Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, November 29, 2009

BERSAMA KITA BERPEGANG TEGUH DENGAN PERJUANGAN ISLAM , MANTAPKAN PERJUANGAN , TAATI PEMIMPIN , JANGAN BERPECAH.


ALHAMDULILLAH KITA MASIH ADA ULAMA MEMIMPIN KITA.
TN GURU NIK AZIZ MERUPAKAN MB YANG BERIBAWA MENGIKUT SYARIAT .
JANGAN KITA BERPECAH .
SABAR DAN BERDIRI TEGUH DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMA DEMI MELIHAT ISLAM TERLAKSANA DI MALAYSIA TERCINTA.

DR ASRI PERLU DILUAR PAS DULU. TUNGGULAH MASA SESUAI UNTUK BERSAMA DENGAN PAS.


DR ASRI MENGADAP TN GURU NIK AZIZ DI PEJABAT MB KELANTAN .
UNTUK MEMANTAPKAN PAS SEBAIKNYA ASRI JANGAN DULU BERSAMA PAS , WALAUPUN TN GURU NIK AZIZ TELAH MEMPELAWA DR ASRI . LEBIH BAIK DR ASRI DILUAR PAS TERLEBIH DULU . HIKMAHNYA BOLEH MENEGUR PAS , SEKIRANYA BERTEPATAN DENGAN AHLI SUNNAH KITA BOLEH PERBAIKI PAS . DAN UMNO PUN DAPAT MENAFAAT DARI TEGURAN DR ASRI .

DATO HARUN TAIB BERTEMU ASRI DAN MEMPELAWA DR ASRI MASUK PAS.
Buat masa sekarang janjan dulu . Biarlah dr asri bebas dulu.
SAYANG KEPADA PAS , JANGAN SAMPAI BERPECAH DARI SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT.KEKALKAN AHLI SUNNAH ,MANTAPKAN PAS DULU . PERBAIKI DAN PERKASAKAN PAS DULU .

Friday, November 20, 2009

"SELAGI HAYAT DITANGGUNG BADAN , SAYA TETAP AKAN PERTAHANKAN ULAMA AHLI SUNNAH"


TN SHEIKH NURRUDIN DIANTARA ULAMA NUSANTARA YANG GIAT MEMPERTAHANKAN ULAMA DAN BAWAKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .
"SAYA AKAN MEMPERTAHANKAN ULAM DAN MAZHAB"
MUDAHAN ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA GURU KU MEMPERTAHANKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AMIN

SUDAH BERKALI2 TN SHEIKH NURUDDIN MEMPELAWA DAN MEMBUKA PELUANG KEPADA DR ASRI , BEBERAPA SIRI PERTEMUAN YANG DR ASRI TIDAK HADIR DENGAN ALASAN2 UNTUK MELEPASKAN DIRI DARI BERTEMU TN SHEIKH NURUDDIN .

TUAN GURU HJ SALLEH MENEGUR DR ASRI DALAM KULIAH MINGGUAN BELIAU DI PONDOK SIK, DAN MENCABAR DR ASRI SECARA UMUM DIHADAPAN 3000 AHLI KULIAH


TUAN GURU HJ SALLEH DENGANG LANTANG DAN BERSEMANGAT MEMBERI PENJELASAN ISU DR ASRI KEPADA AHLI KULIAH MINGGUAN KELMARIN 20/11/09.
TUAN GURU MENYERU PELAJARNYA SUPAYA BERPEGANG TEGUH DENGAN AJARAN AHLI SUNNAH , JANGAN SAMA SEKALI TERPENGARUH DENGAN AJARAN DR ASRI .

WALAUPUN DALAM USIA 80-AN TETAPI TN GURU NAMPAK KUAT , BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH2 MEMPERTAHANKAN AHLI SUNNAH .
TUAN GURU BERKATA
"JANGAN SEKALI2 MENGHINA ILMU TAUHID! KITA ADA NAS BELAJAR ILMU TAUHID!
DALAM KITAB KIFAYAH TUL AWAM ADA KATA WAJIB MENDEAHULUI BELAJAR ILMU TAUHID
TANPA TAUHID IMAN KITA TAK KEJAP , ORANG YANG MENGHINA ILMU TAUHID ORANG ITU
JAHIL DAN BERNIAT JAHAT MEROSAKAN AGAMA KITA , NI ULAMA KATA"
"ASRI BAWA PAHAMAN BARU MENGELIRUKAN KITA , KITA BERPEGANG DENGAN FEKAH SYAFIE
KITA KENA TAKLID MAZHAB , KITA BUKAN ALIM DAN TAK LAYAK NAK KELUARKAN HUKUM ,
KITA IKUT APA PENDAPAT ULAMA , ASRI! SIKIT2 NAS, ULAMA BUAT SEMUA ADA NAS LA
IKUT SUDAH LA , KALAU SEMUA NAK NAS MAKA JAHIL SAMPAI MATI KITA . HURUF ALIF
MANA NAS? BA MANA NAS ? TA MANA NAS ? KALAU TAK ADA NAS KENA TOLAK MAKA TAK
PAYAH (TAK PERLU)BELAJAR APA LA..... SAYA KATA ADA NAS . SAYA BELAJAR ADA
SANAD BELAJAR SAMPAI KEPADA ULAMA2 MUKTABAR , KALAU ASRI
CABAR ULAMA , MAI (DIJEMPUT) BEDEBAT DENGAN SAYA ".

Tuesday, November 17, 2009

ULAMA PERLU KUATKAN DAKWAH!!! JANGAN SAMPAI UMAT RAMAI TERSIMPANG JALAN


ULAMA PERLU MEMANTAPKAN DAKWAH DALAM MASYARAKAT . ULAMA PERLU MEMPERBAIKI UMAT !!!

MAZA KENA TAHAN JAIS?


DR M ASRI , sudah lah! tolong jangan menglirukan umat Malaysia lagi .
Tolong jangan dibesar-besar perkara khilaf hingga mengelirukan rakyat .
Tolong jangan menghina ilmu tauhid as syaari lagi , jangan menghina mazhab lagi kalau ya pun nak tajdidkan fikiran , mari kita sama-sama bahas sesama ahli agama , jangan kelirukan umat malaysia. Jangan lagi menghina ilmu tasauf .

Sudah lama rakyat malaysia terima dakwah Islam , yang mengikut ALIRAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH , DALAM TAUHID BERPEGANG DENGAN MAZHAB AS SYAARI, DALAM FEKAH RATA-RATA NEGERI DALAM MALAYSIA RAKYATNYA MENGIKUT MAZHAB IMAM SYAFIE , DALAM TASAUF BERPEGANG DENGAN MAZHAB SYEIKH JUNAID ATAU IMAM GHAZALI DAN IMAM-IMAN SETARAF DENGAN MEREKA

KALAU DR BERPEGANG DENGAN CARA DOKTOR SILAKAN , TETAPI JANGAN MENGELIRUKAN UMAT LAGI .
MENGAPA DR SUKA BESAR-BESARKAN ISU TAHLIL , BACAAN YASIN NISFU SYAABAN , TAHLIL , TAKQIN , DOA LEPAS SOLAT DAN PERKARA YANG SUDAH DIBAHAS ULAMA. YANG TELAH DIAMALKAN DENGAN DALIL2 DAN ADA YANG DIKIAS .
DR SEPATUTNYA MENENTANG GOLONGAN MURTAD , TOLAK QURAN HADITH, HINA HUDUD , ISLAM HADARI CONTOHNYA YANG DIREKA-REKA NPEMIMPIN , AMALAN2 KURAFAT SEPERTI TAFAKUR DIHADAPAN TUGU NEGARA .
BAHAS BAB AQIDAH , PERTAHAN AQIDAH UMAT BUKAN BAGI UMAT BERPECAH DENGAH SOAL KHILAF DALAM FURUK!!!