Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, December 28, 2009

UCAPAN GURU YANG MULIA SHEIKH YUSUF , DI PONDOK SIK


HABIB DI PONDOK SIK

MEMULAI UCAPAN ,SHEIKH YUSUF BERSELAWAT SYIFA.
BERKATA SHEIKH YANG MULIA
"KEMULIAN SESEORANG ADALAH DENGAN ILMU. JANGAN KAMU MEMULIA
SAYA KERANA SAYA NASAB KETURUNAN RASULALLAH , TETAPI SAYA MAHU KAMU MULIAKAN KERANA
ILMU ALLAH .SAYA MAHU KAMU MEMPELAJARI AGAMA. BELAJARLAH ILMU DENGAN IKHLAS KERANA
JADIKANLAH DUNIA UNTUK MENCARI ILMU , BUKAN ILMU MENCARI DUNIA.
KAMU KENA IKHLAS MEMPELAJARI AGAMA. KAMU PERLU YAKIN KEPADA REZEKI ALLAH .
BELAJARLAH AGAMA , ALLAH MENJAMIN REZEKI KAMU . TAWAKAL PADA ALLAH . SATU BENDA
YANG SANGAT HINA BAGI PELAJAR AGAMA YANG TIDAK YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH PADA HAL
MEREKA BERIMAN DENGAN BENDA GHAIB .MASYARAKAT DISINI SANGAT BERUNTUNG KERANA
DAPAT DUDUK BERSAMA SHEIKH SALLEH(TOK GURU HJ SALLEH) KERANA MAJLIS ILMU MERUPAKAN
PUSAKA SEBENAR RASULALLAH , INI NIKMAT YANG PALING MULIA DAN BESAR DARI DUNIA DAN
KEKAYAAN HARTA.

SHEIKH DENGAN LANTANG MENGHENTAM WAHABI DAN SYIAH , DAN MENYERU SUPAYA UMAT
BERPEGANG TEGUH DENGAH FAHAMAN SALAF YANG DIBAWA IMAM MAZHAB 4 IMAM HANAFI , IMAM MALIKI , IMAM SYAFIE, IMAM HAMBALI . SYEIKH BERKATA GOLONGAN WAHABHI MERUPAKAN PAHAMAN BARU YANG MENDAKWA MEREKA BERFAHAMAN SALAF , PADAHAL WAHABI PENDUSTA . WAHABI MENOLAK ULAMA . IMAM MAZHAB 4 LEBIH HAMPIR PADA ZAMAN SALAF , SAHABAT , DAN LEBIH TAKUT PADA ALLAH . PADA HAL WAHABI SESAT DENGAN MENOLAK ULAMA. SHEIKH MENYERU KITA SUPAYA BERPEGANG TEGUH DENGAN ULAMA MAZHAB 4 .
WAHABI TIDAK FAHAM AYAT AL QURAN YANG MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT .

SYIAH PULA MEMAKAI SLOGAN NAMA AHLI BAIT YANG PERIHATIN PADA SAIDINA ALI . SYIAH SESAT , BIADAB ,MENGHINA SAHABAT YANG MULIA SAIDINA ABU BAKAR , SAIDINA OMAR , SAIDINA OTHMAN.SAIDINA ALI MENGAKU BAHAWA TAAT SETIA PADA KHULAFA SEBELUM BELIAU . SYIAH TIDAK PERNAH MENDAPAT TEMPAT PADA ZAMAN SAHABAT .
SYIAH MERUPAKAN PELAMPAU AGAMA YANG BARU SAHAJA WUJUD SELEPAS SAHABAT

BANYAK LAGI NASIHAT SHEIKH YANG MULIA
MAJLIS ILMU BELIAU DITANGGUHKAN DENGAN DOA OLEH BELIAU SENDIRI .


.

LEBIH 6000 ORANG MENYAMBUT KEDATANGAN SHEIKH YUSUF AL HASANI ,DI PONDOK SIK

href="http://3.bp.Ulama keturunan Rasulullah disambut


PEKAN SIK - Lebih 6,000 orang membanjiri Madrasah Ar-Rahmaniah, (Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa), semata-mata menyambut kehadiran ulama keturunan Rasulullah, Sheikh Habib Yusuf Al-Hasani.

Beliau yang juga bekas mufti Kanada, berkata, kemuliaan seseorang adalah dinilai dari segi ketinggian ilmunya, bukan di sebabkan oleh nasib, walaupun dirinya dilahirkan dalam kalangan keturunan Rasulullah.
Menurutnya, masyarakat perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa, dan perlu mempelajari dengan seikhlasnya, serta menjadikan dunia tempat menimba ilmu, bukannya ilmu untuk mencari dunia.
“Menjadi satu perkara tidak baik bagi orang yang mengaku dirinya beriman, namun tidak yakin dengan rezeki diterimanya.
“Perkara yang paling penting dan perlu disemat dalam diri setiap individu ialah sentiasa bertawakal kepada Allah, dalam memegang amanah dan mempertahankan agama,” katanya sewaktu berucap dalam Program Ziarah dan Dakwah, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, antara nikmat yang paling mahal dalam kalangan masyarakat setempat adalah mendapat pendidikan agama daripada Sheikh Salleh (Tuan Guru Haji Salleh Musa), kerana majlis ilmu ini adalah pusaka sebenar Rasulullah.

“Masyarakat juga perlu berpegang teguh dengan ahli Sunnah mengikut aliran Salaf, dan menghentam dengan tegas dengan menolak fahaman Wahabi yang mengatakan, mereka mengikut aliran Salaf tetapi pada hakikatnya ia hanya dakwaan semata-mata.

“Golongan Wahabi adalah golongan ekstrem agama yang menolak Mazhaf Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, justeru masyarakat diminta tidak meninggalkan ulama yang berpegang teguh kepada aliran Salaf,” katanya.

Menurutnya, Imam Empat Mazhab lebih rapat pada zaman Salaf, sahabat Rasulullah, dan istilah Wahabi sebenarnya baru sahaja ditimbulkan, dalam kalangan masyarakat pada zaman ini.

“Golongan Syiah adalah golongan pelampau agama kerana amat biadab menghina sahabat, dan syukurlah masyarakat Islam di sini, sangat menghargai majlis-majlis ilmu yang dapat memberi mereka pelbagai maklumat yang bermanfaat,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Haji Salleh Musa, berkata, beliau amat terharu menerima tetamu mulia iaitu Ulama Keturunan Rasulullah, mudah-mudahan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

“Jalinan kasih sayang antara kita dan ulama penting, kerana di akhirat kelak kita perlu menumpang syafaat mereka, dan program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya.

Setiausaha Madrasah Ar-Rahmaniah, Muhammad Fazilul Helmi Raidzan, berkata, kerjasama daripada seluruh pihak, seperti Persatuan Ulama Kedah, Ahli Jawatankuasa Madrasah dan Ahli Parlimen Sik amat dihargai.blogspot.com/_yXlaHdaQvAE/Sz9kdGA1iqI/AAAAAAAAAaU/C6v8HxFJPbI/s1600-h/DSC_0139.JPG">

Wednesday, December 16, 2009

POGRAM ZIARAH @DAKWAH SYEIKH HABIB YUSUF AL HASSANI DI PONDOK SIK 25.12.09 JUMAAT 9 PAGI

/syeikh+yusuf.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5420323080145116914" />

TOLONG SEBARKAN !
ALHAMDULILLAH PADA 16.12.09 , SAYA DAN TN GURU DIKEJUTKAN DENGAN BERITA HABIB YUSUF KETURUNAN RASULALLAH NAK DATANG LAWAT PONDOK .
USTAZ MAD NOH WAKIL PERSATUAN ULAMA KEDAH HUBUNGI SAYA SEBAGAI SU PONDOK , SAYA MINTA UST MAD NOH DATANG BERBINCANG TARIKH DAN MASA SESUAI HABIB DATANG .
MAKA TN GURU MENETAPKAN HARI JUMAAT , 9 PAGI, 25.12.09 .
DIJEMPUT SEMUA ,TERUTAMA MURID TN GURU DISEBELAH UTARA DATANG SEBAGAI TANDA CINTA ULAMA PEWARIS RASULALLAH

HASAT, DENGKI, KHIANAT ADALAH HARAM KERANA?

HASAD ATAU DENGKI ADALAH HARAM KERANA DENGAN BERMULA DENGAN HASAD AKAN MEMBAWA KEPADA MELAKUKAN PERKARA YANG LEBIH JAHAT ATAU HARAM . SEPERTI MEMFITHNAH, MENZALIMI, HINGGA MEMBUNUH DAN AKAN MEMBAWA KEPADA SYIRIK.

HASAD SEOLAH2 KITA TIDAK REDHA DENGAN ALLAH . SEDANGKAN ALLAH YANG MEMBERI , MENENTU , DAN BUAT SESEORANG ITU DENGAN KECANTIKAN , KEPANDAIAN , BERPENGARUH KEPADA SESEORANG ITU, MENGAPA PERLU KITA DENGKI HINGGA MAHU MENJATUHKAN SESEORANG YANG TIDAK BERDOSA , DENGAN HANYA MENGIKUT HAWA NAFSU KITA?
MANA TAUHID KITA KEPADA ALLAH? BUKANKAH ALLAH YANG MEMBUATKAN SEMUA ? MENGAPA KITA HARUS DENGKI TERKADANG MEMFITHNAH KERTELALUAN , INI ZALIM NAMANYA!. ADA KETAHAP MEMBUNUH DEMI MEMUASHAT HAWA NAFSUNYA.
SEHINGGAKAN DENGAN KETIDAK PUASAN HATI SANGGUP MENGGUNAKAN SIHIR HINGGA MELAKUKAN SYIRIK PADA ALLAH .

Tuesday, December 15, 2009

TIDAK TAUHIDKAN ALLAH BAGI YANG TAKABBUR

TAKABBUR atau membesarkan diri merupakan perkara yang diharam oleh ALLAH .
Takabur sesama ISLAM merupakan amalan jijik .
MENGAPA KITA PERLU TAKABUR , MENGAPA KITA RASA KITA YANG TERLEBIH BAIK, LEBIH ALIM , HINGGA KITA SUKAR MERENDAHKAN DIRI .
KELEBIHAN , KEMULIAAN , KEKAYAAN , KEPANDAIAAN, DAN LAIN2 BUKANKAH ITU SEMUA DARI ALLAH? DIMANA TAUHID KITA?
MENGAPA KITA TIDAK LIHAT SEMUA ITU DARI ALLAH ?
MENGAPA KITA RASA KITA SEGALA2 ?
DENGAN TAKABBUR HATI KITA AKAN KERAS. TAKABUR ITU DOSA.
TAKABUR ITU AKAN BUAT HATI KITA GELISAH DENGAN TEGURAN PANDANGAN ORANG , INI MERUGIKAN KITA .
KITA PERLU MENIRU AKHLAK RASULALLAH SAW , RASULALLAH SANGAT RENDAH DIRI MEMBANTU ISTERI DIDAPUR , MENJAHIT SENDIRI PAKAIAN KOYAK KASUT KOYAK . MEMBANTU SAHABAT BERGOTOROYONG, MEMBANTU GOLONGAN DAIF .
SIAPA KITA???
MENGAPA PERLU TAKABBUR , EGO MEMBUTA?

Wednesday, December 9, 2009

TUAN GURU HJ SALLEH MEMINTA ULAMA PONDOK BERSATU MEMPERTAHANKAN AHLI SUNNAH , DAN KEMUKAKAN KEPADA MAJLIS MESYUARAT RAJA RAJA MELAYU



TUAN -TUAN GURU PONDOK AKAN MENGADAKAN SEMINAR KHAS .
TUAN GURU HJ SALLEH SIK MENCADANGKAN , SATU PERJUMPAAN KHAS DIADAKAN DENGAN SEGERA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN SEPAKAT DALAM MENJAGA KEPENTINGAN UMAT SUPAYA TIDAK LARI DENGAN ALIRAN AHLI SUNNAH .
DIANTARA PERKARA POKOK PERLU KIPERTAHANKAN DALAM UNDANG-UNDANG MAJLIS AGAMA ADALAH
PELAJARAN TAUHID MESTI MENGIKUT ALIRAN IMAM AS SYAARI .
FEKAH MENGIKUT MAZHAB SYAFIE, ATAU SALAH SATU DARI MAZHAB 4
TIDAK MEMBENARKAN MANA-MANA FAHAMAN YANG MENGELIRUKAN UMAT