Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, May 3, 2011

IBNU FATHANI

Saya bersama Ibnu Fathani  
Siapa Ibnu Fathani?
Semalam ada sahabat bertanya pada saya siapa Ibnu Fathani , adakah saya atau siapa?
Ramai yang anggap saya Ibnu Fathani kerana saya pernah menuntut di Pondok Dala , Pondok Baba Hussein Fathani selama hampir dua tahun .
Hari ini saya jawab .
Ibnu Fathani adalah sahabat seperjuangan saya . Ibnu Fathani gelaran kepada Muhamad Amin bin Suhaimi .
Beliau anak kepada Ustaz Suhaimi ( murid Tuan Guru Hj Man Guar Kepayang , Pendang , Kedah) .
Ayah beliau sekranag mengganti Tuan Guru Haji Abdul Rahman mengajar di Pondok Guar Kepayang .
Ibn Fathani sanggat minat dan sanggat tinggi nilai kecintaan beliau pada para ulama .
Ibnu Fathani memiliki kemampuan mengkaji sejarah ulama .
Puluhan ribu gamabar ulama beliau miliki .
Beliau minat mengumpulkan gambar ulama dan mengumpul sejrah ulama.
Seringkali saya dan beliau turun ke pogram-pogram anjuran pondok atau pogram parti .
Saya anggap beliau seperti adik saya sendiri . Akhlak beliau yang lembut mudah didekati sunggu mulia akhlak beliau .

Semasa beliau belajar di Sek Maktab Mahmud Pendang saya pernah berkata pada beliau " Amin enta memiliki kemampuan mengkaji sejarah ulama , enta minat bidang ini maka jangan sia-siakan kebolehan ini , enta perlu mengganti Allyarham Syeikh Wan Shorir (Pengkaji  Khazanah Al Fathaniah)

Ibnu Fathani dari darah ulama , Insyallah beliau mampu memikul tugas ini .
Pernah saya minta beliau membukukan sejarah ulama negeri Kedah yang masih ada sekarang . Masa ulama hidup kita perlu kenal dan dampinggi mereka . Rami orang kenal ulama setelah ulama itu meninggal , masa hidup mereka tidak kenal , ini sangat-sangat rugi .

Insyallah Ibnu Fathani akan memikul amanah ini , kita ummat Islam mesti menyokong usha ini .
Insyallah 3 tahun lagi saya bersama Ibnu Fathani dan rakan-rakan lain akan buat Jubi Emas KITAB BAKURAH . Doa agar usha kami berjaya dan perjuangan kami dipermudahkan Allah dan diberkati .

Sekarang beliau banyak membantu usha memperkenalkan ulama .
Lihat blog beliau
http://rijalmuhibbin.blogspot.com/
http://ibnufathani.blogspot.com/

Diantara video yang beliau hasilkan untuk perkenalkan ulama :
http://www.youtube.com/watch?v=WCbtyyM526s&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=v8X7dCVSpYA

http://www.youtube.com/watch?v=qHGko1MrUkM

http://www.youtube.com/watch?v=_W8Iv5NfxQY

http://www.youtube.com/watch?v=4-1XIO1QbcE&feature=related

Sekarang kami sentiasa bersama di pogram-pogram ulama .
Insyallah ukhwah ini akan diteruskan hingga ke Syurga ameen .

No comments:

Post a Comment