Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, April 28, 2011

Nasihat Guru Mulia



Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh 22 April 2011

SULTAN MUHAMMAD perkenan merasmikan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh
yang penuh berkat

YAB Tn Guru Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan memberi ucapan

Ribuan Hadirin yang hadir

Sultan Muhammad bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz

Sultan bersalaman dengan Pelajar Pondok





Menziarahi TN GURU HJ HASYIM , MUDIR PONDOK PASIR TUMBUH yang sedang uzur





Kenderaan Diraja Sultan Muhammad ke 7






Wednesday, April 27, 2011

Utusan Hari ini 28 April sungguh biadap !

Sebagai rakyat yang bertamadun saya begitu sedih apabila pagi tadi saya melihat muka surat depan utusan hari ini 28 April memaparkan isu rakaman ke-2 Fithnah yang
membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

UTUSAN MALAYSIA SANGAT BIADAB . SEBAGAI LIDAH RASMI KERAJAAN MALAYSIA JELAS UTUSAN TIDAK LAYAK MENJADI BAHAN MAKLUMAT YANG TEPAT , BANYAK BOHONG DAN FITHNAH . BELUM SIASAT KES MENGAPA SIAR DIMUKA DEPAN AKHBAR ! Hari ini membuat saya lebih membenci Utusan .Utusan Pendusta mengambarkan Malaysia tidak akan selamat andai pimpinan Malaysia yang diterajui Najib , UMNO dan BN terus berkuasa !
Wajib kita tolak kerajaan Zalim .
ANWAR dan KELUARGA dah nafi tetapi mereka tidak diberi ruang untuk menjawab fithnan ini !
http://www.youtube.com/watch?v=15Q10OsV

http://www.youtube.com/watch?v=fiqdmd7Tyw8&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=SA1sT7Nd7Yc

http://www.youtube.com/watch?v=o9rZ7a5cxBc&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=6e_QtsfVedo&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=Z8_D7gIS43Q&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=q9U4W7g2rco&feature=related

MALAYSIA akan jahanam andai fithnah seks ini menjadi bahan tontonan umum seperti dalam TV . Lihat ini
http://www.youtube.com/watch?v=_d9jtuqoy-g

Difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.
Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerana didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.
Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.]


Mengapa tayangan ke-2 dibuang ? Kalau betul kekalkanlah!
Rakyat sudah pandai nilai .
Kita berdoa agar dengan keadilan Allah isu ini dapat diselesai dengan segera . Kita tunggu yang mana yang betu yang mana salah . Kita tidak boleh tuduh Anwar lagi kerana Anwar dan keluarganya nafi itu bukan Anwar . Wajib pertahan Anwar selagi tiada bukti dia salah . Kalau dah terang betul kesalahanya maka barulah kita boleh hukum beliau . Sekarang Wajib kita pertahankan saudara Islam kita Anwar Ibrahim yang sedang dizalimi dengan fithnah yang sangat berat ...
Sama kita doa dan solat hajat agar kebenaran dibuktikan .

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.
Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam
Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok

SALAH FAHAM TERHADAP SYAFA’AT

ALHAMDULILLAH, sesudah kita menamatkan perbahasan mengenai isu tawassul, pada minggu ini, dengan memohon taufik dan inayah Ilahi, kita akan usaha memurnikan salah faham terhadap isu-isu agama dengan beralih kepada isu syafaat. Seperti sebelumnya, pendekatan yang kita ambil adalah dengan merujuk kepada huraian pandangan Al-’Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki dalam bukunya Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib diPerbetulkan). 
Usaha kami sangat sederhana dalam menyumbang kepada tugas yang berat dan besar iaitu mempertahankan agar aliran kefahaman agama Islam di negara ini dapat dikekalkan atas fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).  Sedangkan pihak-pihak yang mahu menukarkannya kepada aliran-aliran fahaman lain terus berusaha dengan menggunakan pelbagai ruang media arus perdana dan alternatif, menganjurkan seminar kecil dan besar, didokong dengan dana luar dan dalam, demi menghakis keutuhan fahaman Islam di Malaysia yang sangat dicemburui. 
Kita hanya mampu berdoa bahawa usaha kita yang tidak setanding dengan cabaran yang ada akan ditampung dan ditimbal dengan rahmat dan inayah ilahi kepada kita semua. 
Syafaat bermaksud pertolongan atau bantuan. Dalam konteks perbincangan kita, isu syafaat merujuk kepada perbahasan yang timbul berkenaan seseorang yang memohon pertolongan dan bantuan kepada selain Allah khususnya memohon syafaat daripada Rasulullah SAW. 
Sebahagian orang berpendapat bahawa tidak boleh memohon syafaat daripada Nabi Muhammad di dunia. Bahkan, menurut sebahagian orang yang gemar menimbulkan kekeliruan, bahawa memohon syafaat adalah perbuatan syirik dan sesat. 
Dalil yang mereka gunakan untuk mempertahankan pendapat mereka yang salah itu adalah firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) hanya milik Allahlah semua syafaat. (al-Zumar: 44) 
Kita menegaskan bahawa kaedah penggunaan dalil mereka ini adalah batil. Ternyata menunjukkan kepada kefahaman mereka yang rosak.  Kesalahan mereka ini boleh dibuktikan daripada dua aspek.
Pertama, hakikatnya, tidak terdapat di sana mana-mana nas; sama ada dari al-Quran, mahupun sunnah yang melarang memohon syafaat daripada Nabi Muhammad di dunia.
Kedua, ayat itu sama sekali tidak menunjukkan kepada larangan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad di dunia (dan di akhirat). Sebaliknya, seperti ayat-ayat lain yang seumpamanya, ayat ini diturunkan bagi menjelaskan pengkhususan Allah dengan apa yang dimiliki-Nya dan tidak dimiliki oleh orang lain (makhluk). 
Maknanya, Allah adalah Pengurus urusan syafaat yang hanya khusus bagi-Nya. Namun, ini tidak menafikan bahawa Dia juga berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, apabila Dia menghendakinya.  Dia adalah pemilik kerajaan, yang berhak memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menarik kekuasaan atau kerajaan itu daripada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Ayat lain yang seumpama dengan ayat Syafa’at ini ialah firman Allah SWT: “BagiNya segala Kerajaan, dan bagiNya juga segala pujian.”(al-Taghaabun:1) Allah menyifatkan diriNya sebagai Pemilik Kerajaan, tetapi Dia juga dengan tegas menyatakan: “Engkau memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.”(Aali Imran:26) 
Sama seperti dalam ayat mengenai Syafa’at di atas, ayat-ayat ini menisbahkan segala kerajaan dan kekuasaan kepada Allah SWT. Dalam ayat lain mengenai pemilik `Izzah atau kemuliaan Allah SWT berfirman: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatNya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya, orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan) adalah bagi mereka azab seksa yang berat, dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” (al-Faatir:10) Tetapi di tempat lain dalam al-Quran, Allah SWT juga berfirman: “Dan milik Allahlah kemuliaan itu dan bagi rasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.”(al-Munafiqun:8) 
Begitu jugalah dalam permasalahan syafa’at. Allah SWT berfirman:“Katakanlah (wahai Muhammad) hanya milik Allah (memberi) syafa’at itu semua.”(al-Zumar: 44) Namun, Allah SWT juga berfirman, “Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafa’at, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah Yang Maha Melimpah-ruah rahmatNya.” (Maryam: 87). Dalam satu ayat yang lain Allah SWT berfirman: “Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafa’at pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang sebenar-benarnya, mereka mengetahuinya dengan yakin.” (al-Zukhruf: 86) 
Maka jelasnya, sebagaimana Allah SWT berhak memberikan apa saja, kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, bahkan Dia juga memberikan ‘kemuliaan’ yang menjadi milikNya kepada rasulNya, dan kepada orang-orang Mukmin, demikian jugalah dengan Syafa’at. Dialah yang memiliki Syafa’at itu sepenuhnya; tetapi Dia juga telah memberikan (hak memberi) Syafa’at itu kepada para Nabi dan hamba-hambaNya yang soleh. Bahkan, kepada kebanyakan orang Mukmin awam, sebagaimana yang disebut di dalam hadith-hadith sohih yang mutawatir makna. 
Lalu, halangan bagaimanakah lagi yang menghalang seseorang manusia memohon kepada Allah Yang Maha Memiliki, sebahagian daripada apa yang dimilikiNya? Lebih-lebih lagi, jika yang dipohon itu adalah kepada Yang Maha Pemurah, sementara yang memohon itu pula dalam keadaan sangat memerlukan kepada apa yang dipohonnya.
Bukankah memohon Syafa’at itu merupakan doa, dan doa itu pula suatu perkara yang diizinkan untuk melakukannya, diupayakan ke atasnya, bahkan akan dikabulkan daripada orang-orang yang beriman, lebih-lebih lagi jika yang berdoa itu adalah para nabi dan orang-orang soleh; baik semasa hidup mahupun setelah wafat; baik ketika mereka berada di alam kubur (alam barzakh), mahupun ketika hari Kebangkitan. Justeru, Syafa’at akan diberikan kepada hamba-hamba Allah yang memang telah membuat perjanjian dengan Allah Yang Maha Pemurah (bahawa Tuhan mereka adalah Allah) dan akan diterima di sisi Allah pada setiap insan yang mati dengan membawa tauhid. 
Di awal-awal bicara kita ini sudah terbayang bagi kita bahawa adalah terlalu gopoh dan cuai untuk kita menghukum sesat atau syirik sesama Islam hanya kerana memohon Syafa’at kepada Nabi SAW ataupun orang-orang soleh. Semoga kita di beri kekuatan untuk menyempurnakan perbahasan isu ini

 
SYAFAAT iaitu perbuatan memohon bantuan dan pertolongan yang menjadi isu di sisi sesetengah orang jika dilakukan kepada selain daripada Allah SWT bukan isu yang sengaja diada-adakan. Perkara ini pernah ditimbulkan oleh seorang pelajar dari negara Arab dalam satu majlis yang dianjurkan. Pelajar terbabit dengan tegas telah menegur apabila terdengar ada kata-kata berunsur memohon syafaat Nabi SAW. 
Mari kita melihat bagaimana sikap para sahabat dalam hal ini. Terdapat hadis yang menegaskan bahawa beberapa orang sahabat telah meminta syafaat daripada Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah mengatakan: "Bahawa meminta syafaat daripadaku adalah syirik. Maka pohonlah terus daripada Allah dan jangan sesekali kamu menyekutukan Tuhan kamu dengan sesuatu.
" Sebagai contoh, Anas ibnu Malik r.a pernah berkata: "Wahai Nabi Allah! Syafaatkanlah aku pada hari Kiamat. " Maka Rasulullah bersabda: "Aku akan melakukannya." (riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Qiayamah).
Sawaad ibnu Qaarib juga pernah berkata di hadapan nabi SAW: "Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya engkau dipercayai atas segala yang ghaib; Sesungguhnya engkau adalah Rasul yang mempunyai wasilah paling hampir kepada Allah, wahai anak keturunan orang-orang yang mulia dan baik!
" Hingga dia juga mengatakan: "Maka jadilah engkau pemberi syafaat bagiku, pada hari tidak ada yang mempunyai (hak) syafaat, selain engkau yang boleh menyelamatkan Sawad ibn Qarib." (riwayat al-Baihaqi dalam Dalaail, Ibnu ‘Abd al-Barr, dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari).
Rasulullah memperakuinya dan tidak mengingkari perbuatannya memohon syafaat daripadanya.
Sahabat lain yang pernah memohon syafaat daripada baginda ialah Mazin ibnu al Ghadhubah setelah dia memeluk Islam. Dia bernasyid: "Kepadamu, wahai Rasulullah! Bergerak kenderaanku merentasi padang pasir dari ‘Uman ke ‘Araj. Agar engkau dapat mensyafaatkanku, wahai sebaik-baik manusia yang memijak batu-batu kecil. Maka aku diampunkan oleh Tuhanku, lalu aku pun pulang dengan membawa kejayaan." (riwayat Abu Nu’aim dalam Dalaail al-Nubuwwah, ms: 77)
‘Ukkasyah ibnu Mihsan juga termasuk sahabat yang pernah memohon syafaat daripada Nabi Muhammad. Ketika baginda menyebut bahawa 70,000 orang akan masuk syurga tanpa hisab. ‘Ukkasyah berkata: "Berdoalah kepada Allah supaya aku termasuk di kalangan mereka itu.
" Rasulullah SAW terus bersabda: "Engkau termasuk di kalangan mereka.
"Kita sedia maklum, bahawa tiada seorang pun yang menerima nikmat syurga, kecuali setelah diberi syafaat atau ditolong oleh Rasulullahmelalui Syafaat Kubra (terbesar), bagi orang yang sedang berada di Padang Mahsyar sebagaimana telah dijelaskan jelas dalam beberapa hadis mutawatir. Perkara ini dikategorikan sebagai memohon syafaat.
Riwayat seperti ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang mulia. Semua hadith tersebut menunjukkan keharusan memohon syafa’at daripada Rasulullah SAW semasa di dunia. Di antara mereka, ialah sahabat yang memohon dengan menentukan permohonannya, “Berilah aku Syafa’at!” Ada yang memohon supaya dapat masuk syurga, atau memohon termasuk dari kalangan orang-orang yang dahulu masuk syurga, atau memohon supaya dapat meminum air telaga Kauthar, atau dapat menjadi teman Baginda SAW di dalam syurga sebagaimana yang dikecapi oleh Rabi’ah al Aslami RA yang pernah berkata, “Aku memohon kepadamu supaya aku dapat menemanimu di syurga!” Lalu Rasulullah SAW menunjukkannya jalan untuk mencapai cita-citanya itu. Rasulullah SAW bersabda, “Bantulah aku untuk (menyempurnakan hajat)mu itu dengan memperbanyakkan sujud.
”Baginda SAW tidak pernah bersabda kepadanya atau kepada sahabat yang memohon masuk syurga, atau memohon dapat bersama Baginda SAW, atau bercita-cita menjadi ahli syurga, atau memohon dapat meminum air telaga Kauthar, atau tergolong di kalangan orang yang mendapat keampunan, “Sesungguhnya permohonan seperti ini adalah haram dan ia tidak boleh diminta sekarang, kerana waktunya belum tiba, dan tunggulah hingga Allah mengizinkan aku untuk memberi syafa’at, atau memasukkan seseorang ke dalam syurga, atau untuk memberi minuman dari Telaga al Kauthar.” Padahal, sebenarnya semua yang diminta oleh para Sahabat RA itu hanya akan terjadi setelah adanya Syafa’at Terbesar. 
Dengan demikian, jelaslah bahawa apa yang mereka minta itu ialah meminta Syafa’at. Nabi Muhammad SAW menggembirakan mereka dengan perkara tersebut dan menjanjikan mereka dengan apa yang menyedapkan hati dan menyejukkan mata mereka. Mustahil jika perkara tersebut suatu perkara yang dilarang, kemudian tidak dijelaskan kepada mereka hukumnya kerana bersikap manis di mulut sahaja atau berputar belit. Rasulullah SAW tidak sekali-kali bersikap penakut atau takut cacian dalam prinsipnya menegakkan kebenaran. Baginda SAW menyambut permohonan mereka dengan meriangkan hati mereka dan menjanjikan perlaksanaannya itu sesuai dengan tuntutan kebenaran dan berasaskan dari asal-usul agama, serta sangat jauh dari segala kebatilan dan kemunafiqan. 
Apabila telah sah memohon Syafa’at daripada Rasulullah SAW di dunia, sebelum di akhirat, bererti, Syafa’at yang diminta daripadanya di dunia, benar-benar akan diperolehi apabila tiba waktunya nanti, iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT mengizinkan para pemberi Syafa’at untuk memberikan Syafa’at mereka. Bukan bererti orang yang memohon Syafa’at daripada Nabi Muhammad SAW ketika di dunia akan menerimanya sebelum sampai masanya. 
Permasalahan ini sebenarnya sama seperti khabar gembira daripada Rasulullah SAW tentang syurga yang dijanjikan kepada kebanyakan orang Mukmin. Maknanya, mereka akan masuk syurga dengan sebenar-benarnya pada masanya iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT mengizinkan mereka memasukinya pada waktu yang telah ditentukan. Bukan bererti bahawa mereka akan memasuki syurga di dunia, atau di alam barzakh. Kita percaya bahawa tiada di sana terdapat umat Islam awam yang berakal mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang bercanggah dari itu.
Wallahu aklam

TAWASSUL: KESIMPULAN


Kenangan bersama ulama semasa majlis tawasul di makam Habib Noh Singapura

 PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
 Setelah kita membahaskan isu tawassul dalam 14 siri yang lepas, sampailah untuk kita menyimpulkan perbahasan kita seperti berikut. Adalah tidak disyaki lagi, bahawa Nabi SAW mempunyai kedudukan yang tinggi, martabat yang mulia dan pangkat yang besar di sisi Allah SWT. Maka syariat dan logik akal yang mana satukah yang menegah bertawassul dengan Baginda SAW, terutamanya apabila terdapat dalil-dalil yang telah menetapkannya di dunia dan akhirat?
Ditegaskan, bahawa dalam bertawassul, kita tidak sekali-kali memohon kepada selain Allah SWTdan tidak berdoa melainkan hanya kepadaNya. Kita hanya berdoa kepadaNya dengan atau melalui apa yang dikasihiNya. Kadang kala kita memohon kepadaNya dengan amalan-amalan soleh kita kerana Dia menyukai dan meredhainya. Kadang kala kita memohon kepadaNya dengan perantaraan makhluk yang dikasihiNya, sebagaimana yang disebut di dalam hadith Nabi Adam AS yang lepas dan hadith Fatimah binti Asad yang telah kita sebutkan dan hadith Uthman ibn Hunaif RA.
Kadang kala kita memohon kepadaNya dengan perantaraan nama-nama Allah yang indah sebagaimana doa Nabi SAW: “Aku memohon kepadaMu dengan sesungguhnya Engkau adalah Allah.” Atau, kadang kala kita memohon kepadaNya dengan sifat atau perbuatanNya, sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam hadith yang lain: “Aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasan azabMu.”
Justeru, tawassul itu tidak terbatas pada ruang yang sempit sebagaimana sangkaan orang-orang yang menolaknya. Rahsianya, adalah sah kita bertawassul dengan semua yang dikasihi oleh Allah. Begitu jugalah halnya dengan sesiapa sahaja yang dikasihi oleh Allah; sama ada dari kalangan nabi atau wali. Ini adalah jelas di sisi setiap insan yang mempunyai fitrah yang sejahtera. Ia tidak ditegah atau ditolak oleh akal dan naqal, bahkan akal dan naqal saling menyokong atas keharusannya. Jelasnya, yang diminta dalam bertawassul ialah Allah yang Esa tanpa ada yang menyengutuiNya; bukan kepada Nabi, wali, kepada yang hidup atau yang mati. Firman Allah SWT: Katakanlah wahai Muhammad, “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari Allah.” Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (Al-Nisaa’: 78)
Jika diterima bahawa harus bertawassul dengan amalan, maka sudah tentu bertawassul dengan Nabi Muhammad SAW lebih utama, kerana Baginda SAW adalah paling mulia dari sekalian makhluk dan segala amalan berpunca daripada amalan Baginda SAW. Allah juga lebih besar kasihNya terhadap Baginda SAW daripada segala amalan dan lain-lainnya. Justeru, tidak ada sebarang penghalang daripada bertawassul dengan Baginda SAW. Tidak lebih dari itu, bahawa seseorang itu bertawassul kerana berkeyakinan bahawa Nabi SAW mempunyai kedudukan di sisi Allah dan orang yang bertawassul tidak mempunyai tujuan yang lain dari itu. Sesiapa yang mengingkari atau menafikan kadar kedudukan Nabi SAW di sisi Allah, maka dia adalah kafir sebagaimana yang telah kita katakan.
Tidak diragui lagi, bahawa orang yang bertawassul dengan perantaraan orang-orang soleh, bertawassul dengannya hanya kerana mereka adalah orang yang melakukan amalan soleh. Maka ia kembali kepada asalnya, iaitu amalan soleh yang sememangnya disepakati keharusan bertawassul dengannya, sebagaimana yang telah kita katakan pada awal perbicaraan.
Semua hadith dan athar yang telah disebutkan, menetapkan dan mendukung keharusan bertawassul. Sekiranya dikatakan, ia hanya khusus semasa hayat Baginda SAW, maka jawapannya: “Pengkhususan yang dikatakan ini tidak langsung mempunyai dalil yang menunjukkan ke atasnya. Sesungguhnya ruh itu adalah kekal dan mempunyai perasaan, pengetahuan dan pemahaman.”
Mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah berpegang bahawa mayat boleh mendengar, merasa dengan pancaindera dan merasa dengan perasaan. Mayat juga boleh mendapat manfaat dengan suatu kebaikan, boleh bergembira, merasa sakit dengan suatu keburukan dan berdukacita. Keadaan ini dinisbahkan kepada manusia kebanyakan secara umum. Atas dasar ini, Nabi SAW pernah menyeru penghuni (perkuburan) al-Qalib yang terdiri daripada kafir Quraisy dalam peperangan Badar, “Wahai ‘Utbah! Wahai Syaibah! Wahai Rabi’ah!” Maka Rasulullah SAW ditanya, “Kenapa tuan memanggil mereka, sedangkan mereka telah menjadi bangkai?” Maka sabda Baginda SAW, “Kalian tidaklah lebih mendengar daripada mereka, cumanya mereka tidak mampu menjawab.”
Jika begini keadaannya bagi manusia kebanyakan, maka bagaimana pula keadaannya dengan seafdhal-afdhal, semulia-mulia dan seagung-agung manusia? Tidak disyaki lagi, bahawa Baginda SAW adalah manusia yang paling sempurna dalam hal dapat merasa dan mengetahui serta paling kuat perasaannya. Sesungguhnya telah diriwayatkan keterangan di dalam hadith yang banyak, bahawa Baginda SAW mendengar percakapan, membalas salam, dibentang kepada Baginda SAW amalan umatnya, Baginda SAW memohon keampunan bagi kejahatan umatnya dan memuji Allah di atas kebaikan mereka.
Hanya orang-orang yang telah mati (hatinya) itu ialah orang yang mempercayai bahawa Nabi SAW tidak mampu mendengar, melihat dan mengetahui keadaan kita. Bahkan, Nabi SAW juga tidak mampu berdoa kepada Allah untuk kita. Apakah jenayah yang lebih besar daripada kesesatan ini? Apakah kejahilan yang lebih teruk daripada kedunguan ini? Mereka benar-benar bersikap kurang ajar dan memperkecil-kecilkan kedudukan Nabi SAW. Sesungguhnya telah saling dokong-mendokong hadith-hadith dan athar yang menetapkan bahawa mayat boleh mendengar, merasa dan mengetahui perkara yang berlaku; tidak kira mayat itu adalah Mukmin atau kafir. Berkata Ibnu al Qayyim di dalam kitab al-Ruh: Ahli Salaf telah berijma’ dalam perkara ini, bahkan telah mutawatir athar-athar berkaitan dengannya. Begitu juga Ibnu Taimiyyah telah dipersoalkan tentang perkara ini. Maka beliau telah mengeluarkan fatwa yang menyokong perkara tersebut. (Al-Fatawa, Jilid 24, ms. 331, 362)
Jika sedemikian halnya bagi kebanyakan manusia, maka apakah fikiran kamu tentang orang-orang Mukmin umumnya, hamba-hamba Allah yang soleh khasnya dan juga penghulu kita Muhammad SAW?
Ulama Islam Yang Bertawassul
Di sini, kita hanya sebutkan nama-nama ulama’ yang masyhur; yang memperkatakan (tentang keharusan) bertawassul atau pun ulama’ yang menaqalkan dalil-dalil mengenainya dari kalangan ulama’ muktabar dan para hafiz hadith. Di antara mereka ialah:
1. Imam al-Hakim RA dalam Kitabnya al-Mustadrak ‘ala al-Sohihain. Beliau telah menyebut hadith tawassul Nabi Adam AS dengan Nabi Muhammad SAW dan mensohihkannya.
2. Imam al-Baihaqi RA dalam kitabnya Dalail al-Nubuwwah telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam AS dan lain-lainnya. Beliau telah mensyaratkan dirinya supaya tidak mengeluarkan sebarang hadith maudhu’ di dalam penulisannya.
3. Imam Jalaluddin Suyuti RA dalam kitabnya al-Khasois al-Kubra telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam AS.
4. Imam Ibnu Jauzi RA dalam kitabnya al-Wafa telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam RA dan yang lainnya.
5. Imam Qadhi ‘Iyadh RA dalam kitabnya al-Syifa telah menyebut dalam bab Ziarah dan bab Fadhl (kelebihan) Nabi SAW banyak dalil yang berkaitan tentang tawassul.
6. Imam Mulla Ali al-Qari dalam Syarahnya atas kitab al-Syifa.
7. Imam al-Qastallani RA dalam kitabnya, al-Mawahib al-Laduniyyah pada bab yang pertama.
8. Imam al-Nawawi RA dalam kitab al-Idhah (bab: 6, ms. 498)
9. Al-Allamah Ibnu Hajar al-Haitami RA dalam Hasyiahnya terhadap kitab al-Idhah, (ms. 499)
10. Al-‘Allamah Imam al-Syaukani RA dalam kitabnya, Tuhfah al Zakirin (ms. 161
11. Al ‘Allamah Imam al-Subki RA dalam kitabnya Syifa’ al Saqqam fi Ziarah Khair al Anam.
12. Al Hafiz ‘Imaduddin Ibnu Kathir RA dalam tafsir firman Allah SWT: “Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri.”(Al-Nisaa’: 64) telah menyebut kisah ‘Utbi dan kisah Tawassul Nabi Adam dengan Nabi S dalam kitab al-Bidayah wa al Nihayah (Beliau tidak menghukum hadith ini dengan maudhu’) (Jilid: 1, ms.180). Beliau juga telah menyebut dalam jilid: 1, ms. 91, kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi dan bertawassul dengan Baginda SAW. Beliau berkata isnadnya adalah sohih. Beliau juga menyebut bahawa Syiar Orang Islam ketika peperangan Yamamah ialah “Ya Muhammad!”) (Jilid: 6, ms.324)
13. Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani RA yang telah menyebut kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi SAW dan bertawassul dengan Baginda SAW dan beliau telah mensohihkan sanadnya dalam kitab Fath al-Bari (Jilid 2 H: 495)
14. Imam al-Mufassir al-Qurtubi RA juga telah menyebut kisah orang Badawi yang bertawassul dengan Baginda SAW di dalam tafsirnya, (Jilid 5, ms.265).
Sudah tentu para pemuka ulama Islam ini adalah lebih wajar diletakkan kepercayaan berkaitan dengan hal-hal keagamaan kita berbanding dengan mereka yang menyesatkan dan mempermasalahkan tawassul. Terutamanya apabila mereka dan yang selain mereka bersepakat dan bersependirian dalam isu ini. Semoga Allah SWT menghimpunkan kita bersama mereka dan Penghulu mereka , Sayyiduna Muhammad SAW

TAWASSUL, ZIARAH DAN KISAH UTBI

            Jika di minggu yang lepas kita telah merenung peristiwa sejarah Saidina Umar dan umat Islam dizamannya bertawassul dengan al-`Abbas RA, pada kali ini mari kita melihat pula satu lagi peristiwa sejarah yang lebih masyhur sebagai kisah `Utbi. Berkata al-Imam al-Hafiz Syeikh ‘Imaduddin Ibnu Kathir: Telah menyebut suatu jema’ah; di antara mereka ialah Syeikh Abu Mansur al-Sobbagh di dalam kitabnya al-Syamil tentang hikayat yang masyhur mengenai ‘Utbi, yang menceritakan:

 TAWASSUL DALAM BENTUK SERUAN

Utusan Malaysia, 15 Mac 2011
             Ke arah kesimpulan bicara kita  di dalam memurnikan kefahaman tentang Tawassul ini, kita akan meninjau pula beberapa catatan sejarah bertawassul secara menyeru Nabi SAW atau orang-orang yang mulia di sisi Allah SWT. Sebahagiannya merupakan perbuatan para Sahabat RA. Sebagai anak buah didikan Rasulullah SAW, sudah tentu mereka ini boleh dijadikan ikutan kita dalam memahami persoalan agama seumpama ini.
Semboyan Perang “Wahai Muhammad!
             Suatu contoh yang menarik ialah Tawassulnya tentera Muslimin dengan menyeru nama Nabi SAW dalam peperangan Yamamah, iaitu peperangan dengan tentera Nabi palsu, Musailamah al-Kazzab. Ibnu Kathir menyebut bahawa syiar atau slogan orang-orang Islam dalam peperangan Yamamah ialah: “Ya Muhammadaah!” (Wahai Nabi Muhammad! Tolonglah!).
 Beliau berkata sebagaimana nasnya: Khalid ibn al-Walid RA membawa bendera hingga berjaya melintasi kawasan musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit, dan memerhatikan bagaimana caranya beliau dapat sampai dekat dengan Musailamah al-Kazzab dan membunuhnya. Kemudian beliau kembali semula kepada barisan tentera. Lalu beliau berhenti di antara dua saf tentera dan berseru untuk berlawan seorang dengan seorang dari kalangan tentera musuh, “Aku adalah putera al Walid yang datang semula, aku adalah putera ‘Aamir dan Zaid.” Kemudian dia melaungkan syiar kaum Muslimin iaitu, “Ya Muhammadaah!” (Al-Bidayah wa al-Nihayah: 6/324).
Jelas dari peristiwa ini bahawa para Sahabat tidak merasa kekok untuk menggunakan seruan ini walaupun ia seolah-olah merupakan suatu permohonan langsung kepada Nabi SAW untuk membantu mereka dalam peperangan tersebut. Pada hakikatnya mereka tidaklah mengharap selain bantuan Allah SWT dengan keberkatan atau perantaraan Rasulullah SAW. Seruan itu juga sebagai himbauan inspirasi dan semangat jihad yang pernah mereka lalui bersama Rasulullah SAW.
Menyeru Nama Nabi SAW Untuk Berubat
           Daripada al-Haitham ibn al-Khannas berkata: Pada suatu hari, ketika kami bersama Abdullah ibn Umar RA, kakinya terasa kejang. Lalu seorang lelaki berkata kepadanya, “Sebutlah nama manusia yang paling kamu kasihi.” Maka dia menyebut, “Wahai Muhammad!” Maka kekejangan kakinya pun sembuh.
Dalam satu riwayat daripada Mujahid: Pada suatu hari kaki seorang lelaki menjadi kebas ketika sedang bersama Ibnu Abbas RA. Maka Ibnu Abbas RA berkata kepadanya, “Sebutlah nama orang yang paling kamu kasihi.” Maka dia berkata, “Muhammad.” Rasa kebas kakinya tiba-tiba hilang. (Kisah ini ada di sebut oleh Ibnu Taymiyyah dalam al-Kalim al-Toyyib, bahagian 47, H: 165) Maka ini juga adalah tawassul dalam bentuk seruan.
Seruan Kepada Selain Nabi SAW
          Daripada Utbah ibn Ghazwan daripada Nabi Allah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu kehilangan sesuatu, atau inginkan pertolongan, sedangkan ketika itu dia berada di tanah (kawasan) yang tiada berpenghuni, maka hendaklah dia mengucapkan, “Wahai hamba Allah! Bantulah aku.” Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang tidak dapat kita lihat.”
          Amalan tawassul ini didapati mujarab.(Riwayat al-Tabrani, sebahagian rijalnya dhaif). Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa malaikat di bumi selain malaikat Hafazah yang ditugaskan mencatat daun pokok yang gugur. Maka apabila seseorang kamu berdepan dengan kesulitan di kawasan bukit tinggi di padang sahara, hendaklah berseru, “Wahai hamba-hamba Allah! Bantulah aku” (Riwayat al-Tabrani, rijalnya thiqah).
          Daripada Abdullah ibn Mas’ud RA berkata: Sabda Rasulullah SAW : ِ"Apabila binatang peliharaan kamu terlepas di tanah lapang, maka hendaklah kamu berseru, “Wahai hamba-hamba Allah! Tahanlah ia. Wahai hamba-hamba Allah! Tahanlah ia”, kerana Allah mempunyai makhluk yang hadir di muka bumi yang akan menahannya.”(Abu Ya`la dan al-Tabrani) Walaupun ada kelemahan dalam sanad sebahagian hadis-hadis ini, tetapi ia saling sokong menyokong.
Nabi SAW Berdoa dengan Seruan Nabi SAW juga pernah bertawassul dalam bentuk seruan.
          Dinyatakan di dalam hadith, bahawa Rasulullah SAW berdoa selepas solat Fajar dua raka’at: “Ya Allah! Wahai Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad! Aku berlindung denganMu daripada api neraka.” Al-Nawawi berkata di dalam al-Azkar: Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibnu al Sunni, telah berkata al Hafiz setelah mentakhrijnya: Ia adalah hadith hasan. (Ibnu Allan, Syarah al-Azkar, Jilid 2 H: 139)
         Pengkhususan sebutan mereka dalam erti kata bertawassul dengan mereka, seolah-olah Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan bertawassul kepadaMu dengan kemuliaan Jibril, Israfil….hingga akhirnya. Ibnu ‘Allan telah mengisyaratkan kepada makna ini di dalam syarahnya, dengan katanya: Bertawassul kepada Allah dengan kemuliaan qudrat ruh-ruh yang hebat ini; yang dikaitkan dengan kehidupan; mempunyai kesan yang besar kepada terhasilnya hajat-hajat dan tercapainya keinginan-keinginan yang penting.
          Begitu juga penjelasan Ibnu ‘Allan di dalam Syarh al Azkar, tentang pensyariatan tawassul, beliau berkata sebagai memberikan komentar terhadap hadith, “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kemuliaan orang-orang yang memohon.” Di dalam hadith ini terdapat keharusan bertawassul dengan kemuliaan orang-orang yang mulia secara umum dari kalangan orang-orang yang meminta (kepada Allah), dan juga orang-orang yang seperti mereka, lebih-lebih lagi lah para Nabi dan juga Rasul.
          Maka bolehlah disimpulkan bahawa bertawassul dalam bentuk menyeru nama Nabi SAW atau orang-orang yang disepakati kemuliaan mereka disisi Allah SWT adalah dibolehkan dalam Islam. Tinggal lagi perbuatan ini haruslah disertai dengan keyakinan yang murni bahawa pada tahap yang sebenar, kuasa membantu dan menolong seseorang hanyalah milik Allah SWT.  Wa allahu Aqlam

Ketika aku sedang duduk di sisi maqam Nabi SAW, datang seorang Arab Dusun lalu mengucapkan: “Salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah SAW! Aku telah mendengar Allah SWT berfirman: “Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Nisa`: 64) Sesungguhnya aku datang kepadamu kerana memohon keampunan dari segala dosaku, dan mengharapkan syafa’atmu kepada Tuhanku.”Setelah itu, Arab Dusun tersebut mendendangkan beberapa bait syair: “Wahai penghuni kuburan yang tulang-belulangnya di tanah yang suci ini, kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji.”“Jiwaku sedia berkorban terhadap orang yang mendiami kuburan ini, yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati.” Kemudian orang Arab Dusun itu beredar dari situ. Peristiwa tersebut terbawa-bawa dalam tidurku. Lalu aku bermimpi melihat Nabi SAW bersabda kepadaku, “Wahai ‘Utbi! Pergi dapatkan lelaki itu dan sampaikan berita gembira kepadanya, bahawa Allah telah mengampunkan dosanya.”
Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya yang dikenali dengan al-Idhah (ms. 498). Ia juga diriwayatkan oleh al Hafiz ‘Imaduddin Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya yang begitu masyhur ketika mentafsirkan ayat di atas. Kisah ini turut diriwayatkan oleh Syeikh Abu Muhammad Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni (jilid 3, ms.556). Ia juga dinaqalkan oleh Syeikh Abu al Farj Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al-Syarh al-Kabir (Jilid 3, ms.495). Selain itu, ia juga dinaqalkan oleh Syeikh Mansur ibn Yunus al-Buhuti di dalam kitabnya yang dikenali dengan Kasyshaf al-Qina’; salah sebuah kitab termasyur dalam mazhab Hanbali (Jilid 5, ms.30).
Imam al Qurtubi, seorang ulama’ besar yang menjadi sandaran ahli Tafsir, menyebut kisah yang hampir sama di dalam tafsirnya yang terkenal, al-Jami’ li Ahkam al-Quran.Beliau berkata: Telah meriwayatkan Abu Sodiq daripada Ali berkata:
“Telah datang kepada kami seorang Arab Dusun selepas tiga hari kami mengkebumikan jenazah Rasulullah J. Dia melemparkan dirinya di sisi maqam Rasulullah   dan melumurkan debu-debunya di atas kepalanya. Lalu dia berkata, “Engkau telah bersabda, wahai Rasulullah! Dan Aku telah mendengar sabdamu itu. Aku telah mengingatinya daripada Allah dan daripadamu (ayat tersebut). Antara yang diturunkan oleh Allah kepadamu: “Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
“Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dan aku datang kepadamu untuk meminta agar engkau memohon keampunan untukku.” Lalu berseru suatu suara dari Maqam, “Sesungguhnya kamu telah diampunkan.” (Al-Jami` li al-Ahkam al-Quran, Jilid 5, ms. 265)
Inilah kisah al ‘Utbi, dan mereka yang telah disebutkan di atas adalah ulama’ yang telah menaqalkan kisah ini; sama ada dengan sanad yang sohih atau pun dha’if; yang boleh menjadi sandaran para ahli hadith di dalam menentukan suatu khabar. Maka kita ingin bertanya, adakah para tokoh ulama ini menaqalkan sesuatu yang menimbulkan kekufuran dan kesyirikan? Atau, apakah mereka menaqalkan sesuatu yang membawa kepada penyembahan berhala dan peribadatan kepada kubur? Jika perkara tersebut sedemikian, maka apakah wajar diletakkan kepercayaan kepada mereka atau kepada kitab-kitab mereka? Sedangkan kita semua maklum kedudukan mereka dan kitab-kitab mereka ini di sisi umat Islam. “Maha Suci Engkau, ya Allah! Ini adalah satu pembohongan yang besar.”
Sebagaimana yang lepas, disebutkan dua bait syair yang didendangkan oleh orang Arab Dusun tersebut ketika menziarahi Nabi SAW. Ia diriwayatkan oleh al ‘Utbi, seperti berikut: “Wahai penghuni kuburan yang tulang-belulangnya di tanah yang suci ini, kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji.”“Jiwaku sedia berkorban terhadap orang yang mendiami kuburan ini, yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati.”
Bait syair ini, dengan kurniaan Allah tertulis di bahagian hadapan maqam Nabi SAW yang mulia; di tiang yang terdapat di antara tingkap bilik maqam Rasulullah SAW. Tulisan itu boleh dilihat oleh semua, yang mulia mahupun hina sejak beratus-ratus tahun hingga zaman kita ini. Ia mengingatkan sekalian yang hadir tentang betapa mulianya maqam yang sedang diziarahi oleh mereka yang menziarahinya. Secara tidak langsung ia juga mengingatkan kita tentang sikap dan budaya para Salaf dalam menziarahi dan bermuamalah dengan Rasulullah SAW sesudah kewafatan Baginda SAW. 
Mereka tidak merasa canggung untuk memuliakan maqam Rasulullah SAW. Tidak kekok untuk berbahasa dengan Baginda SAW dengan nama panggilan pertama, sama seperti bicara mereka dengan Baginda ketika hayat Baginda SAW. Tidak melepaskan peluang ziarah yang mulia itu untuk mengadu dan memohon bantuan dan syafa`at Baginda SAW sebagai wasilah mereka yang paling ampuh kepada Allah SWT. Pendek kata, mereka tidaklah cenderung untuk mengaitkan ziarah maqam yang paling mulia itu dengan gejala kesyirikan, bid`ah mahupun kesesatan.
Maka di musim umat Islam berziarah ke Tanah Suci ini, marilah kita memperbetulkan kefahaman kita tentang empunya maqam yang kita ziarahi di kota Madinah yang bercahaya itu. Janganlah dalam kita membawa jasad kita menghampiri Nabi SAW, hati kita dipenuhi dengan pra-sangka dan salah-sangka yang pada hakikatnya lebih menjauhkan diri kita daripada hadrat Nabi SAW lantas menjauhkan pula kita dengan Allah SWT. Bersiaplah dan berziarahlah sebagaimana tuan-tuan menziarahi Nabi SAW yang hidup dan bersemayam atas takhta kenabian Baginda SAW. Kerana itulah hakikatnya dan Baginda SAW amat sedar dan tahu tentang setiap yang menziarahinya, mengucap selawat dan salam ke atasnya dan merindui Baginda SAW.
TAWASSUL SAIDINA UMAR DENGAN AL ABBAS
Arkib Utusan Malaysia, 21 Mac 2011
               Kisah masyhur ini penting untuk kita renungi secara khusus kerana ada di sana mereka yang mendakwa bahawa ia hanya dalil membolehkan tawassul dengan seorang yang masih hidup. Manakala bertawassul dengan seorang yang telah mati dikatakan salah dan membawa kepada syirik.
              Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sohihnya, daripada Anas RA berkata: “Bahawa Umar ibn al Khattab RA apabila mereka ditimpa kemarau, beliau meminta diturunkan hujan dengan kemuliaan Abbas ibn Abdul Muttalib RA, dengan doanya: “Ya Allah! Sesungguhnya kami dahulu sering bertawassul dengan kemuliaan NabiMu, maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Sekarang, kami bertawassul pula dengan bapa saudara nabi kami, maka turunkanlah hujan kepada kami.”
             Al-Zubair ibn Bikar telah meriwayatkan kisah ini di dalam al-Ansab dari beberapa jalan dan jalan perawi yang lain; yang meriwayatkan kisah ini dengan lebih ringkas. Daripada Abdullah ibn Umar RA berkata:Umar ibn al Khattab  telah meminta diturunkan hujan pada tahun al-Ramadah dengan kemuliaan ‘Abbas ibn Abdul Muttalib RA. Dinamakan Ramadah kerana banyaknya debu-debu yang beterbangan akibat terlalu lama tidak turun hujan. Lalu Umar RA berucap kepada orang ramai :
“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Rasulullah SAW memandang (menghormati) Abbas RA sebagaimana seorang anak memandang (menghormati) bapanya. Maka ikutlah wahai sekalian manusia cara Rasulullah S menghormati bapa saudaranya, ‘Abbas  dan jadikanlah dia sebagai wasilah kepada Allah. Berdoalah, wahai ‘Abbas!”
            Di antara doa ‘Abbas RA ialah: “Ya Allah! Sesungguhnya bala tidak akan turun melainkan kerana dosa dan ia tidak akan lenyap melainkan dengan taubat. Sesungguhnya umat ini telah bertawajjuh denganku kepadaMu kerana kedudukanku di sisi NabiMu SAW, dan ini adalah tangan-tangan kami yang melakukan dosa-dosa meminta kepadamu, sedang ubun-ubun kami tunduk kepadaMu dengan taubat. Maka siramilah kami dengan hujan dan peliharalah, ya Allah! Nabi kami SAW pada bapa saudaranya.”
Maka langit menjadi mendung seperti bukit dan menurunkan hujan hingga tanah menjadi subur dan manusia dapat meneruskan kehidupan mereka. Maka ramailah orang menemui ‘Abbas RA menyapu jasadnya yang mulia (sebagai tanda terima kasih). Mereka berkata kepadanya, “Berbahagialah kamu, wahai penyiram al Haramain.” Umar RA berkata berikutan hal tersebut, “Demi Allah! Dia (‘Abbas RA) adalah wasilah kami kepada Allah dan orang yang mempunyai kedudukan di sisi Nabi SAW.

******
             Sebenarnya, Umar RA berhak mengimamkan orang ramai untuk memohon diturunkan hujan kepada mereka. Namun, Umar RA mendahulukan ‘Abbas RA untuk meminta hujan kerana membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW dan memuliakan keluarganya. Beliau mendahulukan bapa saudara Nabi SAW daripada dirinya sendiri untuk mencapai sebaik-baik tawassul dengan Rasulullah SAW mengikut apa yang termampu. Beliau juga menggalakkan orang ramai menjadikan ‘Abbas RA sebagai wasilah mereka kepada Allah. Maka beliau meminta diturunkan hujan bagi mereka di tempat solat Nabi SAW untuk mencapai cara yang terbaik dalam mengagungkan Rasulullah SAW dan menguatkan kelebihan ahli baitnya.
            Sikap Umar RA ini jelas dalam doanya yang bermaksud, dahulu kami bertawassul kepadaMu dengan cara Rasulullah SAW keluar bersama orang ramai ke tempat solat, doa Baginda SAW untuk mereka dan solat yang Baginda SAW lakukan bersama mereka. Tetapi sekarang, oleh kerana cara itu tidak dapat dilakukan lagi disebabkan Baginda SAW telah wafat, maka saya mendahulukan insan yang terdiri dari kalangan ahli baitnya (mengimamkan solat kami) agar doa kami lebih diharapkan mendapat penerimaan dan mustajab daripada Allah. 
           ‘Abbas RA juga ketika berdoa, dia bertawassul dengan Rasulullah SAW sebagaimana doanya: “Umat ini telah mendekatiMu dengan bertawassul denganku kerana kedudukanku di sisi NabiMu SAW (sebagai bapa saudaranya). Maka peliharalah, ya Allah! NabiMu pada bapa saudaranya.” Maksudnya, terimalah doaku kerana NabiMu SAW.
Persoalan ini termasuk dalam permasalahan istisqa’ (memohon diturunkan hujan). Ia tiada kaitan dengan tawassul yang baru sahaja kita bicarakan sebentar tadi dan diperselisihkan. Ini adalah perkara yang diketahui oleh mereka yang mempunyai dua mata, kerana kisah ini menunjukkan dengan jelas bahawa mereka telah ditimpa kemarau dan berhajat untuk meminta pertolongan dengan melakukan solat istisqa’ (minta hujan). Untuk mendirikannya, sudah tentu memerlukan kepada seorang imam yang akan solat dengan mereka, berdoa untuk mereka dan mendirikan syiar Islam ini yang pernah ditegakkan oleh Nabi SAW ketika berada di alam pentaklifan (dunia) seperti syiar-syiar agama yang lain; menjadi imam, solat Jumaat dan berkhutbah. Kesemuanya ini adalah tugasan dalam pentaklifan yang tentu sahaja tidak boleh didirikan oleh penghuni alam barzakh kerana telah terputusnya pentaklifan daripada mereka dan kesibukan mereka dengan sesuatu yang lebih besar daripada itu.
Orang yang memahami bahawa Umar RA hanya bertawassul dengan ‘Abbas RA dan tidak bertawassul dengan Rasulullah SAW kerana ‘Abbas RA masih hidup dan Nabi SAW telah wafat, adalah orang yang telah mati kefahamannya, dikuasai oleh keraguannya dan hanya mengajak dirinya menilai dengan kejahilannya yang nyata. Atau pun, dia telah dikuasai oleh sifat ekstrim dengan pendapat sendiri yang ada dalam dirinya. Sesungguhnya Umar RA bertawassul dengan ‘Abbas RA hanya kerana hubungan kerabat yang dimiliki oleh ‘Abbas RA dengan Rasulullah SAW, sebagaimana yang ditunjuki di dalam doanya, “Sesungguhnya kami bertawassul kepadaMu dengan kemuliaan bapa saudara nabi kami, maka turunkanlah hujan kepada kami.” Dengan doanya itu, dia telah bertawassul dengan Rasulullah SAW melalui cara yang paling baik.
Sesungguhnya telah melencong terlalu jauh, orang yang melemparkan tuduhan syirik ke atas orang-orang Islam disebabkan perbuatan tersebut, sedangkan dia mengharuskan tawassul dengan orang hidup. Sekiranya bertawassul itu adalah syirik, sudah tentu ia tidak harus; tidak kira dengan kemuliaan orang yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Bukankah adanya kepercayaan sifat rububiyyah (ketuhanan) dan melayakkan peribadatan kepada selain Allah; sama ada kepada nabi, malaikat atau wali adalah perbuatan syirik dan kufur; tidak boleh dilakukan tanpa mengira sama ada ketika hidupnya di dunia atau di akhirat? Adakah kita pernah mendengar seseorang berkata: Sesungguhnya mengi’tiqadkan sifat rububiyyah kepada selain Allah, adalah harus jika ia masih hidup, tetapi syirik jika ia telah mati?!
Maka ketahuilah bahawa menjadikan insan yang dimuliakan sebagai wasilah kepada Allah bukan bermakna menyembah wasilah tersebut kecuali apabila dia mengi’tiqadkan bahawa wasilah itu adalah Tuhan sebagaimana keyakinan penyembah-penyembah berhala terhadap berhala-berhala sembahan mereka. Apabila orang yang bertawassul tidak ada keyakinan sedemikian, maka dia melakukannya kerana diperintahkan oleh Allah supaya mengambil wasilah. Dari yang demikian, maka mengambil wasilah adalah suatu bentuk ibadah kepada Yang Memerintahkan perkara tersebut, iaitu Allah SWT.

BERTAWASSUL DENGAN MAQAM NABI SAW

               PADA minggu ini kita melihat pula perbuatan para sahabat yang bertawassul dengan makam Nabi SAW. Perbuatan mereka ini boleh dijadikan sandaran bahawa ia bukanlah suatu kesalahan dan menjernihkan lagi kefahaman kita tentang tawassul ini.
Berkata al-Imam al-Hafiz al-Darimi di dalam kitabnya al-Sunan, bab kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya: Pada suatu masa, penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. Maka mereka mengadu kepada Sayyidah Aisyah RA, lalu Sayyidah Aisyah RA berkata, "Perhatikanlah makam Rasulullah SAW. Maka buatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di antara maqamnya dengan langit."
Aus ibnu Abdullah berkata: "Maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk, (seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun al-Fatq (binatang gemuk dan berlemak) (Sunan al-Darimi Jld 1, H: 43)."
Inilah yang dinamakan bertawassul dengan makam baginda SAW. Bukan kerana ia adalah kubur semata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan kekasih Tuhan semesta alam. Maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan Baginda SAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.
Jika dikaji sanad hadis ini maka kita dapati ia tidak mengapa (untuk digunakan). Bahkan di sisi saya, sanadnya adalah amat baik. Ia telah diterima baik oleh ulama dan mereka telah menjadikan sanad seperti ini sebagai pendukung kepada hadis yang lain, bahkan dengan sanad yang mempunyai kriteria yang lebih rendah daripada itu.
Sebahagian ulama berkata bahawa athar ini mauquf (terhenti atau disandarkan) kepada Aisyah, dan beliau adalah seorang sahabat, sedangkan perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan sebagai hujah.
Jawapannya ialah, sekalipun bertawassul dengan makam Rasulullah SAW hanyalah lahir daripada idea Aisyah, namun beliau adalah seorang yang terkenal dengan keluasan dan kesaratan ilmunya dan beliau melakukan perbuatan tersebut di Madinah, di tengah-tengah ulama yang terdiri daripada sahabat yang hebat.
Kisah ini sudah cukup bagi kami menjadikan dalil bahawa Sayyidah Aisyah, Ummul Mukminin mengetahui bahawa Rasulullah SAW tetap mengasihi dan memberikan pertolongan kepada umatnya selepas kewafatannya. Orang yang menziarahinya dan memohon syafaat dengannya pasti akan diberikan syafaat sebagaimana yang dilakukan oleh Ummul Mukminin.
Perbuatannya ini tidak termasuk di dalam kategori amalan syirik atau salah satu jalan menuju kesyirikan sebagaimana anggapan salah golongan yang mempermudahkan urusan mengkafirkan dan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya Aisyah dan orang yang menyaksikannya bukanlah orang yang buta dan jahil tentang kesyirikan.
Kisah ini membatalkan hujah mereka yang suka mengkafirkan dan menyesatkan golongan yang mengharuskan bertawassul dengan Nabi SAW selepas kewafatannya. Kisah ini telah menegaskan bahawa Nabi SAW tetap mengambil berat dan prihatin tentang keadaan umatnya di dalam maqamnya sekalipun telah wafat. Telah diriwayatkan bahawa Sayyidah ‘Aisyah RA pernah berkata:
"Pada suatu ketika, aku masuk ke dalam rumahku yang terdapat makam Rasulullah SAW dan ayahandaku di dalamnya dan aku tidak menutup auratku di situ, dan aku berkata tidak mengapa kerana yang ada hanyalah suami dan ayahandaku.
"Setelah Umar ibn al Khattab dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW dan ayahandaku, maka demi Allah aku tidak pernah masuk ke dalamnya melainkan dalam keadaan menutup aurat kerana malu dengan Umar RA." (riwayat Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Haithami mengatakan dalam Majma’ al-Zawaid bahawa rijalnya sahih).
Aisyah tidak melakukan suatu perkara yang batil. Tetapi dia mengetahui bahawa Nabi SAW dan kedua orang temannya mengetahui siapakah insan yang berada di sisi kubur mereka

Mengingati kematian kunci kepada sifat mahmudah

KEHIDUPAN manusia di dunia sentiasa diwarnai aneka versi hati. Tidak kurang yang membiarkan hati diserang virus penyakit sehingga menggelapkan sekali gus menjerumuskan diri dalam dominasi sifat mazmumah.

Islam menegah umatnya bersifat iri hati, berdengki, suka khianat, bercakap bohong dan berdendam. Semua sifat keji itu tidak harus menyelubungi lubuk hati. Jadi, bagaimana kita dapat merawat hati sedemikian?
Banyak kaedah digariskan Islam dalam menangani hati berpenyakit, antara yang terbaik dan sepatutnya kita selalu amalkan ialah mengingati mati. Inilah terapi agung yang boleh memulihara hati daripada gelap dan kotor kepada hati suci bersih.
Mengingati mati bermakna kita ingat akan untung nasib di akhirat. Menyentuh hal ini, Imam As-Syafie ada berpesan: “Perbanyakkanlah menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal keduniaan, perbanyakkanlah menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.”
Khalifah Umar Abdul Aziz ada berpesan yang baik untuk kita jadikan panduan dalam melalui kehidupan dunia dengan banyak mengingati hari mati.
Katanya: “Dunia bukanlah kediaman abadi kalian. Allah telah menetapkan dunia sebagai alam yang fana, Allah juga telah menetapkan kesukaran kepada penghuni dunia selama hidup di dunia. Berapa banyakkah bangunan yang baru dibina sudah hancur? Berapa banyakkah orang yang hidup mewah dan kemudian hidup melarat? Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, persiapkanlah bekalan kalian untuk mengharungi perjalanan untuk menuju akhirat. Bekalan yang terbaik adalah ketakwaan. Dunia hanyalah persinggahan sementara bagi manusia. Seseorang mukmin itu seharusnya memiliki salah satu daripada dua keadaan, iaitu pertama, bersikap seperti orang asing yang tinggal di negeri asing dan impiannya adalah untuk pulang ke negeri asalnya. Kedua, bersikap seperti seorang musafir yang tiada tempat tinggal tetap, siang dan malam baginya adalah perjalanan menuju ke kampung halaman.”
Panjang dan padat khutbah Umar Abdul Aziz itu, tetapi tersurat dan tersirat makna yang boleh menjernihkan mata hati kita menyusuri alam kehidupan di dunia ini.
Begitu juga pesanan tokoh ulama silam, Abdullah bin Dawud yang mengatakan: “Apabila ada di antara kaum Salaf sudah menjangkau umur 40 tahun, ia mulai ‘melipat tilam’ iaitu tidak akan tidur sepanjang malam. Mereka selalu menunaikan solat, bertasbih dan beristighfar serta mengejar segala perkara yang tertinggal pada umur sebelumnya dengan amalan kebaikan pada hari sesudahnya.”
Inilah contoh golongan mukmin yang sentiasa mengingati hari kematiannya dan selalu takut berakhirnya hayat di badan dengan kekurangan amal ibadah serta amalan kebajikan.
Mukmin yang hatinya sentiasa mengingati kematian sudah tentu akan mengisi agenda kehidupan dengan bermuhasabah diri untuk meninjau segala dosa serta kecacatan pernah dilakukan. Hati mereka tentu sekali akan dipaut untuk melakukan transformasi ke arah sifat mahmudah dan sentiasa menyukai kebaikan.
Abu Hazim Salamah bin Dinar ada berpesan: “Kekayaan menuju akhirat amat sedikit. Oleh itu, perbanyakkanlah kekayaan itu apabila ia semakin berkurangan dan terhakis kerana suatu hari nanti kita tidak lagi memiliki kekayaan itu walaupun hanya sedikit, apatah lagi banyak.”
Setiap hari berlalu bermakna hari kematian semakin menghampiri. Jika kehidupan kita masih tidak berubah ke arah kebaikan bermakna kita mempunyai petanda lupakan kematian dan lupakan alam akhirat.
Dalam hal ini, ada baiknya kita hayati mutiara kata Yahya bin Muadz: “Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang bersedih kerana hartanya berkurangan, tetapi tidak bersedih apabila umurnya berkurangan.”
Dalam satu khutbah, Umar Abdul Aziz dalam keadaan sebak dan menangis ada mengatakan kepada rakyatnya: “Wahai kaum muslimin. Sesungguhnya kalian diciptakan untuk suatu urusan. Jika kalian mempercayainya bererti kalian bebal. Jika kalian mendustakannya bererti kalian binasa. Kalian diciptakan untuk suatu keabadian, namun berpindah daripada suatu alam ke alam lain. Wahai hamba Allah.
Kalian kini berada di alam yang mana makanan kalian boleh menyebabkan kalian tersedak dan minuman kalian boleh menyebabkan kalian kembung. Tidak ada nikmat murni yang menggembirakan hati, kecuali ketika kenikmatan itu pergi akan menyebabkan hati tidak tenang. Maka beramallah sesuai dengan tuntutan takdir untuk menuju ke alam keabadian.”
Demikian peringatan dan pesanan tokoh ilmuwan Islam dulu berkenaan pentingnya menjalani kehidupan di dunia dengan membawa bekal untuk akhirat. Sekali gus memberi makna bahawa kita seharusnya sentiasa ingat kepada saat kematian.

Gambaran kiamat menurut al-Quran

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.


Sebab nuzul

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).

Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:
i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.
ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.

Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:
i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.
ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.
Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.

Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:

i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.
ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud

Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal

ampuni kami