Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, May 27, 2009

Mari kenal pondok tauhid


PONDOK TAUHID KEDAH
pondok yang dibina atas dasar keimanan pada ALLAH S.W.T.
diasas oleh tuan guru hj salleh musa pada tahun 1964
mentarbiah murid dengan sistem pendidikan pondok
setiap hari jumaat pondok dibanjiri lebih 3000 pelajar dari
seluruh Kedah untuk mendalami ilmu dari tokoh ulama tauhid iaitu Tuan Guru Hj. Salleh Musa










dengan ketokohan tn guru, Sultan Kedah memberi pengiktirafan kepada beliau dengan mengurnia tokoh dakwah sempena Maulidur Rasul 2009. Selain itu, Sultan Kedah mengurniakan 2 pingat iaitu S.D.K. (Setia Diraja Kedah) dan B.K.M. (Bintang Khidmat Masyarakat).

Kelebihan Tuan Guru kerana usia beliau melebihi 80-an , berpengalaman luas dan matang. Selain itu, Tuan Guru sempat belajar di Makkah al Mukarramah dengan tokoh ulama terkenal seperti Sheikh Yassin al-Fadani, Sheikh Abdul Qadir Mandili, Sheikh Ismail Fathani, Sheikh Syed Alawi, Sheikh Amin Qutubi ,Sheikh Bahrain dan ramai lagi.



kepada siapa yang berminat mendalami ilmu tauhid bersama Tuan Guru Haji Salleh ,hubungi
Muhammad Fazilul Helmi (setiausaha pondok): 0134044259





ULAMA SUKA ZIARAHI PONDOK SIK

Enam orang ulama arab ziarah Tuan Guru Haji Salleh Musa ,Sik Kedah- dari 2010-2011

Program Ziarah dan dakwah Syeikh Yussuf Al Hassani
Lebih kurang 6000 orang menyambut kedatangan beliau di Pondok Sik Kedah .



Program Ziarah Syeikh Muhamad Ibrahim ( Mesir) terkenal dengan ulama Hadith ke Pondok Sik

Program Ziarah Habib Kazim Yaman ke Pondok Sik

Program Ziarah Habib Abdullah ke pondok sik

Program Ziarah Syeikh Habib dari Jorden ke Pondok

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa -Sik Kedah .Pondok paling pengaruh di Kedah

Madrasah Ar Rahmaniah , Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik merupakan pusat pengajian Islam yang paling berpengaruh di Kedah buat masa kini .
Insyallah saya akan isikan cerita bkaitan dengan Pondok ini dan Insyallah dengan taufiq Allah saya akan cerita serba sedikit cerita tentang Tokoh Guru kita Al Alim Al Alamah Tuan Guru Haji Salleh Musa . Tulisan saya secara bersiri kerana masa saya terbatas . Insyallah saya akan ushakan demi martabatkan Ilmu , Ulama dan Islam . Saya harap semua saudara doa agar saya Istiqamah dalam perjuangan dan dikuatkan Iman .

Gambar sekitar Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik -Kedah
Pondok pelajar remaja

Sausana kuliah setiap Jumaat lebih dari 3000 yang hadir untuk belajar dengan Tuan Guru

Sausana gerai setiap kali kuliah Jumaat

Sebahagian dari ribuan yang hadir setiap Jumaat jam 8 pagi hingga 10.40 pagi



Pondok Remaja




Surau yang boleh memuatkan 3000 jemaah



Bilik tetamu Madrasah yang sentiasa menerima kunjungan ziarah dari kalangan ulama tempatan , ulama luar negara , pimpinan tertinggi dan tokoh-tokoh luar dan dalam

Geduk / Gendang Raya masih terdapat di Pondok Sik

Perigi sumber air yang tidak pernah kering dari tahun 1964 hingga kini , walau musim kemarau Alhamdulillah perigi ini tidak pernah kering

tauhid ahli sunah wal jamaah

wajib tiap mukalaf blajar ilmu tauhid
ilmu ini ada banyak nama:
1.Tauhid :kerana nak asakan allah
2:Makrifah :nak kenal allah
3:Kalam:kerana bahasan kalam rumit,hingga berkhilaf ulama, hngga
kepada bunuh membunuh
4:Usuluddin :kerana asas agama mengenal allah swt terlebih dulu
5:Akaid: simpulan keimanan dalam hati