Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, September 1, 2009

GURU MURSYID PEMBIMBING ROHANI KU

TUAN GURU HAJI SALLEH B MUSA
Guru yang sangat dihormati kawan dan lawan kerana ketokohan dan ketrampilan beliau yang hebat.
Saya selaku murid beliau ,su beliau, dan selaku anak angkat beliau berpendapat Tuan Guru adalah seorang ulama yang hebat .
Pemikiran dan hikmah beliau membentuk keluarga, murid , masyarakat dengan MENTAUHIDKAN ALLAH dalam kehidupan, MENCINTAI RASULALLAH dan PERJUANGAN ISLAM mudah diterima semua.
Dalam keluarga kami ditarbiah oleh beliau untuk menjaga adab
displin makan , melayani tetamu , kebersihan, dan lain-lain
Kami diasuh mengamalkan sunnah dengan makan berjemaah.
Sikap yang tegas terhadap hukum syaraq. Dalam masa yang sama beliau mendekati ahli keluarga dengan cara berborak.
Semasa sarapan atau makan kami akan bincang bagi menyelesaikan masalah pengurusan keluarga , pentadbiran pondok , dan masyarakat setempat .

Sebagai murid kami sangat menghormati beliau sebagai GURU MURSYID.
Penyampaian ilmu oleh beliau sangat mudah difahami .
Kami akan rasa rugi kiranya tertinggal kuliah beliau . Tidak hairan ribuan pelajar datang membanjiri madrasah kami setiap hari jumaat untuk mendegari kuliah tafsir dan tauhid yang disampai beliau.
Kami dididik menjaga adab, mencintai ALLAH, RASUL, AGAMA, ULAMA, PERJUANGAN ISLAM .
Beliau seorang yang sangat metaati guru beliau.
Tiga orang tokoh guru beliau yang sangat beliau mengigati nasiha-nasihat mereka diantaranya:
SHEIKH ISMAIL FATANI, SHEIKH YASSIN FADANI , SHEIKH KHODIR MANDILI .

Bagi saya tuan guru memiliki ciri ULAMA MUROBI,MUALIM MURSYID bijak mendidik murid
dan juga MUDABIR bijak metadbir pentadbiran. Selaku su beliau dan pondok saya sangat senang dan tenang berkhidmat dengan beliau.

SANGAT MENJAGA MASYARAKAT, SEMANGAT DALAM PERJUANGAN
YA ALLAH LANJUTLAH USIA GURU KAMI
MUDAHAN KAMI DAPAT BERSAMA BELIAU MENGEMBANG AGAMA MU AMIN