pondok . Tahun lepas hampir 180 orang yang hadir dari pelbagai pondok dari merata negeri . Tahun ini dianggarkan 200 orang lebih akan hadir . Sumbangan muslimin muslimat dialu-alukan .
Sebarang pertanyaan tentan kuliah dan sumbangan hubungi 04 4695926 atau Setiausaha 0134044259 .

AZAM RAMADHAN ( sedutan dari syarah HIKAM siri 20)

Hb Abdurrahman Bin Ahmad Alkaff.MPG

Persiapan terakhir Tahlil Perdana



Tn Guru memantau persiapan tapak pameran .

Membuat persipan terakhir , bagi memastikan majlis bejalan lancar 

Jawatan kuasa Masjid Perwaja menziarahi Pondok dan memberi sumbangan beras sebanyak 50 kampit untuk pelajar berbuka puasa 

Persiapan 


Wednesday, July 27, 2011

Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh bersama program Ummah Berelawat menyambut ulama Yaman , Habib Kazim

 Perjumpaan Habib Kazim bersama ulama muda dan ulama Pondok sekitar Kedah

Perarakan sambil berselawat masuk ke Masjid Bukhary 





Alhamdulillah ummah bersatu kerana satu tujuan 
untuk membesarkan Allah dan Rasulullah SAW 

 Habib berdoa selepas makan
Kenangan bersama  Habib Kazim


Sebahagian dari rakan-rakan pondok Tn Guru Hj Salleh (Sik Kedah)

Tuesday, July 26, 2011

Pendekatan agama beri kekuatan perangi maksiat

Tanggungjawab didik anak mesti berterusan demi kecemerlangan generasi masa depan
MAKSIAT atau perbuatan yang menyebabkan dosa besar bukan saja musuh kepada agama dan umat Islam tetapi juga menjadi halangan yang akan merencatkan pembangunan insan dalam sebuah negara membangun.
Maksiat yang berlaku dalam pelbagai bentuk seperti rasuah, salah guna kuasa, penipuan, judi, zina, arak dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat hari ini.
Ia bermula dengan hilangnya rasa malu dan takut kepada azab Allah sehinggalah kerana tamakkan dunia dan isinya. Orang yang tega melakukan maksiat sanggup menjauhkan dirinya daripada cinta Allah semata-mata untuk melampiaskan nafsunya yang sementara di dunia ini.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar, dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.” (Surah Saad, ayat 26)
Orang yang melakukan maksiat juga tiada kewarasan akal dalam menghitung untung dan rugi menyekutukan amalan agama dengan ketaatan kepada syaitan durjana.
Mereka hilang pedoman, sehingga sanggup memburukkan nama sendiri dan keturunan, malah seolah-olah mencabar kuasa Allah yang menjanjikan neraka jahanam buat mereka yang melanggar perintah-Nya.
Hari ini, tidak ramai orang yang mampu melihat perbuatan maksiat sebagai najis yang kotor dan jijik. Orang yang melakukan maksiat juga tidak merasai keaiban sepatutnya kerana perbuatan mereka tidak diperangi dalam struktur sosial, budaya dan agama secara konsisten serta menyeluruh.
Justeru, maksiat yang sudah menjadi wabak di kalangan umat Islam hari ini wajar diperangi melalui pelbagai usaha dan cara supaya tidak menjadi madu yang akan terus dihisap rakus oleh mereka yang sering kali lalai atau lupa.
Apabila racun menjadi madu, ia bukan saja sukar ditolak, tetapi sering diidam oleh sesiapa saja, hatta mereka yang cuba sedaya upaya menjauhi larangan agama.
Apabila seseorang sudah tidak mampu menolak maksiat kepada Allah kerana segumpal darah yang disebut ‘hati’ dalam dirinya tidak lagi suci, tugas mengembalikan mereka ke pangkal jalan sudah tentulah terbeban di bahu ibu bapa.
Sebab itulah tanggungjawab mendidik anak tidak akan terhenti walaupun mereka sudah meningkat usia atau bergelar orang ternama. Bukankah anak adalah amanah Allah ke atas setiap ibu bapa?
Apabila ibu bapa mula selesa dengan ‘aliran semasa’ yang melepaskan tanggungjawab daripada menasihati anak dengan alasan mereka sudah dewasa atau tidak menunjukkan model tarbiah terbaik mengikut kacamata agama untuk teladani, ia amat membimbangkan.
Perlu ditekankan, selain sistem sokongan lain yang akan membimbing setiap individu sama ada secara langsung atau tidak langsung, peranan ibu bapa sebagai guru pertama dan sehingga akhirnya tidak boleh dikesamping.
Selain ibu bapa, pendidik perlu menanam rasa benci terhadap maksiat kepada pelajar sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Garis panduan agama yang jelas membuat sempadan antara yang hak dan batil harus diserapkan dalam setiap modul pengajaran dan pembelajaran.
Ia sepatutnya menjadi salah satu objektif pembelajaran yang wajib diadaptasi mengikut kesesuaian mata pelajaran diajar. Secara tidak langsung, proses pendidikan bukan saja mengajar pelajar, juga mengingatkan pendidik peranan sebagai murabbi.
Pemimpin pula haruslah menjadi model ikutan terbaik kerana mereka harus bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpin. Setiap pemimpin adalah ibu bapa dan pendidik, memegang amanah lebih berat memastikan setiap ahli mengikut aturan hukum yang mutlak.
Justeru, jika ibu bapa, pendidik atau pemimpin sendiri melakukan maksiat kepada Allah, ia adalah ancaman baru dalam dunia hari ini, dan wabak ini tidak boleh dibiar tanpa pembersihan jiwa secara tegar. Wabak maksiat perlu diperangi dan ia harus bermula dari dalam diri sendir

Ummah Berselawat bersama Habib Kazim

















Tn Guru Pondok yang hadir 

Majlis perjumpaan bersama ulama dan Tuan Guru Pondok 

Insyallah nantikan gambar kenangan Majlis Habib Kazim di Masjid Al Bukhary Alor Setar semalam .






ampuni kami